Tuesday 15 October 2019

Pasture Junior J-95 Mask - N 95 for Kids

Assalammualaikum...

Baru-baru ni negara kita dilanda jerebu lagi seperti tahun-tahun yang lepas.
Tapi kali ni jerebu dia memang agak teruk la kan.
Bila dah jerebu, kite pun mula la risau, pakat-pakat cari face mask untuk sendiri dan juga untuk anak-anak.

Masa tu pulak, harga face mask ni mula la melambung naik. RM6 sekeping kan.
lepas tu pergi dari satu farmasi ke satu farmasi yang lain, semuanya habis...huhu
nak tak nak, terpaksa la paksa anak-anak pakai face mask kain yang comel-comel beli masa kat Korea ke Taiwan aritu ye. mak pun dah lupe. hehe

Tapi tak lama, seminggu lepas tu, ternampak iklan J-N9 kat FB. spec sama dengan N95 untuk PM2.5.
Alhamdulillah.. budak-budak pun suka pakai. sebab selesa, ngam-ngam dengan muka diorang. Sebelum tu bagi diorang pakai N95 yang standard dewasa tu, diorang tak selesa. bila tak selesa, dia on-off pakai. yela, dah kejenye asik nak tutup mata sekali dah kenapa kan..

So inilah dia superhero untuk kanak-kanak di musim jerebu. Junior mask. tak ambil pulak gambar diorang masa pakai mask ni. tapi okla, memang ngam dengan muka diorang. RM20 kalau tak silap, ada 5 keping dalam satu packet ni. Sekarang dah takde jerebu, alhamdulillah. tapi kita keep la dalam ni untuk rujukan masa akan datang. insyaAllah..
ok bai

Permainan Traditional di Genting

Assalammualaikum...
Hai

Setahun menghilang, kini muncul kembali.
Sebenarnya dah lama mencuba dan mencuri-curi masa untuk berblog ni. tapi...macam biasa, lupe password.hahahah

Ok, harini nak cerita pasal aktiviti yang boleh dibuat dengan anak-anak kalau kite ke Genting Highland. Ye, memang kalau pegi sana budak-budak akan seronok main indoor games dengan masuk Snow World tu. Tapi Snow World masuk 30 minit je. In door theme park pulak, kalau dah tengah hari tu, nak beratur punya la panjang. memang budak-budak dengan mak budak sekali boleh meragam. hahaha

So, apa lagi yang boleh main dekat Genting tu?
SENI KOME
korang penah masuk tak Seni Kome tu?
Nak kata menarik sangat tu, tak la. tapi sekurang-kurangnya korang dapatla ajar anak korang main permainan traditional kat dalam tu. Ape ada?
Congkak ada, Dam Haji ada, Teng Teng pelbagai bentuk ada, Gasing ada, Batu Seremban ada..



Maafla, gambar tak banyak.sebab mak pun asyik main congkak.lama tak main kan. Berlawan dengan Musfira. Diorang first time tau main benda-benda ni. memang diorg pun enjoy. dan permainan traditional kita ni pun jenis senang nak belajar kan.. Sekejap je diorang dah tau main. Diorang pulak yang addict lepas tu. dah abis game, repeat balik. abis lagi repeat lagi. sampai perut dah lapar ajak keluar makan, baru diorang nak stop.hahahha

So, lepas ni kalau ke genting, pegila Seni Kome, ajar anak-anak main permainan kite masa kecik-kecik dulu. kalau parent tak reti main, takpe..nanti kakitangan kat situ leh ajarkan..
sebab ramai je tourist masuk, tak tahu main, dia ajar..
Best. cube la