Monday 28 July 2014

Salam Aidilfitri

Assalammualaikum...
walau kita tak kenal, harap dapat maafkan segala salah silap dari segi info, susunan ayat..kalau ada terriak, terover...harap dapat dimaafkan...
selamat menyambut hari raya aidilfitri....  pastikan kenderaan selamat untuk dinaiki..pastikan kesihatan dan keselamatan diutamakan...
jamu selera berpada-pada (tu macam ucapan untuk diri sendiri je sebab raya ke3 nanti checkup 28minggu..hehe)

semoga selamat semuanya..amin....

Salam Aidilfitri 2014 dari mama siti sekeluarga....

bye

Friday 25 July 2014

Fully wean off - BF journey saye

Assalammualaikum....
hehehe..blog lain semua sibuk wat ucapan raye, aku sibuk pulak nak update wean off story aku..hehe
tak kesah la kan. dah benda ni berlaku masa-masa nak raye.kene la cite..hahaha

ok, bermula dengan maritza kene gingivitis aritu. sejak-sejak demam dan gingivitis, dia jadi makin manja, makin nak mengempeng je..kalau sebelum ni time nak tido je nak kene ngempeng. tapi sejak demam tu, tak kira masa..asal rasa nak susu je, nak ngempeng.. anak sakit, kita layan je la..bagi la ikutkan..kalau tak, nanti dia sedih, lagi cian. dah la tak lalu makan, tak lalu minum..itu je yang dia lalu, kita pulak taknak bagi..

disebabkan gingivitis ni virus, maka kaedah sepatutnya lepas je menyusu, kita kene bersihkan balik nipple kita. tapi kalau dah menyusu tengah-tengah malam, mana nak sedar bila dia abis menyusu kan?..jadinya aku tertido, dan dia sambung menyusu next session tanpa aku membersihkan nipple.
akibat dari tu, nipple aku macam ade luka sikit. luka sikit, tapi perit, pedih...

walau sakit, pedih, perit..aku bagi jugak maritza..sebab dia tak boleh minum pakai botol. sakit mulut dan tak selera..

lepas je dia sembuh, lebih kurang minggu lepas kot. tiap kali dia nak susu aku, aku akan pujuk dia..aku cakap "susu ibu sakit, luka...maritza minum susu botol boleh?"
mula tu dia taknak dia nangis-nangis nak jugak. aku tunjuk la luka tu..dengan muka kesian..bila dia tengok luka, dia pun jatuh kesian kat ibu dia ni...
sampai ke malam pun, aku cakap "ibu sakit, kesian kat ibu kan"... bila aku cakap macam tu dia terus minta susu botol.

bermalam-malam jugakla aku try kaedah tu, sampaikan luka dah baik pun aku still cakap macam tu..
sampaikan dia dah tak minta lagi la..Alhamdulillah..
dah dekat 4,5 malam jugak dia dah tak merayu nak susu aku..mungkin dia dah faham.. ibu sakit, mesti kene minum susu botol. jadi sebelum tido, dia akan minta susu dan suruh aku atau suami bangun untuk buatkan susu untuk dia. bukan lagi susu ibu :) :)

tapi kesan dari wean off ni, dia susah sikit la nak tido. kalau dulu, tak sampai 10minit, kadang-kadang dia dah lelap. tapi bila susu botol ni, makan masa betul. kadang tu, lebih sejam..dia golek sane tak kene. baring atas ibu, tak kena, baring sebelah sana pulak, tak kene jugak, minta ibu tepuk, minta ibu peluk pun  tak kena..kesian dia.. mencari sumber untuk melenakan diri sendiri.

orang kata sedih wean off ni, aku tak la rasa sedih sangat, tapi aku sedih bila tengok dia berdikari untuk cuba melalikan mata dia untuk tido..kadang dia panjat aku, pijak aku sebab nak tengok tingkap (dah tak boleh tido, nak cuci mata pulak kot) aku termarah dia, sebab sakit kan..tapi selalunya aku biarkan aje..sebab kesian kan.
Alhamdulillah cara kami putus susu agak mudah. tak perlu aku nak tipu dia, nak marah dia, nak letak benda pelik-pelik, nak kene asing tido..sebab maritza memang budak yang mudah dibentuk..Alhamdulillah ada hikmah disebalik sakit 2minggu dia tu.

Maritza, terima kasih ye sayang... sebab memudahkan urusan ibu...maritza memang anak yang baik..ibu sayang maritza... i love u manja ibu..mmuuaah pipi bambam anak ibu sikit!!

Monday 21 July 2014

Persiapan Raya untuk Maritza

Assalamualaikum...
masuk harini ada lagi tujuh hari lagi nak sambut hari raya.. siapa la yang excited ni. mak ke anak?
hehe... anak dah tentu-tentu la belum faham sambutan hari raya kan..yang dia tau, nanti dapat jumpa sepupu-sepupu dia yang ramai tu. dapat main lari-lari satu rumah.. :)
macam tahun sebelum ni, aku just belikan sepasang baju kurung, 3,4 pasang baju gown. murah-murah je pun. ade sale kat sogo waktu tu.
tahun ni, aku tempah 2 pasang baju kurung maritza.. sebab kononnya nak sedondon dengan aku, tapi tak tau la aku ni muat ke tak kan..sob sob..
selain tu aku beli kan 3 pasang baju gown dengan berpasang-pasang baju seluar..haha. adalah total dekat 10 pasang kot. hehe. tu pun sebab ada sale dekat parkson alamanda. aku memborong sebelum puasa haritu.
masa tu rasa macam kene beli awal ni untuk elakkan kesesakan orang ramai, kesesakan wang ringgit.hehe..
Syukur la jugak kitorang dah beli siap-siap kan. kalau tak memang naya. sebab sejak minggu lepas maritza tak sihat, minggu ni aku dengan suami pulak tak sihat. jadi nak menggagahkan diri untuk bershopping tu memang tak la aku rasa.
ni pun pending nak beli kasut dengan aksesori rambut dia. nanti la, insyaAllah, ajak suami gi tesco je.
sana ada booth-booth kecik yang jual sepit-sepit comel-comel.
hmmm..lagi nak prepare ape je untuk budak kecik camtu ek? ehehe..takde idea. rasanya tu je kot. kalau pagi-pagi raya dia nak pakai tudung, pakaikan aje tudung dia masa mengaji dengan ayah dia tu. hehe. sebab pakainya sekejap je tu.
harap-harapnya raya kali ni bermakna buat kami. dan semoga kami sekeluarga sihat dalam minggu ni. tak syok la kan sakit-sakit nak raya..
doakan kami yea...

