Friday 29 August 2014

Berurut Lepas Bersalin

Assalamualaikum...
sekarang da masuk minggu ke32, minggu yang sesuai untuk booking tukang urut bersalin.
banyak benda sebenarnya nak kene consider sebelum kita pilih tukang urut ni.
kat sini aku nak listkan apa yang menjadi pertimbangan aku..

Cik Midah
1. Urut 3kali
2. Harga best price (sebab kawan lama mak)
3. urutan thai - guna minyak aromatherapi , tungku kukus
4. rumah agak jauh, nak amik susah sikit..
5. pakej hanya urut dan tungku sahaja
6. jarang available-sebab selalu ikut anak-anak berjalan, tak pun balik thai
7. dah macam tukang urut famili

Cik Tipah
1. Urut 5 kali
2. harga RM400
3. urutan bidan kampung - minyak buatan sendiri (macam minyak masak tu di campurkan daun-daun)
4. rumah dekat, tapi still nak kene amik
5. pakej - urut, tungku, bengkung, urut anak, mandikan anak
6. available bulan 10 -kalau nak kene booking cepat
7. aritu ade try skali masa maritza jatuh tu, urut boleh tahan sedap, tapi bau minyak tu aku tak suke. takkan aku nak bertahan sampai ke petang dengan bau minyak tu nanti.

Kak Su
1. Minumum Urut 3
2. harga kalau basic urut saje RM100/day
3. urutan bidan kampung, turun temurun
4. rumah dekat, tapi pun kene amik jugak
5. pakej -terpulang kat kita nak pilih camne.. nanti dia charge je
6. available
7. tak pernah cuba lagi, orang kata tak berapa umphh....huhu

so nampak macam pilihan aku samaada cik midah atau pun cik tipah...

Thursday 28 August 2014

Bayi menendang tak henti-henti

Assalamualaikum...
pagi ni daripada kul 8 lebih tadi sampai sekarang dah dekat nak pukul 9.30 baby tak henti-henti menendang...
ape sebabnye ek?
nak kata dia lapar, aku dah makan kul 8 tadi, 3 ketul kuih, seketul bahulu, secawan susu wildan.
agaknye kenapa ek?
bahaya tak?
ke memang normal je?
biasa kalau dia menendang tak tentu arah ni sebab dia lapar. lepas makan dia kenyang, dia dah diam dah..tido agaknye..
ni tak henti-henti pulak. risau aku.
dah la kejap lagi ade aktiviti yang berat, dan kene berdiri dalam jangka masa yang panjang ni. harap-harap semuanya ok...
amin.

Wednesday 27 August 2014

Checkup minggu ke32

Assalamualaikum....
harini baru balik dari checkup untuk minggu ke32..
alhamdulillah result MGTT negatif...saya bukanlah pengidap GDM. alhamdulillah tak perlu buat bsp. tak perlu refer doktor pakar dan pakar pemakanan..alhamdulillah syukur!
dalam gembira-gembira ni, ada jugak yang dukanya..tapi insyaAllah tak teruk sangat. HB low. dua minggu lepas HB 10.8..arini 10.9. naik secoet je, tapi nurse kata takpe asalkan naik, tapi kene tulis ngn pen merah jugak..dia kata kalau next 2 weeks merah lagi, baru kita refer doktor ye..huhuhu
update hari ni:
berat: 54.55kg (naik 1.3kg) kene la lecture sikit, sebab sepatutnya naik 1kg je
HB: 10.9 (tanda-tanda anemia yang ada pada aku: gusi berdarah, mata warna pink pucat, kulit pucat, cepat letih dan cepat mengantuk)
urine: normal (walaupun dah makan 3 ketul kuih..alhamdulillah)
degupan jangtung baby:146 (normal 120-160)
next appointment: 10 Sept 2014 @9am

mengandung ni sebenarnya ikut nasib aku rase..macam-macam boleh jadi kat ibu mengandung ni..
sebelum mengandung sihat walafiat je.. tetibe dah masuk trimester ke3 kene la berhati-hati. ada orang tiba-tiba gdm, ada org anemia, ada org high blood pressure. macam-macam..ikut nasib

apa yang mampu kita buat, doa la banyak-banyak semoga urusan mengandung dan melahirkan nanti dipermudahkan...
amin..

sekian

Tuesday 26 August 2014

Sumbangan gadget pada kanak-kanak

Assalamualaikum...
pagi ni nak cerita tentang Maritza..
maritza takde ipad, takde tab. tapi dia suke pada smartphone aku dan suami aku.
kalau kat phone aku, aku memang dah siap-siap download macam-macam..lagu kanak-kanak, phonic song, abc, alif ba ta, sampaikan ke lagu frozen pun aku download siap-siap.
kalau kat phone suami aku pulak, dia suka bukak youtube bagi maritza tengok. selalunya lagu abc. kadang-kadang je benda-benda hiburan sikit. contoh hiburan tengok bunga api ke, kucing ke..benda-benda yang maritza suke.

so, apa sumbangan gadget ni pada anak aku? positif? negatif?
setakat yang terjadi pada kami, gadget ni bagi sumbangan positif kat maritza.
dia dah kenal abc..dia boleh menyanyi lagu abc, dan memang kenal satu-satu huruf abc tu. bukan stakat menghafal. alhamdulillah. pada usia 1tahun9bulan. cuma kadang-kadang tersasul jugak la kan.

