Wednesday 9 January 2013

Diari Ibu: Maritza sudah 2 bulan

Bismillahirrahmanirahim..

gian nak update blog, walaupun sepatutnya blog ni dah tamat riwayatnya..
sebab, preparation to meet my little Maritza.
Alhamdulillah Maritza dah selamat lahir dan sekarang tengah membesar dengan sihat.

detail masa lahir:
berat: 3.42kg
panjang:45cm
ukur lilit kepala: 34cm

selepas sebulan:
berat: 4kg
panjang: 55cm
ukur lilit kepala: 36cm

Syukur, maritza membesar dengan sihat seiring dengan usianya.. :)

sepanjang menjadi ibu kepada maritza, aku tak pernah lagi rasa kesusahan menjaga dia.
masa pantang, dia memang tido aje. tambah-tambah lagi mase kuning, tido aje kejenye.
sampaikan aku yg kene kejutkan dia untuk minum susu.

lepas habis pantang, aku balik rumah sendiri, tinggal berdua dengan maritza..hmm..pengalaman pertama yang menarik.
lepas balik keje, aku amik maritza. sampai rumah, aku letak dia dalam bouncer sambil-sambil aku uruskan susu.
lalu lalang depan dia sambil borak-borak atau pun agah-agah dia sikit.
dia dah cukup terhibur.
tersenyum-senyum dan balas cakap aku.
lepas siap susu, aku basuh botol-botol, dengan kit pam skali.
dia diam je depan tv. kesian anak aku..
lepas tu, aku settlekan beg pengasuh, baju-baju kotor aku masukkan dalam baldi, then aku susukan maritza.
biasanya dalam pukul 6 gitu baru dapat susukan dia..
dia tak menolak. dia mmg lapar..
tapi sabar menunggu ibu siapkan kerja..
baiknya anak ibu

lepas menyusu, dia tidur-tidur ayam. masa ni la aku kene mandi dgn speed gear 5.haha...
solat, then golek-golek dengan maritza. borak-borak sambil lipat baju dan sediakan beg pengasuh untuk esok.
selang 2 jam maritza akan minta susu lagi.
tapi dia tak pernah menangis untuk minta susu, dia cuma akan buat bising,,hehe...sweet sgt.

sekarang, aku demam..
takut aku kalau berjangkit kat maritza. dah 2 hari aku tak cium dia, tapi pagi tadi aku rindu sangat.
aku cium dahi dia.
harap-harap dia  tak jangkit selsema aku ni.
tido pun aku membelakangkan maritza. takut sungguh.sebab dia baby, tak mampu lagi nak buang kahak sendiri macam kita.
so selagi boleh aku nak elakkan dia dari dijangkiti virus aku ni.

malam tadi badan aku panas sangat, dia pun tak berapa nak menyusu.
pagi ni dah kebah, dia pun laju je menyusu, plus siap nak peluk-peluk lagi.
ai la anak...sungguh aku bahagia dengan kehadiran Maritza.

esok, 10 Jan 2013, Maritza kene cucuk 2bulan..