Thursday 25 October 2012

Check up 39 minggu

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum..hehehe..aku masih belum bersalin kawan-kawan.
masih enjoy life as mak buyung.
InsyaAllah baby dan aku sihat setakat 25.10.2012 jam 5pm ni..
cewah

petua? aku selalu pujuk baby lahir waktu ayah dia ada same-same.
InsyaAllah, malam nanti suami aku sampai.untuk bercuti raya dan bercuti menunggu isterinya bersalin... :)
sweet

untuk pengetahuan, semalam adalah check up aku yang terakhir. nurse pun macam da tak tau nak advice ape lagi kat aku..hahaha
berat semalam 57.4kg (turun 0.6kg dari minggu lepas)
dan yang paling best, berat first time aku check up (minggu ke 12) ialah 47.4kg. semalam 57.4. total 10kg increase sepanjang check up. hehe
berat baby? tak tau. sebab diorg tak refer aku jumpe doktor.
jantung baby 131. normal.
Alhamdulillah...

semalam, aku sakit lagi. asal masuk magrib je aku mula sakit contraction yang tak teratur..fuhh..berpeluh-peluh menahan sakit.
hmm...dah dekat kul 10mlm, aku decide mandi, kot-kot la nak terbesalin dah ke.
tapi aku monitor-monitor, pas solat aku ngaji surah maryam..lepas tu terus ilang sakit tu.
Alhamdulillah

memang baby mendengar kata ibu," tunggu ayah balik ye sayang" hehe... Syukur-syukur.
masih dalam perut pun dah baik mendengar kata.
semoga menjadi anak yang baik, mendengar kata, soleh dan memiliki sifat-sifat mahmudah sehingga ke akhir hayat kamu, anak ibu :)

semoga urusan melahirkan dipermudahkan.
start malam ni, aku dah ready 100% untuk berjumpa bayi dalam kandungan aku...

ayah..cepat sampai ye

Tuesday 23 October 2012

39 minggu pregnancy

Bismillahirrahmanirahim...
Assalamualaikum..hai..tak sangka esok genap mengandung 39 minggu. macam tak percaya. tapi itulah hakikatnya..
aku telah ke sana ke mari bersama baby yang tersayang ni selama 39 minggu.
oohhhh....i miss u baby.

agaknya bila la agaknya baby nak keluar ye?
esok ke lusa ke?
sekarang aku dah tak kisah bila-bila pun baby nak keluar. sebabnya aku dah mula bercuti...
yahoooo..
tadi hari last aku bekerja.
esok sampai new year aku akan bercuti.
2 Jan 2013 baru aku akan menjejakkan kaki di tempat kerja aku.
lame kan?
sebab harini baru permulaan, so rasa macam lama.
tapi bila dah cuti nanti mesti kejap je.
tup tup dah kene naik keje.
dah kene tinggalkan baby..huhu..

ecececeh...belum pape dah berangan ek.

esok check up yang tah ke berapa tah. harap-harap semua ok.

oh, kenapa tiba-tiba aku apply cuti ni?
sebabnya start dari semalam aku dah mula rasa sakit-sakit badan.
rasa tak selesa kat bawah ni..
tapi aku relax je..cewah

and then, harini pagi-pagi lagi baby lambat bangun.biasanya pukul 7 dia dah start aktif.
tapi harini dia kurang aktif, sampai la pukul 9 baru dia hint sikit-sikit.
tengah busy-busy buat keje (sambil duduk), bila bangun je..opsss..rase lain macam kat bawah ni.
mungkin dia tengah masuk laluan.
bila nak berjalan lagi la..rasa macam lain macam sangat. aku tak tau nak describe macam mana.
tapi rasa lain dari yang lain la...

masa makan, aku tak lalu nak makan. rase macam nak balik, nak gi spital je.
sampai pukul 3ptg, aku rase mengigil pulak. hmm..ape lagi, aku pun isi leave form.
cuti sampai tahun depan. yeay!!

