Tuesday 17 November 2020

4 November 2020

 Assalamualaikum...

Akhirnya setelah anak berusia 2 minggu, barulah ibu sempat mengupdate blog. alhamdulillah, dapat jugak update ye..

Niat nak update awal, tapi elok discaj je dari hospital, nurse pun datang melawat, petang tu terus kene ke kk, sebab anak dah menunjukkan simptom kuning... dan rutin tu berterusan sampaila ke harini.

Ok, tu nanti cerita lain. post ni kita cerita pengalaman bersalinkan anak ketiga, Mia Afrina..

Petang 3hb, dalam pukul 2.30 macamtu lepas solat zuhur, aku ajak Encik Yayang ke hospital putrajaya untuk menyerah diri..sebab aku ni GDM maka tak dibenarkan overdue. lagi pun aku rasa dah puas aku rasa macam-macam. takde yang teringin dah.

sampai je dekat HPJ, kami terus ke dewan bersalin, confident je aku ke sana, sebab masa mengandungkan maritza dulu memang aku ke sana je untuk cek BSP. sampai kat sana, ada sorang nurse suruh aku buat saringan dekat CAC dulu, sebab tak pernah ada rekod dengan HPJ untuk kandungan kalini. Sampai CAC, diorang suruh aku ke kaunter hasil pulak untuk booking katil. Lepas da booked, kami balik dulu. on the way balik, Encik Yayang belanje kopi starbuck dengan pisang goreng cheese+coklat. 

Sedap-sedap tengah makan, lepas pukul 5 petang dapat panggilan dari HPJ cakap katil dah available. kene datang untuk admit sebelum pukul 7. huhuhu...lepas makan, Encik Yayang hantar aku ke HPJ balik. sebabkan PKPB ni, suami memang tak boleh teman isteri sampai ke ward pun. Encik Yayang pun boleh hantar aku sampai kat guard depan lift je. Dah salam-salam, kami berpisah kat situ. Guard hantar aku ke wad 2B, katil 18.

Malam tu, aku tak plan nak mandi pun sebab dah siap-siap mandi sebelum bertolak. lepas solat magrib dengan isyak, ingat nak tido, sekali doctor round. Doktor inform esok pagi-pagi kene buat Covid test, lepas tu induce.."ha..kene induce ke doktor? tak boleh tunggu bukaan ke?""tak boleh puan, puan ada gdm. kita induce ye esok"

Huhu..dalam berat hati aku angguk jugak. Malam tu masa nak buang air kecil, dah mula keluar show fresh blood. haa..lega sangat, sebab dah 2,3 hari warna coklat-coklat tu keluar, tapi sikit sangat. so bila ada fresh blood ni aku yakin sikit la dah ada bukaan.

Malam tu start dari pukul 10 aku dah mula kene contraction, mild contraction selang sejam. aku kira guna apps.. start pukul 1.30pagi, dah mula kene contraction selang 5minit. dia tak de nak selang stgh jam ke, suku jam ke..terus lompat 5minit sekali. memang aku layankan aje sambil apply teknik bernafas sedut ikut hidung, hembus ikut mulut sambil membayangkan panorama yang menenangkan. masa contraction tak kuat sangat, aku bayang kan sungai yang mengalir..nyaman je rasa. bila contraction yang kuat sampai menggigil tu, aku bayang air terjun dicelah gunung, siap ada pelangi lagi..hahha..

Alhamdulillah contraction aku jenis tak lama.dalam 5minit tu, dia kene seminit je. so aku prepare mental aku, utk seminit je sakit.. aku bertahan je layan contraction tu sampai ke subuh.


ini dia contraction counter aku. aku track diam-diam je,tak inform nurse pun, sebab plan nk duduk dalam labor room sekejap je kan..hihi

Pagi tu, pukul 6, nurse datang untuk cek tekanan darah tapi dia cakap tak dapat bacaan, dia suspect aku tengah contraction. dah kantoi, aku mengaku jela kan. terus dia panggil doktor untuk cek bukaan aku. cek-cek doktor kata dah 6cm, tolak labor room,Nurse tanya nak tunggu covid test tak? doktor kata tak sempat dah. so nurse pun terus suruh aku prepare baju baby untuk bawak masuk labor room.

Sampai dalam lb room, pagi tu aku sorang je dalam tu. diorang suruh aku tukar baju, then baring atas katil utk cek CTG. aku tengok tahap contraction aku masih maintain 1minit dalam selang masa 5minit. ikutkan graf pulak dalam 56% macam tu tahap sakit contraction. tak tinggi sangat. Habis je nurse cek CTG dalam pukul 6.45 pgi tu aku dah mula rase contraction yang agak sakit. Nurse dengan doktor pun ada pesan, kalau sakit sangat dan ade rase nak terberak, inform diorang. dalam pukul 7 macam tu aku rasa tak tahan sangat. tengok mesin CTG tu, tahap contraction aku cecah 78%-81%. aku mintak doktor cek.tapi diorang asyik kata "belum lagi puan" "tahan puan"..adoi aku memang tak boleh tahan dah.aku mintak jugak doktor cek.cek-cek doktor cakap dah full. suruh aku tarik kaki dan teran.

Disebabkan aku ade pengalaman masa musfira dulu, kalini aku insist pasang paddle gak baru aku nak teran.haha...dalam sakit tu, sempat pulak aku nak demand ye. disebabkan pagi tu aku sorang je  dalam labor room tu, 4 orang nurse tolong pasang paddle dengan penarik tangan tu. selesai je pasang, contraction pun datang, aku teran..sebab contraction aku kan pendek je, jadi masa takde contraction tu aku asik curik nafas je. datang contraction yang kedua, aku teran sekuat hati..memang rasa la budak meluncur keluar..fuhh..lega sangat rasa...dua kali teran tepat jam7.17pagi lahir la puteri ketiga kami.

Nurse pun amik baby letak atas dada untuk skin to skin. aku termenung kepenatan, baby pun termenung tak tau penat gak kot. haha..sampai nurse kene cakap kat aku "peluk baby tu puan, pandang baby" nurse takut aku terus meroyan ke apa? haha..padahal nya aku kepenatan,sebab malam sebelum tu aku tak tidur. tak boleh tidur membayangkan kalau takde bukaan aku kene czer ke..pastu malam kejadian pulak penat layan contraction. pastu lapar pulak tu.

abis keluarkan uri, nurse jahit kejap.katanya ada koyak 1st degree je.dalam setengah jam siap dah jahit,nurse suruh aku susukan baby dan inform Encik Yayang untuk datang azankan baby.
Dalam pukul 8.30 mcm tu Encik Yayang sampai nurse amik baby bawak ke luar untuk diazankan. dalam masa yang sama, diorang bagi aku makan..2 cawan milo, sebungkus biskut, 2keping roti dengan scramble egg. banyakkn? sume abis licin aku makan.lapar weh.

Pukul 9, diorg tolak aku masuk wad. Alhamdulillah, pukul 9 tu memang aku dah kuat dah. terkejut wardmate aku tengok aku dah beranak tapi sihat cergas. Alhamdulillah. bersalin kalini Allah permudahkan. aku doa nak duduk dalam lb room setengah jam je, tak nak kene jahit. Allah permudahkan. Tak sampai sejam process bersalin dalam lb room. jahit pun sikit je..syukurla..cuma tulah, dah masuk lb 6cm, mmg tak dapat la nak amik ubat tahan sakit dah. epi pun mula-mula ada nurse offer,tapi aku memang taknak.aku nak ubat tahan sakit je.tapi doktor dah tak bagi.kene la tahan sendiri segala sakit tu. dalam pada PKP ni, husband tak boleh teman, tapi dia teman cara lain..malam tu sama-sama tak tido. aku layan contraction, Encik yayang solat hajat..teman aku yang tgh sakit cara jarak jauh.

