Monday 31 March 2014

Morning Sickness

Assalammualaikum..
Pagi ni aku betul-betul rasa morning sickness...
masuk-masuk je dalam kereta, baru jalan sikit. alih-alih rase tak sedap perut. rase nak muntah..
uwek uwek dalam kereta.Maritza pandang aku dengan muka confuse..
ggrrrrr..
seluar ni tekan perut ke? tapi perut pun belum ade lagi, seluar pun rase ok je..
takpe-takpe.betulkan seluar sikit. tarik ke atas perut...
rase loya still same.. ok, bertahan ok..perut lapar kot.

sampai ofis, cepat-cepat bancuh air. makan mee goreng.. baru makan beberapa sudu. pastu rase tak selera..
minum air sampai habis..
ish..perut rase tak selesa lagi ni..
gi toilet la.. on the way g toilet, nak uwek lagi...tahan-tahan..
sampai toilet...aku lepaskan segala rase..sampai berair-air mata aku.. tapi takde ape pun yang keluar...
ape ni? mainan emosi ke?
ok, cari minyak cap kapak, buat hidu-hidu..kotla boleh membantu..
rehat sekejap.

badan dah mula rasa sejuk-sejuk, rasa mengigil sikit-sikt..tekak mula tak sedap balik, rasa masin-masin, payau-payau..
ok, inilah dia permulaan morning sickness aku agaknya..huhuhu




Saturday 29 March 2014

Harapan kali ini

Assalamualaikum..
bismillahirahmannirrahim... insyaAllah bulan depan nak buka buku merah kat KKIA.
kawan aku cakap, procedure sekarang dah mula kene minum air gula seawal 12minggu mengandung.
huh! tu memang satu seksaan buat org yg pernah mengidap gdm masa pregnant yang lepas..

harapan aku kali ni, semoga aku bebas dari gdm. tak larat la nak buat bsp tu...

kali kedua minum air gule masa 28minggu. kenapa la kene minum banyak-banyak kali ni...
susah hati aku tau.
aku harap sangat-sangat la dulu tu  sebab aku tersalah makan..byk sgt makan kuih muih berpulut ni..harap sangat aku bebas dari gdm kali ni..

dan lagi yang menyebabkan aku rase stress ni, sebab mak aku pun dah mula dikesan ada kencing manis.
makanya mak ngan ayah aku dua-dua ada kencing manis. so susahla aku nak ngelat dari minum air gula.
dan lagi kesian kat baby aku nanti. kuar-kuar perut dah kene cucuk bsp 4kali gak...

huhuhu..

tolong doakan aku bebas dari GDM ituuuuu....

Thursday 27 March 2014

Menghentikan kebiasaan anak minum susu pada waktu malam

Assalamualaikum...
Proses pertama untuk melatih Maritza minum susu formula di siang hari, Alhamdulillah. dah berjaya..
cubaan pertama aku bagi susu fresh milk.. kesian dia...cirit birit. perut tak tahan..
so, cubaan kedua..aku bagi susu dugro plain...Alhamdulillah. mulanya dia masih berak-berak, mungkin kesan dari fresh milk tu. tapi setelah seminggu, dah nampak perubahan.dah semakin ok..
so aku rase aku nak maintain je susu dugro tu.

Minggu pertama, aku hantar 3 botol susu aku, sebotol je susu dugro. tu pun 2 scope je. untuk 80ml.
Masuk minggu kedua, aku dah mula hantar 2 botol saje susu aku, 2 botol lagi susu dugro tu..
buat slow-slow transition. tak nak perut dia terkejut kene tukar susu..
sampai stok aku abis, insyaAllah pertengahan bulan 4, lepastu maritza akan fully minum susu formula.