Al-fatihah untuk mangsa MH17...assalamualaikum

Thursday 17 July 2014

Pengalaman mengunakan baby cot

Assalammualaikum...
sejak beli baby cot hari tu aku baru cuba dua kali je untuk tidokan maritza dalam tu. kali pertama aku try malam isnin, lepas balik dari langat. aku pujuk dia dari awal. asal ada masa terluang je aku bagitau dia yang malam ni dia kena tido baby cot. dia siap jawab "ok"..
then malam tu, aku bancuhkan susu dan letakkan dia dalam cot..punya la dia excited. tersenyum-senyum sambil sambut botol susu dari aku. lepas abis 3oz susu, dia berdiri dalam cot tu dan melompat-lompat...ehhh...tak boleh jadi ni. patah nanti. aku pun bukak ABC song dari phone aku, aku bagi dia tengok. buat lali-lali mata. takde la dia melompat-lompat kan.. lama jugak la video tu. ada dekat sejam kot.
lepas bagi maritza phone, aku baring atas tilam, sebelah dia.. memang dia boleh nampak aku la..macam tido sebelah-sebelah, cumanya lain-lain katil je.
lebih kurang dalam 15minit gitu kot...aku terdetik dalam hati,"eh, maritza tak kisah ke tak tido dengan aku? anak aku dah besar ke? anak aku dah tak perlukan aku ke?" serius! aku pulak yang tak senang hati & minda. dok pikir macam-macam sambil aku tenung je maritza yang tengah ralit tengok video favorite dia tu..siap nyanyi-nyanyi lagi.
tiba-tiba, masa vidoe tu lebih kurang tengah dok berphonic huruf U, maritza panggil aku..."Ibuuu...Ibuuuu....amik amik!" sambil mendepakan tangan dia. nak suruh aku amik dia. masa tu aku ada dua perasaan. satu: aku rasa macam....alamak! misi aku gagal malam ni nak ajar dia tido dalam cot". dua: yes! maritza masih perlukan aku :)..hahaha..aku amik dia cepat-cepat, baringkan dia sebelah aku, dan aku peluk sambil cium-cium kepala dia. macam rindu sesangat. hahaha. nampaknya aku yang lebih-lebih tak sanggup pisah tido ngan anak...macam mana ni..? haha. last-last maritza tido la dengan kami sampai ke pagi.
masa bersahur dia bangun, dia minta susu. aku bancuh susu. lepas dapat susu, dia minta aku masukkan dia dalam cot dia..then dia sambung tido sampai la pukul 7.20 pagi.
lepas dari cubaan pertama, aku stop agak lama..sebab maritza mula demam dan dijangkiti herpes gingivitis.
malam tadi malam kedua badan dia tak panas, jadi aku rase baik aku cuba lagi sekali..
tektik yang sama, bagi susu, bagi phone dan masukkan dia dalam cot. tak sampai 15 minit dia nak keluar...nak ngempeng. aku pun amik dia, bagi susu sampai dia lena. dalam pukul 10 lebih macam tu, aku masukkan dia dalam cot.. sedap je nampak dia tido..tapi malangnya, aku yang tak boleh tido-tido lagi.. kalih kiri kejap, kanan kejap...haih! apsal tak boleh tido ni...? anak dalam perut pun sama. tak tido-tido. sampai la pukul 12.30, maritza bangun..mintak susu..dan jugak mintak keluar.
aku keluar kan dia dulu, baru g buat susu. masa tu dia dah nangis-nangis sebab marah kot aku letak dia dalam cot.hehe..dan aku naikkan rail, jadi dia tak bole panjat untuk keluar.hehe
lepas siap susu, aku bagi pada dia, dia taknak. nak susu aku. aku pun bagi la...masa menyusukan maritza barula aku terlelap..sedar-sedar dah pukul 3 lebih. aku angkat dia lagi, masukkan dalam cot lagi..hehehe..cekal betul kan. lepas tu, aku tak boleh tido lagi....uwaaaaaa...rupanya aku yang tak boleh pisah tido ngan anak. serius rasa macam mengantuk. tapi tak boleh nak tido..huhuu...kalih kalih sampai la pukul 4.30. aku surrender. aku bangun, gosok gigi, panaskan lauk bersahur. kejut suami dan makan sahur.
lepas sahur, maritza bangun lagi, suami aku keluarkan dia. aku suspek mesti dia merengek nak keluar macam sebelum ni..ehehe
dah keluar, dia mintak susu. lepas tu geleng-geleng bila aku nak masukkan dalam cot. dia nak baring ngn kami..ok. aku letak kt tilam kami, lepas tu dia tak jadi plak minum susu botol. nak susu aku...dah, 1 keje, aku kene baring gak...baring-baring tertido sampai kul 7..huhuhu
kesimpulannya nampaknya aku belum bersedia berpisah tido dengan maritza. aku yang tak kuat. maka aku hantar gelombang taknak tido dalam cot tu pada maritza..abis, bila waktu sesuai aku nak train dia ni? kata nak misi berjaya sebelum bersalin..huhuhu

