Thursday 22 January 2015

Pantang berapa hari?

Assalamualaikum...
harini dah 22Jan2015. kalau ikut-ikutkan harini musfira dah berusia 84hari. tapi aku masih lagi berpantang...pantang makan.
kalau ikut-ikutkan aku tak ada garis panduan betul-betul tentang pantang ni. ada orang pantang 44hari, ada orang 100hari, ada orang tak pantang langsung..hehhe
macam aku ada part by part pantang ni..contohnya
macam bertungku, berbengkung, mandi herba, pakai stokin, aku buat sebulan je. pastu tak larat dah rase. air herba tu pun cukup-cukup sebulan dia abis...herba tu balance masa aku berpantangkan maritza dulu. aku pakai bagi perabis je. tak beli baru pun. tungku pun macam dah malas je, sebab rase macam takde angin je..hehe..rahim pun da kecut. jadi takpe la kot tak tungku lama-lama..tapi kali ni tungku best, sebab aku pakai tungku batu sungai. balut dengan daun betik. tinggal lagi 3 hari nak masuk sebulan baru dapat daun mengkudu.. tu pun best jugak. takde la berbau kuat macam daun betik.
bab makan-makan, lepas je confident jahitan ok, aku makan dah telur dengan ayam. lepas je 44 hari aku dah makan (sikit-sikit) kari, kuah lemak, ikan sardin, ikan kembung semua tu. tapi ada jugak makanan-makanan yang aku masih pantang makan lagi sampai sekarang. rasanya kena pantang 100 hari kot. lepas tu boleh la cuba sikit-sikit makan..contohnya mee, teh, tembikai, ais, aiskrim, kangkung, kacang panjang, pulut. dan macam jambu mak aku kata kene pantang 2 tahun.. tapi memang betul pun. masa maritza dah setahun enam bulan kot, aku try makan..tapi sengal-sengal badan aku. tak selesa rasa, tak tau la kalau disebabkan oleh psikologi ke kan...wallahualam...
lagi satu aku rasa bab pantang ni ikut orang jugak kot. setengah orang boleh setengah orang tak boleh. ikut badan masing-masing.
macam aku boleh je makan bendi, tapi kawan aku tak boleh makan. angin.
macam aku tak boleh bunga kantan, pening. kawan aku ok je..
tapi time pantang bersalin musfira boleh pulak makan bunga kantan..haha...pelikkan..boleh pulak berubah-ubah sistem badan ni. hehe
kalau lepas pantang bersalin maritza aku tak boleh makan fries atau kentang, lenguh gile kaki aku sebab angin. tapi lepas pantang bersalinkan musfira sedap je aku makan, siap buat kentang goreng sendiri lagi..hehe.. kuasa Allah.lain anak, lain ragamnya..
sekian saja cerita pantang saye..hehe

Wednesday 21 January 2015

Cara untuk anak-anak mudah tidur

Assalamualaikum..
sejak dah dekat nak masuk 3 bulan aku jadi ibu beranak dua ni, aku masih belum dapat atasi masalah aku untuk tidurkan anak-anak.
kalau musfira, senang la..peluk dia, susukan dia, selimutkan dia, lena terus sampai perut dia lapar..masa menyusu pun tak buka mata. lena je ibu tidur. takde gangguan..
masalah aku sekarang ni nak tidurkan maritza pulak. dulu-dulu dia dah biasa tidur berpeluk dengan aku. jadi sekarang dia gelisah sikit tak dapat berpeluk dengan ibu sebelum tidur.
macam-macam cara jugak aku dan suami cuba buat supaya dia mudah tidur. kalau masa kat rumah mak aku, aku masukkan dia dalam buai. bila dia dah lena, kami amik dia tidur sama-sama atas katil. sekarang rumah aku ni mana ada buai. nak tak nak dia kena tidur jugak atas katil.
selalunya bila dah naik katil, dia akan minta susu. ingatkan dia minum susu sampai tertidur, macam dulu-dulu. rupanya susu abis, mata bulat lagi...
lepastu dia golek sana, golek sini..cuit adik, belai adik, kadang-kadang cuit-cuit dia buat musfira pulak terjaga dari tidur. dah aku nak kene tidurkan balik musfira.
kadang tu, kalau kedudukan aku tengah-tengah antara dia dengan musfira, dia kacau aku pulak. ada sampai tahap tendang-tendang dan tarik rambut aku.. sebab dia nak aku mengadap dia. jangan membelakangkan dia. tapi kan aku menyusukan musfira, terpaksala mengiring. jadi terpaksa la membelakang kan dia.
bila dia dah buat camtu, aku minta tolong encik suami la..blok aku dari jadi mangsa serangan maritza. so, anak-anak tido tepi. ibu ayah tido tengah..haha. tapi cara camtu tak jalan. sebab maritza still nak aku..
ada masa sebab taknak bagi dia buat bising sampai adik terjaga, suami bagi dia tengok abc kat phone. tapi aku tak setuju sangat. aku taknak maritza rasa tersisih, then gadget jadi kawan dia. aku taknak macam tu. ayah dia pun tak suka maritza tengok phone gelap-gelap, takut rosak mata dia..
lastly kami ibu-ayah dah sampai tahap pening. camne la nak buat dia tido ni..masuk bilik, baring atas katil, baca doa dan tidur. camne nak buat?
semalam, google-google ternampak bendaalah ni..baby projector. aku dah bincang ngn encik suami. weekend ni kami nak cari. harap-harap benda ni boleh melalikan mata anak-anak..dan tidur lena sampai pagi..