lepas aku da bagi fully susu formula waktu siang, aku nak train dia untuk stop menyusu waktu malam.
ni antara step-step yang bole cuba diapply:
1) bagi maritza makan kenyang-kenyang sebelum tidur. kalau boleh jangan putus makan la.. bagi je biskut ke, roti ke, buah ke, calcium ke..ape-ape jela supaya aku tak rase bersalah dia nangis tengah-tengah malam.. aku yakin dia bukan nangis sebab lapar.
2) bagi dia minum susu sebelum tidur. untung-untung dia terus tidur time minum susu tu, sebab dah kenyang+ngantuk..hehe
3) biar dia tidur berdua je ngan ayah.. sebab kalau tidur ngan aku dia masih boleh tarik aku bg susu kat dia..ehe
4) pakat dengan ayahnya supaya kering hati. biar dia menagis nak susu..insyaAllah 3,4 hari dia akan berhenti la tu.

Aku pernah baca satu blog orang putih ni, anak dia 6bulan dia dah stop bagi susu malam-malam. then dia dah train budak tu tido kat katil dia sendiri..target aku macam tu la..
aku nak train maritza tak minum susu malam-malam.. nak ajar dia, waktu tidur adalah untuk tidur. bukan untuk makan..
once dia dah ok, aku nak train dia tidur sendiri pulak.. insyaAllah..
yang tu aku belum stadi lagi macam mana nak pisahkan tidur. tp buat masa ni, tula target aku. nak stopkan minum susu malam-malam..

anak kita, terpulang kat kita macam mana nak train diorang..semoga aku berjaya..Amin

Tuesday 25 March 2014

Mengandung kali pertama vs kali kedua

Assalamualaikum...
sebelum ni dengar-dengar orang cakap pengalaman mengandung tak sama untuk setiap anak..
semua ni rezeki masing-masing. ada orang tiap kali mengandung ok je... ada orang tiap kali mengandung tak ok je..ada orang ade yg ok, ada yg tak ok..hah..kan dah.macam rojak ayat ni.

Contoh macam aku, masa aku mengandungkan Maritza boleh dikata kan ok je. cumanya bila petang-petang tu aku sakit kepala sangat-sangat. kene tidur jugak dalam keadaan gelap dan senyap.
lepastu tiap-tiap minggu nak makan laksa pasarmalam putrajaya. dengan suke sangat tembikai.
naik kereta tak boleh terhentak-hentak. time-time tu jugak rasa macam nak marah. kalau kene panas, terus migraine..haa..tu dia..ok kan..hihi

Time mengandung kali kedua ni, setakat yang aku perasan aku dah mula mual-mual. tak kene cuaca je aku mula la rase tak sedap tekak, tak sedap perut. rasa mcam loya je. selera rase nak makan masin-masin. manis-manis kurang kena kat tekak ni.
asik terbayang-bayang makan megi. megi kan masin. tak pun ayam kfc, yang original. kan masin.
try jugak makan asam. tapi macam tak lagi memenuhi citarasa.
pelik kan. bukan buat-buat. tapi tah.. macam nak yg tu..huhu

makan ok, cuma tak selera nak makan sayur hijau. kalau makan je, dan-dan time tu jugak terasa pahit dan nak uwek kat situ jugak..kesian kawan-kawan yg makan semeja dengan aku..maap ye kawan-kawan.
dari segi tenaga plak, aku masih bertenaga. cuma ikut hari, kalau ari isnin tu, memang dari dulu asal balik keje je aku rase letih terlebih. hari-hari lain insyaAllah ok.. setakat ni pun macam tu.
alahan takde, harapnye berterusan la takde alahan..

kalau dulu aku bukak buku merah masa kandungan 12minggu. yang ni pun nak tunggu 12 minggu la. pastu nak ajak encik suami teman. nanti leh tengok baby lompat same-same.haha

setakat ni, tu je la yang aku rase..mungkin masih terlalu awal..baru 8minggu, takde benda nak update sangat..
Alhamdulillah aku tak mengalami morning sickness yg melampau...
setakat rase bergelora dalam perut, rase ada benda nak kuar kat tekak. rase macam tak boleh perut kosong..tu jela..harapnye cepat la rase-rase tu berlalu...

dikesempatan ini, aku nak ucapkan takziah & al-fatihah pada krew & penumpang Islam MH370 yang dah disahkan berakhir di lautan hindi...semoga roh mereka dicucuri rahmat..Amin

Monday 24 March 2014

Percutian pertama dengan Maritza

Assalamualaikum..
Alhamdulillah percutian pertama dengan Maritza dipermudahkan..