Wednesday 16 July 2014

Kesihatan yang tidak mengizinkan

Assalammualaikum....
hari ahad aritu, aku terlepas waktu bersahur. aku dah kunci jam macam biasa. tapi disebabkan maritza tak sihat dia nak ngempeng je.taknak lepas-lepas. dan akibatnya sedar-sedar dah pukul 5.27..aku kejut suami aku, amikkan air nak minum. dua gelas air putih aku minum, tapi rasa macam tak cukup je. huhuhu..
dalam pukul 11 pagi, sebelum kuar dari rumah sebab nak pergi klinik pakar kanak-kanak, aku dah mula rasa dahaga. dahaga sangat. rasa macam dehydrated sungguh.
aku cakap dah ngan suami aku, " rasa macam tak larat la, lagipun sakit tekak"
tapi suami aku buat biasa je, aku teruskan jela puasa.
then bila sampai kat klinik, aku memang macam da flat. duduk je, tak tolong jaga maritza langsung. aku harap suami aku paham...huhu
duduk-duduk menunggu giliran sampai aku tertido. mujurla maritza tak merengek-rengek. mujurla dia seronok bermain..hehe
dekat 15minit jugak aku tertido kat sofa klinik tu. sampai badan rasa lega sikit.
lepas jumpa doktor, kami ke ioi puchong, suami nak belanje baju ngn kasut raya untuk aku :)..
tapinya masyaAllah, penuhnya orang, nak parking pun tak boleh. lepas pusing 2 kali untuk cari parking, kitorang decide keluar je dari situ. aku gi bayar parking, suami que untuk keluar.
disebabkan sana sini ramai orang, kami plan g giant equine je la..kebetulan maritza dah tido, dapat la aku berehat-rehat kat belakang sama-sama ngn dia. sampai giant. aku gi solat, sementara suami aku cari tempat makan untuk maritza.
lepas solat aku rasa makin lemah, rasa nak baring je dalam surau tu.tapi nanti kang tertido plak..
aku gagahkan diri cari suami dan anak aku kat foodcourt. jalan memang slow la. lemah je rasa. sampai kat foodcourt aku tengok air-air orang rase macam..aduhhhh..tak tahannya.
lepas maritza makan (makan pun sikit je, 2 suap je kot. sebab sakit mulut kan) bawak dia main-main kat indoor playground. lepastu misi mencari kasut raya aku... setiap kedai yang aku pergi, aku bukan nak cari kasut pun, aku nak cari kerusi. nak duduk. tak larat..
puas suami aku tunjuk macam-macam kasut. aku try je, lepas tu aku mintak dia letakkan balik. then pergi ke kedai lain, pun sama macam tu.
dah jalan sampai ke level atas, aku bagitau suami aku nak berbuka. time tu dah 3.45 ..serius aku tak boleh tahan. aku dah rasa nak pitam.
suami aku pegi carikan air, aku request satu air tin sebab aku rasa nak pengsan, mungkin kurang gula, dan satu lagi air mineral, untuk hilangkan dahaga aku.
masa nak tunggu tu, rasa time-time tu jugak nak tergolek, aku duduk berpaut pada stroller maritza. sampai-sampai je air, aku terus masuk surau dan minum....Ahhhhh..lega..terasa air sejuk tu seakan-akan mengalir kat setiap urat aku tau. serius. sangat dehydrated kot aku ni..habis setin, aku bukak air mineral pulak. then makan sebungkus kit kat.. alhamdulillah, barula rasa lega.
lepas suami aku bersolat, kami keluar dari giant dan terus ke jusco equine pulak. masuk satu kedai je, terus aku decide beli kasut apa.haha
pastu beli sehelai baju maternity nak guna masa raya nanti..
kitorang duduk kat jusco sampai la waktu berbuka. then balik.. hari isnin pun aku rasa lemau lagi, masih rasa tak sihat, aku suspek aku dah berjangkit herpes gingvitis dari maritza ni, tak pun sebab aku pembuka demam, maka aku jadila penutup demam balik...huhu

Tuesday 15 July 2014

Salam Nuzul Quran

Assalammualaikum....
salam nuzul Quran semua..harini cutikan, so plan aku harini. nak berehat kat rumah..nak pulihkan kesihatan aku, dan jaga maritza pantau kesihatan dia. doakan la kami sama-sama sembuh dalam minggu ni jugak..sebab hujung minggu nanti nak balik kampung suami, tak best la kan kalau nak melepek je...huhu

ok la, selamat bercuti, selamat beribadat..dan selamat mengenang kembali hari diturunkan Al-Quran pada kita...

sekian, Assalammualaikum

Cara tangani herpes gingivitis

Assalammualaikum..