Monday 19 January 2015

Rancang Kehamilan anda

Assalamualaikum...
tajuk macam tajuk poster kan..haha.
berkenaan tajuk tu, arini aku nak share info pasal rancang kehamilan aku.
ada banyak cara untuk rancang kehamilan kan. contohnya pil, suntikan, implan, iucd, kondom dan banyak lagi kot. tapi yang aku tau tu je, sebab tu je yang ada dalam buku merah kehamilan.hehe
disebabkan aku ni sangat-sangat susah nak makan ubat, (kene on time plak tu) maka aku surrender awal-awal bab makan ubat.
suntikan? lagi aku seriau nak kene cucuk-cucuk ni. lebam tangan tau. implan? lagi ngerikan..jadi aku pilih iucd je. kakak aku tanya, kenapa tak rancang sendiri je?.. boleh memang boleh, tapi dah ada cara yang boleh membantu, gunakan jela..
lagi satu, kenapa aku pilih iucd ni, sebab dia tak mengganggu hormon kita. takde la tibe-tibe jadi gemuk, jerawat, kulit kusam..kan. malas la pulak nak kene cari ubat baru. jadi lebih baik aku mencegah aje..
aku pakai iucd ni pada 15/1/15. aku pasang kat klinik kesihatan je. free. doktor kata iucd yang aku pakai ni bertahan 3-5 tahun..tapi rasenya lepas 3 tahun nak bukak la kot. hehe
pengalaman mengunakan iucd? mula-mula aku kene datang kk (masa tu checkup 2 bulan musfira), aku bagitau  aku nak pakai iucd, so nurse pun cek ada tak stok, then dia booking under nama aku. lepas tu dia set date untuk aku datang pasang iucd tu.
so bila dah dapat date, iaitu 15/1/15, aku datang kaunter, bagitau aku nak buka buku perancang. jadi nurse kat kaunter pun bagi buku wane purple, kita isi details. lepastu, amik nombor dan tunggu giliran...macam biasa la kan. sementara nak jumpa doktor tu, nurse amik berat, tinggi, tekanan darah kita.
bila nombor dah dipanggil, jumpa doktor, doktor pun tanya sejarah kehamilan kita. anak berapa orang? anak paling last umur berapa? sebelum ni ada amik apa-apa perancang tak? sebelum ni kitaran period macam mana? darah banyak tak? ada senggugut tak. ada fibroid tak? lepas tu scan perut. doktor nak tengok rahim. bila semua dah ok, baru doktor prepare untuk pasang iucd tu.
doktor cakap seeloknya pasang masa kita period ataupun 6 minggu lepas bersalin. tapi macam kes aku, baru 2bulan plus plus lepas bersalin pun boleh la..rahim masih lembut.
masa pemasangan tu, amik masa lebih kurang 10-15 minit la.. sakit? hmmm....macam senak masa dia nak tolak rahim tu, lepas tu rasa ngilu masa iucd tu masuk. then ada pendarahan sikit.
aku tanya doktor, kenapa rasa senak? dia cakap sebab kena tolak rahim aku. kalau period rahim dah memang ke atas sikit, so maybe tak rasa senak tu kot. kenapa ngilu? sebab alat tu kene dinding rahim aku, then berdarah sikit. kalau period, rahim mengembang, jadi mungkin tak kene dinding rahim dan takde la rasa ngilu tu kot.
lepas dah siap masukkan, doktor scan lagi perut, nak tengok kedudukan alat tadi.. lepas confirm iucd ada dalam rahim, doktor bagi ubat tahan sakit kot-kot kalau aku sakit. doktor pun ada bagitau, kalau-kalau masa period aku keluar darah yang banyak sampai letih lesu, rasa senggugut yang teruk, so kene cepat datang kk semula.
then keluar dari bilik doktor, set next appointment date (untuk cek benang dan pap smear). appointment dibuat pada masa patient tak period. aku bagitau nurse, kalau ikut pengalaman aku masa maritza dulu aku tak period.. nurse cakap, sebab aku dah pakai iucd, confirm aku akan period.huhuhu..yeke? alahai....ok la, da settle semua, aku pun balik. lepas tu baru teringat doktor lupe nak ajar aku camne nak cek benang tu. next month la jawabnya aku blaja..huhu
balik tu aku rasa macam tak selesa sikit la. badan pun macam nak lemah je. sebab rahim kene tolak kot. darah pun masih ada..esoknya pun macam tu. rase tak selesa kat perut dan berdarah, plus macam ada mukus plak..
bila terserempak dengan kawan opis (pakai iucd jugak) aku tanya pengalaman dia. agak berbeza dengan aku. dia tak sakit apa-apa masa pakai (mungkin sebab period tula) pastu takde berdarah pun. then dia bagitau memang akan heavy period, dan akan ada keputihan.. :(
tak best. huhu
arini dah hari keempat, takde dah rasa tak selesa tu. darah pun takde dah. tapi mukus tu banyak la. tak selesa. benang pun tak jumpe lagi ni..huhuhu..
okla, tu je kot nak share. bye

