Tuesday 29 August 2017

Musfira dan persediaan sekolah

Assalammualaikum...
Hujung bulan 10 nanti, musfira dah nak masuk 3 tahun. dia ni masih pelat-pelat sikit-sikit. manja lagi. tapi dah selalu feeling nak pegi sekolah. sebab utama dia tengok anak sedara babysitter aku, dah sekolah. mungkin budak tu balik sekolah cerita kat dia kot pasal sekolah. tu dia macam dah terpengaruh nak ke sekolah kot. hehe
Cuti sem ni, aku memang hantarkan dia ke kelas mengaji sama dengan maritza. tumpang-tumpang je..sebab 4 tahun baru boleh daftar kat situ. so masa kelas ngaji aku memang tinggalkan dia terus dengan maritza. nak bagi dia pengalaman bersekolah dan bersosial.
ikut mood dia lah. kadang dia ok je, terus masuk kelas, kadang mood dia nak ibu teman sampai habis kelas. dia dekat dalam, ibu dekat luar.
tapi semalam, mood ke laut sikit. sebab tido siang lambat, bangun lambat. ibu dah sampai dia baru je siap mandi. tak sempat minum susu lagi..jalan jauh pulak. sampai rumah kene makan dulu, baru dapat susu. mood dah swing. bila pegi ngaji, suruh ibu tunggu. dia taknak masuk dalam pulak. nak duduk ngan ibu kat meja batu kat luar...duduk sampai turn dia baru kelam kabut masuk dalam sambil menjerit "cikguuuuuu"hahhahah
ibu rase, adik sorang je panggil cikgu dik..hahhaa..orang lain semua panggil ustazah.hehehe

Pagi ni pulak, baru dapat full structure fee dari little caliph. dok termenung tengok registration fees. mak aih..ibu masuk u pun murah lagi dari ni kot. ape ke hei mahal bebenor ni... nak nanges rase...mujur kakak awak dah dapat pra sekolah dik.. kalau tak, next 2 year la baru awak merase sekolah..

so mulai gaji bulan ni, ibu kene menabung.. namanya "Tabung Sekolah"
ayah pun kene cadang buat tabung ni. namanya "Tabung Rumah"..
hai la, time nak bayar sekolah, time tu gak nak bayar untuk vp rumah..semoga dipermudahkan urusan kita...aamiin

Friday 4 August 2017

Cerita Mak-Anak

Assalamualaikum..
time tak busy ni meh kite update blog kerap sikit. esok dah tua-tua kalau baca leh jugak jadikan bahan gelak sendiri.hehehe...

kelmarin aku ada dinner dengan vendor tempat aku keje ni. beramai-ramai la pergi. so semua gerak dari opis je. memang takdela nak balik salin baju mandi wangi-wangi ke ape ke kan..
so aku pun sama, lepas je abis waktu bekerja, aku terus amik budak-budak berdua dari taska dengan rumah babysitter straigh away pergi tempat makan-makan. dalam kereta aku dah bagitau siap-siap kat maritza yang kita tak balik rumah lagi, kita nak pergi makan dengan kawan-kawan ibu. maritza kene behave tau.ayah takde ni.. dia pun ok je la kan..kata tak ok, ibu tinggal satg baru tau. hahahha

lepas aku cakap macam tu, dia tanya aku.ibu nak makan pakai tudung ni ke? eh pelik pulak aku, nape budak ni tanya pasal tudung aku.. so aku jawab lah "aah la.kenapa?" dia jawab "ooo...kesian ibu, pakai tudung koyak.takpelah nanti kita suruh ayah belikan tudung untuk ibu". amboi...suke hang je cakap tudung ibu koyak ye. ni bukan koyak lah..memang design tudung ni lagu ni..huh

Tudung ni nama dia bawal scallops ye anak

Baby Gift - Diaper Cake

Assalammualaikum!






Haiiiiii!!!
cantik tak?
hahha..aku buat sendiri tau. baru berjinak-jinak. bosan dah dengan baby gift yang biasa.
sekarang sape-sape kenalan aku dapat baby, aku nak bagi diaper cake je. hehe
walaupun tak secantik orang berniaga buat. tapi aku puas hati sebab air tangan aku.. eh hasil tangan aku.
benda ni pada aku memang semuanya berguna. worth la pada aku. ada diaper- boleh guna. aku beli pampers saiz S, baju romper, towel, stokin, kasut, topi, set mandian kecik-kecik (senang nak bawak travel), dan mainan yang bersesuaian.. next gift kalau rajin (dan cantik) aku letak sini lagi ye..hehe

Thursday 3 August 2017

Hobi kami - Aquaphonic

Assalamualaikum..
setakat ni alhamdulillah. pokok-pokok masih hidup..syok je tengok.cuma tu lah.tak termakan-makan.hasil banyak jugak alhamdulillah. dapat la bagi sikit-sikit kat jiran taman.
setakat harini, yang banyak betul berhasil terung, cili dengan pegaga. cili kalau berbuah...sekali banyak. sampai kecut jadi cili kering kata abang ipar aku.kekekeke
terung pun banyak gak, nak makan terung selalu pun tak tau nak buat masak ape. aritu dah bagi jiran sikit. ni dah berbuah ranum balik.
pegaga pun tak termakan. ingat nak buat jus pegaga.tapi kerajinan tu takde pulak.. takpela, pegaga tu nanti kite try buat rendang pegaga..  :)



resepi orang nogori

Besday ayah!

