Monday 26 October 2020

Check up 38 minggu

 Assalammualaikum...

Hai selamat petang. harini aku cuti, work from home kononnya.. tapi susahla kan wfh ni. anak banyak homework, mak nak buat keje opis, nak masak, nak duduk kat kerusi ni lama-lama pun lenguh jugak.

So aku rasa WFH untuk ibu sarat mengandung ni kurang effective la. Macam last week, masa start PKPB kat selangor ni, aku hantar Maritza dengan Musfira dekat pengasuh. Urusan aku mudahla kan, sebab hantar diorang pagi-pagi, petang amik macam biasa.

Tapi tulah, diorang dok cakap tak dapat makan pagi la, kadang tak dapat makan tengahari la, kesian jugak. Nak-nak Maritza tu, dia tengah fasa membesar, banyak makan. kesian pulak tak dapat makan. Kalau dengan aku pun, aku ada jugak mood malas masak, tapi aku bagi la anak-anak aku ni makan selain nasi. Aku bagi roti ke, kek ke, buah ke. apa-apa la asalkan kenyang perut budak-budak tu.

Disebabkan tu jugak, aku decide anta diorang seminggu jela kat pengasuh tu. Minggu ke dua, mak aku datang rumah aku, tolong jagakan budak-budak ni. dari Rabu sampai Jumaat je. Isnin, Selasa mak aku ada appointment kat hospital, Jadi aku kene WFH la. Rabu Encik Yayang dah balik, dia amik alih pulak la jaga anak-anak sampai lah aku bersalin.

So masa Khamis lepas, check up aku minggu ke 38. Nurse cek-cek, katanya baby dah full engage. kepalanya memang dah masuk penuh. Jantung baby pun around 138 camtu. berat aku pun naik 500g. So total dah jadi 61.5kg.

lepas je check up, balik tu aku beli nasi ayam. untuk makan sama-sama ngan mak dan anak-anak aku. Sekali time balik tu aku rasa sakit sangat kat kelengkang aku. Sakit sampai tak boleh berjalan. Tapi aku gagahkan la jugak berjalan nak balik rumah. sampai rumah, aku makan nasi ayam, minum air kelapa. makan pisang goreng. lepas tu aku balik ofis. Fuhh, memang berpeluh aku nak jalan. sebabnya sakit dia macam ko letak seketul batu kat kelengkang ko, jalan bawak batu tu. jalan kaki rapat ko ngilu, sakit. jalan terkangkang-kangkang dah macam mak peguin pulak kan..malu la pulop. Kalau duduk dia ok, bangun je dari duduk tu, memang tak boleh melangkah.

Mak aku dah risau dah. dia suspek aku nak beranak dah. tapi aku yakin belum lagi. sebabnya takde contraction, or takde tanda apa pun turun lagi. aku yakinkan mak aku, aku sakit sebab baby nak turun lagi tu.

Malam tu pun tak boleh tido, baring pun sakit. fuh..sepanjang mengandung maritza dengan musfira, tak penah pulak aku kene camni. Bangun pagi-pagi tu alhamdulillah, sakit tu makin berkurangan. Makin siang, makin hilang sakit tu. So aku keje je macam biasa jumaat tu.

Malam tu, mak aku balik. dia macam risau jugak nak tinggalkan aku dengan anak-anak. Tapi aku memang confident, takkan beranak dalam masa terdekat. haha..tah mana datang confident tu tah.

Sabtu pagi, aku kene lagi sakit kelengkang tu. pelik gak la..tapi tanda still takde. aku just bagitau Encik Yayang je untuk information dia. Dia dengar camtu, terus dia draf surat merentas negeri.haha.. bagus jugak kan, trigger point untuk Encik Yayang tu.hahhaa

Lepas bagi budak-budak makan pagi, aku mandi, then aku cuba untuk tido balik. sebabnya malam tu pun aku tak tido kene braxton hick tu dari pukul 2.30 pagi sampai 5 pagi. jadi aku pikir nak qada' tido jela. nanti tengahri aku bangunla. dapat la tido dalam sejam setengah. then 11.30pagi bangun bagi budak-budak ni kudap-kudap. Lepas tu aku masak tengahari. masa masak tu, ada gak la rasa sengal kt kelengkang dan pinggul aku. Tapi slowly dia hilang. aku syak dia hilang sebab aku dapat bed rest kot.

