Wednesday, 13 August 2014

Duit Raya anak

Assalamualaikum...
hai...nak tanya.. apa korang buat dengan duit raya anak?
belikan mainan untuk diorang? belikan baju? belikan barang kemas? simpan?

haa..aku nak share apa yang aku buat dengan duit raya maritza. tahun ni tahun kedua maritza merasa untuk menyambut raya.. sama seperti tahun lepas, tahun ni pun aku masukkan dalam tabung haji maritza.. termasuk duit tabung dia. aku masukkan sekali dalam akaun. lebih selamat.

macam aku masa kecik-kecik dulu, mak aku pun simpankan duit kitorang dalam bsn. sampai umur aku dah 6 tahun kot masa tu, mak aku keluarkan dan belikan kami masing-masing rantai emas guna duit raya tu.. orang dulu-dulu bagi duit raya tak macam orang sekarang. so kene la simpan lama sikit.
tapi orang sekarang plak bagi dah banyak, tapi emas pulak yang mahal sangat.huhuhu..

okla, berbalik pada duit raya maritza, aku rasa buat masa ni, sementara dia kecik ni, aku simpan la dulu keseluruhan duit dia. nanti dia dah besar sikit, dah tahu mengunakan duit, aku rasa aku akan bagi pilihan kat dia, gunakan sikit untuk dia berbelanja, dan selebihnya simpan jugak dalam tabung haji dia..
aku nak dia belajar menyimpan duit. belajar berjimat cermat..
kalau agak-agak nak tukarkan barang kemas dia ke...sebab rantai dia sekarang ni adalah rantai aku yang aku beli guna duit raya aku tu..dah berpuluh tahun dah. gelang dia pun jenis yang biasa-biasa je..kalau ada rezeki lebih, bolehla guna duit raya tu untuk beli baru.
tak pun duit tu simpan je, sampai dia dah abis sekolah nanti, mana tau nak guna masa dia nak sambung belajar ke..

beli mainan...buat masa ni aku tak terfikir lagi nak gunakan duit tu untuk beli mainan..mainan rasanya kejap sangat dia main. lagipun banyak dah mainan kot..hehhe..
lebih baik gunakan untuk jangka masa panjang...yang lebih memberi faedah pada anak-anak...

ok, sekian sahaja perkongsian aku...bye

No comments:

Post a Comment