balik rumah, terus kemas-kemas rumah. maklum la, lepas check up esok aku nak berdesup balik kampung. 2 bulan rumah kene tinggal.

sat lagi nak mandi, standby siap-siap. kalau ada rasa sakit malam ni, aku akan berdesup ke spital. tapi kalau ok, esok as per plan aku check up then balik kampung. Alhamdulillah. nampaknya stakat ni urusan aku masih on-track.

da sampai kampung, bila-bila pun aku ready untuk melahirkan..
tapi kalau boleh jangan la hari raya ye cayang ibu.
doktor ngn nurse ramai nak cuti, nanti diorang taknak layan kita..huuhuhu

okla, dah panjang lebar ni. semoga urusan melahirkan dipermudahkan..Amin

Wednesday 17 October 2012

Check up minggu ke 38

Bismillahirrahmanirahim....
hye kawan-kawan..Assalamualaikum. yeay! aku masih bertahan sampai minggu ke 38.
tahniah untuk diri sendiri. walaupun seksa nak tido malam, seksa nak berjalan time perut mengeras, seksa nak duduk lama-lama kat kerusi opis ni tapi syukur. aku masih berjaya membawa perut yang doktor anggarkan dah seberat 3.2kg ni.

bab nak kene jalan jauh ngn duduk dalam bilik meeting lama-lama memang benda paling menyukarkan keadaan aku.

contoh macam nak gi check up pagi ni, parking punyelah jauh, pastu nak berjalan ke KKIA tu, mak aih, rase nak terbesalin kat tepi jalan tu. tambah-tambah lagi aku berjalan ngan suami aku. dia jalan laju je. lupe isteri dah sarat kot.huhuu..
tapi jap-jap dia slow balik, hehee...igtla tu, bini tak larat. tercungap-cungap.

sejak minggu ke 37, aku perasan perut aku kerap mengeras waktu tido. takut jugak.
malam tadi plak, perut mengeras plus pinggang sakit plus kelangkang rase sakit jugak plus aku rase kaki ngn tangan aku dah membengkak.
tapi bile bangun pagi, sume tu ilang, pelik kan?..hmmm

tadi mase check up, ingatkan nurse nak suruh aku refer doktor, maklumla minggu lepas tak scan pun. cian cuami aku, tak dapat tgk baby lagi..huhu..aku frust.

nurse cume cek urine aku je. hb pun tak amik, dia kata next week baru buat hb.
ikut suke la. kalau dah besalin, selamat aku..haha

hasil check up tadi:

berat aku: 58kg (gile la...aku dah naik 12kg weh)
urine: normal (tektik biasa, aku xsarap seblm urine..hewhewhew)
blood pressure aku: 96/63 (ni normal la ni. dari dulu low je)
degupan jantung baby: 138

Alhamdulillah semua ok. semoga dipermudahkan urusan aku untuk melahirkan sikecil dalam perut ni nanti..doakan aku. amin

ops..dikesesempatan ini, aku nak mohon maaf kepada semua..tak kira yang kenal atau pun tak kenal aku.
doakan aku bersalin normal ye

nota kaki: kebanyakkan blog-blog yang aku bace (yg saing-saing ngandung la) sume dah bersalin ni..
ade yg on-time, ade yg cepat 3 minggu, ade yg tak update-update blognye..mungkinkah sudah bersalin?
aku tak brape sure nak bersalin cepat ke tak. kalau cepat, lum ready. aku start cuti lepas raye haji, kalau lambat lak, aku takut kene induce..aku just follow the flow je la. aku tau Allah dah rencanakan yang terbaik untuk aku dan baby aku..