Malam tu dan Ahad, aku sihat je seperti biasa. contraction ke ape ke memang takde. ke aku memang dah lupa contraction tu camne? huhu.. Aku baca post aku masa pregnantkan Musfira aku rase mcam waaa..power gile, aku boleh beza contraction tu camne, siap tau istilah mild contraction lagi. awat kali ni macam blur, sume benda tak tau ni?

Lepas ni kalau aku dah tau rasa contraction tu camne, aku kene tulis la. untuk rujukan akan datang.hahaha

So harini camne? harini masa aku nak mandi, ada cecair putih keluar, tapi dia tak melekit macam gam tu (aku baca, banyak orang kata mukus keluar macam gam tanda nak bersalin) tapi aku punya tak pulak macam gam, jadinya aku anggap tu keputihan jela. then aku pakai pad, kot la dpt membezakan ape bende tu nanti ke kan. tapi non hado dah. pagi tadi je kejadian berlaku.

Harini pun elok xde sakit kelengkang. sihat macam biasa. alhamdulillah. rasanya baby tunggu ayah balik kan. Yang maritza musfira asikla tanya, bila ibu nak lahirkan baby? hari sabtu? hari rabu?

Ibu pun dah takde jawapan.

Maritza: "ibu nak lahirkan baby week 38?" " ke 39?" "jangan la week 40. lambat sangat la"

Ibu pun kalau boleh nak awal, tapi ikutkan history melahirkan korang week 40 sampai ibu kene menyerah diri.. tapi kalau boleh, tak mau la tunggu sampai kene serah diri. tak feel la.hahaha

Musfira: "Adik tak sabar nak tengok ibu lahirkan baby.""Tapi adik taknak ibu mati"

Adoi terkedu ibu dik..jangan la doa/cakap yang bukan-bukan ye..korang kecik lagi, banyak lagi tugas ibu dalam nak membesarkan korang.

OKla, tu je update kali ni. Minggu ni checkup hari Jumaat (30-Oct) sebabnya 29-Oct cuti Maulud nabi. ke baby nak lahir 29hb? heheheh..

Lepas je esok, aku dah tak kisah dah bila-bila nak melahirkan. sebabnya insyaAllah Encik Yayang sampai sini dah malam esok...So baby let's meet and greet your sistah bebeh! haha

Bai..wasalam


Monday 19 October 2020

Kesibukan bulan Oktober

 Assalamualaikum..

Bulan Oktober ni memang bulan sibuk untuk aku ke ape ek. Aku baca post aku yang lepas-lepas masa nak lahirkan maritza, Ok lg.tapi busy nak attend dinner department.haha

Masa Musfira pulak, busy plan nak celebrate birthday Maritza, nak buat aqiqah musfira dan sibuk nak packing barang, sebab nak pindah rumah.

Tahun ni pulak busy lahai, pikir nak anta goodies untuk birthday Maritza dengan Musfira dekat sekolah diorang.

Barang untuk buat goodies sume dah beli 2 ke 3 minggu lepas. ingat nanti 28hb or 30hb nak suruh Encik Yayang gi hantar kat sekolah diorg, sekali dah PKPB ni ape cite? hahahha..mau diorang kene makan sampai lebam segala mak nenek ni nanti. tapi rasanya diorang suke je tu, kene abiskan segala goodies tu nanti.


 tu dia bersusun kat dapo tu. kalau pkpb ni bersambung, rezeki korang la 2 bulan makan bendealah ni time teman ibu berpantang nanti.huhu

Hadiah birthday diorang pun aku tak pikir lagi, asal pikir je jadi ngantuk.hahahha

ok bai..wasalam

Sunday 18 October 2020

Week 37 Progress

 Assalammualaikum..

Khamis lepas pegi check up perut. jumpe nurse je..macam tu jelah.

cek berat dah jadi 61kg..harap-harap jangan naik lg ye. takut tak larat badan nak bawak je kalau berat-berat ni. HB tak check, urine OK clear. so semua ok je khamis aritu. Nurse pesan gi menyerah diri 3hb kalau takde pape tanda lg. tp doktor kata g penyerah 4hb. so camne ni ek..