Monday 12 January 2015

Perkembangan terkini Musfira

Assalamualaikum...
alhamdulillah, sejak-sejak da pindah rumah ni, belum ada lagi kes terlambat datang ofis.. tetamu datang ziarah kami pun dah ramai..tiap-tiap minggu ada tetamu..alhamdulillah, murah rezeki kami.
mula pindahkan barang-barang pada 30 Dis 2014, tapi mula bermalam (officially pindah masuk) pada 3 Jan 2015 aritu. dan bermula la episod orang datang rumah...seronok.
eh, ape melalut ni? haha..takde, nak cite. semalam ada 3 orang kawan aku (bersama keluarga masing-masing) datang rumah. dua daripadanya ada anak sebaya Musfira. sorang dah lapan bulan, sorang dah tujuh bulan. musfira paling kecik la, baru dua bulan.. tapi kalau ikutkan fizikal, musfira lebih besar dari anak kawan aku yang tujuh bulan tu..hehe..besar sungguh anak ibu.
masa checkup dua bulan aritu berat dia dah 5.8kg.panjang 61cm.. besar tak untuk budak 2bulan? dalam carta buku kanak-kanak dia masih lagi dalam garisan putih. kira normal la kan. tak kisah la besar ke kecik ke, janji anak ibu sihat..kan cayang kan..
semalam masa kawan-kawan aku datang dia behave sangat. sampai semua dok puji-puji..alah, budak 2 bulan, ape je la yang pandai dia nak buat kan.. aku letak dalam rocker tu, dia dok termenung tgk kawan aku, sampai lelap mata. hahahhaa. tak pasal-pasal jadi admirer aunty tu pulak ye musfira.
time orang buat bising ke ape ke, dia lena je.. orang dah balik, ibu dah makan, dah solat, dah basuh segala pinggan mangkuk, baru dia uuuu eeekkkk uuu eeekk. lepas aku mandi, peluk dia sambil susukan dia, tido lena balik.
maritza pun tido awal malam tadi, legaaaa sangat-sangat ibu ngn ayah. hehe.
pagi ni dua-dua liat lagi nak bangun.
harapnya anak-anak ibu kekal jadi budak-budak baik ye cayang-cayang.
ok, pagi ni ibu berazam nak jadi rajin sikit. doakan ibu berjaya ye anak-anak...

