Friday 12 October 2018

Selera anak-anak

Assalammualaikum..
Lame dah sebenarnye buat benda ni dgn anak-anak..saje bagi diorg seronok makan..hahha
sate spageti ke? sebelum masak, sesuai la panggil sate, lepas masak tak de rupe sate dah. kihkih
*warna cerah faktor lampu tu*


Thursday 11 October 2018

Almari Baju Anak-Anak

Assalammualaikum...
hai hai.. sorry lama tak mengupdate blog. kehidupan fulltime bekerja tanpa belajar lagi sibuk rupenye, beberapa bulan yang lepas.. tapi actually kehidupan sebagai ibu masih lagi berjalan lancar. banyak jugak aktiviti dengan budak-budak berdua tu. salah satunya kita dok mengemas lemari baju diorang tu. biasa la budak-budak kan, mana boleh kekal lama almari berkemas. kejap je.. bila dia pilih baju, mulala baju bersepah. pening gak aku dengan encik yayang pikir, camne la nak bagi baju diorang ni kekal kemas. bukanlah  nak kemas bebenor pun, tapi at least takde la serabut mata memandang. selain dari kemas, memudahkan untuk diorang ambil baju diorang sendiri jugak. takde la asyik-asyik panggil ibu/ayah amikkan baju. asyik-asyik tak jumpa baju. asyik-asyik pakai baju yang sama.. jadi tak silap aku masa puasa ke masa raya haritu, kami nekad selesaikan masalah lemari baju anak-anak ni.
Apa yang kami buat? jeng jeng jeng.... nak ikut konsep konmari macam tak sesuai. sebab lemari baju budak-budak ni tak berlaci. plus, aku pun tak rajin sangat nak menengok video konmari tu lama-lama. makanya terhasil lah konmarimari cara aku sendiri..
korang jangan pening ek tengok lemari sebelum kemas tu.hehehe
sebelum kemas..tengok yg berterabur tu...pening mak oi..

After...kemas la sikit kan..hihi

Almari kemas, anak-anak pun senang nak amik baju diorang. caranya kami hanya gunakan rak kasut dalam almari tu, then susun ikut kategori baju.. untuk underwaer, tudung, stokin, kita guna rak lain.kalau tak serabut gak anak-anak nak mencari baju sendiri...kan? kan?
Tapi...walaupun dah buat kaedah macam ni, aku still gak monitor and kena selalu gak apply 5s konsep. baju-baju lama, baju-baju kecik, baju-baju yang macam anak tak pakai-pakai tu, kite sisihkan aja.. kurangkan bilangan baju, lagi senang anak-anak nak maintain kekemasan baju diorang..
sekian cerita lemari baju anak-anak.hehhee