Dengan PKPnya ni, runsing aku memikirkan. sebab anak-anak ni camne? kalau diorang sekolah, boleh juga aku bertenang kalau sakit siang hari, sebab nak tunggu Encik Yayang sampai selangor, sempat la dia handle anak-anak petang lepas budak-budak balik sekolah. tapi kalau dari awal diorang ni dengan aku, camne aku nak ke hospital dengan diorang pulak.

Kang ade jugak aku angkut diorang masuk hospital sama-sama kang.hahhaaa

Sekarang pun nak drive macam malas sangat dah rasenya..sebab drive pagi, gap antara perut dengan steering ada 2 jari lagi. tapi petang balik keje, tinggal 1 jari je.. tu yang rase xsyok tu, bila kedepan sikit je dah berlaga perut dengan steering.

Mak abah aku suruh hantar je budak-budak ni ngan diorang. Tapi aku plak rase tak syok. sebabnya budak-budak berdua ni ade homework sekolah bagi. pastu aku dah hire cikgu tuisyen BM dengan Math untuk diorang (RM300/8jam) untuk 2 beradik. pastu kelas piano lagi. jadi macam susah sikit la nak bergerak tempat lain. nanti semua tertunda kan.

Bab telefon 1 hal, kalau kat sini, aku boleh la pantau time diorang main fon tu. malam nak caj fon, pastu pakai wifi rumah je. kang da balik umah mak aku, xde internet, dok bergaduh dua beradik, runsing abah aku nanti. Kalau aku ada sekali takpe la. aku boleh control (baca:marah) diorang kan. time aku takde, mak aku pun tak larat nak marah-marah. diorang dah tua. tak sampai hati lah nak susahkan diorang. takpe lah aku susah sikit janji tak menyusahkan orang.

Baby pun setakat ni takde bagi hint pape lagi.

Encik Yayang pun aku bg rehat dulu minggu ni, sebab minggu aku nak bersalin tu, dia dah kene plan cuti dah nanti. take over jaga anak-anak.

Eh, tajuk progress 37 minggu, isi cite plan nak beranak pulak.hahaha

nampak tak fikiran dan jiwa yang bercelaru sekarang ni? hahhaha

Plan lain aritu, sekali jadi lain pulak kan..

Beria la aku cari van, dah pikir dah 2hb nak ajak encik yayang berjalan mall sampai 10k step supaya 3hb senang nak bersalin. sekali kene terperuk dalam rumah je..1k step pun payah nak dapat camni.

Baru ingat 2hb tu nak ajak encik yayang makan best-best. sekali dah kluster-kluster mall je keluar ni. nampaknya makan masakan sendiri jela nampaknye ye..huhuhu

OK la, aku pun dah takde ape nak cerita. tunggu jela date bersalin ye...

bai, wasalam

Friday 16 October 2020

Almari baju Baby

 Assalamualaikum..

Sebelum aku terlupa, just nak letak kat sini, almari baju baju untuk baby nanti.

kalau masa Maritza dulu aku beli yang jenis drawer, then bila dia besar sikit, baju dia pindah ke almari lama aku, Musfira pulak guna drawer tu.

Tapi sekarang, kakak-kakak dah ada almari sendiri, aku pun kene pikir almari yang boleh pakai lama ni untuk baby. Sebab mesti ada baju nak gantung-gantung nanti kan.. so aku pun aim la nak beli almari ni


Elok aku tunggu nak beli masa 9.9 haritu kat shopee, da purchase bagai, seller contact aku soh cancel order, sebab dia takde stok dan tak tau bila akan restok..huhu.. dia cakap kalau nak jugak, dia cuma ada yang 2 drawer je. harga kurang dalam RM20 gitu.. hmm..aku taknak. dah alang-alang nak membeli, aku nak yang boleh pakai lama. So aku cancel je la purchase. sementara nak menunggu seller restock tu, aku beli kotak dekat Mr.DIY je


Aku beli kotak ni, then baru boleh start basuh baju-baju baby then store dalam storage box ni. lepas dah susun rasa lega sikit, macam satu keje dah siap. then anytime seller update barang da restock aku beli, then transfer je baju-baju ni dalam drawer dia nanti.

sesampai je almari baby aku, terus Encik Yayang dengan kakak-kakak memasang.. aku? aku pantau jela. perut da beso ka. mana boleh bersila-sila kat bawah tu..hahha..alasan sangat!

