Tuesday 17 December 2013

Percubaan untuk Nursery


Bismillahirrahmanirahim.....
Assalamualaikum...

Pertama-tama sekali syukur sebab Maritza sudah pun berusia setahun pada 31 October yang lalu..
celebrate besday? kami tak buat pun, mulanya macam plan nak buat juga, tapi last minute semua yang nak jadi jemputan macam tak available, jadi terus tak buat. takpe lah tunggu dia umur dua tahun la, masa tu dah besar, pandai appreciate dan pandai makan kek.hehe

ok, berbalik pada tajuk harini,
semalam 16 dec 2013 adalah tarikh pertama aku menghantar anak aku ke taska..
kenapa aku hantar?
sebabnya aku kasihankan pengasuh maritza, kak izan...
dia baik, dia jaga maritza macam anak sendiri. anak-anak kak izan semua sayangkan maritza..
aku sangat-sangat selesa anak aku ditinggalkan dengan famili kak izan..
tapi sejak akhir-akhir ni kak izan kerap tak sihat..sakit kepala, sakit urat, sakit belakang..mungkin terlalu letih menjaga budak-budak yang sedang membesar ni..
tambahan lagi maritza tiba-tiba sangat sensitif dan takut sampai menangis-nangis bila jumpa suami kak izan, abang ajaq. sampai buat kak izan stress nak handle benda ni..
takkan aku nak suruh abg ajaq jangan cuti, takkan aku nak suruh abang ajaq jangan duduk rumah...
so kesimpulannya aku kene cari jalan lain..

Jalan pertama yang aku ambil daftarkan maritza ke playgroup..GBOB untuk build keyakinan diri maritza sebelum kami hantar dia ke nursery.
kat sana maritza nampak enjoy semua aktiviti. mungkin sebab aku join sekali aktiviti tu, jadi dia rasa secure.

tibanya hari aku hantar maritza ke nursery ditaman perumahan aku, taska mesra k****.. (tak leh reveal lg nama taska)

pagi-pagi masa hantar, penjaga tu nak sambut maritza, tapi aku cakap,"takpe, biar saya letak dia kat dalam..".aku kenal anak aku, kang dia jerit kang tak pasal terkejut penjaga tu..hehe
aku letak dia elok-elok..dia macam pelik sikit..bila aku bergerak nak letak beg dia da mula menangis..
then seorang penjaga mula dukung maritza. lagi la dia meronta-ronta.
aku ke dapur untuk simpan susu.. terkejut tengok peti ais..alahai, mana aku nak simpan susu ni.
petinya crowded. pastu dah takde divider. kak liza (pengasuh) tu suruh aku letak tempat sejuk beku.."eh?? mana bole, susu ni dah dicairkan. tak boleh letak kat tempat beku kak..", ikut kan apa yang diorang cakap sebelum ni, ada diantara anak-anak kat sini yang minum susu ibu. tapi tak sure la macam mana diorg handle susu tu.. kalau dengan kak izan, memang awal-awal aku dah explain, kak izan pun memang ada pengalaman handle susu. so aku dah tak risau dah.
then mata terpandang pulak pada lauk beku yang baru dikeluarkan dari fridge. dalam hati aku terfikir, agaknya lauk bila la ni ye..mungkin balance lauk hari jumaat lepas kot..hmmm

kemudian aku ke depan semula, aku cekalkan hati, cium maritza kemudian terus ke kereta. dalam kereta aku berdoa panjang semoga maritza selesa, gembira dan ok kat taska tu.
sampai ofis, aku cuba tenangkan hati, sibukkan diri. buat macam-macam kerja to kills the time. tapi memang berat hati.
pukul 8.45 pagi, aku call taska tanya perkembangan maritza. kak liza (pengasuh) bagitau maritza ok. mula-mula nangis, sekarang ok. main dengan kawan-kawan..cuma masa minum susu dia macam sedih balik..
ok, aku rase tenang sikit... then plan memang nak terjah la waktu rehat nanti..

