Thursday 22 December 2016

Masalah gigi kanak-kanak

Assalamualaikum...
harini aku nak bercerita tentang kerisauan aku. musim-musim sibuk ni, aku memang tak menyempat nak menggoogle banyak sangat. jadi aku rasa aku nak bawak kes ni pada yang bertauliah jela, iaitu doktor..

haa..maritza ni, dari dia start minum susu formula, sampai lah umur 4 tahun, memang dia akan tido dengan susu botol. tak kira la tido siang ke tido malam ke, memang dia kene ada susu baru boleh tido. dah terbiasa waktu breastfeed dulu kot. ngempeng sampai tido.. kalau takde susu, terkebil-kebil susah sangat nak tido.

sejak akhir-akhir ni aku perasan gigi geraham dia berlubang, jadi aku taknak la bagi susu lagi masa nak tido, tapi sebab dah biasa, dia macam cranky la bila tak dapat susu. stress gak aku nak melayan nangis merayu-rayu dia tu. kadang sampai bergaduh aku ngn dia. aku taknak la dia rasa macam aku mendera dia, tak bagi susu. tapi keadaan gigi dia tu buat aku risau.
gigi geraham ni akan patah ke ek? ke kekal? aku tak tau ni.

semalam borak-borak dengan opismate cerita pasal anak-anak diorang dah tumbuh gigi kekal, ada yang senget, ada yang gigi kekal dah tumbuh, tapi gigi susu tak patah lagi. ada yang gigi tumbuh jongang pulak..yang ni mak dia nak apply untuk braces, tapi doktor tak suggest pulak. so disebabkan topik gigi anak-anak, aku pun teringat la maritza. gigi dia dah mula berlubang.

balik tu, tak sabar-sabar aku nak tengok macam mana lubang tu, sebab kawan aku cakap, anak kawan dia siap nangis-nangis sakit gigi sebab berlubang. umur baru 6 tahun..huhu seriau aku..

belum dan maritza naik kereta, aku dah suruh dia nganga mulut, aku nak tengok gigi dia. terkejut aku, dah ade 4 lubang..huhuhu..kenapa cepat sangat berjangkit lubang ni..aduh la..memang aku kene bawak jumpa doktor je jwabnye ni. tapi aku risau dia fobia je, sebab kalau nak tampal, kan doktor tu kene bersihkan dulu gigi tu, dan aku takut dia rasa sakit then fobia..huhu

patut aku bawak klinik gomen ke private ek? gomen murah la kan..private mahal sikit, tapi mungkin cara dia tak membuatkan maritza fobia..
then, alang-alang aku dah cek gigi maritza, aku nak bwak musfira untuk checkup sekali..walaupun gigi mek tu masih sihat. tapi risau gak, sebab dia pun style ngempeng jugak..pastu gosok gigi nak gosok sendiri,,tak bersih pulak tu...aduh anak

Wednesday 21 December 2016

Study Week Sem 1

Assalammualaikum..
minggu ni dah mula start study week. so aku yg bekerja ni kene la manfaat kan mase yg ade secoit kat rumah untuk stadi. kebetulan pulak minggu ni encik yayang ada kat rumah, boleh la dia amik alih jaga anak-anak, jaga rumah segala benda tu kan, bagi can kat isteri stadi sikit. sebabnya, nak stadi kat opis ni macam tak sesuai pulak kan, even aku try nak bukak buku time rehat pun tak berapa nak selesa.. tak de port sesuai..nak-nak lagi kawan opis sume tak tau pun aku further stadi, kecuali group aku termasuk bos aku.. total dalam 7 orang je yang tau..
so kene la sorok-sorok sikit.

So malam isnin aritu, memang aku tak buat apa pun. ingat nak stadi pukul 3 pagi.. tapi kedasar laut aku bermimpi..
jadi hari selasa, aku cakap kat anak-anak, bagi can kejap ibu nak stadi ye.. diorang pun ok..ayah layan, so takde la nak mengacau ibu. dapatla dalam 2 jam jugak aku stadi.
pukul 9.30, aku bagi susu kat budak-budak berdua tu, then dah abis susu, encik yayang bawak diorg ke toilet membuang sebelum tido then gosok gigi.
lepas tu, encik yayang ajak anak-anak masuk bilik, dia dah bacakan bedtime story kat budak-budak berdua ni,  so aku aspect leh la tido dulu diorang ni. ibu nak pulun siapkan satu exercise ni.

sekali, dalam senyap sunyi malam, dalam pukul 10.15 gitu, aku dengar bunyi orang berjalan dari tingkat atas, turun ke bawah.."sapela pulak tak tido lagi ni?" tengok-tengok si manja aku, Musfira turun bawah, datang ke arah meja tempat aku belajar. dia duduk depan aku dok main kalkulator.
aku biarkan aje...sanggup aku mengira guna handphone aku je.hehe

agak-agak dia dah bosan, dia turun dari kerusi datang kat aku, mintak aku dukung dia, peluk dia..aku pun dok mengelak je la "jap ea dik..jap jap" gitu jela. dia siap tarik-tarik dah tangan aku, mintak aku bangun dari kerusi, nak suruh masuk bilik. dia ni memang tak boleh tido kalau tak beralaskan tangan aku. manja sesangat.camne la nak ubah tabiat dia ni ek..
selagi aku tak baring sebelah dia, memang tak tido lah dia.

kesian pulak aku tengok, jam pun dah pukul 11.15 gitu, aku pun mengalah la..walaupan ada satu lagi step nak siapkan exercise tu, tapi aku tinggal jugak..
naik katil, ngempeng sekejap, tak sampai 5 minit, terus dia tertido..kesian mengantuk dah, tapi tak boleh nak tido ibu takde ye..hmmm
manje benorrr

peneman ibu stadi..tapi tak bertahan lama..sebab mata dia dah berat sangat, then paksa ibu naik tido jugak! :)

Saturday 3 December 2016

Cita-Cita Maritza

Assalammualaikum...
maritza ni dari kecik lagi suka tengok kapal terbang.. rasanya normal la kan budak suka kapal terbang. tapi pada aku maritza ni dia ada kelainan sikit, dia sukakan roket. dan dia tau orang nak naik roket tu kene pakai suit apa. aku tak tau la kalau dia ingat waktu kami bawak dia pergi planeterium dulu tu kan. kadang-kadang cara dia bercerita pasal orang pergi ke bulan tu sangat details. macam mana dia tau pun aku tak tau la. kalau belajar kat sekolah, rase macam tak pulak. sebab dia ni jenis ape yang dia belajar, dia akan cerita time dalam kereta tu.
contohnya kalau dia cerita "orang nak pergi bulan, kene pakai baju putih gemuk-gemuk tu kan ibu. lepas tu kene pakai topi putih tu bole bukak-bukak. kalau maritza pakai lama-lama, maritza lemas. kalau maritza bukak, maritza tak lemas dah. lepas tu orang tu nama dia angkasawan. kena naik roket"
macam tak caye pulak budak kecik leh describe camtu. serius aku 4 tahun tak tau pape kot aku rase. darjah 1 baru kenal ABC. tu pun sampai N je. rasa kagum gakla maritza boleh pikir tahap camtu.
masa aku bawak dia naik kapal terbang pun dia macam lain sikit la aku tengok. dia tak nampak takut, tapi dia excited tunggu kapal terbang bergerak, bila kapal terbang tu meluncur laju dan slow-slow naik, suma dia perhatikan. apa yang ada bawah kapal terbang, bila dia landing hingga stop suma dia perhatikan. bila keadaan kapal terbang macam bergoyang , dia tanya "kenapa boleh bergoyang ni ibu.kan kita atas awan ni. mana ada jalan?" so aku rasa otak dia tengah berhubung kot time tu.haha
kadang-kadang kalau aku tanya apa cita-cita dia, sometimes dia jawab astronaut, kadang angkasawan, kadang baru jawapan bermacam-macam tu.hhehe..
so disebabkan dia macam berminat ke arah tu, aku rasa macam aku nak dorong dia lah kearah tu..macam pagi tadi, dia asik tengok kapal terbang, dia cakap kapal terbang macam burung. dia cakap nak bawak ayah naik kapal terbang, nanti boleh tengok awan kat bawah. macam-macam dia bercerita  pasal kapal terbang pagi tadi, jadi secara tiba-tiba aku tercakap,"maritza, nak tak kalau maritza jadi astronaut perempuan malaysia yang pertama?" dia jawab "Nak! Nak ibu!"..wah semangat..
so, lepas ni boleh la ajak ayah study camne nak dorong maritza ke arah tu..hehhee.. aja aja ibu!

Friday 2 December 2016

Sambungan: Keputusan Test Darah

Assalamualaikum...
lama terhenti cerita, tak sempat nak catch up masa. macam-macam berlaku. harini pun masih kelam kabut lagi. tapi kita gagahkan diri kejap untuk update. nanti cerita luput ditelan waktu. hehehe..
ok, bersambung dari test darah maritza haritu. lepas test darah pagi tu, aku hantar dia pegi sekolah, berbekalkan ubat baru. then aku pergi keje balik. sebab waktu tu memang tengah fasa sibuk bebeno. so, aku bila dah pukul 5 petang, aku dapat message dari teacher maritza cakap dia demam dan tengah berehat. aku pun terus berdesup la balik amik dia, dalam kereta pun dia tak bermaya.dia nak tido je. aku call klinik, nak tanya result darah, tapi belum dapat lagi. so, aku mintak tolong encik Yayang je la amikkan result nanti. aku nak bawak anak-anak balik dulu..kebetulan, nasib kami agak baik, kelas aku cancel malam tu, dan encik yayang pun ada meeting kat cyber..kalau tak weekday, memang dia dekat lumut aje. weekend baru balik.huhuuhu..
dah sampai rumah, aku kejutkan maritza untuk makan, tapi dia taknak, ajak mandi, dia taknak. dia nak tido je..
aku amik termometer tu nak ukur suhu badan dia, and terkejut sangat.sebab suhu dia 39.4 time tu. risau sngat. dalam risau tu, tiba-tiba klinik call cakap result dah keluar, dia bebas dari denggi. cuma demam viral. aku minta doc keluarkan surat refer ke hospital. aku nak bawak dia pegi hospital je.risau aku suhu dah tinggi sangat ni. lepas tu, aku call encik yayang minta dia amik segala surat kat klinik tu, sebab aku nak bawak maritza g spital malam tu jugak.
encik yayang sampai je rumah, dia terus angkat maritza dan kami ke hospital. sampai hospital, cek lagi suhu makin naik 39.9. doc decide tahan wad dan buat test darah lagi sekali dan kene insert ubat. aku redho je. sebab kalau balik rumah, lagi aku gelabah kalau suhu dia tak turun-turun.
lepas dapat katil, nurse pun nak cek lagi suhu dia, malangnya seperti yang aku jangkakan suhu dia tak turun. so nurse pun bersiap untuk spongekan maritza. dalam sejuk tu aku tengok dia pasrah aje kene sponge ngan air suam. cuma ada masa dia melawan gak bila nurse suruh dia mengiring, dia taknak. dia keraskan badan. lepas siap sume, kami tukarkan baju dia, then nurse cek suhu lagi dah turun 38.4 kot..camtu lah.. alhamdulillah, lega sikit rasa. baru nak baring, tiba-tiba hidung dia berdarah pulak. kami panggil nurse lagi, bawak tisu banyak-banyak dan ais. dok la mengelap darah dia dari pukul 1 sampai pukul 3 kot. tak berhenti. aku suruh panggil doc, tapi doc suruh kami turun ke bawah pulak. jadi kami pun turun la. elok je sampai bawah, tak berdarah lagi. so kami naik atas. naik ats berdarah balik. agak busy jugakla nurse-nurse kene melayan kami malam tu. dengan nak tuam ais, dengan nak sponge dia. kejap hidung dia ok, kejap berdarah lagi. memang penat malam tu. tak dapat tido.. dalam pukul 6, encik yayang kene balik, sebab nak pergi lumut balik. so tinggallah kami 3 beranak berkampung dalam wad tu.
pagi tu keadaan maritza nampak elok. banyak perubahan positive. makin sihat. malam tu pun ok dah, hidung tak berdarah. terasa macam bercuti kat hotel pulak. makan sedap..bilik besar, sebab kami amik bilik berempat..tapi takde patient lain pun.hehehe.
malam kedua, susu diorang habis. aku siap tinggalkan maritza kat hospital, aku bawak musfira pegi keluar jap cari susu..
esoknya doc cek, dan benarkan maritza keluar sebab takde masalah apa-apa. cuma demam viral tinggi saje, mungkin tekak dia dah ada infection, tu yang suhu payah nak turun tu..
alhamdulillah.. rabu malam masuk, jumaat kami keluar. petang tu encik yayang sampai ruma, take turn jaga anak..aku shot ke kelas..
dari kiri, malam pertama tunggu wad, dia memang tak bermaya. pukul3 pg kene turun jumpa doc, hidung berdarap non-stop 2jam. esoknya terus macam orang sihat dah, bole senyum-senyum.tapi still demam..esoknya lagi ceria dan bersemangat. nak-nak bila doctor kata boleh balik..yahuuuu!!