Saturday 10 January 2015

Indahnya mengandung & melahirkan

Assalamualaikum..
pagi ni tiba-tiba nak baca pengalaman orang mengandung..dan dan teringat momen-momen mengandung dan melahirkan maritza dan musfira.. ni ape kes? musfira baru je 2bulan tau.
haha
serius rasa indahnya waktu mengandung tu. lagi indah saat-saat selepas kelahiran tu. peluk anak masa dia kecut-kecut lagi..biru-biru lagi. lembik melepek atas badan kita..alahai. lepas dibersihkan, dipakaikan baju...then letak sebelah kita.. mata ni memang nak tengok ke dia je.. yela sebelum ni dok dalam perut. la ni dah kuarkan..hehe..
berdasarkan pengalaman aku, sakit contraction anak pertama agak lama dan agak sakit. tapi proses nak melahirkan tu tak sakit sangat. mungkin sebab sempat request pain killer. then diorang ada buat guntingan. maka takde la sakit sangat nak meneran. compare anak kedua ni. contraction tak rase pun mula-mula. tapi lepas diorang drip ubat (induce gak kot).. terus sakit sampai mengeletar badan. proses nak bersalin pun terasa sangat sakit dia. sebab diorang nak kita bersalin tanpa episiotomi.
memang sampai sesak nafas gakla nak meneran nak keluarkan kepala dia. then teran lagi nak keluarkan badan dia..at least dpt keluarkan bahu dia, pastu doc tolong tarikkan baby, dah lega dah..
teringat saat-saat seketul je rasa masa dia keluar tu...then panas je rasa. sebab keluar sekali ngn sisa-sisa air ketuban tu..
maritza keluar-keluar memang nangis..same macam drama-drama..tapi musfira keluar relax je muka dia. tak nangis pun.haha..mata je melilau-lilau. pelik tengok terang-terang kot. dok dalam perut best je gelap-gelap kotnye..haha
aaa..bestnye rase saat-saat tu... apsal dah rindu plak ni..adoi. baru je 2 bulan bersalin weh..sabar sikit ibu oit.
lagi satu, aku nak betul-betul feel lagi sekali saat-saat musfira masa baby ni..
masa maritza memang aku bleh feel. yela, masa tu aku berdua je dengan dia. ayah jauh lagi masa tu.
aku banyak gile masa dengan maritza masa dia baby. memang aku layan dia sepenuh ati masa tu.
dengan musfira ni pun aku nak feel betul-betul masa dia baby ni. saat-saat diorg bergelar baby ni sekejap je. aku taknak sia-siakan. nak selalu peluk cium..hehe. macam maritza sekarang dah susah sesangat nak peluk dia. nak cium apatah lagi. betul-betul macam orang dah besar tau dia sekarang ni...geram je..

Maritza

Musfira
same tak muke budak-budak berdua ni, saat-saat selepas dilahirkan? :)

Friday 9 January 2015

Cabaran Ibu beranak dua

Assalamualaikum..
harini aku nak ceritakan pengalaman aku sebagai ibu beranak dua..
macam aku, maritza ngam-ngam 2 tahun, dia dah dapat adik. kiranya maritza boleh diketagorikan sebabagai kecik lagi la. dia belum pandai sangat berdikari. nak tido pun nak bertepuk, berpeluk lagi..
jadi cabaran bagi aku sambil nak menyusukan musfira, sambil nak tepuk maritza. bukan suami aku taknak tolong. tapi maritza memang nak aku yang tepukkan dia. tapi tu cerita masa aku dalam pantang. sekarang dah boleh dah. ayah yang peluk dia. kadang tido sebantal dengan ayah. manjer tau.
bab nak minum susu. nampak je adik minum susu, dia pun minta susu. time suami aku ada, dia la buatkan susu untuk maritza. time dia takde, kelam kabut jugak aku..cian kat sikecik aku dua-dua orang ni.
lagi satu, dah naik keje ni memang banyak la jugak masa aku nak berehat (kat opis takde la hectic sangat macam kat rumah rasenya) tapi once balik je, kelam kabut dari jejak rumah sampai esoknya nak keluar rumah balik.
dalam perjalanan balik rumah tu dah start kene pikir plan camne nak uruskan rumahtangga ni. contoh; sampai-sampai je rumah terus keluarkan baju kotor budak-budak.kalau perlu basuh, masukkan terus dalam washing machine dan basuh. lepastu keluarkan susu, letak dalam fridge dulu. masak nasik, panaskan minyak - goreng-goreng. pastu prepare nak masak satu lagi hidangan. pastu terus settlekan botol-botol susu. sambil tengok lauk atas api.
dah masak, tutup api, settlekan susu pulak. pastu naik atas, mandi solat. turun, makan..kemas dapur..kemas meja..settlekan jemur baju, lipat baju, then kemas beg untuk anak-anak. solat. sedia untuk tido. itu plan je la.. tapi hakikatnye susah nak follow. sebab tengah kita nak masak sediakan/basuh lauk, musfira nak susu.. dah dok menyusu lama.. pastu maritza nak itu ini. pastu maritza sepahkan mainan/tumpahkan air/kaco adik..uwaaaa.. sudahnya memang tak dapat follow plan tu. tapi takpe. at least ada plan camne nak uruskan rumah dan anak-anak.
aku ni masih fasa nak menyesuaikan diri dengan anak dua. kalau masa pantang ada mak/adik beradik aku tolong. so takde la rase kelam kabut sangat. bab masak mak masak. nak mandi, adik/kakak aku leh tengokkan musfira. bab makan adik/kakak aku leh tolong suapkan maritza. tapi ni dah duduk sendiri, kena la independent.. takpe, insyaAllah semua under control. aku ada suami yang ringan tulang. aku ada anak-anak yang baik mendengar kata. insyaAllah aku boleh handle semua keadaan kelam kabut ni dengan jayanya tak lama lagi..
walaupun kelam kabut, tapi aku sangat-sangat bahagia. memiliki 3M dalam hidup aku.. kejap je kelam kabut ni..