time rehat, aku siap-siap tapau makanan untuk maritza then terus keluar, pecut ke taska.
sampai-sampai je aku terus menjengah ke pintu taska mencari maritza..tapi tak ada. aku tanya dengan pengasuh lagi sorg tu mana maritza, dia cakap kat atas. "eh, kenapa kat atas, kata aritu maritza kene duduk kat bawah" hmm...dia senyap je takde jawapan.
aku minta izin nak tengok maritza kat atas. kak liza cakap dia kene inform kak syida dulu (owner) sbb kak syida yg jaga maritza kat atas.
ok aku sabar tunggu.
then dia turun bawah dia cakap, maritza tengah tido. parents tak boleh naik.

apekah? aku nak tengok anak aku pun tak boleh ke? ish.. aku berkeras jugak nak masuk dan tengok maritza. sekali lagi kak liza naik atas minta izin kak syida. kemudian baru diorg benarkan aku masuk. aku masuk, berlari naik atas......

sedih...itula perkataan pertama bila aku tengok maritza...
dia letak maritza dalam baby coat. pegang dan nyonyot botol susu yang dah kosong..
maritza tak tidur! mata terkebil-kebil tapi tak berani menguit sikit pun.
dia tau aku datang, dia dengar suara aku, tapi dia tak berani untuk menoleh pada aku.. kenapa? aku confuse kat situ.
kenapa maritza secara drastik jadi camtu? tak berani menoleh. tak berani menguit, atau pun membuang botol kosong tu?... macam-macam dalam fikiran.

aku kirimkan nasi maritza, lepas tu aku balik ofis. aku cuba habiskan masa lagi. aku tak mampu nak fokus pada kerja.

jam 5 petang aku balik terus ke taska..
lagi sekali sedih hati aku tengok maritza terbaring sorang-sorang. sedangkan budak-budak lain tengah seronok bermain. kesian anak aku..

Tah dia kene marah ke tak tau la, tapi biasanya dia aktif ke sane sini, tak pernah dalam hidup dia terbaring macam tu takde sebab.
Bile aku sampai, kak syida tu terus rampas mainan dari tangan maritza, then dukung dia..maritza nmpak pasrah je.
Pastu bile dia nmpk aku, dia terus tersedu-sedu macam org mula nak nangis. Mesti dia marah aku kan, knape hantar dia kat situ sorg2..
Luruh ati aku tgk dia camtu.

Pastu, bile org tu pas kt aku, Maritza peluk aku kuat-kuat. Sampaikan time aku nak letakkan dia dalam car seat pun dia taknk lepaskan aku.
Pastu, bile dah gerak kereta, aku perasan beg dia kempis je, rupa-rupanye towel dengan toiletries dia takde dalam beg. So aku patah balik.. sampai je kat depan taska tu, dia nangis balik, dia igt aku nk anta dia kat sane kot..
Balik tu dia menyusu lama..sambil menyusu sambil tepuk-tepuk aku. agaknya lepaskan marah kot sebab aku hantar dia kat sana...

lepas menyusu, aku ajak suami aku makan kat luar, bawak maritza jalan-jalan untuk tebus balik rase sedih dia tu. aku peluk, aku cium maritza semahu hati aku..tak sanggup tengok dia susah hati macam tu lagi.

maritza jangan marah ibu ye..ibu cube buat yang terbaik untuk kite semua.. ibu nak maritza membesar tanpa susuhkan orang.. tapi ibu pun tak sampai hati tengok maritza kat taska tu..
mungkin satu hari nanti, bila maritza dah besar, dah pandai bercakap. kita cuba lagi kat taska yang lain ye sayang..

hari ni aku kembali hantar maritza pada kak izan...
walaupun kak izan sakit-sakit, tapi kak izan masih yang terbaik untuk maritza..
mungkin aku kene invest sikit untuk kesihatan kak izan? supaya dia sihat untuk menjaga anak aku..
tebayang betapa setiap kali bila aku nak amik maritza kat rumah kak izan, mesti time tu maritza atas dukungan kak izan... anak-anak kak izan yg menyayangi maritza..