Lepas bersalin tu pun sama macam bersalinkan musfira. kaki aku shacking. tah kenapa..maybe sebab sakit tahan contraction kot. sebab masa cek VE tu, bila contraction datang, mmg aku menggigil.
elok lps bersalin. ingat boleh terus discaj, rupanya kene tahan 1 mlm, sbb nak cek darah baby dalam 24jam.takut dia hypo. sbb mak ada gdm,anak ada potensi hypo. alhamdulillah 6hb pagi-pagi, doktor bagitau anak ok, boleh balik dah. Encik yayang pun awal datang, tak sabar nak bawak kami balik rumah. laju je dia sorong kerusi roda sampai dlam ward.hahah..kalini masa azankan Mia pun encik yayang nangis lagi..dia terharu kot, isteri berjuang sorang-sorang kalini..huhu

okla.. nanti ada masa aku cerita pulak macam mana boleh dapat nama Mia Afrina untuk anak ketiga aku ni k..

so ni gambar masa dalam labor room, lps mandi







Monday 2 November 2020

Check up 39 minggu

 Assalamualaikum...

Jumaat lepas kite ke KKIA lagi check up untuk week 39.

Perubahan dari minggu lepas tak banyak pun. berat pun tak berubah. cuma yang peliknya, nurse kata kepala baby tak turun pun lagi. last week nurse lain cek, katanya dah turun. this week tak turun pulak. ke baby memang boleh turun naik ye? Wallahualam.

Masa check up tu pulak kebetulan doktor masuk bilik nurse, so doktor pun wish la selamat bersalin, doakan semua lancar, then dia suruh pegi hospital 3hb. dia tak bagi pegi 4hb. takut takde katil katanya.

Okla.aku pun ye kan jela.sebabnya pun dah macam tak larat jugak nak berlambat-lambat lagi ni. kalau boleh aku nak beranak arini je. huhuhu

Semalam ade la jugak rasa contraction sikit-sikit. tapi aku tak layan sangat. sebabnye macam tak consistent. pastu pulak kejap-kejap je. jadi aku abaikan jela. semalam pulun masak nasi arab.konon nak bagi banyak bergerak, banyak berdiri. tapi macam takde apa-apa perubahan pun..huhu

Oh, lupe..kelmarin aku dah mula turun tanda coklat-coklat tu. tapi sikit sangat. semalam pun kuar lagi, tapi pun sama..sikit sangat.

Harini, aku ke tesco beli barang basah. balik tu, aku kemas lauk bagai. time nak g solat, nampak ade lagi mukus coklat tu. gitu je la. harapnya esok time aku menyerah diri, bukaan dah besar. dapatla aku dok kejap je kat hospital. pastu boleh balik awal.

Doakan urusan aku melahirkan dipermudahkan ye. doakan aku kejap je dalam labor room tu (setengah jam) je..hehhe

OKla..tu saje. nanti sambung entry lepas bersalin ye..insyaAllah..

wasalam

Monday 26 October 2020

Check up 38 minggu

 Assalammualaikum...

Hai selamat petang. harini aku cuti, work from home kononnya.. tapi susahla kan wfh ni. anak banyak homework, mak nak buat keje opis, nak masak, nak duduk kat kerusi ni lama-lama pun lenguh jugak.

So aku rasa WFH untuk ibu sarat mengandung ni kurang effective la. Macam last week, masa start PKPB kat selangor ni, aku hantar Maritza dengan Musfira dekat pengasuh. Urusan aku mudahla kan, sebab hantar diorang pagi-pagi, petang amik macam biasa.

Tapi tulah, diorang dok cakap tak dapat makan pagi la, kadang tak dapat makan tengahari la, kesian jugak. Nak-nak Maritza tu, dia tengah fasa membesar, banyak makan. kesian pulak tak dapat makan. Kalau dengan aku pun, aku ada jugak mood malas masak, tapi aku bagi la anak-anak aku ni makan selain nasi. Aku bagi roti ke, kek ke, buah ke. apa-apa la asalkan kenyang perut budak-budak tu.

Disebabkan tu jugak, aku decide anta diorang seminggu jela kat pengasuh tu. Minggu ke dua, mak aku datang rumah aku, tolong jagakan budak-budak ni. dari Rabu sampai Jumaat je. Isnin, Selasa mak aku ada appointment kat hospital, Jadi aku kene WFH la. Rabu Encik Yayang dah balik, dia amik alih pulak la jaga anak-anak sampai lah aku bersalin.

So masa Khamis lepas, check up aku minggu ke 38. Nurse cek-cek, katanya baby dah full engage. kepalanya memang dah masuk penuh. Jantung baby pun around 138 camtu. berat aku pun naik 500g. So total dah jadi 61.5kg.

lepas je check up, balik tu aku beli nasi ayam. untuk makan sama-sama ngan mak dan anak-anak aku. Sekali time balik tu aku rasa sakit sangat kat kelengkang aku. Sakit sampai tak boleh berjalan. Tapi aku gagahkan la jugak berjalan nak balik rumah. sampai rumah, aku makan nasi ayam, minum air kelapa. makan pisang goreng. lepas tu aku balik ofis. Fuhh, memang berpeluh aku nak jalan. sebabnya sakit dia macam ko letak seketul batu kat kelengkang ko, jalan bawak batu tu. jalan kaki rapat ko ngilu, sakit. jalan terkangkang-kangkang dah macam mak peguin pulak kan..malu la pulop. Kalau duduk dia ok, bangun je dari duduk tu, memang tak boleh melangkah.

Mak aku dah risau dah. dia suspek aku nak beranak dah. tapi aku yakin belum lagi. sebabnya takde contraction, or takde tanda apa pun turun lagi. aku yakinkan mak aku, aku sakit sebab baby nak turun lagi tu.

Malam tu pun tak boleh tido, baring pun sakit. fuh..sepanjang mengandung maritza dengan musfira, tak penah pulak aku kene camni. Bangun pagi-pagi tu alhamdulillah, sakit tu makin berkurangan. Makin siang, makin hilang sakit tu. So aku keje je macam biasa jumaat tu.

Malam tu, mak aku balik. dia macam risau jugak nak tinggalkan aku dengan anak-anak. Tapi aku memang confident, takkan beranak dalam masa terdekat. haha..tah mana datang confident tu tah.

Sabtu pagi, aku kene lagi sakit kelengkang tu. pelik gak la..tapi tanda still takde. aku just bagitau Encik Yayang je untuk information dia. Dia dengar camtu, terus dia draf surat merentas negeri.haha.. bagus jugak kan, trigger point untuk Encik Yayang tu.hahhaa

Lepas bagi budak-budak makan pagi, aku mandi, then aku cuba untuk tido balik. sebabnya malam tu pun aku tak tido kene braxton hick tu dari pukul 2.30 pagi sampai 5 pagi. jadi aku pikir nak qada' tido jela. nanti tengahri aku bangunla. dapat la tido dalam sejam setengah. then 11.30pagi bangun bagi budak-budak ni kudap-kudap. Lepas tu aku masak tengahari. masa masak tu, ada gak la rasa sengal kt kelengkang dan pinggul aku. Tapi slowly dia hilang. aku syak dia hilang sebab aku dapat bed rest kot.