Wednesday 16 November 2016

Kaitan kesihatan dengan fenomena bulan penuh

Assalamualaikum...
bulan yang semakin busy. busy di tempat kerja, busy dengan assignment, busy sebagai ibu..dan time-time busy ni la, anak pun kerap pulak tak sihat..
sejak bila aku tak ingat, tapi aku pernah dengar orang cakap budak-budak ada potensi untuk tak sihat bila fenomena bulan penuh ni. so bila dengar fenomena bulan besar (penuh) 14hb haritu, aku dah risau..harapnya anak-anak sihat la..jangan la tak sihat. ibu dah mula sibuk ni.
tapi malangnya..anak-anak aku memang tak sihat. bermula minggu lepas, musfira mula cirit birit. hari aku buat appoinment dengan pakar kanak-kanak, tiba-tiba maritza pun demam. so jumpa doktor secara berjemaah la. mula-mula musfira. lepas doktor dah explain yang dia just kena jangkitan virus dari other babies yang dok rumah mama, aku rasa lega sikit la. risau kot rota je. musfira tu tak amik vaksin rota.
lepas settle musfira, aku minta doktor cek maritza pulak. masa tu dia baru nak naik demam. doktor cakap tunggu lagi 3 hari, tak ok datang balik test darah.
so harini dah masuk hari ke5 maritza demam.. badan macam lembik, kesian dia. so aku bawak test darah pagi ni. petang nanti baru dapat result.
so dekat sini, aku nak tanya, betul ke ada kaitan bulan penuh tu dengan tahap kesihatan budak-budak? tapi kenapa ek?
ke faktor lain? sebabnya aku perasan maritza ni dari baby lagi, aku aku macam marah, dah dia kecut perut or terasa hati memang boleh sampai bawak ke demam. dia ni macam sensitif. tak boleh kene marah dengan orang yang dia sayang. walaupun perwatakan nampak aktif, kasar..tapi jiwa lembut..
huhuhu..kadang bukan sengaja nak marah, tapi sebab dia suka buat hal benda yang tak sepatutnya,,tu yang kadang aku termarah tu..
tiap kali jadi camni, aku selalu tekad taknak marah dia. tapi bila dia menguji tahap kesabaran aku, aku selalu kalah... hmm..sori sayang..ibu cube lagi belajar untuk bersabar ye

Friday 14 October 2016

Borak-borak dalam telefon

Assalamualaikum...
dua tiga minggu ni encik yayang outstation ke lumut.. pagi-pagi isnin dah bertolak, tengah-tengah malam sabtu baru balik rumah (subuh sabtula senang)..
so waktu dengan anak-anak agak terhad..
minggu pertama encik yayang outstation, maritza macam terasa rindu kat ayah dia kot.. ada satu malam tu, dia amik bantal tido ayah, then cakap "hmm..bau ayah"
dia rindu la tu kot..dah masuk minggu kedua, ketiga macam dah boleh adapt ayah takde kat rumah..
musfira pulak, macam belum paham nak rindu bagai kot kat ayah dia.. tapi bila bagi telefon time ayah call, semangat pulak dia berborak..comel.haha
walaupun banyaknye aku yang ajarkan jawab cammane, tapi ada gak yang spontan dia jawab sendiri.
macam budak besar dah. pandai nak cakap telefon.
bila dapat telefon, terus nak letak kat telinga, padahal aku dah buat loudspeaker dah.
dia confuse, kenapa suara ayah kuat ni, tadi cakap ngn ibu tak kuat pun.hahaha

esok-esok kalau dah pandai borak, bole lah ibu call mama, nak cakap ngan adik kan... :)

Friday 30 September 2016

Diari Ibu: Musfira nak masuk 2 tahun

Assalammualaikum...
hujung bulan ni, dua-dua anak aku dah nak menginjak ke umur seterusnya. maritza nak masuk 4 tahun, musfira pulak nak masuk 2 tahun dah.
kalau nak compare maritza dengan musfira ni, diorang memang sangat berbeza.
maritza kalau nak masuk dua tahun dulu, cakapnya dah lancar. ABC sume dah kenal, bukan setakat nyanyi lagu abc je, tapi memang kenal sebiji-sebiji huruf tu, 123 pun dah leh kira sampai 10. sikap berdikari tu boleh nampak la.sebab anak sulung kot ek.
Musfira ni pulak, agak manja karektor dia. bercakap masih ala-ala baby lagi. tapi boleh faham la ape yang dia nak. cuma pelat. kadang tu memang bunyi perkataan tu lari terus la dari bunyi asal.haha
rajin, bersifat onwership sangat. kalau barang tu dia rasa dia punya, memang susah orang lain nak amik.(orang lain tu maritza la)hehe... kalau lepas main tu memang akan kemas balik. kalau dia amik kat depan pintu barang tu, lepas dia guna/main, memang dia akan letak balik tempat dia amik tadi. hehe. bagus sikap dia ni. memang aku suka. ABC 123 belum kenal lagi...takpe dik. no pressure. just follow the flow k manje ibu. penyayang..yang ni memang sikap dia la kot, match dengan sikap manja dia tu. dia suke dodoi-dodoikan doll-doll, bear-bear kat umah tu..sweet sangat. musfira ni yang aku perasan seorang yang sangat berhati-hati..jalan pelan-pelan kalau dalam bilik air. turun katil selagi dia tak yakin, dia tak terjun, dia hulur kaki sikit-sikit. beza tang ni dengan maritza. maritza seorang yang berani mencuba..hehe..dan yang paling penting, aku nampak gaya musfira ni, dia belum bersedia nak adik baru.hehehe.
So kita tunggu la lepas 2 tahun ni nanti, apa perkembangan dia..heheh
Maritza pulak, dah nak masuk 4 tahun ni, perangai makin manja pulak. kadang jadi nak marah, sebab manja tak bertempat. asik nak mintak ayah dukung, asik nak duduk atas riba ibu. asik nak melekat ngan ibu, nak tido katil ayah ibu..eh...letih gak la. tapi kadang kesian jugak. sebab dia kecik lagi kan. tapi sebab sikap dia nampak matang, so macam tak sesuai sangat bila asik nak menempel..hehe. sorry maritza. bercakap memang petah. bercerita, komen, bagi idea, buat keputusan, memujuk..memang dia nampak macam budak besar dah sangat. kadang macam tak percaya, anak ibu dah besar..dah boleh jadi geng ibu sangat-sangat. sikap kurang sabar pun macam ibu..hehe..semalam ajar adik main game, dia melenting sebab adik tak bergerak-gerak. kat situ je..haha. sabar-sabar..i feel u dear.
dari segi belajar, dah ok kot. baca boleh la, mengira pun boleh la basic-basic tu, mengaji pun boleh la (ustazah cakap laju) ok la tu kan, tangok jam analoq pun tau dah sikit-sikit. main yang mencabar tu memang dia nak cuba je..jatuh tertonggeng, terbalik, terlentang, tersungkur, sume dia dah rasa. advanture anak aku sorang ni.hahhaha

Thursday 29 September 2016

Bahang mula terasa

Assalammualaikum..
kelmarin, aku tak ada kelas. jadi balik kerja awal-awal.amik anak-anak, makan nasi lemak tapau. lepas tu aku bagi anak-anak buat aktiviti bebas.sambil aku mengadap henfon.
bila maritza menyakat musfira, aku jerit je dari jauh.
bila time mandi, maritza kacau musfira, aku jerit je dari depan. tangan tak lepas telefon.
sampai la kemalam..sebelum nak tido, aku pegang telefon lagi, lepas tu ajak budak-budak tido.
pagi tadi masa nak pergi keje, maritza dok tengah main henset encik yayang.
aku tegur dia, "turun tangga tu elok-elok sikit, jangan asik nak tengok telefon je"
sekali dia jawab, "tadi ibu pun main game je". aku tanya balik,"bile? bile ibu main game?"
"tadi lah. masa kita balik dari work tu, ibu main game je" dia tu semua pun tadi..semalam pun tadi, aritu pun tadi, jadi memang kene recall sendiri la kan..
aku pun pelik, macam dah lame je aku tak main game.
sekali baru teringat, agaknya yang aku ngadap telefon sampai tak hiraukan diorang tu kot..
hmmm...
terus rasa kesal. sebenarnya aku bukan main game. aku berwasap dengan ahli group baru.
tau-tau la kan kalau dah wat master ni, banyak assignment, banyak group. kebetulan group yang aku diskus malam tu sibuk nak kumpul potensi tajuk. jadi aku pun nak sumbang tajuk jugak. taknak la jadi ahli pembonceng je. dah la tool-tools sume bagai aku tak familiar. jadi bab manual la aku leh sumbang idea..
tapi tak sangka, maritza ingat aku main game..huhu..
kesian anak-anak.dah la masa kita makin berkurang kan..time ibu ada depan mata, tapi fikiran ibu pulak takde bersama..huhu..ibu cube perbaiki mana yang boleh ye..
mana yang tak boleh tu, tunggu la lepas ibu abis belajar..sob-sob
kelas baru je minggu ke4. bahangnya sudah mula terasa..tambah-tambah lagi maritza tu memang seorang yang sangat alert.hmm.. kene la aku bijak bahagi masa kan. malam tu jugak dia agak cranky. agaknya cara dia untuk dapatkan perhatian kot. sebab ibu macam layan tak layan je diorang  masa tu.


p/s: ari isnin aritu aku pakai stokin lain dari biasa, sebelum dia nak masuk kereta tu, dia terpandang stokin aku, terus cakap "wow! stokin baru!" rasa nak tergelak pun ade masatu. sempat lagi dia menegur sebelum melompat naik..maritza maritza.