mungkin sebenarnya memang macam tu style taska, cuma aku yang over reaction ke..tak sure.
mungkin jugak aku sebenarnya belum bersedia..wallahualam..

tapi harapan aku sekiranya memang benar jodoh maritza dengan kak izan tak panjang, aku mengharapkan aku dapat bertemu dengan pengasuh sebaik kak izan..
yang menjaga maritza ibarat anak sendiri.. dapat mendidik maritza seperti anak sendiri...



Wednesday 2 October 2013

October: Bulan Kelahiran

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Syukur-syukur..akhirnya bulan 10 telah datang. hehe..
hujung bulan ni adalah tarikh hari kelahiran Maritza. dah nak setahun anak aku,
Syukur jugak aku masih mampu menyusukan Maritza setakat ni. stock dalam fridge pun Alhamdulillah masih banyak. target nak teruskan insyaAllah sampaila dia berumur 2 tahun..

Ape perkembangan dia setakat ni? hmmm...dia masih belum berjalan. tapi dah melangkah 2,3,4 tapak. kadang dia lupe dia da melangkah, bile sedar je, cepat-cepat dia turun dan merangkak balik.hehe..
merangkak jangan cakap.laju kemain..

Setakat ni, dia masih makan makanan yang dimasak oleh ibu dia sendiri, takde gule, takde garam..
kalau nak masin, tambah ikan bilis, kalau nak manis masukkan kurma..

Menu dah pelbagai, ayam, ikan daging sume dah makan.

Bercakap..hmmm...ramah sesangat mulut dia tu. kadang geram dibuatnye.
bile kite bercakap, pastu dia pun nak bercakap. macam dah lawan-lawan cakap plak.
semua perbuatan kite dia nak ajuk. kita petik jari ke, kita buat bunyi-bunyi guna lidah ke, semua dia nak ajuk..

Setakat ni dia memang manja sesangat. sampaikan ibu dia yang terrindu-rindu kat dia..haha..
hmm...sambutan harijadi dia? ibu ayah takde planning ape-ape pun. rasenye tak buat ape-ape kot. dia bukan paham ape-ape pun kan..nanti ibu dia yang over-over.hahaa..
sape nak bagi hadiah bagila...kikikiki..

okla, ucapan dari ibu untuk anak sulung ibu ni nanti ibu tulis kat next entry eh..ok bye

Friday 19 July 2013

Stroller Mclaren: Quest Sport Stroller - Crown Blue /Mist

Assalamualaikum...
haii....korang da beli stroller? stroller ape? aku dah beli.. beli stroller Mclaren je. Model Quest Sport Stroller
haha..awal-awal dah tepek gambar kan? ehhehe..
ni la rupe stroller untuk anak aku.

mule nya aku rase taknak beli stroller, sebab berdasarkan pengalaman kakak ngn adik aku, anak-anak diorang tak nak dok dalam stroller, so macam rugi je beli kan. pastu buat menambahkan barang dalam bonet kete je..pastu terpikir lagi, eh muat ke stroller nk letak dalam bonet ni..adeh!!!

Tapi bila anak aku dah berumur 4 bulan, dan badannya semakin hantap, aku tak brape nak larat mendukung sepanjang jalan, nak pakai carrier pun dah sakit tulang belakang, aku bagitau husband yang aku perlukan stroller. tak perlu yang mahal-mahal.asal mampu bawak anak aku dah la..ekeke...

dan disebabkan husband akan berkursus ke luar negara dalam tempoh yang agak panjang, maka stroller adalah sangat diperlukan. tak mampu kot aku nak jalan berdua ngn anak tanpa stroller..ehehe

jadi, review-review dan stadi-stadi sikit, akhirnya aku pilih untuk bali stroller mclaren ni.