satu dua tiga pun dia dah mula menghafal. tapi belum kenal lagi..
dan juga alif ba ta..

mungkin sebab kitorang selalu biarkan dia asik dengan abjad, kurang dedahkan dengan nombor dan huruf jawi..
takpe la, insyaAllah..pelan-pelan..
dia kecik lagi..belum pun 2tahun..

tapi takdela setiap masa kitorang bagi dia main phone. kitorang masih lagi belikan dia block-block mainan...huruf-huruf abc supaya dia tak terlalu bergantung pada gadget.. sikit-sikit je..

pada pandangan aku gadget ni tak salah..cuma cara kita sebagai ibubapa ni kene pandai-pandai hadkan penggunaan dan pantau ape yang budak-budak ni tengok.
mungkin aku pun belum layak nak cerita panjang bab ni sebab anak aku kecik lagi, belum pandai godek youtube sendiri..tapi harapan aku, biarlah gadget ni kekal sebagai alat bantuan mengajar untuk parent yang agak sibuk seperti kami..



Monday 25 August 2014

Set Berpantang - perlu atau tidak?

Assalamualaikum..
wah..debarnye rase bila dah mula nak kene story pasal berpantang..macam dah dekat sangat nak bersalin ye.
actually baru je nak masuk 32 minggu. insyaAllah ada banyak masa lagi.
tapi dah mula la pikir-pikir set berpantang mana yang aku nak guna nanti.

kalau ikut-ikutkan masa berpantangkan maritza dulu, aku beli set jamu (jamu 2 botol, manjakani 2 botol)+ pilis sebungkus  +param sebungkus dari nenek kampung - kakak aku belikan...harga RM100.
tapi satu pun tak abis, siap param ngan pilis tak guna langsung. alasannya susah untuk aku nak handle anak kalau dah badan aku berhabuk-habuk.jamu sebab dah gap 3minggu tak makan, maka aku malas la nak makan. risau anak ruam pulak.sebelum tu 2minggu dia kuning.

lepastu aku ada beli mandian herba dari kedai sensei - RM50
pun tak habis jugak. sebab aku tak rasa pun segar mandi dengan mandian herba tu

bengkung, aku ada satu. beli ngan kawan aku...hmm aku pakai kadang-kadang, sebab lepas buang air bengkung jadi longgar, aku tak selesa dah

minyak halia bara - yang ni aku rajin sapu kat perut. sebab mudah kan..kaki-kaki sume aku lumur..

so kali ni, aku rasa aku nak cari yang mudah, dan yang betul-betul praktikal.
jadi set berpantang aku taknak la jamu-jamu ni.
aku nak makan set vitamin yang hospital bagi (vit c + B complex + iron) kalau tak cukup beli shaklee.
untuk perapat - aku ada beli harum malam sebelum tau pregnant aritu, so bole la guna tu je. nanti dah lepas pantang baru cari lagi benda-benda lain.
untuk pilis - aku rasa macam nak cari minyak anugerah, ke minyak ape-ape la..yang selesa dan wangi...
param- pakai je minyak halia bara tu
bengkung - cari balik bengkung lama, lepas tu order 1 lagi bengkung yang macam barut tu dari kawan aku..
haa..aku rasa dah cukup la tu.
tungku- aku dah cari batu sungai aritu, nanti aku nak bungkus je batu tu dengan daun-daun..
untuk mandian - tenggokla kalau mandian herba aku tak expired, guna je balik. kalau dah expired, beli yang best sikit..amway ke NR ke..beli loose item je.
nanti bila aku dah sediakan semua tu, aku update balik ye, untuk rujukan aku jugak dimasa akan datang...

Wednesday 20 August 2014

Khasiat daun jintan





Assalamualaikum...
hai, korang pernah dengar daun jintan? daun jinten?..
haa..ni la rupa daun jintan ni. tapi dia takde kene mengena dengan jintan hitam, jintan putih tu semua ye..pokok ni rasanya berasal dari indonesia...kalau tanya orang-orang sana mesti diorang tahu.
pokok ni dah lama aku tanam kat rumah..tapi tak pernah aku cuba khasiat dia. kawan aku yang bagi daun ni. dia suruh lempar je kat dalam pasu, nanti tumbuh la..senang sangat dia membiak..
nak bagi dia gemuk-gemuk, tabur je kepala ngn tahi ikan bilis. gemuk la dia, macam kat rumah aku.

sebelum ni kawan aku pernah cerita, asal anak dia batuk je dia lenyekkan daun ni, amik air daun, then dilute dengan air, then bagi anak minum..insyaAllah sihat, tak batuk dah...
kalau dia batuk, dia amik sehelai ke 2 helai ke, lenyek-lenyek, then dia minum air tu..

ok, aku pun amik, tanam sampai 2 pasu lagi..
tapi aku tak pernah cuba...bila maritza batuk je, aku bagi ubat batuk...then batuk maritza pun ok.

tapi malam tadi, dia batuk teruk, sampai muntah-muntah. bagi susu muntah, bagi ubat muntah. semua muntah la..
last-last suami aku bagi idea bagi daun batuk..(sebelum ni aku tak tau nama daun ni, kitorang dok panggil daun batuk)
aku pun apa lagi...amik 3 helai. 1 aku lenyek-lenyek kan, campur dengan air bagi maritza minum...2 lagi aku lenyek-lenyekkan sapu kat leher ngan dada dia...sejuk agaknya selesa...alhamdulillah dia boleh tido, walaupun selang 3jam lepas tu dia bangun minta susu-batuk-muntah lagi...
at least dapat jugak dia tido..

pagi ni nekad, cari sumber. betul ke daun ni ubat batuk..jangan racun sudah..
akhirnya jumpa info yang meyakinkan....