Thursday 8 September 2016

Facebook penuh dengan aktiviti anak-anak

Assalamualaikum...
apa pandangan korang kalau tengok facebook orang penuh dengan aktiviti anak-anak ataupun gambar anak-anak?
seriously, kalau aku, aku suka tengok atau baca cerita anak-anak orang ni..
rasa comel je cerita budak-budak ni. tapi cerita pasal anak-anak ni biarlah yang real, yang natural.
tak perlu cerita yang best je pasal anak kan..cerita je apa-apa. anak makan ke, anak berjalan ke, anak berborak ke, ape-ape jela pasal anak-anak ni. memang best untuk dibaca.
baru-baru ni aku ditegur oleh sorang member lama zaman-zaman aku department maintenance..
beliau cakap, dia selalu baca facebook aku. tapi tak pernah komen atau like. tapi dia suka baca facebook aku..aku macam terkejut gak..aik? nape camtu kan..seram je..hahha
lepas tu dia sambung, dia suka baca facebook aku sebab aku selalu cerita pasal anak-anak aku..
aku selalu beraktiviti dengan anak-anak aku. dia suka tengok cara aku dan suami aku spend masa dengan anak-anak..
hmm.. actually kalau ikutkan aku, aku ok je spend masa ngn anak-anak kat rumah, tapi encik yayang jenis suka spend masa dengan bawak anak-anak berjalan.. ke memang orang laki gitu ek? sebab abah aku pun suka bawak kitorang berjalan-jalan masa kitorang kecik-kecik dulu. pergi zoo..pergi tengok kereta berhias, sambutan hari kemerdekaan, tengok bunga api, pegi muzium dan kalau yang tak mengeluarkan duit pun ada. contohnya macam tengok ikan toman yang besar kat kedai-kedai ikan (biasanya kedai ikan org cina la), pegi ziaran-ziarah masjid KL, masjid shah alam. tak pun abah akan bawak kitorang ronda-ronda taman perumahan..kalau dah takde tempat nak jalan (ataupun abah dah takde bajet)..huhu..kadang-kadang abah ajak kitorang sesaja naik bas mini..nak bagi pengalaman naik bas..hehe..tapi semuanya takde gambar kenangan.yang ada cuma memori yang terakam dalam kotak ingatan kami.
so sekarang giliran kami pulak bawak anak-anak berjalan-jalan..dan aku akan amik gambar sebanyak mungkin setiap tempat yang kami pergi untuk jadikan kenangan. at least anak-anak ada memori dan ada kenangan masa tu.. kadang kalau dah amik gambar pun lama-lama tak tengok pulak kan? sebab tu aku memang akan update dalam facebook aku. tujuan aku supaya kenangan tu kekal ada. anak-anak boleh recall dan tengok balik kenangan-kenangan tu insyaAllah.. tak ada niat nak menunjuk-nunjuk atau pun apa-apa...cuma untuk kenangan kami..

Tuesday 6 September 2016

Satu September Dua Ribu Enam Belas

Assalammualaikum...
1hb aritu, aku sekali lagi bergelar pelajar.. pegi berdaftar master ditemani encik yayang..
terima kasih, abang...
Semoga ibu di beri kekuatan untuk membahagikan masa untuk keluarga kita, pelajaran ibu, dan pekerjaan ibu...
semoga semuanya diberkati Allah..
01-09-2016 ... tarikh bermulanya tugas 3 serentak aku...

Bismillahirrahmannirrahim...

Monday 5 September 2016

Sambutan hari Malaysia di KLIA

Assalamualaikum..
hehe.. tajuk je sambutan hari malaysia..padahalnye lepak-lepak sambil berkelah je kat KLIA tu.tengok kapal terbang landing..
best la jugak. rase cam lain kali nak pegi lagi..hehhee
kebetulan ada bendera ni dalam kete, dapat 30hb aritu masa sambutan merdeka kt tempat keje.
so sambil angin kuat, sambil kibarkan bendera.nampak patriotik sangat. hehe
takde nak cite banyak-banyak....gambar pun takde la nak upload sume kan.
sekadar cukup untuk mengimbau kenangan je nanti..

InsyaAllah bulan 11 nanti kite jalan-jalan naik kapalterbang pulak ye anak-anak.. :)

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!



Monday 29 August 2016

Weekend 29.08.16

Assalammualaikum..
Tiga tahun lepas, aku selalu kesian tengok Maritza main sorang-sorang..
disebabkan perasaan kesian dan tak larat nak main same ngn dia, aku rase baik aku bagi dia adik. leh jadi kawan main, kawan belajar, kawan bergembira..
Setelah lahirnya Musfira, aku memang rasa gembira..impian aku tercapai..alhamdulillah. lahir seorang adik perempuan, yang cukup sifatnya..dapatlah jadi kawan maritza..
tapi..lepas musfira besar dan stabil untuk dijadikan kawan sepermainan, maritza ni tak berapa nak geng pulak ngan adik dia.
kalau ngan budak kecik lain dia pandai main same-same. megalah bagi budak tu mainan. tapi bila ngan adik sendiri, dia tak berapa nak layan..gaduh boleh tahan...
Selalu aku sebut-sebut kat dia, " ibu lahirkan adik untuk bagi kawan pada maritza, jangan lah buli adik tu.." kadang dia dengar, kadang dia buat bolayan..
disebabkan dia kuat jugak buli musfira, aku selalu protect musfira..makanya terjadilah musfira tu macam anak manja..sikit-sikit ibu.. tapi tak pelah, maybe masih kecik kan..layan je dulu.
Semalam, aku saje malas nak layan dua-dua. bila tak layan, boleh pulak jadi kawan baik..mandi same-same, makan same-same, main same-same, belajar same-same, solat same-same..
haa..kan bagus gitu. takde gaduh-gaduh pun semalam. ibu pun rase puas dapat rehat..hehe...
berbaik-baiklah korang berdua ye...jangan bergaduh sesama sendiri..jadilah adik beradik yang saling menghargai satu sama lain...aminnn


Thursday 25 August 2016

List kerja rumah mengikut umur

 Assalamualaikum...
harini nak share list kerja rumah mengikut umur..
kalau ikut-ikutkan dah banyak gak kerja rumah yang budak-budak ni buat..tapi tak konsisten la..
ikut mood, ikut tahap kerajinan dan tahap excited diorang.
tapi biasanya musfira tak ikut tahap-tahap tu sangat. dia lebih disiplin. dia macam faham. lepas main mesti kemas sebelum boleh buat benda lain..
contohnya kalau ayah ajak pegi amik maritza dari tempat mengaji. dia akan kemas semua mainan yang dia amik, baru dia bangun dan ikut ayah..
okla, ni aku listkan kejap kerja rumah diorang:

Maritza:
pakai baju sendiri, ambil baju sendiri, letak baju kotor dalam bakul baju, lap air/makanan tumpah, bawa makanan dari dapur ke tempat makan, jemur tuala, sediakan meja makan, susun kasut, kemas mainan, buang sampah, lipat baju sendiri, tolong ambilkan barang kecil dan ringan (remote tv, botol air..)

Musfira:
lap air tumpah, kemas mainan, hantar bekas makan/botol susu/bekas air atas meja, ambil diaper, buang sampah, susun kasut, ambil barang ringan..

so far, aku belum latih lg kerja-kerja berat. tapi maritza suka curi-curi basuhkan cawan. maritza ni nampak macam jenis yang suke buat keje tanpa disuruh dan kerja yg bukan rutin..kalau ada mood dia tiba-tiba dia rajin mengemas. lepas kemas, musfira tak boleh usik dah barang yang dia kemas.
kadang-kadang tiba-tiba basuh baju sendiri dalam bilik air. berbanding Musfira, dia tak kisah buat kerja yang disuruh..walaupun kerja tu kerja rutin. contoh kemas mainan lepas habis main, letak botol atas meja lepas abis minum susu..

lepas ni boleh la guide diorang sikit-sikit based on list bawah ni :)






Wednesday 24 August 2016

2014 vs 2016


Wordless Wednesday..... Maritza 2014 vs 2016 :)

School Trip Little Caliph

Assalamualaikum..
harini sekolah Maritza buat rombongan ke taman burung dan kilang coklat beryl's. dia excited sangat. aku pun excited jugak. mula-mula dapat tau dia ada rombongan, aku bincang ngan Encik Yayang.
aku tak terus tanya dia sama ada nak bagi maritza pergi ke tak.. tapi aku bukak topik perbincangan camne nak treat anak-anak zaman sekarang supaya diorang tak terlalu bebas, tapi tak jugak rasa terkongkong. lepas tu sambung pulak, mengikut pengalaman aku, aku tengok kakak-kakak aku, kawan-kawan aku yang aktif kokurikulum ni selalunya pelajar pintar kat sekolah.
Encik yayang pun setuju. dia pun tambah pendapat..lepas dah borak-borak, bincang-bincang, aku bagitau maritza ade school trip 24 haribulan.
jadi kami pun sepakat nak bagi maritza pengalaman pertama ikut rombongan sekolah dengan kawan-kawan dia.
sejak dari hari isnin, aku dah remind dia pasal rombongan ni. aku dah buat peraturan kat dia, dan sehingga setakat pagi tadi dia masih ikut peraturan dan perancangan yang aku buat. harapnya nanti masa rombongan dia ingat nasihat aku sama macam dia ingat nasihat teacher.
Isnin malam haritu, masa nak potong kuku dia cakap, teacher Nurul cakap "kalau tak potong kuku, tak boleh pegi taman burung kan ibu". lepas tu, semalam pulak, masuk-masuk je kereta dia pesan kat aku, " Esok tak boleh pakai baju sukan, kene pakai baju warna kuning yang ada butterfly tu kan ibu"
punya dia semangat nak pegi rombongan tu..
harap-harap trip pertama dia ni akan jadi kenangan terindah maritza..
So start dari petang semalam, aku dah plan elok-elok untuk dia, balik dari school kena mandi, makan, main kejap, pergi mengaji, balik mengaji minum susu dan tido. esok nak kene bangun pagi.
dan dia ikut semua plan tu. pagi tadi bangun pun mood baik, pakai baju sendiri. ikut ayah pergi school. Encik yayang cakap nak bawak dia breakfast roti canai dulu, sebab risau kot-kot dia lapar nanti..
tak tau la selera ke tak makan tu..hehe
Mulanya aku dah plan nak biarkan maritza bawak botol air dia, tapi disebabkan semalam aku dah confirmkan dengan teacher yang budak-budak ni tak perlu bawak apa-apa. sebab teacher risau tertinggal barang-barang tu nanti..jadi aku pulun nasihatkan maritza kalau dahaga mintak air dengan teacher. cakap macam ni " teacher, saya nak minum air". sekali dia jawab " bukanlah ibu. kene cakap macamni. teacher, maritza nak minum air".. "ok fine. tak kisah la..janji pandai mintak air. jangan biar dahaga. jangan lupa minum air banyak-banyak.luar tu panas.".. sekali dia balas, " mintak air lepas makan kan ibu. tak boleh minum air sebelum makan"... alahai anak. "tu kalau kat school, masa rombongan nanti kene selalu mintak air"
aku yakin maritza ok walaupun dia kecik lagi  (belum pun 4 tahun) tapi dia nmpak dah matang. dan aku rasa aku nak pilih jalan untuk biarkan dia rasa pengalaman ni tanpa ada rasa paksaan. aku nak dia rasa kami (ibu ayah) ni tempat yg dia bolah kongsi segalanya tanpa perlu sorok-sorok. kalau boleh kami nak jadi kawan dia..biar tiada rahsia antara kami.
dan paling penting, kalau boleh aku nak spend masa betul-betul masa kanak-kanak diorang ni. tapi tulah, kene fikirkan peluang...
Ermmm...oklah.. semoga perjalanan maritza harini dipermudahkan, dan semoga selamat pergi dan selamat pulang pukul 4 petang nanti.. amin