1. Ringan : yup. stroller ni ringan je, senang aku nak handle. nak angkat naik atas tangga ke escalator ke (jangan ikut ek). senang husband aku nak angkat naik atas rumah..maklumla rumah kami bukan atas tanah..huhu

2. Lipat payung: kenapa nak lipat payung? sebab nak bg muat masuk bonet kete. dan tak makan space yg besar kalau masuk kereta/rumah

3. 4 Roda: berdasarkan pengalaman orang lain, kalau pakai stroller yang 3 roda ni memang nampak macam moden sikit, tapi selalunya stroller tu tak stabil. gelong-gelong kata orang utara. jadi aku nak beli 4 roda. selesa anak dalamtu dan stabil walaupun aku control stroller tu sebelah tangan je.

4. Bakul besar: Hehhe..bakul besar sebab kalau shopping, maknye boleh tumpang letak barang dalam bakul anak..ehehe..jimat-jimat. bakul ni penting tau. kalau-kalau korang nak kuar, nak bawak barang anak, lecehla kalau kene pegang beg lain plak kan, ada bakul ni, masuk semua kat situ. senang.

5. Murah: yang ni memang kena ambil kira..macam biasa, beli mahal-mahal kalau anak tak suke duduk dalam ni, dah satu hal kan.. jadinya berwasatiah la dalam membeli barang. asalkan dapat memenuhi tujuan utama dah cukup. lain-lain tu nafsu ibu je..heheh

Lima point yg aku bg tu adalah point terbesar sebab aku pilih stroller ni. lain-lain point:

- Compact umbrella fold
- Suitable for infants from 3 months and up (UK/US) or 6 months and up (EU)
- Carrying Capacity up to 15kg (UK) or 25kg (US)
- 4 Reclining Positions- New! Carry Strap
- New! Easy-to-use central foot brake
- New! Buckles and hubcaps
- 5 point harness for added security
- Lightweight
- Removable washable seat
- Water resistant hood
- High-performance aluminium frame
- Handy mesh shopping basket
- Carry strap for easy portability
- 5 second one-hand fold
- Ergonomically optimised, foam insulatedhandles
- Lockable, front swivel wheels
- Wheel size: 12.7cm / 5.0in
- Extendable leg rest
- Raincover

selain point-point yang best kat atas ni, ade gak point yang tak bestnye..biasala kan..hehe. ok, yang tak bestnya:
1. tak boleh full recline, kesian sikit kalau baby nak tido. tapi masa aku beli ni baby aku dah besar, so macam takde la nampak anak aku terlentuk je..tengkuk dah kuat.. :)
2. hanya boleh forward facing. baby tak dapat tengok makayahnya.. kan masa baby kecik-kecik kita macam nak selalu tgk dia kan, so kene la tengok kat peek-a-boo window dia je. tapi takpe, bile dah besar ni, anak memang nak tengok depan je, dia lagi suke..hehe


Ok, tu saja review aku pasal stroller aku, ikut suka korang nak cari stroller macammana yang berkenan dihati korang.. yang penting baby selesa.

Wednesday 17 July 2013

Pengalaman melahirkan

Bismillahirahmanirahim..

sebenarnya aku tak minat nak tulis pengalaman bersalin ni..yela semua orang dah tulis dalam blog diorg.
tapi bila pikir-pikir balik, mungkin pangalaman pertama aku ni berguna masa nak melahirkan anak yg seterusnya? hehe
tapi aku macam dah ingat-ingat lupa la..kronologinya..hikhik

bermula dari 30 oct 2012,
sakit sekejap-sekejap (tapi tak sakit sangat la)
husband ajak check pagi tu kat klinik desa.
klinik desa suggest pergi hospital terus..
balik tengahari tu, duduk-duduk dulu..kalau boleh nak gi petang tu je. tak nak serah diri awal-awal

cari-cari parking, sambil cari-cari makan..makan berdua dengan suami... :)
lepas tu, terus ke hospital..jalan kaki je.
tunggu turn, then dia suruh tukar baju, dan cek bukaan..
sakit!! sakit sangat cek bukaan tu.
sebab doktor pelatih kot yang buat. sakit gile.
aku asik nak ke toilet, sebab rase tak selesa.
cek-cek dah ada 1cm.