sebelum aku cerita cara nak tangani herpes gingivitis ni, aku nak share dulu tanda-tanda pengidap herpes gingivitis pada kanak-kanak:
1. tak nak minum
2. tak nak makan
3. tak nak gosok gigi ataupun senang cerita taknak bukak mulut
4. mulut berbau
5. demam yang berlarutan dan tinggi
6. mudah marah, tidur pun merengek
7. gusi merah/ bengkak/ berdarah
8. mulut melepuh & mata ikan yang banyak

cara tangani:
Actually aku rasa benda ni walau kita makan ubat macam mana pun mata ikan tu takkan bole baik on the spot. dia bukan macam demam. dia tetap perlukan masa untuk pulih. tapi apa yang kita boleh buat untuk bantu anak-anak ni kurangkan kesakitan diorang:
1. bagi susu dalam cawan/ straw.. puting susu mungkin menyakitkan time nak sedut tu.
2. kalau menyusu badan, kerapkan basuh nipple lepas anak menyusu
3. jaga kebersihan botol susu/ bekas minuman anak
4. kalau anak dah besar sikit, pujukla diorang gosok gigi jugak, sebab kene jaga kebersihan oral, kalau kecik macam maritza, doktor akan bagi ubat antiviral untuk kuman dalam mulut.
5. kerap letakkan ubat titis mulut (muco aid liquid) bagi diorg rasa lega sikit. sebab ada masa mmg akan sakit sangat kan
6. bagi anak minuman yang sejuk-sejuk macam yogurt ke, calcium ke, aiskrim vanila ke, milk shake ke, jus buah ke, ape-ape la yang sejuk..bagi rasa lega sikit.
7. elakkan makanan atau minuman yang panas, pedas, masam, berhabuk-habuk..sakit kalau melekat kan
8. bagila paracetamol (dengan nasihat doktor) sebab ubat ni bole melegakan sakit jugak.

cara untuk mengelakkan herpes gingivitis menjangkiti orang lain
1. kerapkan membasuh tangan lepas menguruskan anak
2. jangan berkongsi makanan atau minuman dengan anak
3. jangan biarkan anak kita cium orang.

apa pun teruskan makan ubat, antiviral tu sampai habis. insyaAllah dalam 4-5 hari lagi kita tengok result dia.
yang penting, teruskan memujuk anak untuk minum dan makan, jangan sampai anak dehydrated pulak.
dah kuatkan la kesabaran melayan kerenah anak kecik ni. diorg memang akan mengamuk tak tentu pasal, merajuk tiba-tiba. sebab sakit tu tiba-tiba menyerang kan..
kenala korban kan masa tido untuk pantau suhu dia, bg ubat waktu yang ditetapkan..insyaAllah...
doakan lah..

contoh-contoh herpes gingivitis. kalau mata ikan tu korang tau la kan...

ikhsan google je
yang gambar lat jari tu pun maritza ada jugak, herpetic whitlow. aku suspek yang kat jari ni jadi sebab maritza ada masukkan tangan dia dalam mulut. sebab tu kene infection jugak.

Monday 14 July 2014

Jangkitan herpes gingivitis

assalammualaikum....
hai semua.. apa khabar? puasa ok? sihat? anak-anak ok?

zaman sekarang ni macam-macam penyakit kan.. yang kesiannya kalau menyakit tu melanda anak-anak kecil kita..

baru- baru ni maritza demam, demam panas bermula hari khamis, aku memang dah standby ubat. sebab sebelum tu aku demam, lepas tu ayah dia. so aku dapat rasakan maritza mesti jangkit jugak demam dari aku.. tapi malangnya demam maritza lebih teruk dari kami. dia demam berserta dijangkiti virus herpes gingivitis..sejenis penyakit gusi/pecah-pecah mulut..orang cakap mata ikan.

mulanya aku cuma bawak jumpa doktor biasa, doktor pun cakap sebab badan dia terlalu panas, maka jadila mata ikan ni.. bagi dia minum air banyak-banyak.
tapi masalahnya, esoknye bertambah lagi, dan lagi dan lagi...hampir penuh mulut dia. lidah, bibir, gusi, tepi-tepi bibir pun ada blister jugak..

disebabkan rasa risau, malam sabtu lepas waktu berbuka, aku dan suami bawak maritza pergi klinik pakar kanak-kanak..tapi klinik tutup pulak. so esoknya pagi-pagi kami pergi lagi..sejam menunggu kat klinik tu, sampai aku tertido-tido. maritza pulak syok main..hehe..ayah amik alih jaga anak sepenuhnya.

bila turn kami jumpa doktor, aku terangkan pada doktor keadaan maritza.. terus doktor bagitahu, maritza bukan demam biasa, tapi dijangkiti virus, dan mesti makan antivirus untuk bunuh virus tu.
herpes gingivitis ni dia macam chicken pox jugak, tapi dia versi dalam mulut je. dan dia boleh berjangkit melalui air liur dan ciuman.

keadaan mulut dia dah agak teruk, sebab tu kurang berselera nak makan nak minum. kuat meragam..kesian sangat.kalau kita pun tak tahan even satu mata ikan pun..inikan pulak budak belum 2tahun..yang mana mulutnya penuh dengan mata ikan dari bibir sampai ke tekak.

nasihat aku pada korang, kalau agak-agak anak taknak makan, taknak minum, taknak gosok gigi, cek la jugak mulut dia, kalau ada mata ikan, dan lebih dari satu, jangan berlengah macam aku..terus jumpa pakar. dapatkan nasihat pakar. sekurang-kurangnya dapat bunuh virus tu awal-awal sebelum dia merebak..

dan paling malang, benda ni boleh jugak berjangkit pada orang dewasa. aku pun macam dah mula ada ulser kat lidah, sakit gusi..semuanya sebab aku share makanan maritza. biasalah orang ngandung ni antibodi rendah sikit..huhu..

apa-apa pun doakan maritza cepat sembuh ye semua......