Assalamualaikum...
Hai..hari sabtu ni besday encik yayang.. aku dah belikan dia hadiah..tp tetibe pikir macam best je kalau anak-anak pun bagi hadiah kat ayah..lain sikit dari biasa kan..haha
So, semalam masa balik dari taska, aku tanya maritza.."Maritza, nanti birthday ayah maritza nak bagi hadiah tak?" dia jawab nak! nak! excited la tu. aku tanya lagi, "hadiah ape maritza nak bagi ayah?"

hhmmmm...lama dia pikir, "kite bagi ayah hadiah mandi kolam kat hotel nak tak?"
amboi! terkedu aku. mak aih...hadiah macam orang tua punya pemikiran. hahahha
alasan dia, kalau bagi ayah hadiah mandi kolam, dia pun boleh mandi kolam.hahaha
tapi dah kenapa kat hotel? mahal la anak oi. mandi kolam masa kelas swimming jelah.
kikkiki.

Actually aku macam ada terpikir jugak. kot-kot nak try dashbox ni ke kan..dok geram je tengok. tapi encik yayang tu outstation je sekarang ni. balik pun dah tengah-tengah malam. nak surprise cane nye kan.

hmm..jadinya aku pikir, baik kami bertiga bagi hadiah je kat beliau kan kan kan?

💓

Tuesday 1 August 2017

Taklimat Pra-Sekolah 2018

Assalamualaikum..
Dua minggu lepas, kami dapat whatapps inform Maritza layak ke pra-sekolah. punya lah lega hati kami..Syukur. taklimat dibuat pada 29 Julai 2017.
jadi pada tarikh tu memang kami dah reserved nak gi sekolah, perasaan macam-macam ni. excited terutamanya sebab rasa anak dah besar, nak masuk sekolah dah.hahha.. padahal mek tu baru je 4tahun lebih.bulan 10 ni baru nak 5 tahun..haha.sabar lah ye maritza. ibu ni excited nak maritza sekolah, berdikari..hehehe

Pagi-pagi lagi kami dah bersiap. breakfast pun dalam kete je ni. sebab taknak lambat. alhamdulillah ngam-ngam pukul 9 kami sampai di dewan. Orang belum ramai lagi, kami duduk barisan kedua dari depan, bawah kipas.hahhaa..itulah keuntungan orang datang awal. haha padahal bukan la awal mane pun. ngam-ngam je. cume orang lain yang datang lambat.

Agak-agak kehadiran ibu bapa dah ramai, majlis pun dimulakan. setiap keluarga diberikan booklet untuk rujukan kami. kat situ ada lah serba sedikit panduan pakaian ke, silibus, kokurikulum, dan kelas. Maritza dapat kelas pra-sekolah efficient. sesi petang. bile dah sesi petang tu, aku macam tak berapa nak ok. sebab dia ni jenis tido petang. risau pulak dia tak bole nak belajar ke ape nanti kan sebab nak layankan mata mengantuk dia tu. huhuhu. total ada 5 kelas, 3 sesi pagi, 2 sesi petang. setiap kelas ada 25 orang murid, seorang guru kelas dan seorang pembantu kelas.
sesi pagi bermula dari 7.30 sehingga 11.30. sesi petang bermula pukul 1.00 tghari sampai 5.00 petang.

sambil-sambil dengar taklimat, aku dengan encik yayang memikir la camne strategy kami untuk tahun depan ni, kalau maritza sekolah ptg. berkecamuk gak planning aku ni..hmm. buat masa ni kami cuba pikir positif dulu la. bagus sekolah petang, dia dah tak perlu tido siang, jadi malam tido awal sikit, then boleh berlatih..nanti sekolah darjah 1 memang sesi petang dah, tak de la macam aku. culture shock dulu-dulu.sokmo tido dalam kelas.hahahhaha

then masa taklimat tu, cikgu bagitau keputusan rasmi akan keluar online 5hb nanti.dah tu aku ni tak apply online pun. kami anta permohonan terus ke sekolah pada tarikh tutup pulak tu.hehehe. encik yayang plan balik je dari taklimat ni dia terus ni apply online tu la. tapi sayangnya permohonan dah ditutup. jadi next plan kami ialah, kami apply je rayuan nanti, tapi dalam masa yang sama minta cikgu reserve kan la tempat maritza, sebab nama dia dah lulus untuk sekolah tu, cuma bab online ni je..haih.

berdasarkan pemerhatian aku, pra-sekolah ni nampak lebih tersusun, lebih bersistem dan lebih nampak arah tuju dia. cikgu-cikgu tugasnya mengajar. benda lain diuruskan oleh pembantu. mereka pun tak benarkan pembantu dipanggil cikgu, sebab taknak anak-anak confuse nanti. sepatutnya tadika pun kene buat camni la. hanya cikgu sahaja layak dipanggil cikgu atau teacher. mahal title tu. bukan semua boleh senang-senang dapat title tu kan.

budak-budak pun diajar untuk berdikari sendiri. contohnya masuk ke kelas sendiri. dari pagar sekolah nak kekelas..tapi kami boleh la teman untuk minggu pertama. buka dan pakai stokin dan kasut sendiri. simpan alatan sendiri.. diorang macam dilatih untuk bersedia ke alam persekolahan.

so far, setakat ini aku macam suka dengan sistem pra-sekolah ni. cuma kaedah pembelajaran dia dengan hasil dia aku tak boleh nak komen lagi la.. nanti aku tengok dan cuba untuk menilai k.
setakat ni aku puas hati. walaupun dalam 1 kelas tu ade 25 orang pelajar..rase dah banyak tu.. tapi macam aku cakap, untuk persediaan darjah 1. nanti darjah 1 sah-sah sekelas ade 40 orang..aku nak maritza belajar untuk adapt keadaan ni..insyaAllah.. kata guru besar dia, budak-budak pra-sekolah ni confirm akan masuk sekolah ni nanti untuk darjah 1.. :)

Semoga saya dapat masuk sekolah ni...tahun depan adik saya pulak..aamiinnn
💜❤