"Daun jinten termasuk ke dalam tumbuhan Labiatae. Tanaman ini dikenal dengan nama daerah bangun - bangun, daun hati - hati, tramun, acerang, mahja cereng dan iwak. Tanaman ini banyak orang yang tidak tahu akan manfaat kandungannya untuk kesehatan tubuh manusia yang sangat banyak sekali. Berikut penyakit yang bisa disembuhkan dan cara penggunaannya dibawah ini.

Penyakit yang Dapat Disembuhkan dan cara penggunaanya :

Sariawan

Lima lembar daun segar dicuci bersih lalu dibilas dengan air matang. Daun yang sudah bersih lalu dikunyah perlahan - lahan, kemudian airnya diminum.

Demam

Daun segar 7 lembar dicuci bersih lalu dibilas dengan air matang, tumbuk sampai seperti bubur lalu diperas dan disaring, kemudian airnya diminum dan ampasnya dipakai untuk menggosok badan.

Asma dan Batuk

Daun segar 10 lembar cuci bersih dan bilas dengan air matang, tumbuk samapai halus lalu peras dan saring, kemudian airnya ditambahkan wijien dan minum.

Sakit Kepala

Daun segar dicuci bersih lalu dimemarkan, kemudian tempelkan di kepala dan pelipis.

Itulah manfaat dan khasiat daun jinten untuk kesehatan tubuh yang perlu kita ketahui untuk mengobati berbagai penyakit seperti yang tertera diatas sebagai pengobatan tradisional alalmi yang banyak sekali manfaatnya. Selamat mencobanya semoga bermanfaat.
"


"Daun Jintan
Nama Latin :
Plectranthus amboinicus (L.) Spreng.
Sinonim : Coleus amboinicus Lour. Coleus aromatica Benth.
Familia : Lamiaceae (Labiatae).

Daun-Jintan-Tanaman-Obat-Indonesia
  1. Deskripsi Tanaman
Daun jintan merupakan tanaman semak, menjalar. Batang berkayu, lunak, beruas-ruas. Ruas yang menempel di tanah akan tumbuh akar, batang muda berwarna hijau pucat. Daun tunggal, mudah patah, bentuk bulat telur, tebal, tepi beringgit, berabut, panjang 6-7 cm, lebar 5-6 cm, bertulang menyirip, warna hijau muda. Bunga majemuk, berbentuk tandan, mahkota bentuk mangkok warna ungu. Bagian yang Digunakan Seluruh bagian tumbuhan.
   2.  Nama Lokal
Nama SIMPLISIA Plectranthi amboinici Herba; Herba Daun Jintan.
   3.  Penyakit Yang Dapat Diobati
SIFAT KHAS Pedas, menetralkan, dan membersihkan darah. SIFAT KHAS Pedas, menetralkan, dan membersihkan darah. PENELITIAN Ifiwati Wibowo,1992. Fakultas Farmasi, WIDMAN. Pembimbing: Dra. Dien Ariani L. dan dr. Irwan S. Telah melakukan penelitian daya antibakteri ekstrak Daun Jintan terhadap kuman gram negatif dari penderita infeksi saluran kemih. Dari hasil penelitian tersebut, ternyata ekstrak Daun Jintan dapat menghambat pertumbuhan bakteri E. coli mulai konsentrasi 1,2 gr/ml dan bakteri P. mirabilis mulai konsentrasi 1,0 g/ml.
   4.  Khasiat
Daun Jintan berguna untuk -Asma. -Batuk. -Bayi muntah. -Bronkhitis. -Demam. -Mulas. -Pencernaan tidak baik. -Radang saluran kandung kemih. -Sariawan perut. -Sakit kepala. RAMUAN DAN TAKARAN Batuk Ramuan: Daun Jintan segar 7 helai Air 100 ml Cara pembuatan: Dibuat infus atau diseduh. Cara pemakaian: Diminum 2 kali sehari, pagi dan sore, tiap kali minum 100 ml. Lama pengobatan: Diulang selama 14 hari. Sariawan Perut (Panas Dalam) Ramuan: Daun Jintan segar 1 gram Daun Saga segar 3 gram Herba Pegagan segar 3 gram Daun Sirih segar 3 helai Kulit Kayu Turi 4 gram Air 110 ml Cara pembuatan: Dibuat infus atau dipipis. Cara pemakaian: Diminum 1 kali sehari 100 ml (infus). Apabila dibuat pipisan diminum 1 kali sehari 1/4 cangkir. Lama pengobatan: Diulang selama 7 hari. Bayi Muntah Kalau bayi sering muntah dan masih menyusui pada ibunya. Muntah tersebut disebabkan karena ibunya makan makanan yang amis seperti ikan, udang, dll. Ramuan: Daun Jintan segar 2 helai Cara pemakaian: Untuk mengobati hal tersebut, ibunya sebaiknya mengunyah Daun Jintan dan cairannya ditelan. Lama pengobatan: 3 kali sehari, pagi, siang, dan sore hari, tiap kali 2 helai Daun jintan yang masih segar. Sakit Kepala Ramuan: Daun Jintan segar 2 helai Daun Legundi segar 2 helai Rimpang Jahe merah 1 rimpang Rimpang Bangle secukupnya Air secukupnya Cara pembuatan: Dipipis hingga berbentuk pasta. Cara pemakaian: Dioleskan ke pelipis dan di belakang telinga. Bila ada, dapat ditambahkan minyak kelonyo.
  5. Kandungan
Minyak atsiri, mengandung fenol, dan senyawa kalium.
"


insyaAllah, lepas ni boleh cuba lagi..dah yakin. :)