Malam tu dan Ahad, aku sihat je seperti biasa. contraction ke ape ke memang takde. ke aku memang dah lupa contraction tu camne? huhu.. Aku baca post aku masa pregnantkan Musfira aku rase mcam waaa..power gile, aku boleh beza contraction tu camne, siap tau istilah mild contraction lagi. awat kali ni macam blur, sume benda tak tau ni?

Lepas ni kalau aku dah tau rasa contraction tu camne, aku kene tulis la. untuk rujukan akan datang.hahaha

So harini camne? harini masa aku nak mandi, ada cecair putih keluar, tapi dia tak melekit macam gam tu (aku baca, banyak orang kata mukus keluar macam gam tanda nak bersalin) tapi aku punya tak pulak macam gam, jadinya aku anggap tu keputihan jela. then aku pakai pad, kot la dpt membezakan ape bende tu nanti ke kan. tapi non hado dah. pagi tadi je kejadian berlaku.

Harini pun elok xde sakit kelengkang. sihat macam biasa. alhamdulillah. rasanya baby tunggu ayah balik kan. Yang maritza musfira asikla tanya, bila ibu nak lahirkan baby? hari sabtu? hari rabu?

Ibu pun dah takde jawapan.

Maritza: "ibu nak lahirkan baby week 38?" " ke 39?" "jangan la week 40. lambat sangat la"

Ibu pun kalau boleh nak awal, tapi ikutkan history melahirkan korang week 40 sampai ibu kene menyerah diri.. tapi kalau boleh, tak mau la tunggu sampai kene serah diri. tak feel la.hahaha

Musfira: "Adik tak sabar nak tengok ibu lahirkan baby.""Tapi adik taknak ibu mati"

Adoi terkedu ibu dik..jangan la doa/cakap yang bukan-bukan ye..korang kecik lagi, banyak lagi tugas ibu dalam nak membesarkan korang.

OKla, tu je update kali ni. Minggu ni checkup hari Jumaat (30-Oct) sebabnya 29-Oct cuti Maulud nabi. ke baby nak lahir 29hb? heheheh..

Lepas je esok, aku dah tak kisah dah bila-bila nak melahirkan. sebabnya insyaAllah Encik Yayang sampai sini dah malam esok...So baby let's meet and greet your sistah bebeh! haha

Bai..wasalam


Monday 19 October 2020

Kesibukan bulan Oktober

 Assalamualaikum..

Bulan Oktober ni memang bulan sibuk untuk aku ke ape ek. Aku baca post aku yang lepas-lepas masa nak lahirkan maritza, Ok lg.tapi busy nak attend dinner department.haha

Masa Musfira pulak, busy plan nak celebrate birthday Maritza, nak buat aqiqah musfira dan sibuk nak packing barang, sebab nak pindah rumah.

Tahun ni pulak busy lahai, pikir nak anta goodies untuk birthday Maritza dengan Musfira dekat sekolah diorang.

Barang untuk buat goodies sume dah beli 2 ke 3 minggu lepas. ingat nanti 28hb or 30hb nak suruh Encik Yayang gi hantar kat sekolah diorg, sekali dah PKPB ni ape cite? hahahha..mau diorang kene makan sampai lebam segala mak nenek ni nanti. tapi rasanya diorang suke je tu, kene abiskan segala goodies tu nanti.


 tu dia bersusun kat dapo tu. kalau pkpb ni bersambung, rezeki korang la 2 bulan makan bendealah ni time teman ibu berpantang nanti.huhu

Hadiah birthday diorang pun aku tak pikir lagi, asal pikir je jadi ngantuk.hahahha

ok bai..wasalam

Sunday 18 October 2020

Week 37 Progress

 Assalammualaikum..

Khamis lepas pegi check up perut. jumpe nurse je..macam tu jelah.

cek berat dah jadi 61kg..harap-harap jangan naik lg ye. takut tak larat badan nak bawak je kalau berat-berat ni. HB tak check, urine OK clear. so semua ok je khamis aritu. Nurse pesan gi menyerah diri 3hb kalau takde pape tanda lg. tp doktor kata g penyerah 4hb. so camne ni ek..

Dengan PKPnya ni, runsing aku memikirkan. sebab anak-anak ni camne? kalau diorang sekolah, boleh juga aku bertenang kalau sakit siang hari, sebab nak tunggu Encik Yayang sampai selangor, sempat la dia handle anak-anak petang lepas budak-budak balik sekolah. tapi kalau dari awal diorang ni dengan aku, camne aku nak ke hospital dengan diorang pulak.

Kang ade jugak aku angkut diorang masuk hospital sama-sama kang.hahhaaa

Sekarang pun nak drive macam malas sangat dah rasenya..sebab drive pagi, gap antara perut dengan steering ada 2 jari lagi. tapi petang balik keje, tinggal 1 jari je.. tu yang rase xsyok tu, bila kedepan sikit je dah berlaga perut dengan steering.

Mak abah aku suruh hantar je budak-budak ni ngan diorang. Tapi aku plak rase tak syok. sebabnya budak-budak berdua ni ade homework sekolah bagi. pastu aku dah hire cikgu tuisyen BM dengan Math untuk diorang (RM300/8jam) untuk 2 beradik. pastu kelas piano lagi. jadi macam susah sikit la nak bergerak tempat lain. nanti semua tertunda kan.

Bab telefon 1 hal, kalau kat sini, aku boleh la pantau time diorang main fon tu. malam nak caj fon, pastu pakai wifi rumah je. kang da balik umah mak aku, xde internet, dok bergaduh dua beradik, runsing abah aku nanti. Kalau aku ada sekali takpe la. aku boleh control (baca:marah) diorang kan. time aku takde, mak aku pun tak larat nak marah-marah. diorang dah tua. tak sampai hati lah nak susahkan diorang. takpe lah aku susah sikit janji tak menyusahkan orang.

Baby pun setakat ni takde bagi hint pape lagi.

Encik Yayang pun aku bg rehat dulu minggu ni, sebab minggu aku nak bersalin tu, dia dah kene plan cuti dah nanti. take over jaga anak-anak.

Eh, tajuk progress 37 minggu, isi cite plan nak beranak pulak.hahaha

nampak tak fikiran dan jiwa yang bercelaru sekarang ni? hahhaha

Plan lain aritu, sekali jadi lain pulak kan..

Beria la aku cari van, dah pikir dah 2hb nak ajak encik yayang berjalan mall sampai 10k step supaya 3hb senang nak bersalin. sekali kene terperuk dalam rumah je..1k step pun payah nak dapat camni.

Baru ingat 2hb tu nak ajak encik yayang makan best-best. sekali dah kluster-kluster mall je keluar ni. nampaknya makan masakan sendiri jela nampaknye ye..huhuhu

OK la, aku pun dah takde ape nak cerita. tunggu jela date bersalin ye...

bai, wasalam

Friday 16 October 2020

Almari baju Baby

 Assalamualaikum..

Sebelum aku terlupa, just nak letak kat sini, almari baju baju untuk baby nanti.

kalau masa Maritza dulu aku beli yang jenis drawer, then bila dia besar sikit, baju dia pindah ke almari lama aku, Musfira pulak guna drawer tu.