💖
lepas da siap, aku lupe pulak nak amik gambarnye..sebab sibuk nak transfer baju baby dalam tu.haha
so tu jela update almari baju untuk adik baby kite..
3 tingkat drawer, yang bahagian atas tu tempat sangkut baju dia nanti. esok-esok dah ade gown boleh la gantung-gantung.. 💓


Sekian saja..Assalamualaikum


 





Thursday 15 October 2020

Beg Hospital

 Assalamualaikum..

Tiap-tiap kali pregnant pun mesti ada post ni. femes topik ni. bila mula nak mengemas beg, aku refer post masa mengandungkan Maritza, terus teringat..wah banyak betul eh barang aku bawak masa tu. pakai ke semua ek? Lepas tu aku scroll post time mengandungkan Musfira..Mak aih, sikit nau. betul ke ni? tapi masa Musfira memang pun, aku admit petang nak malam dah, tengah malam bersalin esok nya tak sempat lunch aku dah discaj. memang cepat. beg yg satu tu pun memang ngam-ngam je.

Tapi kali ni aku macam confuse balik, berapa hari aku kene stay kat hospital ni, baju baby nak bawak berapa banyak ni? baju aku? baju aku memang aku bawak sepasang jela. sebab kat hospital nanti pakai baju hospital je. Tapi underware, pad nak bawak berapa banyak ni. Last-last aku combinekan post Maritza dan Musfira untuk jadi guideline aku.


Baju budak aku bawak 3 set, untuk labor room dan untuk bermalam 1 malam, 1 set lagi spare je. toiletries untuk baby aku bawak kecik-kecik je, pampers baby aku bawak extra lg 3, mana tau dia memberak ke kan. towel napkin minyak panas wet tisu. tu je untuk baby. untuk yang setiap set baju baby tu lengkap lah dengan baju, mitten booties, bedung, topi, sapu tangan dia dan pampers dalam satu ziplock beg tu.

Untuk barang-barang aku, aku bawak baju 1 set. tudung 2, underwear 2 set, disposal underwear 1 pek, pad 5, stokin 2, minyak herbanika 1, breast pad 3 set. toiletries yang hotel-hotel punye tu, pencuci muka aku beli cetaphil yg kecik tu je.

Lain-lain aku nak tinggal nak masukkan charger, biskut roti sikit, surah Yaasin, air mineral dengan milo/nes 3in1. tu jela kot. Bersalin kalini, takde peneman sebab musim covid kan, jadi aku tengah berpikir-pikir untuk pinjam luggage cabin size mak aku. snang tarik tu je, skarang aku pakai beg balik kampung tu, so far ok je. tapi nanti dah discaj, dengan nak dukung baby lagi, beg lagi..ish seriau jugak tu.. tengokla camne, beg da kemas dah. tapi belum letak dalam kereta. sebab nanti kereta berjemur panas, takut rosak kandungan minyak-minyak aku ngn baby lak nanti.
tengoklah, hujung minggu depan ke start simpan dalam kereta.

So sekian saja update beg hospital aku.. maafla ye, menulis dengan laju, tah pape je rase. tapi nak tulis gak, seronok dibuat baca untuk kemudian hari. tapi tula rasa tak lengkap pulak sebab tulis waktu-waktu camni.. mengejar masa..huhu

Ok bai. Assalamualaikum


Wednesday 14 October 2020

Week 36 progress

 Assalamualaikum...

MasyaAllah, lama betul tinggal..maaf la anak ibu, ibu ni hangat-hangat tahi ayam pulak..huhu, plan nak tulis setiap kali check up tinggal camtu je. aduhai..

OKlah, apa yang kita dah buat sekarang?