aku dihantar ke wad.katil no 4 kot kalau tak silap aku.
suami amik beg-beg dalam kereta. then teman aku dok kat wad sampai abis waktu melawat.
aku duduk-duduk sambil baca Yaasin. then borak-borak ngan katil sebelah.

sampai waktu melawat, semua datang. aku macam dah terasa sakit sikit-sikit, then ada keluar darah,
tapi diorang kata tu darah sebab kene seluk. aku pun fikir sakit tu sebab kene seluk jugakla tadi.
habis waktu melawat, aku mandi, then plan nak tido.

pukul 11 malam contraction 5minit sekali bermula...
memang aku dah tak boleh tido time tu. berwhatsapp dengan husband,bagitau dia aku sakit. aku dengan husband, dua-dua tak tido. dia melayan whatsapp aku sambil buat air selusuh.
aku plak melayan sakit. sakit baring, aku duduk, sakit duduk aku jalan. memang tak duduk diam.
pukul 12 lebih aku dah rase sakit yang teramat sangat.
aku minta nurse cek contraction aku, tp dia cek bukaan baru 2cm.
apekah? sakit dah teramat sangat, tp baru 2cm..huhu

melayan sakit sampai ke pagi, katil-katil lain semua tangah enak-enak je tido.
aku je yg xlena.setiap 5 minit terjaga, sebab sakit.
dalam pukul 5 pagi, aku siap-siap mandi & tukar baju.
kot-kot la nak bersalin dah, xde la muke baru bgun tido. hehe.
sambil mandi pun menahan sakit tau..

pukul 7 doktor panggil untuk cek bukaan...4cm.
terus dia bg aku baju utk masuk labour room. sebelum masuk labour room aku tunggu husband datang,
makan same-same. husband buatkan air milo utk aku.
lepastu menyerah diri pd nurse untuk ditolak ke dalam labour room.
dalam labour room diorg terus cucuk-cucuk tangan aku.
masukkan air la, lekatkan ctg machine belt tula.
rimas.dah la sakit, kene lilit-lilit pulak. memang rimas.

masuk-masuk je labour room aku bace 3kul ngn doa nabi yunus.
tak henti-henti.
labour room dah la sejuk yg amat.
mengigil sakit + sejuk.
masuk dari kul 8:30 sampai 11 lebih, bukaan masih sama 4cm.
start 6cm (dalam kul 12 lebih), husband dipanggil masuk.
husband bacakan surah maryam, yaasin, semua la.
aku dah tak brape nak ingat.
yang aku ingat, aku sangat-sangat sakit masa tu.
mmg macam hilang kawalan sikit. tekak kering, tapi tak boleh minum air.
tapi masih mampu mengucap "ALLAH"..
itu je yang aku mampu time tu. sebab sakit yg amat keterlaluan aku rase.

dalam pukul 2:30 aku dah rasa tak tahan sangat, selepas beberapa kali percubaan, kali ni sister bg green light untuk aku teran.
aku meneeeeerrraaaannnn... hmmm..hampeh, salah cara teran sister tu cakap.
dia suruh cuba lagi, beberapa orang doktor & sister support aku.
suruh teran. suami tolong tolak dari belakang, akhirnya keluar jugak kepala anak aku.
tarik nafas, teran lagi sekali, keluar badannya..ahhhh,,lega sangat2 time tu.

lepas diorg lap anak aku, terus dia letak kat dada aku..
aku tak mampu nak tengok..peluk, cium apetah lagi..
aku terus tido..sebab letih sangat-sangat.
aku rase anak aku pun tido jugak kot. letih weh.
bile suami aku qamatkan anak pun aku xsedar.
sedangkan waktu meneran pun aku boleh tertido. sebab tak cukup tido, dan sangat letih.