Jumaat lepas, tanpa perancangan, kakak aku ajak kitorang bercuti ke cameron highland. mula- mula rase cam malas je nak pegi. kalau bercuti ni nanti mesti letih kan. pastu dengan aku tak boleh nak handle maritza dalam kereta. memang penat la. tapi bila fikir-fikir balik, best jugak cuti ni, sebab ade sepupu-sepupu dia mesti dia enjoy nanti.. join la.

bermula pagi sabtu, pukul 5 lebih semua dah bangun.. mandi, siap-siap. lepas je solat subuh, terus gerak.
plannya nak nak breakfast kat sungai buluh je. tp tibe-tibe mak ajak makan mee goreng mamak. so kitorang pun berhenti kat pasar ampang tambahan.
lepas makan, dalam pukul 8 kami teruskan perjalanan..
masuk-masuk highway je, aku susukan maritza, sampai dia tido..hehe..preparation nak jalan jauh ni.

kereta banyak, sebab dah mula cuti sekolah kan..
mulanya kami jalan berikut-ikut 2 kereta. sampai je kat RnR Rawang kami berpecah.
so masing-masing teruskan perjalanan sampai ke cameron highland. Alhamdulillah sepanjang mendaki, maritza terus tido.. asal nak bangun je, aku susukan..hehe

sampai-sampai kat pekan Ringlet, husband nak isi minyak. disebabkan kereta berhenti, maka maritza pun bangun. merayu-rayu kat ayah dia supaya amik dia.
aku bagi dia minum air masak, makan roti sikit, pastu bagi coklat kit kat..
haaa....kenyang perut senang hati, tido pun dah cukup, best nak bawak berjalan.

destinasi pertama ladang teh BOH. bawak maritza masuk kilang boh, lepas tu bagi dia minum teh dan makan kek...kemain syok dia main-main dengan kakak-kakak sepupu. kepala terhantuk kat meja pun boleh senyum lagi..hahhaa

lepas tu, kitorang pergi Bee farm..aku dah standby sweater 1, cardigan 2 dalam kete. so just sarungkan cardigan kalau-kalau dia sejuk.. tapi nampaknye mcam tak sejuk pun...

selesai membeli sebotol madu, kitaorg menuju ke tanah rata. sewa apartment 3 bilik.. masing-masing amik bilik, solat jamak qasar, then aku dengan kakak aku g beli nasi bungkus, while somi-somi berehat kejap. budak-budak main bertempiaran dalam rumah tu.. mak pun rehat kejap. lepas makan, siap-siap sarung baju sejuk masing-masing, zupppp terus ke big red strawberry farm. bagi budak-budak kecik merasa petik strawberry sendiri.
lepas tu makan strawberry coklat.. yey!
maritza pun makan strawberry sendiri. sampai comot abis cardigan putih dia...uwaaaa....

agak-agak dalam 2 jam jugakla kat sane, kitorrang terus ke pasar malam dekat brinchang... jalan-jalan sampai nak putus kaki. hehe
takde beli apa pun, beli asam-asam je untuk kakak adik aku kat rumah, beli ubi manis untuk aku n rumah mak aku.then beli makanan untuk buat makan malam... husband belikan bunga utk aku..hiihikk..terima kasih encik suami saye!

pukul 7, kami bergerak balik ke tanah rata.. on the way nak balik, tengok jalan nak ke brinchang jemmmm gileee...sebbaik kitorang dah settle. hhehe.. balik tu, maritza tertido. keletihan..
sampai je apartment, dia bangun. aku mandikan dia,pakaikan jumpsuit, lepas tu pakaikan sweater,  bagi dia makan, bancuh susu..then dia main lagi tak ingat..takpe sekali sekala bagi dia enjoy. Alhamdulillah, nak minum susu botol..nampak dia seronok sangat..
malam tu takde plan nak keluar pun..sejuk dan penat. nak tido je rase.haha
aku pakaikan maritza selimut 2 lapis, tapi dia bukan nak pakai pun. asik tolak-tolak je selimut tu..

