Assalamualaikum...
yeay!! Maritza dah 8 bulan lebih... :)
Syukur Alhamdulillah, dari mengandungkan dia sampai melahirkan dia, Maritza tak pernah meragam yang bukan-bukan.
syukur sangat dapat anak yang baik. eheh..puji anak sendiri plak.
Sebenarnya aku nak kongsikan perkembangan anak aku. pesanan aku, jangan compare perkembangan anak kita dengan anak orang lain. aku buat ni saje-saje je untuk aku jengok-jengok balik bile maritza dah besar nanti..heheh
perkembangan mengikut usia:
1, 2 & 3 bulan: belum ada apa-apa perkembangan..membesar mengikut tumbesaran yang sesuai..sihat Alhamdulillah
4 bulan: dah mula meniarap. tegap kepala dia..hehe
5 bulan: mengesot tapi tak lama, sebab dah mula mengangkat punggung utk merangkak
6 bulan: merangkak..6bulan 8hari dah mula mara ke depan. masa 6 bulan jugak la maritza dah mula makan solid food (1 May2013) sempena hari cuti aku mulakan, sebab nak lalui sendiri pengalaman pertama kali bg anak makan..hehe..
7 bulan: duduk..yes. masa 7 bulan dia dah duduk tanpa perlukan bantuan siapa-siapa..dia dah yakin duduk sendiri. masa ni pun dia dah start meniti kat tepi-tepi sofa.
8 bulan: berdiri dan mula tumbuh gigi..berdiri sendiri dalam 5,6 saat gitu.hehe..tp buat masa ni masih belum yakin lepaskan tangan, kecuali atas tilam. macam tau-tau je jatuh atas tilam tak sakit..kikikiki. insyaAllah tak lama lagi dia boleh berdiri dengan yakinnya, lepas tu boleh mengorak langkah...
indahnya dapat tengok perkembangan dia dari hari ke hari...Syukur Ya Allah
No comments:
Post a Comment