Monday 18 August 2014

Mimpi bersalin

Assalamualaikum...
wah..malam tadi aku mimpi aku dah sakit nak bersalin..
tengah kalut-kalut menahan sakit bersalin, tiba-tiba aku sampai depan HKL.
ish...memang taknak la aku bersalin kat situ..
dalam mimpi pun aku boleh reject hospital tu..huhuh..mintak dijauhkan la ye.

dalam mimpi tu, bila sampai je dpn HKL, aku dongak, tengok nama hospital, terus aku cakap "taknak spital ni...nak gi spital lain".
hehe..
pastu husband aku tanya," boleh tahan lagi ke?" "boleh!"
hahaha..macam lawak kan. tapi dalam mimpi tu macam real tau. ish..mintak dijauhkan la dari benda-benda unplanned camtu kan...
semoga urusan bersalin kali ni pun mudah dan smooth je..

aku rasa mimpi ni macam nak bagi pengajaran kat aku la..cepat prepare barang-barang baby.
jangan buat last minit. jangan tangguh-tangguh lagi..
ok, kene start cepat! bile? hmm...weekend ni kene start dah beli barang baby..
mungkin aku ni serabut sangat. tu yang sampai terbawak-bawak dalam mimpi tu..huhuhu..

harini pun baby macam tak tentu arah dalam perut ni..
rasanya dia tak tido-tido. asik membuat tendangan je kat ibu...
kenapa ni sayang? sempit ea? ibu pakai seluar biasa ni...ok2..next time ibu tak pakai seluar ni lagi ye...

hmm..agaknye dah brapa kilo anak aku ni ye.

tadi masa makan kat kantin, member-member cerita wife bos diorg dah bersalin, anak 4.5kg...huhu..seram tu..
harap-harap anak ibu kecik comey je ye...plssss

Sunday 17 August 2014

Mula mengemas barang si kecil

Bismillahirahmannirrahim....

Assalammualaikum...rasanya harini nak mulakan operasi mengemas barang sikecil la..
nak mula dari mana ye?
rase blur plak..sebab kalau dulu semuanya beli je, kali ni nak kene cari balik mana yang boleh pakai..
kene sorting mana yang elok, mana yang dah lusuh..
cian pulak baby kene pakai yang lusuh-lusuh nanti kan..

rasanya nak kene keluarkan semua lampin, bedung, barut, mitten, booties, towel mandi, towel muka dengan baju-baju dulu..
basuh semua dulu...

lepas tu baru plan untuk cari barang-barang toiletries dia macam lotion, minyak, tungku, pampers, pencuci baju..bedak, sabun dengan pencuci botol boleh je guna maritza punya kan..

lepas da siapkan kelengkapan diri, beralih pada kelengkapan tidur dia pulak, basuh cadar, sarung bantal, selimut dengan beli pelapik getah untuk tukar lampin tu. jemur bantal dan tilam siap-siap.

ok, lepastu baru prepare barang-barang untuk penyusuan dia... basuh dan steril balik breast pam, beli botol dan puting susu baru, beli bekas dadih untuk buat stok susu nanti. dua saiz, kecil dan besar..

hmm.. apa lagi ye untuk kelengkapan si kecil?
kalau dah complete,lepas tu cari set berpantang ibu pulak..hehe..

lepas dah siap, barang-barang berpantang  ibu dangan barang-barang baby boleh la hantar ke langat dulu,
then boleh pikir slow-slow berapa banyak barang maritza nak bawak ke langat jugak, berapa banyak barang ayah nak bawak..
hmm... kali ni aku macam serabut sikit nak pikir..patut la ramai je orang nak berpantang kat rumah dia sendiri kan..
kalau ikut kan aku, pun macam nak pantang sendiri je...lagi mudah kan..tapi awal-awal tu takde orang nak tengok-tengokkan pun macam susah jugak kan...

yang lain-lain tu aku rasa takde masalah sangat. setakat nak masak, aku masak je la nasi guna rice cooker tu. pastu aku panggang je la ikan/ayam ke gune magic pan..tapi magic pan nye belum beli lagi..hehe

basuh baju guna mesin basuh, pastu jemur pun depan rumah je, kemas rumah macam tak payah kot. encik suami boleh tolong kemas weekend nanti.

maritza kita hantar kat babysitter dulu..nanti dah kuat, baru takyah anta..bila dah tak hantar, barula kita train untuk free diapers..

nampak macam tak susah pun kan...

mungkin boleh dipertimbangkan lepas sebulan berpantang ke...takpun lepas 2minggu berpantang.
tapi nanti nak anta rekod kt KK tu yang aku pening sikit..
hmm

tengokla camne nanti...kan aku dah kata, kali ni aku serabut sikit. macam tak tau nak plan macam mana untuk pantang kali ni...huhuu
Ya Allah, kau berila petunjuk pada hamba mu ini...