esoknya, bangun pagi-pagi lepas je subuh terus berdesup keluar. jalan-jalan tengok kabus pastu carik makan. selesai kami makan, ramai orang datang menyerang medan selera tu. Alhamdulillah terlepas dari kesesakan..sebelum sampai ke kereta, sempat aku belikan sandle strawberry dalam rumah utk maritza..Rm10 je
lepas tu, kami ke Kea Farm..jalan-jalan...cari souvenir untuk anak-anak sedara plak. belikan pensil besar-besar je untuk diorang. sebatang RM1..hehe. jimat...
then kitorang beli pokok halau nyamuk..RM8, kitorg beli 2 dapat RM15.
husband belikan baju, patung utk maritza...puas tunjuk macam-macam patung, tapi patung monyet jugak yg dia nak..haha..
dah puas shopping, dalam kul 10 tu kitorang nak bergerak balik ke apartment. sekali lagi, jalan menghala ke Kea Farm tu jem..Alhamdulillah,terlepas lagi dari kesesakan...syukur!
dalam kereta, maritza tido balik..bagus betul! abang ipar singgah lagi 1 kedai sebelum sampai tanah rata.. husband amik kesempatan belikan 2 bantal strawberry utk maritza.

sampai je kat apartment, mcm biasa budak kecik tu mesti bangun. aku mandikan dia, pakai baju lengan panjang je, sebab da mcam nak tengah ari kan..kurang sejuk, tp still pakaikan stokin. bg dia makan coklat, jajan sikit, coco crunch, biskut.. haa..hambik ko. kemain banyak bekalan kan..kikki...pastu bagi minum susu botol lagi..
untuk bancuh susu, aku bawak air masak, air panas semua siap-siap. tak payah susah-susah nak cari air panas kalau kat luar kan...settlekan maritza siap-siap, encik-encik somi pun take nap sekejap, while mak-mak layan anak sambil makan jajan..sampai kul 12, semua bersiap-siap. kemas beg, mandi-mandi, kemas rumah, tunggu waktu solat je...lepas solat, keluar makan.. tak jauh dari aparment, Restoran Ferm Nyonya Tanah Rata...sedap sangat. portion pun besar-besar. kitorg amik sup sirip, ayam lemon, udang butter, telur dadar, asparagus masak belacan..nasik 7..licin semua..Alhamdulillah...Maritza pun makan banyak. dalam dia marah-marah sebab mengantuk, tapi dia nganga jugak mulut bila nak disuapkan..hihi

lepas makan, salam-salam..sebab sekejap lagi nak berpecah bawah haluan masing-masing. tepat pukul 2 kami bergerak balik..Maritza masuk kete je aku bg susu, tak sampai 5minit. terus tido..hahhaa
sampai rumah pukul 6 dia bangun..Syukur segalanya dipermudahkan...




Wednesday 19 March 2014

Stop pumping

Assalamualaikum...
akhirnya aku ambil keputusan untuk stop pam susu pada tarikh 19 Mar 2014, betul-betul lepas birthday aku :(
Kalau nak ikut-ikutkan hati memang aku nak sambung pam dan menyusukan maritza sampai 2 tahun, tapi mungkin disebabkan ada ahli baru dalam perut aku, maka production susu aku merudum teruk.
kalau dulu aku boleh bawak balik rumah 10-15oz, tapi sejak  dua menjak ni merudum jadi 4 oz je..
tu ok lagi..
di tambah dengan kesibukan yang non-stop sampaikan nak pam pun tak sempat, maka susu aku makin merudum jadi 2oz je semalam..
sedih kan...
sudah la terkejar-kejar nak pam, dah pam dapat 2oz je total.
memang tak cukup.

