Friday, 8 August 2014

Teknik Mermet (perah susu dengan tangan)

Assalammualaikum...
pagi tadi tepat jam 8.20 aku buat ujian MGTT yang kedua kalinya dalam hidup aku. ape tu mgtt? alah..minum air gula tu..hehe.
masa maritza dulu aku buat masa bulan puasa, dan resultnye positif GDM. kali ni pulak aku buat time raya...huhuhu...harapan aku harap-harap negatif la haih..

sementara nak tunggu amik darah lepas 2jam minum air gula tu, kami dihidangkan dengan ceramah penyusuan ibu, bersempena dengan bulan penyusuan Ibu sedunia (1-7Ogos).
So, doktor yang datang pun bercerita la kebaikan susu ibu, berapa lama tempoh penyusuan, cara perahan susu ibu, cara simpan susu, cara basuh botol susu, cara menyusu...semua la..
Alhamdulillah aku masih ingat lagi semua tu :)
maklum la baru je beberapa bulan aku stop menyusukan maritza kan..

tapi dalam banyak-banyak topik dia tadi, aku betul-betul berminat dengan topik perahan susu tadi.
sebelum ni pun aku perah susu jugak, tapi guna breastpump. tapi tadi doktor tu cerita teknik memerah susu menggunakan tangan iaitu Mermet.
aku nampak banyak kelebihan dia..diantaranya yang doktor tu sebutkan tadi:
1) kebiasaannya hasil lagi banyak dari pump
2) Mermet dijamin bersih, sebab guna tangan sendiri kan (means tak lalu corong-corong pam tu)
3) jimat masa jugak ( sebab basuh tangan, lepas tu mermet. tak payah nak pasang-pasang pam, then cuci pam pulak)
4) tak sakit, sebab kita buat sendiri, kita tau macam mana nak elakkan sakit tu
5) bila-bila masa (takde elektrik ke, terlupa bawak pam ke..mermet aje)

tu antara yang aku ingat la.. tapi sebab mermet ni kan buat guna tangan, mungkin akan lenguh la kot tangan tu. tapi kalau betul teknik, aku rasa insyaAllah ok.

macam mana cara nak mermet tu?
1) basuh tangan
2) sediakan bekas
3) mula buat urutan pada breast, kalau jumpa ada benjolan susu tu, urut lebih sikit, bagi pecah ketulan susu tu
4) mula buat tangan bentuk C (ibu jari diatas aerola, 4 jari di bawah setentang dengan jari ibu tadi)
5) tekan jari ke dada dahulu, kemudian baru memerah.
make sure kita tak memerah pada nipple, sebab cara tu salah. cara tu boleh menyebabkan nipple crack. susu yang keluar pun sedikit.

kali ni rasa nak cuba la..masa maritza dulu tak pernah cuba pun. nak try compare hasil mermet dangan hasil breastpump..
macam doktor tu tadi cite, dia pun semangat beli breastpump, tapi tak guna-guna sampaila suami dia da sound baru la dia guna, tapi ending untuk setiap session, dia tetap akan mermet. dia rasa kalau mermet, breast akan betul-betul kosong.

aku rasa cara ni lagi mudah dan lagi cepat. mana la tau kan, kot-kot aku nak balik kampung suami nanti, tak payah la aku bawak balik pam. lagipun kan barang dah bertambah..ni la masanya untuk aku mengurangkan barang-barang yang suami aku perlu angkut. kesian dia..penat.

ok, korang..itu saje cerita hari ini..korang doakan aku negatif gdm ye...mekasih semua..bye

No comments:

Post a Comment