Thursday 11 October 2012

Check up 37 minggu

Bismillahirrahmanirahim....

sedar tak sedar aku dah mengandung 37 minggu...alhamdulillah.
apa yang aku rasa sekrang?
perut yang semakin padat,
pinggang yang selalu sengal-sengal
tulang belakang yang tak boleh bongkok-bongkok
kaki yang kerap lenguh
baring, serba tak kene..terlentang memang tak boleh la
mengiring tak boleh port satu pose tu lame-lame..kene berubah-ubah.
masa nak tukar kiri ke kanan or kanan ke kiri, amatlah azab.
bernafas, kadang-kadang sesak nafas...mungkin baby dah besar sangat kot.

tapi takpe. aku redha..asalkan baby aku bahagia dalam perut aku..hehe

macammana pulak dengan check up kali ni?
untuk minggu ke 37 aku check up kat hospital, tapi doktor tak scan perut pun..cian encik yayang aku. first time teman check up perut, doktor taknak scan lak.

berat ibu : 56.4kg
urine : normal

berat baby (doktor assume) : 3 ~ 3.2kg
kedudukan baby: ceph (masuk laluan sikit je)

lain-lain, doktor menasihatkan utk admit ke hospital pada 30 oct 2012 kalau masih belum bersalin lagi.
doktor ajar cara-cara nak mempercepatkan contraction....
camne? ehehhehe....doktor pesan.....jeng jeng jeng.
kerapkan bersama suami...kerapkan stimulate nipple..
ha..confirm no.1 tu korang selalu dengar kan? no 2 tu mesti tak pernah kan?
tapi tu la yang doktor cakap kat aku..
cubeje la..kalau nak tau reason dia, pm aku.segan la pulak aku nak bercerita secara open kat sini..maklumla..i kan gadis melayu..ehhe

tanda-tanda nak bersalin, rasanya belum ada lagi...
kalau dah ade nanti aku update cepat-cepat ea.. :)

p/s: sejak 2 menjak ni, baby aku aktif sesangat. adakah sebab beliau tak sabar-sabar nak kuar dah?
doakan semoga urusan melahirakan ni dipermudahkan ye...amin

semoga bayi aku selamat lahir ke dunia, semoga bayi aku sihat dan sempurna....

baby...ibu dengan ayah sayang sangat kat baby tau. baby kene lahir dengan selamat. membesar dengan sihat. insyaAllah

Thursday 4 October 2012

Simpan beg & keperluan berpantang dalam kereta

Bismillahirrahmanirahim...
Assalamualaikum semua...hari ni balik je dari ofis, terus makan dan keluarkan semua barang baby & barang berpantang.
kemas-kemas barang- barang tu semua, then letak kat tengah-tengah laman rumah.

keluarkan segala storage bottle, botol susu, breastpump letak tepi. masak air panas (sebab belum ada sterilizer), then rendam semua botol-botol tu..pastu susun atas tisu...ohh..heaven.
seronoknye rasa tengok botol susu comel-comel ni.

sebelum basuh breastpump tu, aku test kejap..hehehehee...best-best. tengok ada susu yang keluar.
Alhamdulillah ada rezeki untuk baby ibu :)
nanti sayang ibu minum susu ibu tau.

lepas botol-botol tu dah kering, aku assemble balik satu-satu botol-botol tu.
storage botol ngan milk bottle aku simpan dalam v-cool ice bag. set breast pump aku simpan dalam beg lain. haruslah beg tu pun aku nak bawak gi spital nanti. mana la tau, kalau-kalau anak tak pandai menyusu lagi ke..tapi doa-doa la anak pandai menyusu..amin

selesai kemas semua-semua ni, ingat esok pagi-pagi nak angkut bawak masuk kereta. maklumla plan nak balik kampung terus lepas balik keje. tapi semangat berkobar-kobar nak masukkan barang-barang tu dalam kereta malam-malam gini. senak jugak la perut nak mengangkat barang-barang ni. 2 kali turun naik..haih...demi mu anak, ibu turutkan.

barang-barang untuk berpantang tu aku nak siap-siap kemas kat kampung. excited tak?
haruslah. supaya senang aku masa pantang nanti. balik-balik je dah siap sedia barang-barang aku kat kampung.

minggu depan aku kemas baju-baju aku plak ye...