Tuesday 12 July 2016

Cerita Raya Express 2016

Assalammualaikum..
kisah raya kami tahun ni...
aku mula bercuti raya hari selasa..pagi tu encik yayang keje lagi. dia balik tengahari, siap-siapkan anak-anak then plan amik sate kat dengkil, lepastu terus balik langat. janji dengan tokey sate pukul 3. tapi tokey sampai 3.45 petang..lama kami tunggu. sampai-sampai, tokey bawak sate mentah pulak..alahai tokey, kami nak sate siap masak. dah tokey balik umah bakar sate dulu. sementara nak tunggu sate siap, kami balik rumah jap.sebab ada beberapa barang tertinggal. janji nak jumpa balik pukul 4.30..tapi pukul 5 baru sampai.
aku memang dah masam muka la. taknak deal dah ngn tokey sate tu. yela, orang nak balik raya. dia pulak boleh wat keje salah salah, pastu lambat pulak tu.,
dah dapat sate, kami terus balik langat. singgah bazaar jap, sebab kakak aku cakap, diorg tak masak apa pun untuk berbuka ni..mak tak sihat.
dah beli macam-macam, balik rumah, tinggu waktu berbuka. kuarkan separuh sate. separuh lagi simpan untuk pagi raya. satenye alhamdulillah semua puji sedap. berbaloi tunggu lama. puas makan, sedap dan besar.huhu
malam raya, anak-anak main bunga api kejap. lepas tu kemas-kemas tempat tido. then aku minta tolong encik yayang la temankan anak-anak tido. aku nak tolong kat dapur. yela.dah la balik lambat, satu ape keje pun tak tolong kan..huhu. dalam pukul 1 siap sume, then tido..
pagi raya, lepas subuh terus kejutkan anak-anak, kesian..terkebil-kebil dua-dua tu kene kejut dari tido..hehe..takleh bayang kecomelan maritza ngn musfira time tu.. alhamdulillah diorang tak meragam..aku ajak mandi, lepas tu pakai baju raya..sukala kan diorang, akhirnya dapat pakai baju raya..hihi..
lepas jamah sikit makanan raya, terus aku sarungkan telekung..lagila kemain syok depa..
kami pegi solat raya kat masjid tempat aku bernikah ngn encik yayang dulu..hehe..
lepas solat raya, balik rumah. sambung makan, salam-salam raya..
tengahari, terus gi rumah arwah atok kat cheras, jumpa semua makcik pakcik sedara mara sebelah mak kat sana..lepas dah jumpa borak-borak, kami balik langat. solat-solat, mandikan anak-anak, lepastu terus beraya ke subang.. dah petang balik rumah, jumpa abang-abang, kakak-kakak ipar yang datang beraya rumah mak.lepas dioarng balik, kami rehat-rehat, malam beraya rumah kakak aku kat langat jugak. anak-anak main mercun sambil mak bapak bincang plan untuk esok. yang kakak aku ni plak offer nak bagi basikal kat maritza..maritza pun nak basikal tu, tak dan dan..nak bawak balik malam tu jugak.sudahnya penuh padat bonet kete dengan segala barang.
pukul sebelas balik rumah, mandi, siapkan tempat tido, terus tido..
esoknya bangun pagi, lepas subuh terus kejutkan anak-anak lagi sekali..sebab nak balik perak pagi-pagi. lagi sekali anak-anak aku terkebil-kebil kena bangun pagi..kesian diorang..sabarlah anak-anak ye..hari raya memang kena bangun awal.hehehe. mandikan diorang, bagi makan, siap-siap packing barang, sebab lepas je balik dari perak, kami terus balik rumah kami,jadi kene pack semua barang bawak balik kampung, termasukla basikal maritza.
pukul 8 kami dah siap, tapi tunggu famili kakak aku siap, pukul 10 lebih jugak baru bergerak balik kampung. berapa station kami berhenti. nak isi minyak la, anak nak roti la, anak nak kencing la, anak berak la. dengan rnr yang penuhnya, sesak.
sudahnya pukul 1 lebih camtu, kami sampai kuala kangsar, rumah pertama kami tuju, rumah pakyop. perut lapar ni, mujur rumah pakyop hidang nasi lemak dengan lontong..semua makan sampai kenyang. haha.. lepas tu bergerak rumah arwah mak ayah angkat aku, lepas tu rumah sepupu abah, pakya then rumah ayah ngah.. lepas settle rumah-rumah kat kuala kangsar, kami bergerak ke taiping, rumah pakdik. kat sana ada pakha sekeluarga, tapi anak isteri pakha semua takde, dah gi beraya, dapatla jumpa pakha je, then cho pun sampai, lepas tu anak-anak dan balu pak san pun sampai,, bergather-gather kami kat rumah pakdik.
pukul 8malam bergerak balik, tapi sebelum tu kami semua mandi dlu bagi badan segar..dari cucu sampaila ke atok tumpang mandi dulu..hehhe..lepastu baru bergerak balik. tak jauh dari rumah pakdik, kami singgah makan kejap, pukul 9.30 mula masuk highway. perjalanan lancar walaupun ada sesetengah tempat banyak kereta, tapi okla, tak jem.
sampai rumah pukul 2 pagi, aku settlekan baju-baju. basuh semua, jemur dalam rumah je. sebab esok nak guna lagi baju-baju raya tu. huhuhu..
pagi raya ketiga, rasa macam dah letih gile pagi tu, encik yayang pun letih dah kot, dia bagi kami rehat-rehat..kul 11 baru bertolak balik kampung dia. so dapatla aku berkemas slow-slow. takde la terkejar-kejar. buat keje terkejar-kejar ni aku tak brape nak suke. karang ade je benda yang tertinggal.
Alhamdulillah perjalanan balik muar pun smooth je, bertolak pukul 11.30 sampai umah mentua pukul 1.30, terus encik yayang gi solat jumaat, lepas dia balik, terus g beraya rumah sedara mara jiran dia..dapat la beraya 4 biji rumah petang tu, malam, tak beraya dah..kemas-kemas, tolong-tolong apa-apa yang patut, esoknya adik ipar aku nak bertunang.
so bangun pagi-pagi sambung ngemas, petang, lepas zohor rombongan lelaki sampai.. majlis kecil-kecilan je,,anak beranak je.
lepas asar sume dah melepak. penat..anak-anak pun tido, aku pun diserang angin pulak. sebab makan tahu ni..pasni aku kene pantang la makan tahu, angin!
malam tu, kawan encik yayang aka anak sedara dia datang beraya dengan anak isterinya..dekat pukul 11 jugakla baru diorang beransur balik. aku pun plan nak standby tempat tido. sekali encik yayang ajak beraya umah abang dia..ok, pegila, sebab semua orang pun takde kat rumah, dah gi umah abang jai dari pukul 9 tadi. dlm perjalanan, kepala aku makin berdenyut..sampai umah abang ipar aku, memang dah sebu perut aku, kepala berdenyut, urat tengkuk dah tegang..ish..memang tak daya nak menahan. biras aku sediakan kopi panas kat aku.lepas minum tu rase la lega sikit, on the way balik umah mak mentua, aku muntah. angin dah tendang keluar. mujur time tu memang tengah berenti kat tepi jalan, sebab encik yayang nak belik koyok kat aku..cian dia, asikla kene melayan isteri sakit kepala..huhu..
sesampai je rumah, aku mandi, encik yayang take part lagi tidokan anak-anak..cian dia, layan anak-anak sampaikan dia pulak tertido ngan baju raya. tak sempat tukar baju..hehe..
bangun pagi esoknya..jeng jeng jeng..sakit kepala dah hilang..lepas makan pagi, kami bertolak ke segamat pulak, beraya sambil ziarah kawan aku, bersalin baby ke4..
tak lama sangat kat sana, sebabnya rushing jugak nak balik, takut jem..esok nak keje. anak nak sekolah..
sepanjang perjalanan balik tu, kami lalu jalan dalam je..tak masuk highway langsung. kononnya nak elak jem. tapi tah-tah tak jem pun highway tu.hahaha
sampai rumah pukul 5, rehat jap, mandi kuar makan..hehhehe...
esoknya isnin..dah keje..

lepas solat raya, tunggu atok tukar duit kejap..pagi raya baru atok teringat nak bagi duit raya...hehhe

First time Maritza solat raya....actually first time jugak la kami berempat solat raya bersama..alhamdulillah :)

Gambar Raya 2016...



Monday 4 July 2016

Balik Kampung Sebelum Raya

Assalammualaikum..
3, 4 minggu lepas, kami ada beli frame baru, letak kat tepi tv. lepas tu slow-slow aku masukkan gambar. 1 frame tu gambar maritza dari first day lahir sampai lah dia da besar ni (tak besar mana lah kan...hehe). ada satu gambar tu, raya tahun 2013. masa tu amik gambar kat kampung en yayang. sejak-sejak maritza tengok gambar tu, tiap-tiap hari dia mintak balik kampung ayah...rindu nak tengok tempat bergambar la tu.hehe
jadi pagi-pagi sabtu lepas sahur kami pun bergerak balik. jalan clear..tak jem alhamdulillah.
maritza pun siap recall la tempat bergambar dia tu.nasib tak suruh ibu posing dukung dia balik kat tempat tu..hahaha
lepas berbuka semalam baru kami bertolak balik, sebab harini aku keje. esok en yayang pulak keje.
syukur, perjalanan lancar..singgah mcd kejap drive thru beli foldover untuk bersahur.
dalam kereta berlumba-lumba makan fries ngn en yayang..best..hehe
so pagi tadi bangun pukul 5, makan foldover sambil di temani Musfira. mek kecik tu pagi tadi macam dedor sikit badannya. aku bagi ubat, bagi susu peluk dia, tapi taknak tido, jadi kami bawak dia turun bawah, teman ibu ayah bersahur.. mula-mula dia macam mamai..baring je kat rocky chair dia sambil main phone ibu. lepas da ok sikit, dia mintak turun dari chair dia, dia pegi kat play area dia, habis sume mainan dia tegur, dia cium, dia tolak, dia naik, dia dukung, dia kendong..ibarat orang yg dah rindu sesangat lah..hahaha
budak kecik gini pun da pandai express rasa rindu dia ye..
hmm...cik musfira ibu ni memang manja sikit kerakternya..
:)

Saturday 2 July 2016

Potong rambut anak

Assalamualaikum..
korang biasa potong rambut anak kat mana? kedai ke potong sendiri kat rumah je?
Macam maritza, masa pertama kali nak potong, kami bawak ke kedai je. macam tak berani je nak potong rambut dia.hehe.
kali ke dua,ayah dia bawak g kedai. sambil ayah nak potong rambut, ayah dia suruh barber tu potongkan rambut depan maritza. free je pun.
kali ke tiga ni ingat nak potong rambut musfira sekali, tapi lepas dia tengok segala "procedure" nak potong rambut kakak dia, terus dia tak jadi nak potong rambut. tak confident kot dia tengok macha tu trimmed rambut kakak dia.. hehe
esoknya, ayah dia tengok rambut maritza macam senget je, so ayah nak alter sendiri. tapi sebelum ayah alter rambut maritza aku suruh dia potong rambut musfira dulu. musfira dah ok. dah duduk depan ayah. tapi ayah macam tak tau plak nak potong camne, sebab rambut musfira kan curly..bergulung-gulung..payah sikit la nak potong.
so aku dengan confidentnya, potong je ikut lengkok curly tu. haha
potong-potong...rupanya panjang gak rambut budak ni kena potong.. sayang gila tengok rambut dia. cantik bergulung..halus je..lembut..
tapi..apekan daya..panjang sangat sampai nak jolok mata..
ni lepas potong nampak modern sikit dia..hehe..
lepas potong rambut musfira, aku bagi balik gunting pada encik yayang. suruh dia plak settlekan maritza..sekali dia potong..dekat seinchi rambut cik kak tu..huhuhu..
baaru berangan nak ikat comel-comel rambut maritza tu..
sob sob..