aku taknak ke minum ESP ke alfalfa ke bagi banyak balik susu?
aku rasa takpe la..
buat masa ni aku nak ajar maritza minum susu formula.. supaya dia takla kecik hati bila ada adik, dia kene stop minum susu aku tiba-tiba.

buat masa ni, aku slow-slow trained dia minum susu tepung. bermula hari isnin haritu, aku dah hantar 3 botol susu aku, sebotol susu tepung.
kata babysitter, maritza ok je minum susu tepung tu, cuma ada berak-berak sikit. mungkin cuba nak serasikan dangan badan dia kot.

tapi kalau dengan aku, memang mentah-mentah dia tolak susu tu. pelik jugak kan...
tapi kalau betul la macam babysitter tu cakap, Alhamdulillah...sekurang-kurangnya aku tak susah hati, dia nak jugak minum susu tepung tu.
balik rumah minum susu ibu pulak ye..

lepas tu kita belajar minum selang seli ye, kejap susu ibu, kejap susu tepung. boleh ye Maritza...

Tuesday 18 March 2014

First Scan

Bismilillahirrahmanirrahim..
setiap benda yang berlaku pasti ade hikmahnye :)

bermula dengan aku merasakan peranakan aku jatuh, dan aku rase macam ada keputihan.

aku ajak suami cari gyne.

hari pertama cari gyne..kami ke KPMC. main redah gitu je. sekali tengok doktor lelaki yang bertugas. aku taknak.
aku ajak suami aku gi klinik pakar lain..
sampai klinik tu dah pukul 9 malam, klinik dah tutup.
cari pulak klinik lain...hmm..klinik famili. dah la bukan panel aku. so kitorang balik malam tu.

dengan aku rase sakit-sakit pinggul ni. rase sedih pun ada..huhu..apekah nasib aku nanti?
peranakan dah jatuh ni..

sebelum sampai rumah, aku ajak suami singgah tesco jap.nak cari produk-produk kacip fatimah ke ape ke yang boleh membantu supaya tak makin jatuh.

so aku pun beli pencuci sireh emas dengan harum malam..
aku tanya akk tu, "bf mum boleh minum ke harum malam ni?"
"semua perempuan boleh dik, kecuali preggy mum"
"preggy? alamak, nak kene test dulu ni" aku pikir.

so aku g farmasi pulak, amik pregnancy test yg paling murah, RM6 je.hehhe
balik, mandi, solat, tido.

esoknye pagi-pagi tak sabar-sabar nak test. sebab nak minum harum malam tu..hee
sekali......
double line....
aku termenung...
aku mengandung ke? camne aku nak mengandung ni dengan rahim da jatuh ni?
lama aku termenung...berfikir...

lepas tu mandi. siap-siap..gi keje.
kat opis, sebbaik bos aku cuti. sebab aku dapat rasekan aku akan hilang fokus arini..

keje aku asik mengoogle je sane sini. bolehke mengandung kalau rahim jatuh?
jumpe pulak link, kalau rahim jatuh ada posibbility mengandung luar rahim..
ah...sudah. aku kene jumpe gyne gak ni.

balik keje,amik maritza..
sambil susukan dia, aku tanya maritza..Maritza nak adik tak?
dia senyum-senyum sambil angguk-angguk..hehe comel je.maritza nak jadi kakak dah..hahha.
lepas menyusu dia asik cakap.." aaadik...aaadik" hihi

bile asben balik, dia duduk-duduk dgn aku & maritza..borak-borak sikit, dia tanya khabar aku..pastu tanya aku..pregnant ke?
hehe..aku gelak je, dia ulang lagi soalan yg same. aku angguk.haha
" ooo..tak bagitau abang pun ye"
"hehe..saje. nak bagi masa kat diri sendiri..Maritza org pertama yg tau"
haha...