Friday 15 August 2014

Maritza si bayang-bayang

Assalamualaikum..
haha...main buat je tajuk tengah ngantuk-ngantuk ni..
kenapa aku cakap maritza si bayang-bayang?
sebab sekarang ni, dia macam bayang-bayang ayah dia..mana ada ayah, kat situ ada dia.
manja betul dia dengan ayah..
semuanya ayah..alhamdulillah...hehe

kalau aku amik dia dari rumah pengasuh, nampak kereta atau motor ayah je, terus mulut dia panggil "ayah"..
kenela aku explain, tu motor ayah je,ayah belum balik keje...
dah masuk rumah..terus cari ayah dengan mulut tak henti-henti panggil ayah..
tengok ayah takde, baru diam sikit..

nanti tengah-tengah lepak..tiba-tiba "ayah"..hahaha..anak ayah betul..

dengar bunyi alarm ke motor ke, mesti dia ingat ayah..
bila ayah dah betul-betul balik, dia tak sabar-sabar tunggu depan pintu..muka berseri-seri...
lepas tu..terus lupa ibu..sebab pujaan hati dia dah balik..
kalau dah makan pun, tengok ayah makan, terus nak makan lagi. tengok ayah solat, pun nak solat sama-sama. lepas tu mengaji dengan ayah...
tengok tv dengan ayah, minum susu baring dengan ayah..
semua ayah..
syukur alhamdulillah bonding ayah dengan anak sangat kuat.
cuma time nak tido je nak berpeluk dengan ibu..heehe

apa-apa pun aku rasa benda ni sesuatu yang bagus, sebabnya nanti bila aku bersalin nanti, mesti aku akan lebih banyak masa kena luangkan untuk baby, nak menyusukan, nak mandikan..even kalau keluar jalan pun mesti aku nak kene dukung baby kan..so aku harap dengan cara ni maritza tak kan terasa hati dengan aku..dia tak merajuk, dan tak rasa kurang kasih sayang..sebab dia dah create bonding yang kuat dengan ayah..
dah aku pun berharap, suami aku akan luangkan lebih masa untuk maritza dalam pada waktu kami dapat baby baru nanti..

Wednesday 13 August 2014

Duit Raya anak

Assalamualaikum...
hai...nak tanya.. apa korang buat dengan duit raya anak?
belikan mainan untuk diorang? belikan baju? belikan barang kemas? simpan?

haa..aku nak share apa yang aku buat dengan duit raya maritza. tahun ni tahun kedua maritza merasa untuk menyambut raya.. sama seperti tahun lepas, tahun ni pun aku masukkan dalam tabung haji maritza.. termasuk duit tabung dia. aku masukkan sekali dalam akaun. lebih selamat.

macam aku masa kecik-kecik dulu, mak aku pun simpankan duit kitorang dalam bsn. sampai umur aku dah 6 tahun kot masa tu, mak aku keluarkan dan belikan kami masing-masing rantai emas guna duit raya tu.. orang dulu-dulu bagi duit raya tak macam orang sekarang. so kene la simpan lama sikit.
tapi orang sekarang plak bagi dah banyak, tapi emas pulak yang mahal sangat.huhuhu..

okla, berbalik pada duit raya maritza, aku rasa buat masa ni, sementara dia kecik ni, aku simpan la dulu keseluruhan duit dia. nanti dia dah besar sikit, dah tahu mengunakan duit, aku rasa aku akan bagi pilihan kat dia, gunakan sikit untuk dia berbelanja, dan selebihnya simpan jugak dalam tabung haji dia..
aku nak dia belajar menyimpan duit. belajar berjimat cermat..
kalau agak-agak nak tukarkan barang kemas dia ke...sebab rantai dia sekarang ni adalah rantai aku yang aku beli guna duit raya aku tu..dah berpuluh tahun dah. gelang dia pun jenis yang biasa-biasa je..kalau ada rezeki lebih, bolehla guna duit raya tu untuk beli baru.
tak pun duit tu simpan je, sampai dia dah abis sekolah nanti, mana tau nak guna masa dia nak sambung belajar ke..

beli mainan...buat masa ni aku tak terfikir lagi nak gunakan duit tu untuk beli mainan..mainan rasanya kejap sangat dia main. lagipun banyak dah mainan kot..hehhe..
lebih baik gunakan untuk jangka masa panjang...yang lebih memberi faedah pada anak-anak...