Friday 1 July 2016

Demam

Assalammualaikum..
hari ni dah nak masuk hari ke tiga maritza demam. hari pertama dia demam hari rabu.. malam tu aku dah rasa badan dia suam-suam, jadi aku dah bekalkan ubat, minta tolong teacher dia bagikan kalau maritza panas. dalam pukul 11 lebih teacher dia whatsapp aku tanya bila nak kena bagi ubat ni, lepas makan ke? aku iye kan ajela..tak berapa tau makan tu pukul berapa, nak tanya lebih-lebih pun takdan. waktu tu tengah ada keje.
dalam pukul 12.30 camtu teacher dia call, bagitau temperature maritza dah cecah 39degree.. Allah, aku pun risau la, terus raise permit exit plant. nak amik dia bawak g doctor. nak amik ubat baru.
sesampai je dekat daycare dia, dia dah nampak sihat.cuma mata layu la..huhu
aku tanya daycare assistant tu pukul berapa depa bagi ubat, dia cakap pukul 1..aku amik pukul 1.30 dia dah ok sikit..
tapi aku still amik dia, bawak pegi klinik. sampai klinik, suhu dia 37.4deg..memang masih demam.
so amik ubat, amik musfira..balik.
dalam keta aku bekalkan air kelapa dengan roti. air kelapa dua-dua tak lalu minum. sebab aku tak tambah gula dan ais kot. maritza minta roti coklat. 2 buku dia makan, rasa tak kenyang lagi dia suruh aku bukakkan plastik roti yg ketiga, tapi baru segigit, dia kata dah kenyang. taknak dah. minum air. baring kat belakang, terus tido..mak aih.risau aku tengok budak ni.
balik rumah, dia sambung tido sampai waktu nk berbuka baru bangun. aku pujuk makan ubat, dia nangis-nangis taknak ubat..aku pujuk-pujuk..dia makan jugak la ubat..then makan nasi.lepas tu 'sihat' balik.
proses nak bagi dia makan ubat kali ni memang susah. aku pun tak tau..
semalam, aku pujuk dia makan ubat terpaksa gula-gulakan dia pasal nak balik kampung ayah.
kene bagitau, "jumaat nak makan dengan kawan-kawan ibu, hari sabtu nak balik kampung tau maritza..maritza kene sihat, baru seronok balik kampung".. dia ok, angguk then tanya " hari dua?"..
la..agak dia ingat aku cakap hari satu ke sabtu tu..dalam demam tak larat tu. cuba kalau larat, lagi panjang akal dia..
tengah malam tadi pulak, aku pujuk dia makan ubat. dia asik jawab "taknak!"..sampai la aku kene ugut dia. "maritza, maritza jangan buat ibu marah ye..nanti kalau ibu marah, susah maritza..ni ibu dah rase nak marah ni" dan-dan dia terus ok. makan ubat. lepas tu tido. masa tido siap dia mengigau macam-macam. tetiba " taknak!" tetibe "teacher, dia tak larat" adeh..ciannye..sampai bawak ke mimpi kisah demam dia.
pagi tadi pulak dalam kereta, aku ajak makan ubat dia refuse abis-abisan. segala macam pujukan dan ugutan aku dia tak layan. dia tetap geleng kepala. last-last aku kene guna kekerasan dan paksaan. aku baringkan dia kat riba aku, then aku masukkan picagari tu dalam mulut dia, aku tekan sikit-sikit. kali pertama dia tertelan, kali kedua dia ludah balik, abis kotor uniform sekolah dia. aku tekan kedalam sikit, dia tertelan lepastu dia ludahkan balik..
aduh, memang stress sangat aku rasa. dia menangis sampai sudah aku tak pujuk.
aku taknak dia melepek kat sekolah, nak cuti, aku punya cuti pun dah nazak ni..
aku harap cepatla dia sihat. tengah tak sihat ni ragam dia lain macam...

Tuesday 28 June 2016

Kompilasi cerita anak-anak

Assalamualaikum..
Ahad lepas, aku tak sihat..sakit kepala mencucuk-cucuk. tak tau lah sebab angin ke migraine ke sebab ape tah.. hari tu terlambat bangun, sedar-sedar dah pukul 5.30, kejut encik yayang..aku mamai-mamai minum air masak je segelas..encik yayang makan ape aku tak pasti..hehe
lepas tu tido, bangun balik solat subuh, rasa macam tak sedap dah kepala..tapi masih ok lagi. then tido balik, bangun balik memang rase macam kepala nak pecah.. kat tekak pun rasa macam ade benda nak kuar je..tapi tersangkut..angin la kot..
lepas mandi ingat mesti segar sikit..rupanya tidakkkk...masih sakit. makin sakit..berdenyut-dennyut kepala...rasa mencucuk-cucuk..urat tengkuk rase tegang sangat..
pagi tu encik yayang da masak breakfast untuk anak-anak. dia settlekan segala kerja rumah..dia service kete sendiri kat rumah..cian dia..hehe
anak-anak?
haaa..ni nak cite..
bebudak berdua ni, biasanya tak boleh dekat. mesti nak gado. tapi hari tu, diorang macam paham je, ibu takde kederat nak marah diorang..hahah
jadinya diorang berbaik-baik sesama sendiri. tak gadoh pun..leganya ibu dapat tido dalam kesakitan kepala tu.
maritza macam kakak-kakak sangat aritu..
adik nak makan jeli, dia amik, minta ayah bukakkan, then dia bagi kat musfira. lepas adik dia dah abis makan, tak tau nak buang mana, dia bawak adik dia g dapur, buang kat tong sampah, lepas tu aku mintak tolong basuhkan tangan musfira. dia bawak g toilet untuk basuh..
walaupun seluar dua-dua basah..tapi aku rasa lega plak, kalau maritza tak tolong mesti aku kene bangun kan.. nak basuhkan tangan musfira. dah la tiap kali bangun, makin berdenyut kepala ni.
lepas dah makan jeli. maritza amik coklat pulak. dia bukak, dia bagi kat adik dia dulu, then baru dia bukak untuk diri dia sendiri..alahai serius aku rase touching sangat. bagusnya pandai jaga adik.
musfira pun baik je, amik duduk dan makan..
ehehheh..
lepas tu basuh lagi tangan adik..tapi mulut adik lupe nak basuh T__T
aku bagi tisu je kat musfira, suruh dia lap mulut tu, nasib da pandai lap sendiri..
lepas adegan makan-basuh tangan sume tu, aku tido lagi..sedar-sedar encik yayang da siap masak untuk berbuka..pukul 6.30 dia nak kuar bawak musfira.
tinggalla aku dengan maritza. time tu maritza tengah tido. dia ni kalau bangun dah dekat senja, memang out la peel dia, moody abis.
tapi petang tu dia bangun, then terus tanya aku "ibu sakit kepala lagi?"
masyaAllah, rase nak nangis, anak baru bangun tido terus teringat kita..
aku angguk je, pastu terus tanya dia pulak, "Maritza nak kencing?" huhuhu..
dia pun angguk jugak pastu jalan g toilet..alahai anak..
mekasih ye, jadi anak yang baik, kakak yang baik..


Thursday 9 June 2016

Bulan Puasa

Assalamualaikum..
harini baru masuk hari ke empat berpuasa..Maritza puasa ke?
dia tak puasa..aku takde plan pun nak latih dia puasa..baru 3 tahun..macam kecik sangat untuk latih puasa.. tapi tadi aku terbaca kat apps sekolah dia, bukak sekolah ni nanti ticer nak train budak-budak ni berpuasa..budak-budak 4y & 5y puasa setengah hari. budak 6y puasa sehari..
tapi aku macam tak ready je..
tapi takpe la. kite cuba next week. kejut dia sahur..dia boleh bangun tak..
kalau boleh ok la kan..tapi rase macam....hehehe..bangun pagi g sekolah pun ayah gigih kene tickle dia baru mood ok..haih. tengokla camne.
dalam apps tu ticer cakap diorang dah pre inform anak-anak pasal sahur, puasa dan solat tarawih..
solat tarawih adelah dia ikut ayah gi surau..tapi encik yayang cakap dia kuat ngacau orang..camne tu anak oiiit.
semalam aku beli kambing blackpaper kat bazaar tempat keje ni je..balik tu dia tanya
"ibu, ibu bawak ape tu?"
"ibu bawak kambing"
"taknak la kawan ibu"
"eh, nape?"
"ibu main-main cakap bawak kambing"
lorrr..dia ingat kambing tu yang idup je ke? kambing ni dah siap masak lah anak oi..duhhh

Wednesday 18 May 2016

Happy Teacher's Day

Assalammualaikum..
harini sambutan hari guru kat sekolah maritza..
aku first time kot nak prepare hadiah untuk ticer dia.
masa aku dulu aku rase aku tak bagi hadiah kot. kalau ada pun aku bagi bunga tak pun pen..
tu pun aku tak ingat la..
sebab masa zaman aku, macam takde paksaan pun bagi hadiah ke ape.
tapi zaman anak-anak kita ni dah lain.
selain appreciate ticer, aku rasa sesi bagi hadiah kat ticer ni bole buat anak-anak kite happy jugakkan..
yela, dia tengok kawan-kawan bagi hadiah, dia pun bagi hadiah..dia tengok ticer suka dapat hadiah dia, mesti dia malu-malu nak bagi hadiah tu..hahha
sebabkan ticer pun tak ramai lagi, kami bagi hadiah mahal sikit la..hehhee
hadiah ni memang aku ngn encik yayang yang agree. tapi maritza yang pilih sendiri..
tudung yang mana untuk ticer yang mana...
untuk potluck, aku tak berapa rajin nak masak..uwaaa...aku gorang naget ngn sosej je..
maapkan ibu ye maritza. nanti-nanti ibu belajar wat benda best-best sikit untuk korang ye...

so harap-harap dia hepi harini...