esoknya kt opis aku cek dgn HR, mcm mana procedure nak gi spital gune kad panel ni. HR aku explain, then balik keje tu, aku ajak asben gi klinik. amik referral letter.
esoknya gi opis, anta referral letter kt HR, then HR apply GL dari pihak insuran.
malam tu kami ke KPMC lagi..

doktor scan nak tengok kedudukan rahim, scan-scan ternampak kantung baby..
" awak pregnant ni. panggil suami"
scan-scan lagi, doktor cakap masih terlalu baru 5w5d. EDD 26oktober2014.
Alhamdulillah, kedudukan dalam rahim..

insyaAllah, lagi 2 minggu kene datang untuk scan lagi, utk confirmkan EDD. sebab terlalu baru, doktor tak boleh nak bg exact tarikh bersalin..

sekian saje cerita scan yg pertama anak ke2 saye..ahhahah

Saturday 1 March 2014

Peranakan Jatuh?

Bismillahirrahmanirrahim...
semalam, lepas dapatkan referral letter dari klinik. GL letter dari pihak insuran, aku  ke  KPMC.
tujuan utama aku kesana adalah kerana aku sangka peranakan aku jatuh.
mula-mula doktor jumpe aku dia terkejut.
"eh,muda lagi. umur berapa?"
aku jawab" 31"

doktor siap buat muka pelik..
ok, takpe. jom kita check

aku tukar persalinan then baring atas katil. doktor mula sapu gel kat perut aku..
dia scan...
dia explain..
"elok je rahim awak duduk kat situ"
mana yang awak rasa macam jatuh tu?
aku tunjuk apa yang aku rasa..
haha..siyes malu.
perasaan aku kot noh.
haha
sebab beberapa hari sebelum ni aku selsema teruk.
so aku dok asik hembus-hembus nak bagi hingus semua keluar.
kadang sampai nak pekak telinga aku sebab menghembus.

lepas aku da terasa macam peranakan aku jatuh, aku siap cari daun sirih pulak, nak berendam dalam air rebusan daun sireh.
beli pulak pencuci vagina yg baru, sireh emas, kot la...boleh membantu. cari pulak harum malam..
kikiki..
lawak la.
sudahnye dokto kata cuci je pakai air biasa. benda-benda chemical ni bahaya utk tempat-tempat sensitif tu.
harum malam tu plak, rasenye kene simpan je kot sampai ujung tahun ni..
hehe

doktor tu cakap, orang muda-muda cam kita ni kurang ada possibility nak vagina prolapse ni..
orang-orang yang berkemungkinan ade masalah ni diantarannya ialah:
1) perempuan yg dah menopause
2) perempuan yang bersalin ramai anak. contohnya 8 org ke atas
3) perempuan yang pernah ada risiko susah masa bersalin. biasanya anak terlalu besar.

so aku takde pun masalah-masalah ni lagi, dan dia cek pun takde pun simptom-simptom tu.
mungkin apa yang aku rasa adalah kerana perubahan hormon dalam badan aku.
tisu-tisu dan organ-organ kat situ tengah melembut, jadi aku rasa macam nak jatuh. padahal nye tak pun.

so lepas ni kalau terasa macam jatuh tu,jangan kelam kabut. jangan gi cari tukang urut dulu..
pastikan kita tak rasa sakit, boleh jalan dan bergerak dengan selesa.
pastu cek urine dulu, kalau dah yakin, bolehlan set appointment ngan gyne dulu.
tengok nasihat dia. kalau semua ok, then masih nak pergi berurut. takde masalah..
sekian saja coleteh saye.









2 Diari

Bismillahirrahmanirrahim

pagi sabtu,ibu keje, ayah jaga anak kat rumah.
malam tadi ayah dengan anak main borak-borak tengah-tengah malam. pagi ni dua-dua liat nak bangun..
lepas belikan breakfast, ibu pun pegi keje..

eh, cite ape ni?
hhahahahaha...
emmm..tak tau nak mula dari mana.
tapi rasanya lepas ni,blog ni macam akan menjadi 2 diari rasanye..
hehe.