Bismillahirahmanirahim..
sebenarnya aku tak minat nak tulis pengalaman bersalin ni..yela semua orang dah tulis dalam blog diorg.
tapi bila pikir-pikir balik, mungkin pangalaman pertama aku ni berguna masa nak melahirkan anak yg seterusnya? hehe
tapi aku macam dah ingat-ingat lupa la..kronologinya..hikhik
bermula dari 30 oct 2012,
sakit sekejap-sekejap (tapi tak sakit sangat la)
husband ajak check pagi tu kat klinik desa.
klinik desa suggest pergi hospital terus..
balik tengahari tu, duduk-duduk dulu..kalau boleh nak gi petang tu je. tak nak serah diri awal-awal
cari-cari parking, sambil cari-cari makan..makan berdua dengan suami... :)
lepas tu, terus ke hospital..jalan kaki je.
tunggu turn, then dia suruh tukar baju, dan cek bukaan..
sakit!! sakit sangat cek bukaan tu.
sebab doktor pelatih kot yang buat. sakit gile.
aku asik nak ke toilet, sebab rase tak selesa.
cek-cek dah ada 1cm.
aku dihantar ke wad.katil no 4 kot kalau tak silap aku.
suami amik beg-beg dalam kereta. then teman aku dok kat wad sampai abis waktu melawat.
aku duduk-duduk sambil baca Yaasin. then borak-borak ngan katil sebelah.
sampai waktu melawat, semua datang. aku macam dah terasa sakit sikit-sikit, then ada keluar darah,
tapi diorang kata tu darah sebab kene seluk. aku pun fikir sakit tu sebab kene seluk jugakla tadi.
habis waktu melawat, aku mandi, then plan nak tido.
pukul 11 malam contraction 5minit sekali bermula...
memang aku dah tak boleh tido time tu. berwhatsapp dengan husband,bagitau dia aku sakit. aku dengan husband, dua-dua tak tido. dia melayan whatsapp aku sambil buat air selusuh.
aku plak melayan sakit. sakit baring, aku duduk, sakit duduk aku jalan. memang tak duduk diam.
pukul 12 lebih aku dah rase sakit yang teramat sangat.
aku minta nurse cek contraction aku, tp dia cek bukaan baru 2cm.
apekah? sakit dah teramat sangat, tp baru 2cm..huhu
melayan sakit sampai ke pagi, katil-katil lain semua tangah enak-enak je tido.
aku je yg xlena.setiap 5 minit terjaga, sebab sakit.
dalam pukul 5 pagi, aku siap-siap mandi & tukar baju.
kot-kot la nak bersalin dah, xde la muke baru bgun tido. hehe.
sambil mandi pun menahan sakit tau..
pukul 7 doktor panggil untuk cek bukaan...4cm.
terus dia bg aku baju utk masuk labour room. sebelum masuk labour room aku tunggu husband datang,
makan same-same. husband buatkan air milo utk aku.
lepastu menyerah diri pd nurse untuk ditolak ke dalam labour room.
dalam labour room diorg terus cucuk-cucuk tangan aku.
masukkan air la, lekatkan ctg machine belt tula.
rimas.dah la sakit, kene lilit-lilit pulak. memang rimas.
masuk-masuk je labour room aku bace 3kul ngn doa nabi yunus.
tak henti-henti.
labour room dah la sejuk yg amat.
mengigil sakit + sejuk.
masuk dari kul 8:30 sampai 11 lebih, bukaan masih sama 4cm.
start 6cm (dalam kul 12 lebih), husband dipanggil masuk.
husband bacakan surah maryam, yaasin, semua la.
aku dah tak brape nak ingat.
yang aku ingat, aku sangat-sangat sakit masa tu.
mmg macam hilang kawalan sikit. tekak kering, tapi tak boleh minum air.
tapi masih mampu mengucap "ALLAH"..
itu je yang aku mampu time tu. sebab sakit yg amat keterlaluan aku rase.
dalam pukul 2:30 aku dah rasa tak tahan sangat, selepas beberapa kali percubaan, kali ni sister bg green light untuk aku teran.
aku meneeeeerrraaaannnn... hmmm..hampeh, salah cara teran sister tu cakap.
dia suruh cuba lagi, beberapa orang doktor & sister support aku.
suruh teran. suami tolong tolak dari belakang, akhirnya keluar jugak kepala anak aku.
tarik nafas, teran lagi sekali, keluar badannya..ahhhh,,lega sangat2 time tu.
lepas diorg lap anak aku, terus dia letak kat dada aku..
aku tak mampu nak tengok..peluk, cium apetah lagi..
aku terus tido..sebab letih sangat-sangat.
aku rase anak aku pun tido jugak kot. letih weh.
bile suami aku qamatkan anak pun aku xsedar.
sedangkan waktu meneran pun aku boleh tertido. sebab tak cukup tido, dan sangat letih.
sedar-sedar, diorg amik anak dari aku, then jahit..
ochhh..time jahit kulit. aku terjaga, sakit..
time jahit dalam, tak sakit pun.jahit lapisan luar..sakit dan susah untuk dijaga
selesai jahit, diorg bagi aku makan kt dalam tu, tapi aku tak lalu makan.
aku minum air je, then aku tido balik.
dalam kul 4 baru diorg tolak aku keluar dari labour room tu.
hantar ke wad bersalin..
waktu tu waktu melawat. ramai la pulak org tengok aku..malu..
anak..menten tido.hehe
maknye pun sambung tido.
ayah tahnikkan anak sorg2.sebab ibu letih sgt.
nampak wajah kegembiraan suami aku bila anaknya selamat dilahirkan.
lepas sehari dihospital, anak selesai buang air kecil dan besar, ibu pun selamat buang air kecil. kami dibenarkan pulang..
Bornday
alamak...post ni dah lama. tapi tersimpan dalam draft.
arini baru nak publish..hehe..
kepada yang nak bersalin tu, jangan risau..InsyaAllah sakit sekejap je tu. lepas baby keluar semuanya hilang.
seronok lagi.sebab dapat baby..yey!!
No comments:
Post a Comment