Wednesday 4 May 2016

Diari Ibu: Musfira Wean Off

Assalamualaikum...
Genap umur Musfira setahun 6 bulan, aku dah stop pam susu..
susu masih ada sikit-sikit rasenya..sebab kalau pam dapat la 4oz.
rasa macam letih pam, hasil dapat sekali minum je..
So ari selasa aku dah tekat gi keja tak bawak pam set aku. balik rumah pun aku try bagi susu botol.
tapi time nak tido masih lagi nak ngempeng.. time tido, ikut mood. kadang nak botol..kadang taknak.
2, 3 malam aku celikkan mata nak tengok jam, pukul berapa musfira nak susu..
setakat ni 2x. sekali kul 12~ 1 lagi sekali kul 4~5. so aku alert la dua time ni..
malam pertama aku bawak segala susu, air botol, termos sume naik bilik. senang nak wat susu kan.
malam kedua, aku tak bawak dah. sebab rumit je rase. bersemut lak tu. so malam kedua, aku bancuh kat bawah je.
malam ketiga rasa cam..haih ngantuk la jalan ke bawah. so siapkan susu dalam dispenser, air panas masuk botol siap-siap. pastu simpan dalam beg thermal avent tu..
okla..sebab memang masukkan air panas betul-betul. pukul satu tu dia macam panas yang sedap-sedap je dibuat minum. pukul 4 macam suam yang nak ke suhu normal..kira boleh la..
haha..
Musfira ni, dia kalau air panas laju sikit dia minum. tapi tu la. kuantiti still sikit-sikit. dalam 2 ke 3 oz je sekali sesi.
kalau Maritza aku bancuh ngan air sejuk pun dia minum je..kurang memilih bab makan minum ni. bab baju je cik kak kite tu memilih.
tapi aku perasan, sejak minum susu botol ni Musfira macam jadi budak besar sikit. macam cuti 1 may aritu aku balik langat..ramai la ada kat sana. kakak aku, adik aku semua ada. then anak kakak aku sorang ni agak aktif sikit..dia main tarik-tarik je tangan maritza kalau nak maritza main ngn dia.
kebetulan time dia tarik tu, maritza dengan musfira dua-dua tengah melekap ngan aku..so musfira ni tak suke agaknye orang buat kakak dia. dia pun marahkan anak kakak aku sambil cakap "no no no" siap dengan isyarat tangan dan muka masam..
hahaha...dah pandai nak protect kakak ye..
lagi satu dia jadi garang sikit. kalau dia mintak susu time nak tido, then aku pulak cakap nak bagi susu botol, mulalah dia buat muka marah sambil cakap "nanak". pastu dia ngempeng, dipukul-pukulnya perut aku..nak lepas marah la tu..
musfira...musfira

Wednesday 27 April 2016

Surah Al-Ikhlas

Assalamualaikum..
weekend haritu encik yayang cakap maritza dah hafal surah Al-Ikhlas..aku tak pernah la pulak dengar..
selalu dengar dia menyanyi macam-macam jenis lagu ade la..
so semalam aku tanya dia "maritza, maritza cube baca surah kul huwallah hu ahad jap..ibu nak dengar"
terus dia baca..aku macam..Ya Allah..terpegun..sebab baru 3tahun 6 bulan je. aku time ni alif ba ta pun tak kenal..huhu..
aku tanya lagi. ni belajar kat mengaji ke kat school? dia cakap kat school..
progress kat school memang cepat..
rasanya tak silap pilihan maritza mintak sekolah ye..sebab maritza memang sungguh-sungguh gunakan peluang yang ibu ayah bagi..
bagus la..syukur.
dan pada ibu bapa..rasanya LC ni memang bagus untuk anak-anak yang memang nak bersekolah..
pendekatan dia mudah. tapi cepat..
okla..ni nak share satu lagu yang maritza selalu nyanyi..

O be careful little caliph what u did
O be careful little caliph what u did
With Allah above is looking down with love
O be careful little caliph what u did

O be careful little caliph with your mouth -- don't lie
O be careful little caliph with your mouth -- don't lie
With Allah above is looking down with love
O be careful little caliph with your mouth -- don't lie

O be careful little caliph with your hand -- don't push
O be careful little caliph with your hand -- don't push
With Allah above is looking down with love
O be careful little caliph with your hand -- don't push

O be careful little caliph with your leg -- don't kick
O be careful little caliph with your leg -- don't kick
With Allah above is looking down with love
O be careful little caliph with your leg -- don't kick

bagus lagu ni..
sebabnya bila dia buat adik je, aku akan nyanyi.. o be careful litte caliph what u did?
with Allah above is looking down with love..
haa..terus dia takut..
hahaa

p/s: aku tak tau la betul ke salah lagu ni. aku tulis berdasarkan nyanyian maritza je..

Tips untuk pengguna Rumble Tuff

Assalamualaikum..
alhamdulillah sampai ke harini, saat ni masih lagi menggunakan rumble tuff yg dibeli dari tahun 2012.
dah 3 tahun dah pam ni aku guna. since dari maritza lahir sampai la umur dia setahun 6 bulan.
sekarang musfira pun dah setahun 6 bulan..
cukup 3 tahun rumble tuff berkhidmat. :)
kalau ikut-ikutkan pengalaman aku, memang RT ni tak penah buat masalah. takyah service, takyah buat ape-ape la..kecuali satu ni..
masa korang basuh part-part dia tu, sometimes luangkan masa belek valve dia.
sebab valve dia memang mudah koyak.
setakat ni dah 3 kali aku tukar valve. masa maritza sekali, masa tu maritza baru 6 bulan kot. susu aku drop gile-gile..pastu rasa bila pam macam tak kosong..belek-belek, rupa-rupanya valve dah koyak.
bile guna balik untuk musfira, aku order valve baru dari enjoybreasfeed jugak.. dapat dua pasang..
sepasang da guna..sepasang lagi aku tukar masa musfira setahun...
harini, aku belek-belek, tengok dah koyak sikit..
ni tengah pikir-pikir..nak beli ke biar je..sebab koyak sikit je. pastu rase macam dah tak lame je lagi nak pam ni..hehhee..
guane ye
Musfira pun sejak weekend aritu aku dah cuba bagi dia susu dugro. pakai puting anakku yang leper..lega dia minum jugak walaupun taklah banyak mana..
malam tadi pun aku bancuhkan susu jugak..baik budak ni, tak menolak. agaknya susu ibu memang dah tak cukup ye dik?
so pasni boleh la rehat jap...yeyyyyy..

Thursday 21 April 2016

Parents Teacher Meeting Little Caliph

Assalammualaikum..
sabtu lepas kami ada hari ibu bapa berjumpa guru (sibuk nak translate gak.haha)
pagi-pagi lagi kami breakfast dalam kereta je. goreng karipap dengan samosa.
aktiviti start pukul 9pagi. setiap parent diberi 10minit untuk bertemu cikgu.
kami sampai pukul 8.45 siap jadi parent pertama lagi..haha
so kami jumpa teacher Nazatul.
aku selalu jugak dengar maritza cerita pasal tc zatul, izzati dan tc dayah.
cuma tak kenal mana satu orangnya..
so, kami berdua duduk depan teacher, sementara maritza bawak musfira gi main-main jap..
duduk-duduk je, teacher terus bagi report card maritza

teacher bagi masa untuk kami tengok dan tanya soalan sementara tc komen pasal maritza.
so far kata teacher, maritza budak yang baik, mudah dikawal dan cepat belajar.
dia boleh bagi kerjasama, bertolak ansur, dengar arahan dan pandai berkawan.
setakat yang teacher ajar dia, membaca dia agak advance sikit. kata teacher, sepatutnya buku siri pertama target abis bulan lapan, tapi maritza da settle bulan 4. so dia terus sambung buku siri ke2.
iqra pun dia cepat, mungkin sebab kat rumah dia ada kelas ngaji kot, sebab tu dia cepat sikit.
matematik, pun ok.overall ok lah. cuma suara dia slow sangat, macam tak keluar pun ye jugak. jadi teacher tak berapa dengar betul ke tak sebutan dia..
then aku pun ada tanyakan teacher, kalau menulis dia ada macam terbalik tak. d jadi b, m jadi w..?
teacher bagitau diorang belum diajar tahap tu..oo..setakat ni baru belajar menulis ikut dot dot..
ok, setau aku kalau ikut dot dot ni dia cepat bosan, jadi aku tanya kat tc, dia tak bosan ke?
hehhee..jawapan yang aku dah bleh agak..memang betul.awal-aawal dia interested..lame sikit, jadi bosan..ni yang aku risau sikit..
kene pelbagaikan aktiviti bagi dia tak bosan..
tapi masalahnya..ibu pulak takde masa...cian anak-anak ibu

Tuesday 5 April 2016

borak santai

Assalamualaikum...
semalam balik kerja aku terus senseng lengan baju, nak masak mee goreng kat dua beradik ni.
disebabkan banyak keje nak kene settlekan dalam masa yang sama, maka aku mintak maritza tengok-tengokkan musfira.
yela, sambil-sambil aku nak kopek bawang, maritza cakap nak cheese. dah kalau dia makan cheese, mesti musfira pun nak..aku pun terjerit-jerit dari dapur..."maritza..bagi adik cheese jugak"
tengah aku nak potong fishball fishcake, maritza datang bukak fridge nak mintak susu kotak pulak.
aku pun suruh amik dua. satu dia, satu adik..
dah siap goreng mee, bagi budak-budak berdua makan. sambil diorang makan, aku settlekan dapur.
aku settlekan botol-botol susu semua..
dan-dan musfira panggil aku "ma...ma.."
tunjuk baju dia dah basah dengan air kotak tu..
huhu..lepas makan, aku buka baju dia. nak tukarkan..
maritza da siap cari baju untuk adik dia.
lepas tu siap nak pakaikan baju kat adik dia..
yang adik dia pulak, macam tak rela..
"ma...ma" sambil pandang aku..macam mintak diselamatkan.
hahah
bagi can la kakak awak jadi kakak mithali arini dik.
dia nak entertain awak tu..
hehhee
dah besar sangat anak ibu ni. nak pakaikan baju adik pulak ye..
hehe

Friday 1 April 2016

Frozen 2 : December 2016




mesti anak anak tak sabar kan..tengok elsa dengan jack frost pulak...
mak pun tak sabar nih..hehe..

Monday 28 March 2016

Setahun 5 bulan

Assalamualaikum..
harini 28 haribulan..genap musfira setahun 5 bulan..
dan harini dia masih demam...start dari khamis lepas. sampai malam tadi masih panas. ubat dah nak abis sebotol. tapi macam takde effect kat demam dia.
sepanjang 1y5m ni, musfira ada satu habit yang tak hilang-hilang lagi dari lahir, sampai sekarang.
nak tau ape habit dia tu?
tido berbantalkan lengan...lengan sape? lengan ibu ni ha..
musfira lahir malam, 11.57mlm..lepas lahir, memang dia tido jela kan..
esoknya dah boleh balik rumah..asal tido malam lepas susu mesti mata terkebil-kebil dalam cot dia.
aku amik, aku peluk, aku susukan..dia tido. letak dalam cot, dia bangun balik..terkebil-kebil. dia tak nangis.
esoknya pun sama..mata aku dah macam nak rabak ni, siang malam tak dapat tido. ada masanya, aku tido je dengan harapan pandai-pandaila budak ni nak tido japg. tapi bila aku bangun, tengok dia terkebil-kebil lagi...lahai ciannye dia.
aku amik, try susukan sambil baring, last-last aku tertido. bila terjaga..tengok dia pun lena..ooo...nak tido berpeluk rupenya..
malam esoknya pun macam tu...
lusanya pun macam tu..
sebulan berlalu pun macam tu..
setahun berlalu pun macam tu..
setahun lima bulan berlalu, pun macam tu...
dan paham la aku, takde aku memang tak tido la si manje aku ni..
agak-agaknya sampai bile ye awak nak tido berbantalkan lengan ibu ni?
ibu dan pikir-pikir nak siapkan bilik awak berdua ni..
tinggal nak tunggu fund je ni..
hehe..
pasni belajar-belajar tido sendiri ye dik.. :)