Tuesday 8 July 2014

Tips Berpuasa ibu hamil dengan anak kecil

Assalamualaikum..
wah..tajuk. keluar tips pulak..haha..sebenarnya bukanlah tips. tapi ape yang aku buat la sepanjang bulan puasa ni..hehe

ok aku cerita rutin aku jela senang cerita ek..sebab alhamdulillah, dengan rutin ni aku manage untuk berpuasa plus menjaga anak yang berusia 20bulan itu..dan alhamdulillah, aku sempat masak lagi untuk sahur dan berbuka..

bermula dari pagi ea...aku bangun pukul 4.45 pagi untuk panaskan lauk, bancuh air..hidang-hidang.
pukul 5 aku kejut suami aku bersahur...makan nasi sepinggan, minum air panas secawan, selalunya susu kambing wildan la...kadang-kadang milo atau nescafe. lepas tu makan kurma 2,3 biji..makan vitamin orang mengandung,then minum air masak 2, 3 cawan lagi...haha..banyak betul masuk dalam perut aku pagi-pagi ek.
lepas makan, siap dalam pukul 5.30 aku kemas meja, basuh segala pinggan mangkuk, periuk belanga, kemas-kemas dapur... bancuh susu bagi maritza...lepas tu masuk dapur balik. prepare dessert untuk berbuka nanti...dessert simple-simple je la weh..puding laici ke, agar-agar ke, puding keremal ke masuk dalam fridge balik nanti tinggal nak potong je..tak pun rebus kacang ke..nanti balik keje masuk santan je..siap bubur kacang kome.

lepas siap je dessert-dessert bagai tu, aku pun mandi... then siap-siap untuk ke tempat keje..kemas bag baju anak..kejutkan anak...then dalam pukul 7.20 dah boleh pegi keje..jangan lupe bawak sampah. buang sekali..kalau tak berbau rumah nanti. banyak sisa makanan kan..

kat ofis, keje macam biasa..time rehat duduk kat opis jugak, tak perasan masa rehat ek..pastu gi solat zohor, and ngaji sikit.. keje lagi, google resepi untuk berbuka..hehhee...solat asar..pukul 5 balik.
balik rumah laju-laju...dalam kereta plan...ape yang patut aku buat dulu sesampai je kat rumah nanti?
sampai rumah dalam pukul 5.15 atau 5.30, terus defrost lauk pauk yang nak dimasak tu..
basuh beras, masak nasi, kopek bawang potong sayur..bla bla bla...tung tang tung tang...kul 6.30 suami balik dengan anak, makanan semua dah siap masak..
kemas dapur, buat air, keluarkan dessert, setting meja...
lepas tu amik pinggan...bagi anak makan dulu...haa..bagi perut dia kenyang dulu..
lepak-lepak depan tv sambil layan anak ke, borak-borak ngn suami ke...

oh, lupe nak bagitau, asingkan siap-siap lauk untuk bersahur nanti ye..hehe...

then berbuka...biasanya anak nak join gak berbuka.ok.bg la dia makan yang ringan-ringan.sebab tadi dah bagi dia makan berat-berat kan...
lepas berbuka...biasanya dalam pukul 8.
kemas meja, basuh pinggan semua...solat. lepas solat, mandikan anak (biasa suami aku tolong part ni)
so aku siapkan anak, bancuh susu kat dia..bagi dia minum susu..
aku masak nasi siap-siap untuk sahur esok. takut tak sempat nak masak esoknye...hehe..

lepas tu kalau ade beli lauk (kot la suami balik bawak lauk mentah tadi) siang siap-siap. kalau bawak daging. rebus siap-siap..senang nak guna nanti.
dah siap semua tu, mandi...woahhhh sangat penat kan time tu...hukhuk
lepas mandi duduk-duduk la kejap..layan anak..tengok tv ke. tapi jarang la aku nak tgk tv. bukak tv tp tak tengok pun ade la...kalau rase sakit kaki tu, rendam kaki dalam air garam bukit+limau..bagi lega sikit..sementara suami gi terawih tu main-main la ngn anak kejap..
lepas tu bancuh susu lagi, ajak anak masuk bilik...tido! hahha..inilah pengalaman berpuasa saya tahun ni.

excited nak cerita sebab tahun lepas puasa ngn anak je..suami jauh diperantauan. tahun ni dah sebumbung..so pengalaman baru la ni kiranya..ahaha..k bai

Monday 7 July 2014

Weekend yang penuh lagi T__T

Assalamualaikum...
baru keluar dari meeting room. nampaknya weekend lepas raya ni kembali penuh. penuh dengan kerja...tak ada la istilah nak bersuke ria sangat dihujung minggu.
entry yg keluar topik kejap..
just nak berkongsi rasa kejap.

baru je rasa release, sebab kerja yang penuh dan padat tu dah mula nak berakhir. cuma tinggal sisa-sisa je..tapi lepas keluar dari meeting room tadi, da dapat lagi berkoyan-koyan kerja. setakat kerja je memang aku ok. tapi kerja-kerja ni yang akan melibatkankan lebihan waktu bekerja, bekerja dihujung minggu.. sedihnya..

semoga Allah permudahkan la urusan aku ni..

yeay..dah beli baby cot

Assalamualaikum..