sedar-sedar, diorg amik anak dari aku, then jahit..
ochhh..time jahit kulit. aku terjaga, sakit..
time jahit dalam, tak sakit pun.jahit lapisan luar..sakit dan susah untuk dijaga

selesai jahit, diorg bagi aku makan kt dalam tu, tapi aku tak lalu makan.
aku minum air je, then aku tido balik.
dalam kul 4 baru diorg tolak aku keluar dari labour room tu.
hantar ke wad bersalin..
waktu tu waktu melawat. ramai la pulak org tengok aku..malu..
anak..menten tido.hehe
maknye pun sambung tido.
ayah tahnikkan anak sorg2.sebab ibu letih sgt.

nampak wajah kegembiraan suami aku bila anaknya selamat dilahirkan.
lepas sehari dihospital, anak selesai buang air kecil dan besar, ibu pun selamat buang air kecil. kami dibenarkan pulang..

                                                                        Bornday
alamak...post ni dah lama. tapi tersimpan dalam draft.
arini baru nak publish..hehe..
kepada yang nak bersalin tu, jangan risau..InsyaAllah sakit sekejap je tu. lepas baby keluar semuanya hilang.
seronok lagi.sebab dapat baby..yey!!


Diari Ibu: Perkembangan Bayi

Assalamualaikum...
yeay!! Maritza dah 8 bulan lebih... :)
Syukur Alhamdulillah, dari mengandungkan dia sampai melahirkan dia, Maritza tak pernah meragam yang bukan-bukan.
syukur sangat dapat anak yang baik. eheh..puji anak sendiri plak.

Sebenarnya aku nak kongsikan perkembangan anak aku. pesanan aku, jangan compare perkembangan anak kita dengan anak orang lain. aku buat ni saje-saje je untuk aku jengok-jengok balik bile maritza dah besar nanti..heheh

perkembangan mengikut usia:

1, 2 & 3 bulan: belum ada apa-apa perkembangan..membesar mengikut tumbesaran yang sesuai..sihat Alhamdulillah

4 bulan: dah mula meniarap. tegap kepala dia..hehe

5 bulan: mengesot tapi tak lama, sebab dah mula mengangkat punggung utk merangkak

6 bulan: merangkak..6bulan 8hari dah mula mara ke depan. masa 6 bulan jugak la maritza dah mula makan solid food (1 May2013) sempena hari cuti aku mulakan, sebab nak lalui sendiri pengalaman pertama kali bg anak makan..hehe..

7 bulan: duduk..yes. masa 7 bulan dia dah duduk tanpa perlukan bantuan siapa-siapa..dia dah yakin duduk sendiri. masa ni pun dia dah start meniti kat tepi-tepi sofa.

8 bulan: berdiri dan mula tumbuh gigi..berdiri sendiri dalam 5,6 saat gitu.hehe..tp buat masa ni masih belum yakin lepaskan tangan, kecuali atas tilam. macam tau-tau je jatuh atas tilam tak sakit..kikikiki. insyaAllah tak lama lagi dia boleh berdiri dengan yakinnya, lepas tu boleh mengorak langkah...

indahnya dapat tengok perkembangan dia dari hari ke hari...Syukur Ya Allah

Sweet Cherry: CS800 Eternal Carseat

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum.....

Harini nak buat review pasal carseat baby.
disebabkan aku and husband duduk jauh maka aku kene ada carseat baby ni. untuk memudahkan pergerakan aku as a single weekday mommy..cewahhh..