Thursday 24 March 2016

Kisah Dongeng Tuan Puteri dan Bulan

Assalammualikum..
pagi ni masa aku kejutkan maritza mood dia macam tak berapa nak ok. rasanya sebab malam tadi dia tidur lewat kot. so pagi ni macam liat sikit nak bangun. aku kejut masukkan dia dalam bilik air dia nangis tak nak mandi, nak tido katanya..
dah siap mandi, taknak pakai baju sekolah pulak. nak pakai baju lain..
aku paksa pakaikan jugak uniform dia sambil dia nangis menjerit-jerit. sudahnya aku peluk dia kejap-kejap then mintak tolong encik yayang buatkan susu sikit kat maritza.
lepas bagi susu, barula aku boleh bersiap.
dalam kereta, dia sambung menyusu sambil kaki letak kat riba aku. cian musfira, time ni musfira kene mengalah sikit. sebab mood kakak awak kurang baik.
lepas je hantar encik yayang ke ofisnya, aku kene hantar budak-budak berdua ni ke sekolah dan ke rumah babysitter.
untuk pujuk musfira duduk kat carseat dia, aku bagi telefon untuk tengok lagu-lagu.
mulanya dia ok je share tengok dengan maritza. tapi mungkin maritza ada percubaan untuk amik alih telefon tu, makanya musfira rase tak secure nak share lagi telefon dengan kakak dia..
so disinilah bermulanya episod cranky maritza semula.. puas aku pujuk dia tetap menagis..
aku kalau boleh taknak mood dia rosak pagi-pagi. nanti mesti dia rase tak best kat skolah..
so aku pun panggil dia duduk tengah-tengah antara aku dengan musfira..
" maritza..meh sini..nak dengar cerita pasal bulan tak" kebetulan aku nampak bulan besar dan terang sangat pagi tadi..
maritza tak respon ape-ape pun..
jadi aku teruskan je penceritaan dongeng aku...
"pada suatu hari...ada seorang puteri yang suka melihat bulan"
"tuan puteri ke ibu?"
"aah..tuan puteri"
"cantik tak?"
"cantik..nanti ibu cerita ye"
"cantik macam maritza?"
"ye sayang..cantik macam maritza..dah.dengar ibu cerita dulu ye" haa..nampaknya dapat respon baik ni.sambil dia meloncat balik duduk depan, tengah-tengah antara aku dan musfira.
"tuan puteri yang cantik ini suka bermain buaian sambil melihat bulan. satu hari, tuan puteri pergi mengadap raja dan berkata, "ayahanda, anakda sangat suka pada bulan. bolehkah ayahanda hantarkan anakanda ke bulan?" terkejut raja tersebut dengan permintaan anakandanya.. maka tuan puteri pun menyambung,"jikalau ayahanda sayangkan anakanda..hantarlah anakanda ke bulan"
raja pun mengangguk sambil berkata, "baiklah anakanda, jikalau anakanda mahu pergi, siapakan anakanda akan bawa sebagai pengiring?" "ermmm..anakanda nak bawak buaian lah..boleh?"
lagi sekali raja terkejut,," tak boleh anakanda, buaian tu tersangkut di pokok. tak boleh ditanggalkan" "kalau macam tu, anakanda bawak buai dengan pokok sekali lah"
"haaaa..." raja pening sudah...hehehe
disebabkan raja terlalu sayangkan puterinya, raja pun menghantar puteri, pokok dan buai ke bulan.
tinggggg
puteri dah ada kat bulan..
"haa..cube maritza tengok tu..kat bulan tu, nampak kan puteri tengah main buai kat bulan?" aku suruh maritza perhatikan lopak-lopak kat bulan yang macam rupa bentuk pokok tu.
"pokok yang mana satu pergi kat bulan tu ibu?" sambil dia tunjuk pokok-pokok yang bersusun kat tepi jalan.
"bukan pokok ni. pokok ni mana ada buai"
"ooo..pokok lain ye ibu.. maritza pun nak pergi bulan, ibu"
ah..sudah..lain pulak jadinya..errrmmm ape nak jawab ni
"ok, kalau maritza nak pergi bulan, maritza kena belajar pandai-pandai..pastu jadi angkasawan. angkaswan boleh pergi bulan"
"ooo...nak nak..maritza nak jadi angsasawan.."
hehhe..angsasawan pun boleh la maritza..nanti belajar sebut betul-betul ye...
lepas bercerita, mood dia terus bertukar ceria.. pegi sekolah pun happy-happy je...
alhamdulillah...
tapi ingat maritza..ni cerita dongeng rekaan ibu je..hehhe

Wednesday 23 March 2016

Berkongsi amalan mulia

Assalammualaikum...
kelmarin balik dari sekolah maritza, dia kelam kabut selongkar beg sekolah. tak tau ape yang dia cari..aku intai-intai je dari cermin depan tu..
sekali " haaaa...ni dia!"
ada plastik kecik macam goodies tu..ade birthday sape-sape la kot kat skol tu.
dia pun amik plastik tu, duduk kat depan, duduk diantara seat aku dengan seat musfira.
adik dia dah jeling-jeling "ape la plastik yang kakak aku pegang ni" agaknye camtu la kot pikiran musfira.hahhaa
" teacher kata makan lepas balik dari skol. makan kat rumah" maritza explain tanpa aku tanya.
aku pun ternanti-nanti jugak kan..kali ni ape isi nye..
biasa dia dapat gula-gula...
kali ni pun ada gula-gula mentos, air kotak dengan kek coklat.
gula-gula ada dua. satu dia bagi adik, satu dia amik.
musfira senyum lebar dapat gula-gula. tak sabar-sabar suruh aku bukak kan.
aku pun bukak, gigitkan kecik-kecik untuk bg dia makan..
maritza pun sama..makan gula-gula.
lepas dah abis gula-gula. maritza bukak air kotak dia...share minum dengan adik..
lepastu dia bukak kek coklat, dia makan sambil suap musfira..
aku tersenyum je tengok..
betul aku rasa sejuk perut aku masa tu..
bagusnya maritza ni, walaupun kuat menyakat adik, tapi dia tak kedekut dengan adik dia..
alhamdulillah...
terima kasih maritza..
Musfira, pasni awak pun kene kongsi dengan kakak ye kalau ada makanan..
berkongsikan amalan mulia..
hehhee

okbai

Thursday 3 March 2016

Update 2 bulan bersekolah

Assalamualaikum........
hai hai...semalam lepak-lepak depan tv dengan anak-anak..sambil-sambil tu, anak-anak buat hal masing-masing. Musfira lena mengantuk sangat. dari dalam kereta tido sambung sampai masuk rumah, aku dah basuh botol-botol. dah amik baju kat ampaian, dah kemas beg untuk esok, dah makan dengan maritza, dia still lena. jarang-jarang berlaku nih. ape yang dia letihkan yea..
Maritza pulak, sibuk menulis, melukis macam-macam dekat papan apetah tu..haha..
mula-mula dia tulis "E" "F" "W" "K"..aku dah rasa macam..wahhh...maritza dah pandai tulis? betul ke ni.. dia senyum-senyum pastu offer, "Maritza tulis nama ibu ye..name ibu sape?"
eh eh budak ni, dia wat-wat lupe lak name kite.
padahal dah sekian lama dia tau nama aku. jadi aku ulang soalan tu pada dia balik
"name ibu ape Maritza?"
"name ibu siti aminah"
"ok, cube tulis nama ibu..."
aku sebut A..dia tulis, aku sebut M..dia tulis, aku sebut la seterusnya...
dan terhasillah .....


serius aku memang rasa spechless. sebab aku sekarang memang takde masa macam dulu-dulu untuk ajar dia, bacakan buku kat dia..memang dia independent. buat semua ni kat sekolah je..tapi alhamdulillah kan...seiring dah mula pandai membaca, dan pandai menulis.
sebelum ni nak menulis ikut dot-dot tu la kan...tapi sekarang dah boleh tulis sendiri..memang ibu akan kenang sampai bile-bile maritza,,,tq sayang. muah!

Thursday 18 February 2016

Perassan Seorang Ibu

Assalammualaikum...
Pagi tadi masa aku hantar anak-anak. dua-dua tengah tido. maritza baring kat belakang sambil pegang air kotak dia.musfira tido lena macam masih atas tilam.atas tilam pun rasenya tak selena tu..
So sebab diorang tido, aku bawak laju sikit, kalau diorang berjaga susah nak laju.sebab diorang suka berdiri la, dok nak capai macam-macam dalam kereta tu.
Sebab bawak laju, aku sampai sekolah maritza dalam 6.55am camtu. teacher pun belum sampai.
kami duduk dalam kereta, tunggu teacher bukak grill. Sebab agak lama duduk dalam kete yang tak bergerak, sambil berborak-borak dengan maritza, Musfira pun terjaga. kemain happy dia bila dia nampak maritza. biasanya encik yayang yang anta maritza, aku anta musfira, tapi sebab ayahnya ade hal arini, aku anta lah dua-dua.
Maritza pun  mood baik je pagi tadi, alhamdulillah la kan. dia pun seronok kot, sebab ibu dah lame tak anta dia..hehe..manje betul.
lepas dah anta maritza.aku terus kerumah kak ina, nak anta musfira pulak, sambil-sambil tu saje aku ngacau-ngacau dia. dok tersengih-sengih je dia. hepi..
then, bila dah sampai aku dukung dia, dia peluk aku kejap-kejap sepanjang perjalanan nak naik tangga tu. lepas tu..muuuaaahh. dia cium pipi aku...eh? nape ni adik? alahai...buat ibu rase rindu tau..
tengah dukung dia pun aku rasa rindu..ape lagi lepas anta dia..tak sabar nak balik. nak peluk si manja tu....

Sunday 14 February 2016

Maritza sudah membaca?

Assalamualaikum...
Ingat tak seminar membaca yang aku attend ujung bulan lepas? Lepas dari seminar tu aku selalu jugak la berlatih phonics tu dengan maritza. dan apa yang aku perasan dia memang ingat semua sebutan tu berserta dengan gaya-gayanya.
kadang-kadang kami nyanyi lagu ulat bulu versi original, versi a,e,i,o,u..

ada sang ulat bulu
punya kaki seribu
siapa nampak kakiku
jikalau tak nampak terpaksa ku melompat
dengan kakiku kurang satu...

kalau nyanyi lagu ni dia memang excited..silap-silap sikit biasala kan..
aku pun selalu jugak silap.
hehe

Khamis malam aritu, aku bukak buku siri cepat membaca dia. aku tengok dekat skool dia dah baca sampai mukasurat 11. jadi aku saja la suruh dia baca..dan dia memang dah boleh membaca...
terkezut sangat aku ngn encik yayang.. sebab macam tak sangka, dalam masa sebulan dia dah boleh membaca suku kata tu. aku tak rasa dia menghafal, sebab suku kata tu ada "ka" ada "la" ada "ja" ada "ba" ada "ca" dan dia memang boleh bezakan dan baca satu persatu.
bila suku kata bergabung pun dia boleh baca..cumanya dia baca dengan cara dia la. contoh perkataan "baca", dia baca " ba ba ba" (sambil wat gaya "ba") lepas tu "ca ca ca ca" ( sambil wat gaya "ca")
tak kisah la kan...yang penting dia memang belajar..
rasa happy betul sebab aku dulu hari pertama darjah satu baru leh baca A to L je pun..maritza baru 3tahun 3 bulan, dah boleh baca suku kata. Alhamdulillah.. :)

Saturday 13 February 2016

EQ + IQ = Success

Assalamualaikum!
Alhamdulillah. bulan ni rajin pulak menulis ye? alhamdulillah, ada sikit masa, ada sikit kerajinan, ada sikit idea, ada sikit perkongsian...
Alhamdulillah..harap-harap sikap rajin ni berterusan..emosi agak tenang sekarang. jadi fikiran pun smooth je rasa nak menuliskan.. :) :)

Kalau Emotion kita stabil, secara tak lansung IQ kita pun cerdas..kan kan?

jadi nak pastikan IQ anak-anak cerdas, sel-sel berhubung, marilah kite gembira kan hari-hari mereka..supaya EQ stabil dan bahagia.... 