Thursday 8 January 2015

Pengasuh lagi..

Assalamualaikum...
hai..aku dah mula bekerja sejak 5 jan 2015 aritu, tapi tula...baru sempat nak update..hihi..
sekarang belum bz sangat. jadi boleh la kita kumpul segala cerita himpun kat entry ni..

sebelum aku bersalin aritu, aku plan macam nak anta maritza dan musfira kat taska je, sebab macam malas nak layan kerenah pengasuh kan..
tapi tiba-tiba kak izan (pengasuh pertama maritza) offer nak jaga dua beradik ni. jadi aku tanya asben aku, dia setuju.. dah deal, skali asben kak izan macam tak brape setuju, sebab diorang pun ada baby.. kang tak terkejar kak izan..cian kat dua-dua baby.tambah lagi maritza pun dah mula melasak.
so sebab kak izan tak jadi jaga maritza dan musfira, dia rekemen kawan dia, kak ida..
kak ida ni aku kenal.. selalu jugak borak-borak ngn dia time kak izan jaga maritza dulu.
so aku pun dah deal dengan kak ida.
satu hari, aku mgs kak ida, nak test anta anak-anak aku sebelum aku betul-betul hantar 5hb nanti.
tapi kak ida tak boleh, sebab dia plan nak balik kampung, nak tengok kampung dia yang teruk dilanda banjir. kesian jugak kat kak ida..kusut dan serabut. yelah, siapa tak serabutkan kalau mak ayah kita kat sana dengan rumah tinggal atap je. makan camne, tido camne. dah la dah tua..aku faham..
esoknya tiba-tiba kak izan msg aku offer kak ina untuk jadi pengasuh anak-anak aku memandangkan kak ida macam tak boleh nak fokus. aku ok je, sebab aku pun kenal kak ina.. orangnye baik sangat-sangat. lembut..ish, sape nak tolak dapat pengasuh baik camtu. bayaran pun murah kalau nak compare kan dengan harga taska. aku rasa kalau anta rumah orang lain pun tak dapat kot bayaran camni.. untung aku, sebab kak ina baru je resign. dia nak fokus kat anak dia nak UPSR dengan pra-sekolah..
baguskan..pengorbanan seorang ibu.. aku pun rasa bersyukur sangat dapat kenal dengan kak izan ni..
kawan-kawan dia baik-baik.. semuanya penyayang..menjaga silaturrahim...

setakat 4hari aku dah hantar anak-anak, tak ade komen negatif pun dari kak ina..dia cuba layan kerenah maritza. musfira baby sangat, tak banyak meragam. cuma kurang nak tido kata kak ina..
maritza, asik minta mandi, tak nak makan.. tapi kak ina pujuk baik-baik je..alhamdulillah.
susu pun kak ina pandai handle. dia google sendiri pengendalian susu ibu. baguskan..
syukurlah dapat pengasuh macam kak ina.. walaupun aku dah pindah jauh dan terpaksa berpatah balik untuk ke tempat kerja, tapi aku tak ralat, kalau dapat orang baik-baik camni yang mengasuh anak-anak aku.
harapnya satu hari nanti, anak-anak aku pun akan jadi lembut-lembut je macam anak-anak kak ina.. :)