Tapi sekarang, kakak-kakak dah ada almari sendiri, aku pun kene pikir almari yang boleh pakai lama ni untuk baby. Sebab mesti ada baju nak gantung-gantung nanti kan.. so aku pun aim la nak beli almari ni


Elok aku tunggu nak beli masa 9.9 haritu kat shopee, da purchase bagai, seller contact aku soh cancel order, sebab dia takde stok dan tak tau bila akan restok..huhu.. dia cakap kalau nak jugak, dia cuma ada yang 2 drawer je. harga kurang dalam RM20 gitu.. hmm..aku taknak. dah alang-alang nak membeli, aku nak yang boleh pakai lama. So aku cancel je la purchase. sementara nak menunggu seller restock tu, aku beli kotak dekat Mr.DIY je


Aku beli kotak ni, then baru boleh start basuh baju-baju baby then store dalam storage box ni. lepas dah susun rasa lega sikit, macam satu keje dah siap. then anytime seller update barang da restock aku beli, then transfer je baju-baju ni dalam drawer dia nanti.

sesampai je almari baby aku, terus Encik Yayang dengan kakak-kakak memasang.. aku? aku pantau jela. perut da beso ka. mana boleh bersila-sila kat bawah tu..hahha..alasan sangat!

💖
lepas da siap, aku lupe pulak nak amik gambarnye..sebab sibuk nak transfer baju baby dalam tu.haha
so tu jela update almari baju untuk adik baby kite..
3 tingkat drawer, yang bahagian atas tu tempat sangkut baju dia nanti. esok-esok dah ade gown boleh la gantung-gantung.. 💓


Sekian saja..Assalamualaikum


 





Thursday 15 October 2020

Beg Hospital

 Assalamualaikum..

Tiap-tiap kali pregnant pun mesti ada post ni. femes topik ni. bila mula nak mengemas beg, aku refer post masa mengandungkan Maritza, terus teringat..wah banyak betul eh barang aku bawak masa tu. pakai ke semua ek? Lepas tu aku scroll post time mengandungkan Musfira..Mak aih, sikit nau. betul ke ni? tapi masa Musfira memang pun, aku admit petang nak malam dah, tengah malam bersalin esok nya tak sempat lunch aku dah discaj. memang cepat. beg yg satu tu pun memang ngam-ngam je.

Tapi kali ni aku macam confuse balik, berapa hari aku kene stay kat hospital ni, baju baby nak bawak berapa banyak ni? baju aku? baju aku memang aku bawak sepasang jela. sebab kat hospital nanti pakai baju hospital je. Tapi underware, pad nak bawak berapa banyak ni. Last-last aku combinekan post Maritza dan Musfira untuk jadi guideline aku.


Baju budak aku bawak 3 set, untuk labor room dan untuk bermalam 1 malam, 1 set lagi spare je. toiletries untuk baby aku bawak kecik-kecik je, pampers baby aku bawak extra lg 3, mana tau dia memberak ke kan. towel napkin minyak panas wet tisu. tu je untuk baby. untuk yang setiap set baju baby tu lengkap lah dengan baju, mitten booties, bedung, topi, sapu tangan dia dan pampers dalam satu ziplock beg tu.

Untuk barang-barang aku, aku bawak baju 1 set. tudung 2, underwear 2 set, disposal underwear 1 pek, pad 5, stokin 2, minyak herbanika 1, breast pad 3 set. toiletries yang hotel-hotel punye tu, pencuci muka aku beli cetaphil yg kecik tu je.

Lain-lain aku nak tinggal nak masukkan charger, biskut roti sikit, surah Yaasin, air mineral dengan milo/nes 3in1. tu jela kot. Bersalin kalini, takde peneman sebab musim covid kan, jadi aku tengah berpikir-pikir untuk pinjam luggage cabin size mak aku. snang tarik tu je, skarang aku pakai beg balik kampung tu, so far ok je. tapi nanti dah discaj, dengan nak dukung baby lagi, beg lagi..ish seriau jugak tu.. tengokla camne, beg da kemas dah. tapi belum letak dalam kereta. sebab nanti kereta berjemur panas, takut rosak kandungan minyak-minyak aku ngn baby lak nanti.
tengoklah, hujung minggu depan ke start simpan dalam kereta.

So sekian saja update beg hospital aku.. maafla ye, menulis dengan laju, tah pape je rase. tapi nak tulis gak, seronok dibuat baca untuk kemudian hari. tapi tula rasa tak lengkap pulak sebab tulis waktu-waktu camni.. mengejar masa..huhu

Ok bai. Assalamualaikum


Wednesday 14 October 2020

Week 36 progress

 Assalamualaikum...

MasyaAllah, lama betul tinggal..maaf la anak ibu, ibu ni hangat-hangat tahi ayam pulak..huhu, plan nak tulis setiap kali check up tinggal camtu je. aduhai..

OKlah, apa yang kita dah buat sekarang?

Actually harini aku dah masuk week ke 37 pun, tapi belum check up lagi. esok date check up aku. tapi since arini macam free sikit, kita update je la harini ek. harap-harap lepas ni ada post la sebelum bersalin. hehe

Oh, sebelum terlupa, semalam aku kena brixton hicks tu untuk kali pertama untuk pregnancy ni. rasanya sebab semalam terlalu stress. aku memikirkan keje tak siap lagi, company tak annouce lagi sama ada aku boleh work from home ke tidak, sekolah, taska dengan van dah annouce penutupan perkhidmatan untuk 2 minggu. jadi aku serabut. Van tu paling, dah la aku enrolled sebab aku nak bertenang untuk bersalin dan berpantang nanti. tapi dia plak yang awal-awal dah annouce 13hb dah tak beroperasi.. eh geram pulak rase. kerajaan pun annouce PKPB berkuat kuasa jam 12.01 14hb, dia lg advance.

Aku start kene tu dalam pukul 11 pagi mcam tu. sakit berpeluh-peluh.aku pun confuse,ni sakit ape ek.. nak membuang ke? abis je discussion pukul 11.30, aku terus bertapa kat toilet. tapi takde ape pun nak keluar. jadinya aku sambung duduk balik kat opis. pukul 12, aku ajak opismate gi kantin, dalam sakit-sakit tu, aku gagahkan berjalan naik ke kantin. setengah perjalanan, sakit pun slowly hilang... baru aku teringat, aku ada baca, kalau brixton hick ni, dia akan hilang kalau kita tukar aktivity kita. dari duduk ke berjalan..so betulla hilang terus sakit tu. Maklumlah aku dah gap 6 tahun, memang lupe dah rase contraction tu macam mana.

Malam sebelum tu, aku sakit kat pelvic, baring pun sakit. duduk pun sakit, jalan apetah lagi,. rasa macam kengkang bila berjalan tu. aku syak baby dah turun masuk laluan la. esok check up nak tanya nurse la, dah engage ke belum ni. tak sabar pulak nak beranak.haih.. tapi musim pkpb ni susah gak, sbb En Yayang pun susah nak balik selangor..huhu.. Semoga Allah permudahkan lah urusan kami..