Weekend lepas, misi mencari baby cot bermula dengan serius. Sasaran pertama kami ke kedai second hand, macam yang aku plan untuk dapatkan baby cot dengan harga yang murah..
sampai-sampai je kedai tu, aku terus tanya.."ada baby cot?"..malangnya jawapan tokey kedai, "tak ada stock la dik"....hmmm...aduh. rosak plan.
ok takpe, kita try call orang yang nak jual baby cot dia dekat mudah..haritu aku ada tengok-tengok iklan kat mudah. ada sorang ni nak jual, harga RM200. baru pakai setahun..solid wood, rail sebelah boleh diturunkan..kira memang macam dah menepati ciri-ciri yang aku nak tu. so aku pun try call. banyak masuk voice mail je. sampai kredit aku abis.huhuhu.
then aku call guna phone suami plak. pun sama. dia tak pick up. last-last encik suami tinggalkan text je tanya pasal availability baby cot dia. tak lama lepas tu dia jawab tak jadi nak jual. nak bagi kat cousin dia..huhu

nampak macam misi hampir gagal ni. so aku pun ajak je la suami aku pegi tengok kt mydear. mana la tau kot-kot dia berkenan ke walaupun harganya mahal dan tak menepati ciri-ciri yang kitorang nak..sob sob.

sampai sana, suami aku je belek-belek baby cot. aku ni demam, so macam melepek je asik kat tepi-tepi cot tu.haha
belek-belek, test-test..tapi hmmm..macam tak berkenan.
sebelum balik, sempat la perabiskan duit sikit beli mainan untuk maritza ngan hadiah birthday cousin dia, rania..
balik tu, terus cari tempat untuk berbuka puasa..makan kfc je.

esoknya, pagi-pagi terus plan untuk balik langat. on the way balik langat kami singgah kedai perabot..la..rupe-rupenya kedai perabot pun ada jual baby cot ye.aku tak tau pun.
suami ajak tengok baby cot. aku belek-belek katalog je. pastu bhai tu tunjuk ada satu unit display kat luar.
dia dah buat macam rak simpan tilam pun ade aku tengok.heehe..berhabuk, roda pun macam dah nak pecah dah.
aku tanya kalau cot yang macam tu berapa harganya. dia cakap RM350. tapi dah tak jual, sebab yang macam tu dah tak ada stock. ada display je.
dia suruh aku tengok yang lain. harga RM320, tapi dia boleh bagi RM300.
cot yang tu, tak boleh adjust railnya, papan tilam tu pun sama, statik pastu tak ada roda..hmmm...macam tak best je.

aku tanya bhai tu lagi. kalau nak jual display unit tu agak-agak RM120 dapat tak?
dia pegi tengok-tengok..then dia cakap RM180. aku pun buat la sesi tawar menawar dalam keadaan demam-demam tu..hehe..
tapi bhai tu berkeras jugak taknak turun harga, dia cakap harga yang dia offer tu pun memang dia dah rugi, kalau dia tolak kat kedai second still boleh dapat harga lagi tinggi daripada yang dia bagi aku. cis! aku try lagi tawar menawar, aku naikkan harga aku jadi RM150. pun dia taknak..dia siap keluar ayat, take it or leave it. dia tak rugi.huh eksen eh bhai..
aku bincang-bincang jap ngn suami, pastu dia setuju je..
so aku pun cakap ngn bhai tu..last price RM170. bhai pun setuju.

proses pembersihan babycot display pun bermula. kayu-kayu semua memang nampak cantik, nampak baru lepas dilap..tapi roda yang macam nak pecah tu memang tak boleh buat ape apa.kalau nak nampak baru, kene beli la roda baru kat kedai hardware.hehe.
then , masa lap papan lapik tu warna pelapik tu luntur...huhu.sedihnye tengok. tapi takpe la. lapik tu boleh je beli alas meja plastik tu, then bungkus baru..kalau rajin la. kalau tak rajin, biarkan aje, nanti kan nak letak tilam atas tu. tak nampak jugak lapik yang luntur tu..hehe..

so, malam nanti baru nak pasang. lepas tu boleh la test letak maritza. harap-harap dia boleh tido dalam tu..harap-harap juga semua plan berjalan lancar...insyaAllah. doakan kejayaan aku ye kawan-kawan...bye. assalamualaikum



Saturday 5 July 2014

Usaha aku untuk elakkan anak kena jaundis

Assalamualaikum...
aha....ni pun akibat dari trauma aku masa dapat maritza dulu... kesian dia, kecik-kecik lagi, baru 5 hari kot dah kene cucuk sebab kuning. walaupun kuning dia tak teruk, tapi sedih aku tengok anak aku asik kene cucuk sebab nak amik darah..dia nangis, aku pun nangis.
orang kata kalau kita banyak makan asam, ade potensi anak kite kena jaundis kan...tapi serius masa mengandungkan maritza aku tak makan asam pun..mungkin dah tertulis, dia nak kene gak jaundis tu kan...takpe la..Alhamdulillah semua tu dah berlalu...

so pengajarannya aku nak cuba elakkan anak aku kena jaundis kali ni...(eh..dah knape keyboard ni asik missing n...susuh betul nak tekan urup n ni la...haih)

ok ok sambung, pasal keyboard pun aku boleh nak marah kan...teruk betul tahap kesabaran aku ni ek...

ok, apa plan aku? first of all, aku tak makan asam-asam la kan..cume mase awal-awal ngandung je termakan..sebab waktu tu tak tau lagi aku mengadung..
pastu sekarang aku minum susu kambing. susu Wildan...aku order 3 kotak skali...waktu tu promo 3kotak RM130.free postage.amik je la..lagipun ramai kawan-kawan aku minum. diorang kata sedap. anak berumur setahun ke atas pun boleh minum..
aku makan vitamin shaklee, vit c. dan aku nak mencuba madu pulak. orang kata madu pun bagus..so baik aku cuba je..mana la tau kan, rezeki anak aku tak kene jaundis...insyaAllah..tapi kalau kene jugak, aku redha...dah ketentuan Allah...

stakat ni, tu je la yang aku terpikir..lain-lain belum update lagi..hehehe...