ok, sekian sahaja perkongsian aku...bye

Tuesday 12 August 2014

Update Checkup 30minggu

Assalamualaikum dan hai....
arini seperti aku bagitau, aku ada maternity checkup minggu ke 30. wah..berat aku naik 1.6kg..hahha..tu berat sebelum makan tu. lepas makan mau naik 2.6kg..hehe..
so berat terkini 53.2kg. harap-harap pasni jangan la naik byk sangat ye.huhu
urine normal, result mgtt belum dapat. hb pulak low, 10.8..so kene la aku berhati-hati, kurangkan balik nesface ke milo ke.
disebabkan hb low ke ataupun sebab dah 30minggu ke, maka mulai dari hari ini aku kene checkup selang 2 minggu..haih, letih tu. abis la cuti mak nak oii.
ukuran perut 29cm, degupan jantung baby 136 dan dah kene mula kira carta gerakkan baby..
aku lupe pulak nak bawak buku tu masuk opis tadi...
takpe la start esok je la.
then, aku pun kene cucuk vaksin kancing gigi. dos tambahan..ni dok lenguh-lenguh lagi tangan ni. tak hilang lagi. mujur arini bawak kete suami, power steering.. kurang sikit tenaga nak kene guna untuk memusing steering. pagi tadi, pulas-pulas streering kete, rase berat sangat. rupanya tayar pancit..hmm..balik nanti je la kite ke kedai tayar ye..
harini jugak aku kene amik set ubat 4serangkai tu balik. sebab nurse cakap obimin tak cukup kuat iron dia. so aku kene amik vit c, asid folic, bcomplex dengan 2 biji iron every day..huhuhu...
okla, rasanya tu je update 30minggu aku. insyaAllah aku akan update setiap kali check up lepas ni...
bye..

Monday 11 August 2014

Pengalaman ct scan untuk Maritza

Assalamualaikum...
weekend lepas, aku dan suami buat spring cleaning kat rumah kami. padahal sabtu sebelum raya macam dah buat spring cleaning dah. tapi rumah tu cepat betul berhabuk. maka kami bergabung tenaga membersihkan rumah...maritza pun tak terkecuali, nak jugak mencurahkan bakti :)
lepas aku dah sapu rumah, suami aku pulak amik tender mop rumah. kebiasaannya kalau suami mop rumah, aku dengan maritza akan duduk diam-diam. aku jaga dia dari berjalan-jalan kat lantai yang licin tu. tapi aritu aku sama busy ngn suami aku, maka kami terlepas pandang pada maritza yang excited nak membantu ayah dia mop rumah.
dia pun jalan laju-laju nak ke tempat ayah dia..tiba-tiba.....DUMMMM..maritza jatuh terlentang, kepala terhantuk pada frame pintu bilik. apa lagi, terus meraung la dia. aku pun menerpa ambil dia, dukung dan pujuk-pujuk...
akhirnya dia diam. dah diam tu, aku letak dia, aku sambung buat keje aku..suami aku sambung keje dia, maritza pun sambung jugak aktiviti dia...sampai la dia rasa mengantuk, dia request susu pada ayah dia, masuk bilik dan terus tido..
lama jugak dia tido, adalah dalam 2jam.. lepas dia bangun, dia senyum senyum kat aku, lepas tu nampak macam mamai. so aku biar je dia sambung tido lagi. aku teruskan lagi sesi mengemas.
tiba-tiba selang 15minit macam tu, dia bangun dan nangis-nangis. aku pujuk dia, aku dukung dia bawak ke ruang tamu, bagi dia tengok tv. tp dia dah takde mood. aku tanya apa pun dia tak jawab. dia bertukar menjadi sangat pasif.
then aku tinggalkan je dia kat atas sofa, terbaring dengan suami aku..tiba-tiba suami bagitau maritza muntah..haa? aku dah panic. terus ajak suami aku siap-siap, nak bawak maritza pergi hospital. plannya nak gi open house member dan makcik aku, so terus la bawak maritza ke KPJ kajang, otw nak ke rumah kawan aku nanti..
dalam pada kami siap-siap tu, maritza muntah lagi. 3x dia muntah. keadaan makin pasif. taknak minum, taknak makan, taknak cakap.
aku memang dah cuak la.
sampai kpj, kami ke emergency then terus register maritza..fillup form, then kene panggil dengan doktor. doktor suggest buat ct scan, tapi kene bagi maritza tido dulu. dia bg ubat tido pada maritza. lepas makan ubat tu dia muntah lagi. tapi dia boleh tido la.
lepas dah tido, nurse bawak dia ke bilik utk scan tu.. dalam perjalanan ok je...
sampai ke kt machine tu, ayah dia angkat dia, dia bangun. taknak baring dalam tu... aduh..kami pujuk-pujuk dia, dia taknak. nak bangun jugak..
ok fine, kita try bagi lagi 2.5ml ubat tido..kot la ubat tadi dah keluar ngan muntah dia.
lepas makan ubat, aku tido kan dia..ok lena lagi. lagi sekali bawak ke bilik tu..ayah angkat..slow-slow, dia masih tido..letak kat atas platform tu, tegakkan sikit kepala..lagi sekali, dia bangun..huhuhuh...
waktu tu jam dah pukul 7, kami anak beranak belum makan lagi. so husband suggest kitorang gi makan dulu, balik makan, solat semua siap-siap then baru scan. ok, kami pun pergi makan. maritza memang mengantuk sangat masa kat kedai makan tu, sikit pun dia tak makan. mujur dalam kereta suami aku bagi dia makan roti dengan minum air kotak sementara nak tunggu aku solat magrib.
lepas makan, kami cuba lagi scan..still sama. letak je kat machine tu dia bangun. macam tau-tau je..sampai dah pukul 10. then nurse bincang dengan doktor, then diorang come out dengan 3 option:
1) admit dulu malam ni, buat scan esok
2) balik dulu, kami observe maritza, kalau ada tanda-tanda pelik, datang segera..tapi suami bagitau, memang maritza dah lain dari kebiasaan..so option balik dah tak valid.
3) drip ubat tido yang lebih kuat.
bincang-bincang suami isteri kami prefer option ke3, tapi kami nak cuba dulu lagi sekali untuk scan tanpa drip. kalau dia bangun jugak, then memang kita terus drip..
dan memang dia bangun..huhuhu....letih, sakit badan, frust, kesian semua ada waktu..
waktu nurse nak cucuk tangan maritza untuk buat inline, aku peluk dia kuat-kuat, aku selawat kat telinga dia...macam aku dapat rasakan kesakitan dia...huhuhu
lepas buat inline, kami baringkan dia dalam machine tu, then mula drip sedikit demi sedikit ubat tido. 0.1ml... dia masih tak tido-tido, sampai kan terpaksa tambah dose ubat. macam-macam kerenah dia nak lawan mata. tunjuk lampu la. nak main sembur-sembur la, suruh orang bukak jarum kat tangan dia la..hai la anak..sampai nurse pun surrender, buat je scanning tu masa dia mamai..tak tido.
lepas scan, aku dukung dia peluk dia..dia pun tido..sementara nak tunggu doktor panggil and review result scan tadi.
Alhamdulillah, pukul 12 doktor panggil dan bagitahu keadaan maritza ok..tiada keretakan, tiada pendarahan..semua ok. mungkin sebab ada gegaran, maka dia pening dan muntah-muntah...Alhamdulillah...syukur Ya Allah. lepas tu kami, tunggu ubat muntah dan ubat demam, then balik langat.
malam tu pun dia tak berapa nak tido. aku tak pasti la kenapa ubat tu buat anak aku lagi susah nak lena pulak..haha. badan maritza pun makin panas..demam.
aku pun tak boleh nak tido.sakit badan-badan sebab mendodoikan dia selama 8jam..serius sakit.

