Wednesday 2 October 2013

October: Bulan Kelahiran

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Syukur-syukur..akhirnya bulan 10 telah datang. hehe..
hujung bulan ni adalah tarikh hari kelahiran Maritza. dah nak setahun anak aku,
Syukur jugak aku masih mampu menyusukan Maritza setakat ni. stock dalam fridge pun Alhamdulillah masih banyak. target nak teruskan insyaAllah sampaila dia berumur 2 tahun..

Ape perkembangan dia setakat ni? hmmm...dia masih belum berjalan. tapi dah melangkah 2,3,4 tapak. kadang dia lupe dia da melangkah, bile sedar je, cepat-cepat dia turun dan merangkak balik.hehe..
merangkak jangan cakap.laju kemain..

Setakat ni, dia masih makan makanan yang dimasak oleh ibu dia sendiri, takde gule, takde garam..
kalau nak masin, tambah ikan bilis, kalau nak manis masukkan kurma..

Menu dah pelbagai, ayam, ikan daging sume dah makan.

Bercakap..hmmm...ramah sesangat mulut dia tu. kadang geram dibuatnye.
bile kite bercakap, pastu dia pun nak bercakap. macam dah lawan-lawan cakap plak.
semua perbuatan kite dia nak ajuk. kita petik jari ke, kita buat bunyi-bunyi guna lidah ke, semua dia nak ajuk..

Setakat ni dia memang manja sesangat. sampaikan ibu dia yang terrindu-rindu kat dia..haha..
hmm...sambutan harijadi dia? ibu ayah takde planning ape-ape pun. rasenye tak buat ape-ape kot. dia bukan paham ape-ape pun kan..nanti ibu dia yang over-over.hahaa..
sape nak bagi hadiah bagila...kikikiki..

okla, ucapan dari ibu untuk anak sulung ibu ni nanti ibu tulis kat next entry eh..ok bye