Ok, masa preggy dulu aku agak pening, nak pakai baby carrier ke nak pakai baby carseat.
mula-mula dulu rasa macam nak pakai baby carrier je, sebab:
1: Murah : beli mahal-mahal kalau anak taknak dok dalam tu dah rugi.
2: Mudah : senang nak angkat carrier tu kalau keluar makan ke ape ke kan, baby kan kecik lagi, payah time makan tu nak kene pegang-pengang.
3: Suit: kete aku kecik je, memang sangat practical kalau guna carrier. takde la sampai menghalang penglihatan aku nak tengok side mirror nanti.. eheh

Tapi....fikir punya fikir, akhirnya selepas melahirkan baby, aku decide nak beli carseat..dan carseat pilihan aku adalah Sweet Cherry: CS800 Eternal Carseat.
kenapa aku pilih untuk beli carseat ni? Ini adalah sebab-sebabnya:
  • Combination seats which suitable for newborn to 4 years old
Aku beli carseat ni sebab boleh digunakan dari anak baru lahir sampai anak berumur 4 tahun.. kerusi dia ada 3 lapisan. lapisan yang atas sekali masa baby masih belum boleh duduk..means dari baby baru lahir sampai baby umur 5-6 bulan. lapisan kedua, bila baby dah boleh duduk. (Maritza masih lagi mengunakan lapisan kedua ni). lapisan ketiga bila baby dah setahun ke atas aku rasa..hehe
  • Rear and forward facing position
Yang ni paling penting..kereta aku kecik, jadi aku nak dia boleh forward facing, senang nak tengok side mirror.hehe..lagi satu, aku rase baby-baby ni dah bijak woo...diorg taknak tengok kusyen je, diorang nak tengok permandangan luar jugak. jadi, kalau dok depan tu baik la letak diorg forword facing postition. baru diorang bertahan lama duduk dalam carseat tu.
  • 3-height reclining backrest
ni pun same macam 3 lapisan tadi, ikut peringkat-peringkat umur baby tu. macam anak aku, umur 4 bulan dah tak nak baring-baring ni. kalau aku pakaikan dia carrier je tak ke naya tu, sebab dia nak duduk plak dalam tu..oh..bahaya!
  • Extra infant head support is provided
Dah memang ade skali, sesetengah carseat tu aku tengok kita kene beli lain plak..adoi ai, dah la carseat da mahal, nak kene beli lain plak.
  •  5 point safety harness
ada 5 point untuk tali pinggang keselamatan. ini penting, kalau macam carrier tu aku tak sure ada berapa point untuk tali pinggang keselamatan dia..

selain dari sebab-sebab diatas, aku pilih utk beli carseat ni sebab murah nak compare dangan carseat brand lain. Masa aku beli kat Sogo aritu harga dia RM345 kalau tak silap aku.
Masa promo kat Sogo boleh dapat RM300. murah..
dan lagi anak aku sangat selesa duduk dalam carseat ni. kain pun bukan jenis yang panas. maknanya kalau korang baru balik dari shopping ke, kereta park kat tengah-tengah panas tu, bile nak letak anak dalam tu, takde la anak korang melecur sebab panas.

Setakat 8 bulan lebih aku menggunakan carseat ni alhamdulillah, aku bersyukur maritza ok je duduk dalam tu..takde la membazir beli carseat ni.
petua aku nak bagi anak korang duduk dalam ni ialah latih baby guna carseat ni since dari baru lahir lagi. maknanya asal naik kete je, letak dia dalam carseat. jadi dia dah faham. naik kereta duduk dalam carseat bukan duduk atas pangku ibu. masa nak susu, amik baby, then letak balik.. InsyaAllah, baby akan ok :)
See, selain dari guna dalam kereta..boleh jugak gune kat dalam rumah. :)
jom beli!!