hari ahad, kami cari tukang urut. urut aku yang sakit seluruh badan, dan urut maritza..kot kot la ada sakit urat mana-mana ke yang menyebabkan dia demam..
nanti la, kalau rajin aku update cerita urut-urut kami pula ye...
ok semua, mohon doakan kesihatan berterusan untuk maritza...amin..
bye



Minggu ke 30

Assalamualaikum..
esok, bersamaan 12haribulan aku mengandung genap 30 minggu..lagi 10 minggu je lagi kan..hehe..
esok jugak aku ada check up perut dan bolehla tahu result mgtt aku tu.
masa pregnentkan maritza aku tak kene plak check up masa minggu 30. tapi kali ni kene pulak. ke nurse tu salah bagi tarikh ek?
takpe la..pegi jela...dalam debor..hahha
mengandung kali ni, aku rase perut aku besar betul. baru nak 30 minggu, tapi besar dia dah macam 36minggu.hehe
last checkup haritu masa week 28. berat dah 51.6kg.. esok tak tau la berapa kg. sebabnya aku dah la makan tak ingat lepas-lepas mgtt haritu. balik dari mgtt, makan kat q-thai ngan encik suami, lepas tu, abiskan kek besday encik suami aku, lepas tu, kuih raya berketul-ketul. pastu open house sane sini. lemang nasi himpit mee semua aku makan..hehhee
harap-harap berat maintain (hahahhahhaha)
masa checkup 28minggu haritu aku kene scan skali, doktor cakap baby dah 1.3kg..alhamdulillah.nampaknya membesar mengikut minggu yang sepatutnya..
bila nak scan gender...alamak, memang dia buat surprise la. tak nampak..doktor pun confuse. kejap laki, kejap pompuan...heheh...sampaikan suami aku geram rasa nak buat 4d terus..haha..
kali ni aku tak kisah jugak girl ke boy (tapi aku prefer girl lagi la) haha
sebab nanti maritza ade kawan nak main, nak tido, nak pakai baju yang sama..dan yang paling penting aku dah ade nama yang comel untuk baby girl..untuk baby boy, belum decide lagi namanya..sob sob
sejak-sejak nak masuk 30minggu ni, aku rasa eloklah aku mula membasuh barang-barang keperluan baby kan..mana yang tak cukup tu, aku dah boleh mula membeli apa-apa yang patut kan?
contohnya macam botol-botol storage baby, pampers baby, sarung tangan sarung kaki ke, baju nak tambah sikit-sikit ke, ape-ape la barang baby kan..bedak, minyak, lotion, study produk berpantang.
haa..banyak keje tu.
badan ni pun dah macam tak larat je. keje pun letih.. baring pun tak kene..memang aku dapat rasekan besar betul perut aku ni..
ai la anak, dah berapa kilo kamu minggu ni? jangan la besar sgt ye..cian ibu..hehe
besarla bila da lahir nanti.. :)

hmm..ok la, takde ape nak cite sangat pun..insyaAllah, lusa lepas checkup aku update condition ibu with 30 weeks pregnancy ye..

bye..assalamualaikum

Friday 8 August 2014

Teknik Mermet (perah susu dengan tangan)

Assalammualaikum...
pagi tadi tepat jam 8.20 aku buat ujian MGTT yang kedua kalinya dalam hidup aku. ape tu mgtt? alah..minum air gula tu..hehe.
masa maritza dulu aku buat masa bulan puasa, dan resultnye positif GDM. kali ni pulak aku buat time raya...huhuhu...harapan aku harap-harap negatif la haih..