Actually harini aku dah masuk week ke 37 pun, tapi belum check up lagi. esok date check up aku. tapi since arini macam free sikit, kita update je la harini ek. harap-harap lepas ni ada post la sebelum bersalin. hehe

Oh, sebelum terlupa, semalam aku kena brixton hicks tu untuk kali pertama untuk pregnancy ni. rasanya sebab semalam terlalu stress. aku memikirkan keje tak siap lagi, company tak annouce lagi sama ada aku boleh work from home ke tidak, sekolah, taska dengan van dah annouce penutupan perkhidmatan untuk 2 minggu. jadi aku serabut. Van tu paling, dah la aku enrolled sebab aku nak bertenang untuk bersalin dan berpantang nanti. tapi dia plak yang awal-awal dah annouce 13hb dah tak beroperasi.. eh geram pulak rase. kerajaan pun annouce PKPB berkuat kuasa jam 12.01 14hb, dia lg advance.

Aku start kene tu dalam pukul 11 pagi mcam tu. sakit berpeluh-peluh.aku pun confuse,ni sakit ape ek.. nak membuang ke? abis je discussion pukul 11.30, aku terus bertapa kat toilet. tapi takde ape pun nak keluar. jadinya aku sambung duduk balik kat opis. pukul 12, aku ajak opismate gi kantin, dalam sakit-sakit tu, aku gagahkan berjalan naik ke kantin. setengah perjalanan, sakit pun slowly hilang... baru aku teringat, aku ada baca, kalau brixton hick ni, dia akan hilang kalau kita tukar aktivity kita. dari duduk ke berjalan..so betulla hilang terus sakit tu. Maklumlah aku dah gap 6 tahun, memang lupe dah rase contraction tu macam mana.

Malam sebelum tu, aku sakit kat pelvic, baring pun sakit. duduk pun sakit, jalan apetah lagi,. rasa macam kengkang bila berjalan tu. aku syak baby dah turun masuk laluan la. esok check up nak tanya nurse la, dah engage ke belum ni. tak sabar pulak nak beranak.haih.. tapi musim pkpb ni susah gak, sbb En Yayang pun susah nak balik selangor..huhu.. Semoga Allah permudahkan lah urusan kami..

Ha.. ape aku buat untuk melegakan rasa sakit kat tulang pelvic tu? aku menonggeng..huhu..sebab aku perasan time sujud masa solat, kurang sikit sakit. jadi aku menonggeng je atas katil..lega sikit la. Kalau tak, baring telentang sakit, mengiring sakit. meniarap tak boleh pulak. tapi bangun pagi semalam dah lega dah. Alhamdulillah. Tapi tulah, hujung-hujung ni memang kene predict la sakit-sakit tu kan, sebabnya memang baby nak turun masuk laluan, suppose memang la akan sakit kan, nak bagi bukaan pun suppose akan sakitla kan..cuma aku teringat time aku pregnantkan musfira. mild je contraction sampai la dalam labor room still mild.. macam mana rasa mild tu ye..lupe dah. tapi keluar-keluar, orangnya pun lembut je si Musfira tu, kecik halus..hehe

Okla, berbalik pada progress minggu ke 36 aku. alhamdulillah, doktor scan baby, kepala kat bawah, berat 2.7 +/- 400g boleh gitu? haha...harap-harap baby kecik ye, senang ibu nak meneran. Berat ibu 60.5kg. so total weight gain 3.5kg. gula terkawal, HB 11.4, drop sikit. air ketuban 15AFI. semua pen hitam, jadi doctor decide tiada lagi appoiment dengan doctor. 4Nov kalau takde tanda nak bersalin lagi, pegi je menyerah diri kat hospital.. huhu.. ayah berharap baby lahir 2Nov, ibu berharap baby lahir bln oktober, 26oct ke..hehhe..boleh tak?

Setakat ni, ni jela progress week 36minggu kandungan aku. rase kalau aku try tanya pusat bersalin risiko rendah, diorang terima tak aku? nak try la contact..kot dia terima, situ senang sikit, tak ramai orang, kan kan..

ok kalau takde gangguan sat lagi aku continue post untuk persiapan ke hospital ye..k bai..assalamualaikum..