ok..bye

Friday 4 July 2014

MyDear sale

Assalamualaikum...
sekarang tengah mydear sale sampai 9hb nanti.. aritu aku dah pegi sane. berdua dengan maritza..balik balik dari keje, amik maritza, terus gi mydear sale tu..
target macam nak tengok babycot la konon.. tapi cot yang paling murah pun RM247..tu cot sahaja. belum masuk tilam dia..dan saiz cot tu pun kecik je..tak confident aku nak letakkan maritza tido malam dalam tu. buatnya dia berdiri..huhu...seriau!
then kawan-kawan aku pun ada pesan tolong tengok-tengokkan barang untuk baby-baby diorang.
ada yang minta tengokkan playpen. ada yg minta tengokkan side by side stroller..
Aku tengok-tengok playpen yang murah pun dapat diskaun RM10 je..macam tak berbaloi je..kata warehouse sale..buat la betul-betul murah. ni setakat kurang RM10 baik tunggu sogo member sale.hehe
stroller pun same. dia tak keluarkan pun stok stroller side by side. stroller depan belakang je ade.
di sebabkan stroller yang kawan aku pesan tu takde, maka aku pun tak tengok la benda-benda lain...malas haih. dengan anak yang excited nak berlari sana sini, dengan perut. baik la aku datang lain kali dengan suami aku kalau ade plan nak ronda abis satu gedung dia tu..huhu
target esok nak pegi tengok babycot kat kedai preloved dulu..mana la tau dapat cot yang murah dan cantik kan..
macam high chair maritza.aku beli kat kedai preloved je. murah, RM20. masih cantik dan berguna sampai sekarang..kira ok la kan..
godek-godek takde plak gambar yang semenggah..ni gambar mase dia kecik-kecik lagi.. :)
sekian, :)

Persediaan untuk tidak diepisiotomi

Assalamualaikum....
Hai, rajin tak aku update blog? hehhe..semangat dibulan puasa ni...kekeke

Ok, untuk bersalin kali kedua ni aku mengharapkan aku tidak diepisiotomi..ape bendealah episiotomi ni? episiotomi ni ialah digunting perineum kita masa nak melahirkan anak tu. kenapa aku nak elakkan?
sebabnya aku ada pengalaman ngeri dengan episiotomi ni..masa melahirkan maritza..ok, memang tak sakit pun waktu digunting tu..waktu jahit pun sakit sikit jela..jahitan pun takat tiga jahitan je..
tapi nak menjaga jahitan tu masalah buat aku.
aku memang agak lasak..tapi masa jahitan aku terbukak tu, aku tak buat benda lasak pun. aku cuma bangun dari kerusi rotan yang membulat kebawah sambil mendukung maritza..alih-alih..prrraapppp! aku dengar bunyi benang aku terputus..ngeri wooo...
esoknya luka episiotomi aku bengkak..dan aku sakit. even nak duduk pun tak boleh tau masa tu,
aku kene duduk pakai pelampung...nak baring pun sakit, jalan sakit..dah tempoh untuk baik sangat la lama. dah 2 bulan pun aku masih rasa ngilu-ngilu..terutama kalau time berjalan laju-laju..
orang kata, kalau jahitan terbuka kita kena pegi hospital balik, untuk dijahit balik..tapi aku memang tak sanggup la nak kene jahit idup-idup..
jadinya, aku dok la sapu minyak gamat. nak minum pati ikan haruan tu, aku tak boleh nak telan plak..tu yang jadinya lambat baik tu..seriau kan..? jadi kali ni, aku berharap tidak digunting...huhuhu..
boleh ke? boleh! kawan opis aku ade yang tak kene gunting. sebab jarak kehamilan selang setahun je..huhu..
InsyaAllah aku pun boleh! yakin! sebab jarak kelahiran aku 2 tahun je...hehe..
lagi? ape yang boleh membantu? minum VCO dan buat urutan perineum. insyaAllah lepas raya ni aku nak mula amalkan.
lagi? latihat kagel...ni mmg pentingla kan..dah boleh start ni.buat je bila-bila free..(harap-harap aku pun rajin buat benda ni..selalu lupe..haih!)
lagi? senaman yang macam merangkak tu..aku lupe..heheh..nanti la aku google balik ek.
lagi? setakat ni, tu je yang aku tau. kalau aku ade info tambahan aku update later ek...selebihnye tawakal, dan jangan angkut punggung masa dalam LR nanti..sekian saje....

Khabar baik dari babysitter lama

Assalamualaikum..
pagi pagi ni rasa rindu pulak dekat maritza..hehe..
pagi tadi dia lembik-lembik lagi dah kene angkat. mata pun tak larat nak bukak.. geram betul. tapi nak naik motor ngan ayah jugak..

semalam dapat khabar berita yang agak baik dari kak izan..babysitter lama maritza..
dia cakap macam nak jadi babysitter balik next year...InsyaAllah.
rasa seronok pulak..
bukan nak kata babysitter sekarang, Iza tu tak bagus. tapi dah pernah anta maritza masa baby kat kak izan kan..jadi macam lebih confident kak izan jaga adik maritza nanti..
tapi tu la, kak izan pun kata apa-apa dia akan update bulan 12 ni, lepas dia pun habis pantang...:)

so, keputusannya masih belum ada...

Thursday 3 July 2014

Berguna ke baby cot?