weekend aritu, aku sempat beli barang-barang sikit lagi. aku beli storage box 5 tier tu.harga asal RM79.90. tapi aku dapat RM49.90 (Giant promotion).
aku beli syampoo, milo, horlick, bidadari (RM74), susu hi-goat (RM33), pati ikan haruan polleney (RM33), pad yg tak payah guna panties tu (almost RM8 kot campur skali ngn tali dia) dan sikit-sikit lagi barang baby (botol, berus, ubat vicks baby, sebamath, grape water, berus gigi baby)

agak banyak jugakla aku berbelanja..tapi tu je la. pasni aku stop berbelanja sampaila aku bersalin. full stop.

agak-agaknya bila la aku bersalin yek....hehehe

sekian, wassalam

Wednesday 3 October 2012

Check up 36 minggu

Assalamualaikum.....
hari ni usia kandungan genap 36 minggu. dan ada appointment kat klinik macam biasa..
pukul 7.54pg dah amik nombor. pukul 8.10 da buat urine test (org pertama yg buat urine test).
tapi pukul 9.25 baru dapat jumpe nurse..
adui la...sampai kebas-kebas punggung cek tunggu giliran. apa agaknya masalah depa ek, sampai no aku boleh terkebelakang pulak..
banyak sgt la kesilapan-kesilapan yg diorang buat. bila aku masuk bilik pemeriksaan, urine test result tak dicatat dalam buku, then nurse pun tanya kenapa tak buat HB. dah diorg suruh aku buat urine test je, aku buat urine je la..
macam-macam. pastu nurse kelentong result urine aku. then kelentong gak ukuran perut aku. katanya nak cepat. patient ramai..aik? confuse aku.

tahap kesihatan hari ni plak, kurang memberansangkan.mungkin sebab aku dah letih menunggu kat klinik tadi, sampaikan skrg pun mood kurang baik.
badan rasa letih, tak bermaya. rasa macam nak amik half day mc, tp partner aku dah half day.
bertahan la wahai ibu mengandung.

keputusan dari check up harini:

ibu:
darah: tak tau, sebab tak buat HB
urine: normal la kot. sebab tak makan ape-ape pun pagi tadi
berat: 55.9kg (turun ke atau pun sebab tukar penimbang)
air ketuban: 13.5 (Alhamdulillah, normal)

baby:
bacaan jantung: 132
berat: 2.9kg
kedudukan: ceph (doktor kata dah masuk laluan sikit)

sepanjang minggu ni aku belum ada rase apa-apa contraction, tapi hari isnin aritu aku ada rase sakit/pedih la kat bawah ni..bila tanya nurse & doktor, diorang cakap sebab permukaan servik kita lembut & halus, sebab tu akan rasa sakit bila baby menolak untuk masuk dalam laluan dia..
ok, takpe la..sakit pun ibu tahan. asalkan sayang ibu turun masuk dalam laluan..
semoga urusan kita dipermudahkan, ye sayang.

stakat ni jela info check up 36minggu. next check up 17/10/12.
sebab minggu depan dah ade follow up kat hospital 9/10/12.
check gigi plak 12/10/12
department dinner 11/10/12...sempat tak ek?? sempat...ehehehe

Monday 1 October 2012

Amalan & pemakanan Pantang

Bismillahirrahmanirahim...
seperti biasa aku dapat info-info yang berguna untuk berpantang ni hasil daripada carian google..
kat bawah ni antara link-link kepada info yg berguna..

aku just listkan dulu, nak taip memang tak larat. banyak sangat. so just buat bookmark, masa berpantang nanti baru refer balik..haha...

tapi ape yang penting, lepas bersalin je jangan lupa mandi wiladah..mandi hadas besar ok. lepas dah kering nifas, baru mandi hadas besar lagi sekali

ok,kat bawah ni link-link yang diharap dapat membantu aku masa berpantang nanti:

1. amalan berpantang
2. Amalan berpantang
3. Menu berpantang
4. Amalan berpantang yang details