Ha.. ape aku buat untuk melegakan rasa sakit kat tulang pelvic tu? aku menonggeng..huhu..sebab aku perasan time sujud masa solat, kurang sikit sakit. jadi aku menonggeng je atas katil..lega sikit la. Kalau tak, baring telentang sakit, mengiring sakit. meniarap tak boleh pulak. tapi bangun pagi semalam dah lega dah. Alhamdulillah. Tapi tulah, hujung-hujung ni memang kene predict la sakit-sakit tu kan, sebabnya memang baby nak turun masuk laluan, suppose memang la akan sakit kan, nak bagi bukaan pun suppose akan sakitla kan..cuma aku teringat time aku pregnantkan musfira. mild je contraction sampai la dalam labor room still mild.. macam mana rasa mild tu ye..lupe dah. tapi keluar-keluar, orangnya pun lembut je si Musfira tu, kecik halus..hehe

Okla, berbalik pada progress minggu ke 36 aku. alhamdulillah, doktor scan baby, kepala kat bawah, berat 2.7 +/- 400g boleh gitu? haha...harap-harap baby kecik ye, senang ibu nak meneran. Berat ibu 60.5kg. so total weight gain 3.5kg. gula terkawal, HB 11.4, drop sikit. air ketuban 15AFI. semua pen hitam, jadi doctor decide tiada lagi appoiment dengan doctor. 4Nov kalau takde tanda nak bersalin lagi, pegi je menyerah diri kat hospital.. huhu.. ayah berharap baby lahir 2Nov, ibu berharap baby lahir bln oktober, 26oct ke..hehhe..boleh tak?

Setakat ni, ni jela progress week 36minggu kandungan aku. rase kalau aku try tanya pusat bersalin risiko rendah, diorang terima tak aku? nak try la contact..kot dia terima, situ senang sikit, tak ramai orang, kan kan..

ok kalau takde gangguan sat lagi aku continue post untuk persiapan ke hospital ye..k bai..assalamualaikum..


Sunday 6 September 2020

Wah..dah 31++ Minggu!

 Assalammualaikum....

Wah! Ni memang betul-betul terkejut ni. Ingat nak update setiap kali check up pregnant. sekali still sama jugak dengan pengalaman mengandung yang lepas-lepas..huhu....

Okla, dah lama tak update, moh la kita terus ke keadaan ibu dan baby..

Ibu; still sama..GDM diet control. tapi last 2week scan air ketuban banyak pulak AFI=23. Jadi doctor terus suruh aku on the spot buat BSP. Mujur pagi tu mmg aku makan roti wholemeal plain je, takde kaya ke ape..result BSP 4.1. Alhamdulillah. Jadi doktor bagi chance, kalau minggu depan air ketuban banyak gak, kene refer doktor pakar. Aku bukan apa, malas nak kene refer-refer ni. nanti banyak sangat check up nya, tak terkejar keje aku tu. Sudah la projek kali ni langsung tak boleh nak ke luar negara. nak tengok keadaan sebenar machine yang bakal dibeli tu pun tak tahu. aku pulak nak bercuti-cuti, memang nahas kat diri sendiri namanya nanti. balik naik pantang, stress sendiri nanti.

Lepas dah seminggu datang balik check up, AFI dah turun jadi 20 (ni level maximum) so ingatkan tak kene refer pakar. Sekali doktor nak refer jugak. katanya baby pun besar seminggu. berat baby dah 1.6kg (usia 31weeks). Waktu tu rasa macam redha jela kene refer. balik tu terus nak cheat day. taknak makan bekal sendiri. Oh lupa, disebabkan air ketuban banyak tu, kami seisi rumah terus bertukar ke beras perang. dengan maritza & musfira pun makan beras perang. Elok pulak sedap je kami makan. Musfira pun aku perasan dah 2minggu kami makan beras perang ni, memang habis la dia makan nasi. biasa nasi putih tu jarang dia abis. sebab sedap ke, nasi ni lebih ringan ke rasa dia (sebab kurang kanji kan), tak melekit ke..Wallahualam. aku tak pasti la pulak. dia makan, aku pun taknak tegur, kang terbantut selera dia pulak.

Beras ni lebihkan air 1 pot dari beras.Jadi cantik dan sedap. Biasa untuk kami anak beranak, cukup-cukup makan 2 pot nasi untuk 4 orang, tapi kalau nak bertambah kene 2.5pot. dengan beras perang masak 1.5 dah cukup untuk buat tambah-tambah. jadi jimat la jugak kan. harga pun tak jauh beza dengan beras putih. biasa kami beli beras putih tu dalam RM16.50. Beras ni RM18.90 untuk 5kg. Jadi tak jauh beza. Disebabkan beras ni lebih sihat, jadi kami decide untuk terus jela makan beras ni kat rumah. Kalau orang datang pun, hidang nasik perang jela..hahah

Eh panjang pulak cite beras perang ye. haha..takpe untuk rujukan sendiri jugak nanti-nanti kan.
So selain dari beras perang ni, aku rajin sikit la bawak bekal sendiri. kadang masak sup ayam, kadang ayam masak tomato (sebab anak-anak pun suke), ayam perap. haa ayam perap ni sedap gak. bahan campak-campak je aritu. aku titikkn halia, perah air dia. aku perah air lemon, minyak masak 3 sudu (sebab ayam banyak aritu), bawang putih cincang, jintan putih, jintan manis, rosemary, garam sikit je, lada hitam, pastu masa nak bakar esoknya, aku sapu mentega sikit. letak dalam airfryer suhu 180deg selama 40minit. sedappp..Encik yayang kata macam ayam nando's..hahha. sori ye, overclaimed pulak.kihkih

seminggu berdiet, bukan setakat air ketuban je turun, berat pun turun. tapi tak banyak la.hahha.. dari 60kg jadi 59kg.. (so total baru naik 2 kg la masa 31minggu pregnant) suke-suke...takdela susah nak turunkan balik nanti kan..InsyaAllah..

Ok Next, pasal baby pulak, berat dah cecah 1.6kg, kedudukan kepala kat atas pulak. ni tengah memujuk suruh dia turun kepala kat bawah. minggu ke 36 macam biasa, doktor kata kalau tak turun lagi, refer pakar jugak..sedihla..harap-harap baby bagi kerjasama k.

Persiapan untuk baby camne pulak?

Untuk baju-bajan, ada la beli sikit, dalam 5-6 pasang..sebab geram tengok comel-comel baju baby. topi mitten booties ada la beli 1 set, untuk sambut lepas lahir nanti.
lain-lain recycle dari maritza dulu..carseat, baby cot, rocker,bedung barut..byk lah..so almost siap dah barang baby ni.. tengah nak tunggu seller re-stok cabinet baju je. then nanti boleh beli, pastu boleh la kemas-kemas almari baby..sekali selongkar barang-barang baby kat rumah lama..haa amik ko, sume ade lagi..
Next bila baby dah besar sikit, kena amik walker, stroller dgn high chair pulak...

Napkin beli baru, walaupun yg lama still ada, sbb geram tengok comel nau bercorak. botol susu MAM pun dah beli..kene ajar susu botol. nanti nak tinggal dengan babysitter

Tilam kekabu dari Maritza, turun ke adik-adik jugak la

Carseat dari Maritza, turun ke Musfira skrg turun ke M.....

barut mitten booties topi dari zaman maritza&musfira

Barang-barang Ibu pulak, baru je beli breastpump freemie liberty.. konon nak pumping sambil bekerja. tapi tengok la keadaan nanti. aku standby je. sebab da tahu dah kegilaan kilang aku tahun depan. lepas tu, baru beli pad je. nursing bra belum beli. ingat nak beli kat shopee je. tapi banyak stok dah abis. pastu minyak-minyak belum beli.bengkung pun tak tahu la nak beli ke tidak. aku punya yang lama adik aku pinjam, pastu manaa tah dia letak.

Untuk berpantang kali ni EncikYayang sponsor CL, sebab aku kene pantang sendiri kan..anak-anak sekolah. makanya, rumah pun kene la ubah suai sikit, untuk CL stay..
Tapi tak dela renovation ape tu, cuma lebih kepada susun atur, supaya bilik ke-3 tu ade space sikit..

Sedih Musfira tengok basikal dia tergantung.."nape basikal ibu tak kene gantung?"