Assalamualaikum...
sejak-sejak perut dah besar ni, aku mula memikirkan susunan tido untuk aku anak beranak nanti..
yela, nanti dah berempat, takkan nak bersesak-sesak atas tilam bersaiz 'permaisuri' tu kan..hehe..
jadinya, plan aku macam nak beli baby cot. nak ajar maritza tido dalam tu sementara adiknya belum lahir ni..
sekarang, maritza dah boleh fully minum susu botol..cuma time nak tido je dia nak ngempeng, buat lali-lali mata, lepas dah tido, dia ok je minum susu botol. jadi aku macam plan nak ajar dia tido asing la..tido dalam cot. kalau aku bg katil, kang dia jatuh plak..maklum la..budak kecik lagi kan..tido pun bole tahan lasak...sedar-sedar dah kat atas kepala la..kat kaki la..jadinya aku taknak amik risiko dia terjatuh katil..lagi pulak saiz bilik aku ni kecik je, memang tak muat la nak sumbat lagi satu katil bujang tu..
lagi pun aku plan nak bawak babycot tu balik kampung masa aku bersalin nanti.. siang-siang aku nak letak baby dalam tu. malam, maritza pulak tido dalam tu, ok tak?
sebab aku tengok maritza ni memang suke main ngn baby..tak sabar nak jadi kakak. dia nak cuit la, nak ayun buai baby la..memang seriau aku kalau letak anak kecik golek-golek kat bawah camtu je. takut kene kerumun ngan anak-anak sedara aku lagi..budak-budak tu pun geram kat baby. macam masa berpantang time maritza dulu, puas aku cakap ngn diorang, tak yah pegang-pegang...tengok aje..tapi ade je jugak tangan nak mencuit la, mencubit la..dan meng macam-macam lagi..
so kalau letak dalam cot, mungkin boleh membantu aku atasi masalah ni kot..hmmm
sedang dipikir-pikirkan rasionalnya aku beli dan pakai baby cot ni..
mula-mula aku plan macam nak pakai playpan je, sebab bila dah tak guna, kita boleh lipat simpan playpan tu.takde la makan ruang kan.. tapi aku pikir balik, playpan ni tak boleh adjust level dia, sebab siang aku nak letak baby, bole la aku letak level yang tinggi tu. nanti malam kalau maritza nak tido, boleh la aku turunkan level dia tu.takde la dia panjat-panjat..ye tak? lepastu kalau playpan ni, handle dia tak boleh bukak, kotla aku nak attached dengan katil aku nanti-nanti kan...
hmmm...
sape ade idea yang boleh membantu aku? jom share.. :)

Wednesday 2 July 2014

Sudah 6bulan Mengandung!

Assalamualaikum.....
wah...lamanya tak update blog akibat kebizian di kedua-dua tempat keje dan rumah...
kat ofis, tengah ada projek besar-besaran..insyaAllah dah nak siap harini keje hookup menghookup aku. lepas ni boleh fokus kat dokumentation je...
kat rumah pulak, memang la bz..anak kecik yang dah nak kene jadi budak besar tu tengah ligat membesar, maka kene bagi lebih tumpuan kat dia..
kalau kita dok ralit buat keje lain, tak hiraukan dia, alamatnya dia mula la buat macam-macam hal..
kadang yang buat kita geram, kadang buat kita nak ketawa, kadang nak marah..semua ada la...
apa-apa pun kene bersabar je la..orang cakap budak nak dapat adik memang camtu kan...

Ha...berbalik pada tajuk, rupa-rupanya aku dah mengandung 24minggu....kejap je kan..hehhe...
Alhamdulillah dipermudahkan urusan.
update kesihatan setakat ni Alhamdulillah...semuanya masih normal.
normal tak normal, buku dah ada sticker hijau gak...sob sob sob.
sebabnya, history gdm, mengandung kurang dari 2 tahun dan tak ada last period date...huhu..
takpela dah nak kene tampal sticker hijau, ape boleh buat ek...hehe

ok, perbezaan mengandung kali ni dengan masa mengandungkan Maritza dulu...
masa maritza dulu, walau dah 6,7,8,9 bulan aku rasa aku masih bertenanga..tapi yang ni aku macam cepat letih sikit..kalau kene jalan satu FAB ni pun aku dah rasa letih...sob sob..dah tua kot.
masa maritza dulu, kalau 6 bulan camni, perut masih kecik lagi..tak nampak lg.8 bulan baru nmpak..tapi kali ni dah besar macam 8bulan dah..hahaha
masa maritza dulu, aku takde selsema-selsema ni..tapi kali ni, pantang sejuk sikit, terus selsema la, hidung tersumbat la..agak sensitif sistem pernafasan aku kali ni.
kalau masa maritza dulu, aku agak penyabar...sekarang ni aku macam pemarah pulak. asal silap sikit aku nak marah..Astagfirullah...kadang-kadang lepas marah tu, baru tersedar. Ya Allah, kenapa ngn aku ni..huhuhu..cepat betul naik darah..jangan kene darah tinggi plak sudah.

setakat 6bulan mengandung ni, apa yang aku dah sediakan untuk si adik?
belum ada lagi...insyaAllah recycle barang-barang maritza...hehe.. tapi masa warehouse sale OKBB aritu sempat la aku belikan baju 3 pasang, dengan tuala 2 helai..satu wane biru, satu wane pink...arrr...anak aku jantinanya ape?  hehhee..jeng jeng jeng

stakat ni aku belum scan lagi...patutnya minggu ke 28 schedule untuk scan baby, tapi dah minggu ke 28 tu aku tengah beraya (baru raya ke3), jadi nurse cadangkan aku gi KK kat kampung je..secara kesimpulannya mestila tak kne refer doktor kan..jadinye takde la aktiviti scan-scan perut..sob sob
tapi takpe la..sebab kali ni aku macam nak tunggu hari kelahiran baby baru aku nak tau gender dia..bole tak? hehe..baru la bersemangat masa push-push nanti..hehe

hmmm..ape lagi nak update ye? kene update laju-laju ni..ha! puasa!
ye, aku puasa..Alhamdulillah harini dah hari ke4, masih berpuasa...insyaAllah aku akan berpuasa penuh 30hari..doakan aku ye.

okla,,tu je kot nak update..smoga berjumpa lagi..hehe..bye..assalamualaikum!