Friday 4 July 2014

MyDear sale

Assalamualaikum...
sekarang tengah mydear sale sampai 9hb nanti.. aritu aku dah pegi sane. berdua dengan maritza..balik balik dari keje, amik maritza, terus gi mydear sale tu..
target macam nak tengok babycot la konon.. tapi cot yang paling murah pun RM247..tu cot sahaja. belum masuk tilam dia..dan saiz cot tu pun kecik je..tak confident aku nak letakkan maritza tido malam dalam tu. buatnya dia berdiri..huhu...seriau!
then kawan-kawan aku pun ada pesan tolong tengok-tengokkan barang untuk baby-baby diorang.
ada yang minta tengokkan playpen. ada yg minta tengokkan side by side stroller..
Aku tengok-tengok playpen yang murah pun dapat diskaun RM10 je..macam tak berbaloi je..kata warehouse sale..buat la betul-betul murah. ni setakat kurang RM10 baik tunggu sogo member sale.hehe
stroller pun same. dia tak keluarkan pun stok stroller side by side. stroller depan belakang je ade.
di sebabkan stroller yang kawan aku pesan tu takde, maka aku pun tak tengok la benda-benda lain...malas haih. dengan anak yang excited nak berlari sana sini, dengan perut. baik la aku datang lain kali dengan suami aku kalau ade plan nak ronda abis satu gedung dia tu..huhu
target esok nak pegi tengok babycot kat kedai preloved dulu..mana la tau dapat cot yang murah dan cantik kan..
macam high chair maritza.aku beli kat kedai preloved je. murah, RM20. masih cantik dan berguna sampai sekarang..kira ok la kan..
godek-godek takde plak gambar yang semenggah..ni gambar mase dia kecik-kecik lagi.. :)
sekian, :)

No comments:

Post a Comment