Basikal ibu lagi kesian dik. kene sangkut kat luar rumah..huhu

Ampai tuala baby dah ready atas ampai ibu ayah

Basikal-basikal ni patutnya letak kat bawah, lobi rumah. tapi aku sayang nak letak kat situ, nanti kotor berhabuk la apa la..jadinya aku simpan kat bilik ke tiga ni je. disebabkan nanti CL nak stay, dan aku masih tak sampai hati nak letak basikal-basikal ni kat bawah, jadi aku mintak Encik Yayang tolong gantungkan basikal-basikal ni. makanya..jadi la macam gambar di atas. pastu, dah alang-alang Encik Yayang keluarkan drill dia, aku minta dia drillkan sekali ampai tuala untuk baby kat bilik kami. space untuk almari baby pun dah ready. lama aku berpikir, mana la nak letak almari new comer ni. mujur akhirnya ada idea..TQ Allah.

Okla, banyak dah cerita. Next time aku berceloteh lagi ye...bai...Assalamualaikum

Friday 26 June 2020

Update check up 21 minggu

Assalamualaikum..

Semalam check up 21 minggu dekat KK.
pukul 9 sampai nak cari parking punya la susah.. dah dapat parking, beratur kat luar KK dekat stgh jam..
dah masuk dalam, tunggu sampai pukul 12 baru la dapat masuk jumpa nurse.
aduh lama gila menunggu. memang agak stress la semalam.
mujur da cari kuih karipap, dalam masa menunggu tu, aku ngap 3 ketul kuih. kalau tak, memang berlapar sampai tengahari..cian baby ibu.

masa check tu takde update sangat, berat timbang 57.5kg. padahal masa kt rumah rasa 58.5kg..bole la tu, tak kene marah, kene puji lagi..alhamdulillah

HB tak ambil, glukose nil

then check perut, ketinggian rahim dan dengar degupan jantung baby.

lepas tu jumpa doctor, doc scan perut..katanya baby dah 400g++. besar dah kot kan..

scan kepala, badan dan kaki..alhamdulillah..pembesaran seiring usia..

lepas tu aku minta doktor scan kan jantina. tapi doktor kata tak nampak testikal dia...jadi adakah baby girl? disebabkan tak nampak, doktor pun da nak rehat, dia takdelah gigih nak mencari..

maka sekian saja checkup 21 minggu kita...

jumpe nurse lagi 2 minggu, jumpa doktor lagi 4 minggu..scan lagi..

sekian sahaja...bye. wasalam.

Wednesday 17 June 2020

Details Scan at week 20

Assalammualaikum...

Eh tibe-tibe tajuk bahasa inggeris ek. haha.. takpe abaikan ye..

Ahad aritu dengan penuh semangat, keyakinan dan keinginan aku booking untuk details scan dekat Klinik Siti. kenapa aku pilih Klinik Siti? Sebab monitor dia besar 40" kot. pastu dia scan dalam keadaan gelap, jadi selesa sikit, xde la rasa malu tayang perut ni kan. heheh. Selain dari tu, tak banyak klinik yang buat detail scan ni. kebanyakan terus buat 3D/4D/5HD.

Kalau masa Maritza dengan Musfira dulu aku tak buat pun detail scan ni, sebab aku tak involve secara direct dengan bahan kimia ni. Tapi pregnant kali ni aku involve dengan beberapa incident gas leak. dan machine-machine baru yang diinstall tu pun aku tak yakin sangat memandangkan banyak rust yang terjadi kat area machine tu. aku pulak full time dok kat situ waktu awal-awal mengandung tu. Mujurla time tu Covid kt Korea tinggi, dan aku antara orang yang direct deal dengan diorg, jadi aku dibekalkan facemask N95. dapatla cover line.hahha..Tapi tu pun tak cukup untuk menyakinkan aku. tu aku gigih gak nak detail scan. Nak tengok sendiri anak aku dalam perut ni ok tak. cukup tak sifat dia.

Disebabkan itu, dengan rase tak sabar nak tahu jantina, makanya pada 14-Jun a.k.a 19w6d aku pegi menjalani detail scan tu. Hasilnya Alhamdulillah, si kecil kami sihat, cukup sifat, organ semua normal. Alhamdulillah syukur sangat.

Apa yang detail scan tu scan? walaupun doktor dah faham kita ni mesti excited nak tau gender kan, tapi dia tetap ikut flow. scan dari kepala sampaila ke kaki.

Masa scan kepala dia tengok size kepala, elok ukur umur kandungan. lepas tu dia scan pulak ada cecair tak dalam otak. ada limit dia cecair tu tak boleh lebih. dia tengok otak tu, elok tak membahagi kiri dan kanan. Then dia tengok kebulatan kepala tu, tak boleh terlalu bulat, tak boleh terlalu bujur. ada spec dia jugak. then dia tgk selaput kepala tu. tak boleh tebal, kalau tebal ada potensi sindrom down.

Lepas dah scan kepala, doktor beralih ke bahagian muka. tengok soket mata, tengok lelangit, tengok hidung dan mulut. nak tengok ada sumbing ke tidak.masa scan bahagian muka ni, mencabar sikit. sebab banyak gangguan. dia dok tutup mata dengan tangan la, tutup mulut la. macam tak bagi orang kacau. nak tido kot.heheh..

lepas tu doktor scan dada dia, jantung dia, pembahagi antara paru-paru dengan perut, gas dalam perut. gas dalam perut ni pun ada limit dia..ibu dok terpikir masa tu, da ada gas ni, mesti da bole kentut kan.huhu..
Masa kat jantung tu doktor tgk saluran dia laluan darah yang beroksigen dengan tak beroksigen. masa ni plak kedudukan baby tak berapa ok, sebab dia breech jadi doktor susah nak tengok laluan darah tu. baby pulak kecik sangat. gigih doktor zoom dgn tolak-tolak, penyek-penyekkan tempat dia, supaya dia beralih. tapi dia still nak duduk situ. ditolak-tolak dengan ditendang-tendang balik probe doktor.hahaha

Habis cek perut, doktor beralih ke tangan dia, nak kira jari dengan ukuran panjang tangan. Ni pun mencabar, alahai. disorokkan tangan belakang kepala.hahah..dah tak pasal-pasal doktor mintak ibu yang mengiring, sebab awak main sorok-sorok. tau tak.dah alang-alang aku yang mengiring, doktor scan tulang belakang dia sampai la ke ekor tulang belakang tu. semua nampak elok dan normal.

Then kebetulan tangan pun bergerak-gerak time tu, doktor captured cepat-cepat dan kira. Alhamdulillah cukup 10 jari tangan. lepas tu doktor beralih ke kaki, sama jugak nak ukur kaki dan bilangan jari. pun mencabar.keje nak menendang.dah ibu kene mengiring ke kanan pulak. dapatla tgk kedudukan kaki tu ada bengkok kedalam ke tidak. jari cukup ke tidak. Syukur dapat jugak akhirnya capture walaupun susah nak dapat angle yang elok.hehe..bole la..janji dpt tengok cukup sifat. syukur sangat dah.