Thursday 21 March 2013

Diari Ibu: Maritza 4 bulan

Assalammualaikum...
Arini 21 Mar 2013, lagi 10 hari Maritza nak masuk 5bulan..kejap je kan.
sakit masa nak bersalin masih belum lupa lagi..huhu

sejak dari maritza lahir, dia tak pernah kene cirit birit.
tapi sejak dua minggu lepas, dia kene cirit birit.
kesian sangat.
aku tak sure kenapa.

masuk esok genap 2minggu.

minggu pertama, memang kesian..
lebih dari 10 kali dia membuang,
punggung melecet abis.

pergi klinik pakar an-nur,
doktor tengok-tengok maritza, agah-agah dia.
then cakap dia ok.
tak dengar pun perut dia berkeroncong ke, najis dia wane ape..punggung dia melecet camne..
takde pun
pastu bagi ubat
zinc oxide, smecta ngn anti colic..

aku bg minum smecta, sapu zinc oxide, tp tak nak minum anti colic,
aku yakin, maritza bukan kembung.

lepas pakai zinc oxide tu, melecet bertambah parah..
kesian anak aku,
skrg aku tukarkan pakai pureen tu..ok sikit, alhamdulillah,
tp cirit birit masih ada.
cuma tak heavy.
sehari 4,5 kali...
In sha Allah tak lama lagi baik la ni.. hopefully.

perkembangan utk 4 bulan:
berat: 6.8kg
panjang: 63cm

semoga anak ibu membesar dengan sihat..

Wednesday 9 January 2013

Diari Ibu: Maritza sudah 2 bulan

Bismillahirrahmanirahim..

gian nak update blog, walaupun sepatutnya blog ni dah tamat riwayatnya..
sebab, preparation to meet my little Maritza.
Alhamdulillah Maritza dah selamat lahir dan sekarang tengah membesar dengan sihat.

detail masa lahir:
berat: 3.42kg
panjang:45cm
ukur lilit kepala: 34cm

selepas sebulan:
berat: 4kg
panjang: 55cm
ukur lilit kepala: 36cm

Syukur, maritza membesar dengan sihat seiring dengan usianya.. :)

sepanjang menjadi ibu kepada maritza, aku tak pernah lagi rasa kesusahan menjaga dia.
masa pantang, dia memang tido aje. tambah-tambah lagi mase kuning, tido aje kejenye.
sampaikan aku yg kene kejutkan dia untuk minum susu.

lepas habis pantang, aku balik rumah sendiri, tinggal berdua dengan maritza..hmm..pengalaman pertama yang menarik.
lepas balik keje, aku amik maritza. sampai rumah, aku letak dia dalam bouncer sambil-sambil aku uruskan susu.
lalu lalang depan dia sambil borak-borak atau pun agah-agah dia sikit.
dia dah cukup terhibur.
tersenyum-senyum dan balas cakap aku.
lepas siap susu, aku basuh botol-botol, dengan kit pam skali.
dia diam je depan tv. kesian anak aku..
lepas tu, aku settlekan beg pengasuh, baju-baju kotor aku masukkan dalam baldi, then aku susukan maritza.
biasanya dalam pukul 6 gitu baru dapat susukan dia..
dia tak menolak. dia mmg lapar..
tapi sabar menunggu ibu siapkan kerja..
baiknya anak ibu

lepas menyusu, dia tidur-tidur ayam. masa ni la aku kene mandi dgn speed gear 5.haha...
solat, then golek-golek dengan maritza. borak-borak sambil lipat baju dan sediakan beg pengasuh untuk esok.
selang 2 jam maritza akan minta susu lagi.
tapi dia tak pernah menangis untuk minta susu, dia cuma akan buat bising,,hehe...sweet sgt.

sekarang, aku demam..
takut aku kalau berjangkit kat maritza. dah 2 hari aku tak cium dia, tapi pagi tadi aku rindu sangat.
aku cium dahi dia.
harap-harap dia  tak jangkit selsema aku ni.
tido pun aku membelakangkan maritza. takut sungguh.sebab dia baby, tak mampu lagi nak buang kahak sendiri macam kita.
so selagi boleh aku nak elakkan dia dari dijangkiti virus aku ni.

malam tadi badan aku panas sangat, dia pun tak berapa nak menyusu.
pagi ni dah kebah, dia pun laju je menyusu, plus siap nak peluk-peluk lagi.
ai la anak...sungguh aku bahagia dengan kehadiran Maritza.

esok, 10 Jan 2013, Maritza kene cucuk 2bulan..