sementara nak tunggu amik darah lepas 2jam minum air gula tu, kami dihidangkan dengan ceramah penyusuan ibu, bersempena dengan bulan penyusuan Ibu sedunia (1-7Ogos).
So, doktor yang datang pun bercerita la kebaikan susu ibu, berapa lama tempoh penyusuan, cara perahan susu ibu, cara simpan susu, cara basuh botol susu, cara menyusu...semua la..
Alhamdulillah aku masih ingat lagi semua tu :)
maklum la baru je beberapa bulan aku stop menyusukan maritza kan..

tapi dalam banyak-banyak topik dia tadi, aku betul-betul berminat dengan topik perahan susu tadi.
sebelum ni pun aku perah susu jugak, tapi guna breastpump. tapi tadi doktor tu cerita teknik memerah susu menggunakan tangan iaitu Mermet.
aku nampak banyak kelebihan dia..diantaranya yang doktor tu sebutkan tadi:
1) kebiasaannya hasil lagi banyak dari pump
2) Mermet dijamin bersih, sebab guna tangan sendiri kan (means tak lalu corong-corong pam tu)
3) jimat masa jugak ( sebab basuh tangan, lepas tu mermet. tak payah nak pasang-pasang pam, then cuci pam pulak)
4) tak sakit, sebab kita buat sendiri, kita tau macam mana nak elakkan sakit tu
5) bila-bila masa (takde elektrik ke, terlupa bawak pam ke..mermet aje)

tu antara yang aku ingat la.. tapi sebab mermet ni kan buat guna tangan, mungkin akan lenguh la kot tangan tu. tapi kalau betul teknik, aku rasa insyaAllah ok.

macam mana cara nak mermet tu?
1) basuh tangan
2) sediakan bekas
3) mula buat urutan pada breast, kalau jumpa ada benjolan susu tu, urut lebih sikit, bagi pecah ketulan susu tu
4) mula buat tangan bentuk C (ibu jari diatas aerola, 4 jari di bawah setentang dengan jari ibu tadi)
5) tekan jari ke dada dahulu, kemudian baru memerah.
make sure kita tak memerah pada nipple, sebab cara tu salah. cara tu boleh menyebabkan nipple crack. susu yang keluar pun sedikit.

kali ni rasa nak cuba la..masa maritza dulu tak pernah cuba pun. nak try compare hasil mermet dangan hasil breastpump..
macam doktor tu tadi cite, dia pun semangat beli breastpump, tapi tak guna-guna sampaila suami dia da sound baru la dia guna, tapi ending untuk setiap session, dia tetap akan mermet. dia rasa kalau mermet, breast akan betul-betul kosong.

aku rasa cara ni lagi mudah dan lagi cepat. mana la tau kan, kot-kot aku nak balik kampung suami nanti, tak payah la aku bawak balik pam. lagipun kan barang dah bertambah..ni la masanya untuk aku mengurangkan barang-barang yang suami aku perlu angkut. kesian dia..penat.

ok, korang..itu saje cerita hari ini..korang doakan aku negatif gdm ye...mekasih semua..bye

Monday 4 August 2014

Raya 2014 dan persediaan berpantang

Assalamualaikum...
alhamdulillah, selamat sudah seminggu kita berhari raya. alhamdulillah selamat perjalanan pergi dan pulang ke kampung masing-masing.
raya kali ni raya sebelah aku dulu, baru balik ke kampung suami..
maritza nampaknya happy sangat-sangat. maklum la..dah besar. dah pandai nak main dengan cousin-cousin dia..
raya kali ni aku diserang angin yang agak teruk malam raya pertama. tak tau apa silapnya.. rasenya mungkin sambal kacang kot. ada kacang yang tak masak betul. aku penah kene serangan angin macam ni masa potluck kat opis. gara-gara sambal kacang jugak. jadinya kacang memang la tersangat bahaya kepada orang yang mudah diserang angin.
ok, dalam pada nak menyambut raya haritu, aku sembat la buat preparation untuk berpantang...hehe..takde la banyak sangat. tapi boleh la..
sehari sebelum raya suami ajak aku jalan-jalan kat sungai...dah sampai sungai aku amik kesempatan kutip dua biji batu sungai..nak buat bertungku.
kali ni nekad nak tungku betul-betul sikit. taknak skip-skip.. kesan tak bertungku..tula yang aku cite kat atas tu. badan senang masuk angin. salah makan sikit, masuk angin. jadi kali ni tungku la sebaik mungkin..selebihnya tawakal pada Allah.
hari raya pertama pulak, lepas bersalam-salam seisi keluarga, aku pergi ziarah makcik aku kat subang... time nak balik, ternampak pokok kaduk...banyaknye...hijaunye..meriahnye..
aku mintak sikit.. bagi suami aku tanam kat rumah. boleh la guna masa bertungku nanti. daun sireh pun aku nampak dah hidup dah kat belakang rumah mak aku. sekarang  aku nak cari pokok mengkudu pulak..
hehe..segala macam daun aku nak balut batu tu nanti..kalau boleh..
hehee
ikut petua kawan aku macam lagi banyak daun dia, daun mengkudu, sireh, limau, pandan ape tah lagi aku tak ingat, nanti aku try tnya dia balik dan listkan kat sini ea..bole jadi panduan kita bersama...
ok, setakat ni aje...selamat berhari raya dan selamat berkerja semula....sob sob