So last sekali baru doktor tengok gendernya...
hmmm..panjang hmm doktor tu.."susah nak nampak la" doktor cakap.padahal posisi budak dah terkangkang da tu."hmmm...rasa-rasa macam girl la...tapi tak jelas ni tak nampak burger sign"
hmmm...lama doktor cari. akhirnya doktor macam yakin dah "saya nampak girl la, dalam report saya letak girl la ye. kalau nak kepastian nanti week 28 ke 30 ke datang scan 3D".
Musfira siap cakap "ala...kita da doa boy dah, kesian ayah takde kawan.kitorang da 3 girl da"hahah

Takpela kami redha je dapat baby girl ke boy ke. Encik Yayang pun dah pesan kat aku supaya terima apa pun keputusan detail scan ni dengan hati terbuka..termasuk jantina anak. Jadi aku macam dah ok jugala mind set. dapat anak perempuan lagi pun syukur yang penting dia sihat, cukup sifat..tu lagi penting.

Balik dari scan, kami terus makan tghari kat kedai makan, sambil gelak-gelak pilih nama anak mula dari huruf "M"
mana tak gelaknya ade ke Encik Yayang propose nama mihunsup. sabo jela..sian anak ibu kan..
takpe-takpe nama reserved dah ada maritza pilih, tapi ibu macam tak berkenan.hehehe
nantila pikir..ada 20minggu la..don't rush.yang penting nama ada maksud yg baik.

Ngam-ngam sejam doktor scan perut aku..kata doktor biasanya paling lama 40minit je, tapi maybe sebab baby terlalu kecik kot. berat baru 300g je. So doktor suggest kalau nk buat detail scan ni dengan hasil yang elok gambar pun cantik buat la antara week 22-24. week 24 paling ideal.. Ibu dah tak leh sabar, sebab next week ibu ada scan kt KK. jadi ibu taknak la surprise sorang-sorang. nak semua tengok sama-sama..ibu ayah kakak-kakak

Nanti kat KK, nak try request la doktor tolong tengokkan gender untuk confirmation. tak sabar nak beli baju baby.hehe

Tu saja update week 20. InsyaAllah week 21, kita update lagi.. semoga berat maintain xnaik. kalau naik, abis kene bebel.huhuh

2 hari ibu istiqamah, makan roti wholemeal, tapi harini ibu cheat day. breakfast nasi lemak paru, tghari mee goreng, ptg lasagna..huhu..
harap-harap esok ibu tak cheat day lagi...

kbai..wasalam









Sunday 14 June 2020

Check up 19 Minggu

Assalamualaikum..

Khamis lepas (11/Jun/20) tarikh check up dengan nurse kat klinik kesihatan.
sebab just jumpe nurse je, so takde la berapa banyak update. first check urin, ok clear. berat badan naik 2kg balik.dah jadi 57kg. HB drop sikit jadi 11.3 je..

Masa check perut tu, nurse ukur okla rahim sama ukuran dengan minggu mengandung, 19 minggu.
bila time nurse nak dengar degupan jantung, ditendangnya tangan nurse. hehe

setakat aritu, tu jela yang kita check. nurse bagi next appointment date sama dengan tarikh jumpa doktor nanti 25/jun.. so kene berdiet la sikit. seram kene marah ngn nurse ni.hahha

lagipun sebab aku GDM kan, baikla aku insaf sikit sebelum berat baby naik.nanti sendiri yang susah nak push.huhu

hmm..so dah separuh perjalanan dah ni..dah ok ke kalau dah start-start survey untuk baby ke, tempat bersalin ke, lokasi berpantang ke? hehhe
Overkan sampai gitu sekali..sebenarnya aku plan nak bersalin kat sini je kali ni sebabnya maritza dengan musfira sekolah kan..awal-awal aritu memang plan macam dah cantik, tapi sebab PKP, construction semua tergendala, makanya construction hospital kat tempat aku ni pun postpone la..dah jadi handover date around Mac/June 2021.huhu. tak dapat la ibu nak bersalin kat situ. kene la cari hospital lain.

Nak balik hospital ampang tu ok, tapi kalau budak-budak sekolah tu, aku serabut sikit.. tu yang terus masuk list tu tempat untuk bersalin.

so far tu jela update check up 19 minggu..


Wednesday 27 May 2020

Perkembangan 17 Minggu Mengandung

Assalamualaikum...

last update aritu baru week 7 kan, kejap je dah week 17. Alhamdulillah...semoga pregnant kali ni rajin sikit nak menulis..sebabnya semalam scroll blog sendiri rase tak percaya pulak, last pregnant dulu kemain kuat ibu ni..tp tulah sayang sebab awal-awal pregnant pun tak tulis, jadi tak dapat nak compare.

So, pregnant ketiga ni umur ibu dah pun 37 tahun, kudrat tu awal-awal aritu macam tak berapa kuat. Nak-nak masa puasa awal-awal aritu, usia kandungan baru cecah 13 minggu, memang melepek ajelah. nasib baik masa PKP (perintah kawalan pergerakan), jadinya Encik Yayang la amik alih urusan rumah dan anak-anak. Masak, mengemas hatta membuat biskut raya pun tugas beliau. Tugas aku carikan resepi bergambar kat facebook lepas tu tag dia je.hahaha

Walaupun dalam lembik-lembik ni, aku gagahkan jugak puasa. tinggal 4 hari je sebabnya aku dehydrated, nak test MGTT, nak test sendiri BSP dgn test BSP betul-betul kat KK. nanti kat bawah aku cerita detail;

Masa week 16 aritu aku dah kene minum air gula, disebabkan ada 3 risiko (history GDM 2012, parent diabetes, umur ibu >35tahun). Nak dijadikan cerita, sehari sebelum minum air gula, aku dehydrated, tangan kebas-kebas, perut pun rasa tak selesa. pegi klinik, doktor suruh berbuka puasa. aku pun gigih cari kedai makan. drive-drive tersampai kat A&W. maka kemain sedap makan coney dog dengan curly fries tanpa bersalah. pastu takde nak bilas-bilas dengan air putih pulak. esoknya dengan confident minum air gula.. selang seminggu dapat whatsapp dari nurse KK kene buat BSP. terus sedih menyesal bagai.. tapi tulah menyesal kemudian tak berguna lagi.

Sehari sebelum aku buat BSP, aku kat langat time tu, mak aku bagi pinjam alat test gula dalam darah tu, aku test, elok je reading aku 4.9 lepas 2 jam makan, maka rasa confident sikit la. balik rumah, time berbuka tu aku masak kuey teow goreng, pastu makan kerepek-kerepek (konon nak rasa la sedap ke tak). Esoknye (jumaat 22May) aku g test BSP reading pagi-pagi tu dah naik 5.8...Uwaaa...menyesal lagi sekali. lepas test aku makan sekeping roti disapu planta & serunding.

Pukul 10, aku try test sendiri..mak aih makin naik (7.1) mengigil-gigil tangan aku time tu. matila aku kene insulin..huhuhu..terus aku call mak aku, nak buat camne ni mak? mak aku pesan minum air.. aku mencari ari 1200ml, minum sampai aku muntah balik. haa..amik ko. takut punye pasal. test cek 5.8..
ok, cepat-cepat aku masuk kk, cek ngan nurse 5.5..

Balik tu, aku cari ikan, bakar dalam AF (yg dah bertahun tak guna..nasib tak jadi letgo..hahha). makan dengan roti wholemeal aje..cuak punye pasal. kul 3 test balik kt kk, result 4.6. so malam tu doctor bagi aku test sendiri kat rumah. sebelum balik, doktor suruh aku repeat test ari selasa (26May)... huhu sedih. raya ke-3 kot masa tu. then review result dengan doktor 29-May nanti.