Friday 12 February 2016

Bila waktu sesuai memikirkan hala tuju anak?

Assalamualaikum...
Post aku hari ni bukan sebab aku nak bagi tips ye.. tapi aku nak bertanya..
bila waktu yang sesuai untuk kite, parent ni kene pikir hala tuju anak-anak?
di sebabkan anak-anak aku kecik-kecik lagi. maka hala tuju aku yg pertama ialah sekolah mereka la kan?
aku nak masukkan sekolah apa? sekolah kebangsaan ke sekolah jenis kebangsaan ke sekolah private ke?
kalau ikut-ikutkan aku rasa macam nak follow je la macam zaman-zaman aku. masuk je la sekolah rendah kebangsaan kan. lepas UPSR kalau pandai masuk la sekolah baik sikit kan..
tapi bila tengok pencapaian anak-anak yang masuk sekolah jenis kebangsaan ni, rasa macam nak masuk kan anak-anak sekolah gitu jugak. supaya anak tak ketinggalan. keje sekolah banyak, latih tubi bertubi-tubi..tapi aku pikir-pikir balik.kang sape nak ajar dia kat rumah? aku bukan pandai bahasa cina. kang kene amik tuisyen pulak. cian budak tu. pagi sekolah , petang sekolah, malam mengaji, malam tuisyen...balik tuisyen atau ngaji nak kene buat keje sekolah..eeeiiii..stressnye idup dia..sob sob..
aku dulu pun tak suke keje sekolah. sume keje sekolah mesti aku siapkan kat sekolah jugak, supaya balik rumah aku boleh rehat tak pikir pasal sekolah..
eh..macam same je sekarang..keje opis, mesti kene siapkan cepat-cepat supaya balik umah tak pikir pasal opis..hahhaha
ok.. kalau ikutkan perangai maritza ni, aku nampak dia macam ada ciri-ciri aku sikit.. tah-tah dia pun tak suke homework jugak nanti kan..mesti nak kene siapkan cepat-cepat. tapi kalau masuk sekolah cina, banyak tu homework..camne nak siapkan cepat-cepat. nanti mesti nak siapkan keje sekolah sampai taknak makan. pastu dalam kete pun nak buat jugak homework tu bagi siap sebelum sampai rumah... ish kesian sangat tu.
Abis..nak masukkan sekolah private? sekolah ape? Al-Amin? haa..kalau nak masuk sekolah tu anak-anak kene ada basic tadika Islam..nampak gaya syarat pertama dah ada..lain-lain syarat kene belajar asas bahasa arab, tulisan jawi,fardhu ain, kene lepas at least iqra 3. sekolah tu pulak satu sesi je kan. kat situ la belajar subjek sekolah biasa dan kat situ jugak belajar subjek sekolah agama. kira dah compact sume kat situ. jimat masa. malam leh gi ngaji je kan? ngan siap kan homework kalau ada...
tapi nak pilih sekolah private ni nak kene pikir lokasi dia pulakkan? sape nak anta kalau jalan tak sehala ngan opis? Encik Yayang? abis kalau dia outstation, camne? haa...tu sume nak kene pikir tu.
waktu balik tak sama ngan sekolah harian biasa. jadi nak balik sekolah naik apa? transit mana? anak kecik lagi darjah satu tu....huh..kene pikir kene pikir..pastu kite sebagai parent pun kene take note apa yang anak-anak belajar..takut salah mazhab pulak...nauzubillah...jauhkan lah!
tu baru pikir pasal sekolah rendah... pasal koko dia pulak. haritu teacher dah bukak pendaftaran untuk kelas renang ngan tea kwan do. aku nak masukkan ke tak aktiviti koko ni,
kalau ikutkan aku, aku nak masukkan maritza kelas renang. tapi nisbah teacher 1:7 tu aku macam keberatan plak rase. sebabnya, camne teacher nak control 7 orang budak-budak yang confirm excited masuk kolam tu... hish...nauzubillah. takpe la. biar kami je bawak anak-anak mandi kolam ujung minggu..
abis, nak masukkan tea kwan do ke? rasa macam nak je, sebab kalau kawan-kawan semua masuk, dia tak masuk, kesian dia dok tengok je kan... tapi kalau kte masukkan ke kelas camtu, tak ke dia jadi lagi kasar nanti? kang buatnye dia belasah adik dia ke, pukul kawan ke? ke camne? kalau ada bagus jugak boleh dia guna untuk pertahankan diri..sebab zaman sekarang ni banyak orang jahat. lagipun macam nak bagi dia salurkan "kekasaran" dia tu ke arah yang betul..ye dak?
aku dulu pun masuk silat..tapi lembut je pun...hihihihi..
k bye :)

Thursday 11 February 2016

Lawatan sambil belajar

Assalamualaikum....
lawatan sambil belajar anjuran ibu ayah je...bawak anak-anak spend masa bersama;

1. Maritza request nak naik train..jadi bawak la naik ERL dari putrajaya ke KL sentral..lepas tu jalan-jalan kat NU Sentral

2. Encik Yayang ajak g planetarium, anak-anak agak excited sebab ingat tengok wayang kot..hehhe. pastu ada aktiviti macam game-game berbentuk ilmiah sama macam petrosains gak lebih kurang




 3. Sekarang dah jadi aktiviti wajib setiap minggu..(harap berkekalan).. nak ajar anak-anak swimming. ibu ayah exercise ni jela..tak penat sangat plus best leh main main air...
 4. Bawak budak-budak menghayati keindahan alam di pusat penghayatan alam, taman wetland putrajaya...berlari sane sini...menghayati sangat kan?

4. Bagi budak-budak merasa sajli di negara sendiri..hehhe..kat taman botani negara, Shah Alam. rumah sedarhana iklim, 4 musim.. bayaran masuk RM5 je orang dewasa, anak-anak free...





lain-lain  aktiviti, ibu tak sempat snap. pastu memory ibu pun dah lost ni. lupe dah..hahaaha..
tempat-tempat ni mostly aku memang dah g masa kecik-kecik dulu. wetland ngn train tu tak la. tapi mase kecik-kecik abah bawak aku naik bas mini..kira sama la kan.,dulu bas sekarang train..hehehe
So anak-anak...esok korang dah besar bawak anak-anak korang lak ek.. leh imbau kenangan..macam ibu..hehe

Wednesday 10 February 2016

New Nursing Room

Assalamualaikum...
cuti panjang dah habis. Mari mulakan semangat baru untuk mengejar KPI tahun ni..
sebelum tu nak cerita, untuk tahun ni, department aku bertukar office lagi. rasanya ni dah permanent dah kot. tak pindah2 dah kot. hahhaa
so, disebabkan pindah office baru, kami, bf mommy ni pun macam malasnye nak berjalan jauh untuk gi nursing room. kebetulan dekat building baru ni ada disediakan satu bilik untuk nursing room. tapi bila tanya HR diorang takde bajet nak buat nursing room ni. jadi bilik ni mula la digunakan untuk menyimpan barang-barang klinik, ubat-ubatan (sebab klinik setentang je dengan nursing room ni), penyapu (dah macam janitor pulak). lepas tu security nak amik bilik ni la, EHS nak amik jugak la. HR belum ada planning la untuk bilik ni... aku dengar tu, rase cam "ai..bilik ni bukan dalam plan layout sepatutnya jadi nursing room ke? apsal sume berebut nak amik bilik ni nih?"
So, untuk mengelakkan bilik ni dirampas kuasa, maka aku dan partner bf pun amik inisiatif untuk prepare bilik ni menjadi nursing room.
memang tak sempurna mana pun, tapi selesa la untuk kami..  :)
diharap, dengan gigihnya aku sediakan bilik ni, maka gigihlah jugak production susu aku..amin



Tuesday 2 February 2016

Fast Reading Technique by Little Caliph

Asslammualaikum..
sabtu lepas, Sekolah maritza buat seminar membaca untuk parents. So plannya kami suami isteri nak pergi la kan..nak sama-sama belajar, then boleh la ajar maritza ngan musfira nanti sama-sama..
tapi agak mendukacitakan sebab anak-anak tak boleh bawak. kene cari inisiatif mana nak letak budak-budak berdua ni..
puaslah aku whatsapp teacher bagi idea aku supaya ibu bapa leh bawak anak-anak. contohnya adakan coloring corner  untuk anak-anak, xpun set 1 permainan ke kan..assign la 2,3 orang teacher untuk monitor..
tapi tu lah. teacher feedback either ibu atau ayah je la yg attend.so disebabkan teacher tak terima idea aku, aku pun tanya kak ina lah.kot-kot dia boleh jagakn budak-budak berdua ni dari pukul 9 sampai 12 tghari..kalau ikutkan aku, aku malas nak kacau kak ina during weekend.kot dia ada urusan dia sendiri ke, nak rehat ke, nak masak special untuk famili dia ke kan...tapi dah aku takde choice. sebab aku nak attend course ni sama-sama ngan encik yayang..kot la kalau aku lupe nanti dia leh ingatkan aku..
sehari sebelum seminar tu, teacher wasap aku bagitau ada sorang teacher boleh tolong tengokkan budak-budak ni kat rumah transit LC. dalam hati berbelah bagi jugak. Maritza rasanya ok je..sebab teacher dia. Musfira ni dia memilih sikit. kang buatnye dia nangis kang..transit tu dah la jauh berkilo-kilo dari tempat seminar kami..
diam-diam aku plan anta Maritza kat transit.Musfira kt kak ina..ha.sudah.taknak pikir-pikir lagi..
hari kejadian, tiba tiba suami aku kata dia taknak pegi. sebab dia tak sedap badan..jadi dia offer untuk jaga budak-budak. aku setuju je lah.malas pikir dah..haha
pagi tu kami kuar rumah dalam pukul 8.30. breakfast sume dalam kete je..malam tu aku da goreng mee. panaskan mee, bancuh milo..sarap 4 beranak sepanjang perjalanan. abis sarap, aku susukan musfira kejap.sampai-sampai, tepat pukul 9. aku terus masuk dewan.
Ada 6 branch LC join seminar ni. tempat duduk muslimin dan muslimat diasingkan.jadi ibu tak boleh duduk dengan ayah.
hanya 1 speaker je yang bagi talk aritu. teacher zaleha.. teacher zaleha ni merupakan teacher pertama kt LC. sekarang beliau bukak branch kat B.B.Bangi.
Sesi perkenalan, beliau ceritakan pengalaman dia menjadi teacher pertama di LC. anak pertama beliau, Khadija adalah produk pertama LC, sekarang dah berusia 17 tahun.
lepas dah intro serba sedikit, tc pun memulakn sesi pembelajaran. kami diajar macam kami ni adalah student LC. di sebabkan aku takut lupe kan...so aku record je. nanti- nanti leh tengok balik kalau lupe. encik yayang pun bole tengok jugakkan, kalau nak ajar ank-anak nanti.
lepas belajar teknik membaca, tc panggil wakil untuk main game..hehe..kelakar bile mak ayah kene main game anak-anak..kikiki...
pukul 12 tepat, kelas habis.kami bersurai,,punyelah tak sabar, dalam kete terus praktis ngan maritza..hehehe..