Monday, 4 August 2014

Raya 2014 dan persediaan berpantang

Assalamualaikum...
alhamdulillah, selamat sudah seminggu kita berhari raya. alhamdulillah selamat perjalanan pergi dan pulang ke kampung masing-masing.
raya kali ni raya sebelah aku dulu, baru balik ke kampung suami..
maritza nampaknya happy sangat-sangat. maklum la..dah besar. dah pandai nak main dengan cousin-cousin dia..
raya kali ni aku diserang angin yang agak teruk malam raya pertama. tak tau apa silapnya.. rasenya mungkin sambal kacang kot. ada kacang yang tak masak betul. aku penah kene serangan angin macam ni masa potluck kat opis. gara-gara sambal kacang jugak. jadinya kacang memang la tersangat bahaya kepada orang yang mudah diserang angin.
ok, dalam pada nak menyambut raya haritu, aku sembat la buat preparation untuk berpantang...hehe..takde la banyak sangat. tapi boleh la..
sehari sebelum raya suami ajak aku jalan-jalan kat sungai...dah sampai sungai aku amik kesempatan kutip dua biji batu sungai..nak buat bertungku.
kali ni nekad nak tungku betul-betul sikit. taknak skip-skip.. kesan tak bertungku..tula yang aku cite kat atas tu. badan senang masuk angin. salah makan sikit, masuk angin. jadi kali ni tungku la sebaik mungkin..selebihnya tawakal pada Allah.
hari raya pertama pulak, lepas bersalam-salam seisi keluarga, aku pergi ziarah makcik aku kat subang... time nak balik, ternampak pokok kaduk...banyaknye...hijaunye..meriahnye..
aku mintak sikit.. bagi suami aku tanam kat rumah. boleh la guna masa bertungku nanti. daun sireh pun aku nampak dah hidup dah kat belakang rumah mak aku. sekarang  aku nak cari pokok mengkudu pulak..
hehe..segala macam daun aku nak balut batu tu nanti..kalau boleh..
hehee
ikut petua kawan aku macam lagi banyak daun dia, daun mengkudu, sireh, limau, pandan ape tah lagi aku tak ingat, nanti aku try tnya dia balik dan listkan kat sini ea..bole jadi panduan kita bersama...
ok, setakat ni aje...selamat berhari raya dan selamat berkerja semula....sob sob

No comments:

Post a Comment