Jadinya raya pertama tu aku pulun makan, raya ke-2 aku dah control makan. raya ke3 aku dah start diet GDM balik.. syukur reading sume bawah border. lepas je test malam tadi kul 8, terus aku ngap kerepek..sedap weh. rase nak menangis dapat makan balik. Allahu, tak dapat bayang la kalau tak leh makan benda-benda gini.

Oklah, dah puas bercerita pasal GDM, cerita pasal update check up pulak:
cek perut, nurse cuma ukur ketinggian rahim je, tapi dia kata perut kecik lagi, tak naik lagi. jantung baby pun dia tak cek. katanya tunggu week 20/24 gitu baru dengar. aku pun dah tak ingat time maritza ngn musfira. rasenya tiap kali cek perut, nurse cek je degupan jantung baby,
cek ibu, HB cantik 12.8 kot, gula ok (tapi mgtt sangkut plak gdm ye..uhuh) berat turun 2kg (jd 55kg)..eh seronoknye...hahah..tp kene marah lak ngn nurse. dia kata xleh turun. klu turun ni means badan xcukup khasiat, kesian kat baby...ala baru nak lega sebab berat turun.

Lepas dapat date untuk next appointment (11Jun) aku g jumpe doctor pulak. doctor macam relax-relax je. dia kata nak puasa-puasa jela..sebab masa scan baby elok baby membesar ikut perkembangan umur (EDD 2Nov). doctor pun tak banyak ckp, suruh dtg semula lg 6 minggu (26Jun) eh gitu pulak, tak sama date ngn appointment nurse ye. lain pulak style kk sini.

cerita pasal perut pulak, memang belum naik sangat pun, rasa macam mengandungkan maritza dulu.. harap-harap baby pun jangan la besar eh. ibu rindu baby kecik. heheh..pasal loya mual sume, nampaknya pregnant kali ni rase paling mual. dah 4bulan pun masih mual lagi, nak-nak time perut kosong dgn time pakai seluar tekan perut..dasat nak uwek-uwek dia. tapi takde keluar ape pun..
kalau pakai face mask pun nak uwek sebab mcam tercekik kot.

ngam-ngam masa 16 minggu aritu, aku pakai seluar ketat sikit kat perut, memang terasa la dia berpusing. dia tak suke kot kene tekan.hehe.. mengandung kali ni pulak craving nak makan nasi lemak daun pisang. aritu dah dpat dah. mak aku buat untuk berbuka puasa. nasi lemak sambal sotong lagi..arini pagi rase macam nak makan, tapi tak tau nak cari mana. maybe kene cari daun pisang kot, buat sendiri je. lg puas ati..huhu

maritza dengan musfira pulak agak excited nak tunggu baby lahir, maritza siap mark dekat kalender umur kandungan aku. setiap minggu, dia la tukang remind umur kandungan. pastu tak sabar nak suruh baby lahir cepat. haha
dia teringin nak adik boy pulak. nama dia dah carik 2 ke 3 tahun lepas..tapi aku pujuk-pujuk jugak terima je kalau dapat adik girl lagi, kita doa je la dlm perut ibu ni boy..
Musfira dia excited gitu je. tapi tak express sangat feeling dia. sebab dia masih lagi nak manja-manja dengan ibu. aku suruh dia ready panggilan bertukar dari "adik" pada "kakngah". mula-mula dia refuse jugak, last 2,3 weeks dia macam redha je..so tgkla nanti ye. bertukar ke tidak.

Ape lagi nak cerita ye? hmmm da alang-alang menulis ni, kite curahkan semua supaya seronok membaca di masa akan dtg. heheh
Rasenye takde dah. cuma aku berdoa supaya aku rajin sikit menulis untuk bacaan aku jugak..
sekian saja..
wasalam.


Thursday 19 March 2020

3rd Pregnancy

Assalammualaikum...

Hai, tengah buat keje ke tu? sekarang ni musim coronavirus, PM dah buat announcement kawalan pergerakan bermula 18/mar sampai la 31/mar nanti.
So disebabkan itu, kami berkerja dari rumah aje...sambil-sambil keje, ada masa kita update blog sikit.heheh

Macam tajuk di atas, alhamdulillah..kalini giliran Musfira pulak merasa jadi kakak. excited lebih sikit kalini sebab kakak-kakak dah besarkan, baru nak ada baby lagi..

Bermula dari bulan lepas, belum delay pun period, tp saja nak cek. tengok-tengok satu line je...bile tinggal lama sikit naik 2 line.. eh  ada ke xde ni. so plan lepas je delay nanti nak cek lg. 1/mar pagi-pagi nak bangun subuh tu, terus cek..alhamdulillah..double line. cepat-cepat kejut encik yayang bagitau dia.. kesian tengah mamai-mamai kene layan excited isteri dia ni.hahhaa

Lepas da tau double line, kami keep secret dulu. encik yayang cakap masih terlalu awal. jangan kecoh-kecoh dulu. padahal aku ni da excited beno nak bagitau maritza dengan musfira, sebabnye diorg yang asik mintak adik..siap da ade nama dah yang diorang pilih. kalau boy ape, girl ape..

Kelmarin, 17/mar, kami ke klinik sebab nak scan kedudukan baby.. sehari sebelum movement restriction order. punye la ramai orang kat klinik. orang-orang dari China mainland pun ada, seram jugak la rase, sebab kami ni dah lama tak keluar. pagi hantar anak sekolah pastu g keje, balik amik anak dr sekolah, tapau makanan pastu balik rumah je. sekali bila keluar rumah sebab nak pegi klinik je pun. tengok keadaan kt klinik tu, rasa macam seramnyee..

Lama jugak la kami nak tunggu turn. dudukla kami ceruk-ceruk klinik tu sebab nak elakkan dari duduk berdekatan dengan orang ramai. time tu pulak company tengah hiruk pikuk sebab nak plan direction untuk MRO sepanjang 2 minggu ni. Perasaaan yang patutnya tengah excited ni jadi macam tak boleh nak focus pulak.

Selang dalam 10-15minit macam tu, nurse pun panggil masuk bilik doc. lepas dah update info sikit sebanyak, doctor suruh baring la nak buat ultrasound tu. Agak lama la jugak doctor mencari kantung baby ni, tak jumpe-jumpe. sampaikan aku ni dah kene jawab call 3 kali, g toilet sekali, doctor still tak jumpe-jumpe. lepas aku dah balik dari toilet baru doctor perasan, ada orang tukar setting probe dia, patut scan perut, tapi probe tu pegi scan abdoment. patutla jelas nampak bladder aku, kidney aku sume tu. Lepas doctor dah tukar balik setting dia, baru la nampak kantung..tu pun samar-samar je.  Tak nampak baby pun dalam tu. Doctor tak puas hati dia pakai 3D/4D probe pulak. masa ni barula nampak sikecik kami dalam tu. Masa tak nampak tu macam dah debar jugak, sebabnya macam da bagi harapan yang tinggi utk pregnant kali ni. sedihla kan kalau tak nampak baby. lepas nampak baby tu, baru la nampak heart beat dia. doctor ukur-ukur, baby kecik sangat lagi, baru 6w3d. InsyaAllah due date 7 Nov nanti. Alhamdulillah syukur. dekat 50minit scan baru nampak awak tau baby ibu..aish awak ni, malu-malu ke nak bagi ibu ayah kakak-kakak tengok awak?

Lepas da confirm semua, barula kami announce kat family member. Alhamdulillah last cucu mak bulan 4 2018..cucu ke 14 coming soon. InsyaAllah. doakan  kami anak beranak sihat..
persoalannya sekarang minggu ke berapa ye baru boleh bukak buku pink? hehhehe