Assalamualaikum...
pagi ni nak cerita tentang Maritza..
maritza takde ipad, takde tab. tapi dia suke pada smartphone aku dan suami aku.
kalau kat phone aku, aku memang dah siap-siap download macam-macam..lagu kanak-kanak, phonic song, abc, alif ba ta, sampaikan ke lagu frozen pun aku download siap-siap.
kalau kat phone suami aku pulak, dia suka bukak youtube bagi maritza tengok. selalunya lagu abc. kadang-kadang je benda-benda hiburan sikit. contoh hiburan tengok bunga api ke, kucing ke..benda-benda yang maritza suke.
so, apa sumbangan gadget ni pada anak aku? positif? negatif?
setakat yang terjadi pada kami, gadget ni bagi sumbangan positif kat maritza.
dia dah kenal abc..dia boleh menyanyi lagu abc, dan memang kenal satu-satu huruf abc tu. bukan stakat menghafal. alhamdulillah. pada usia 1tahun9bulan. cuma kadang-kadang tersasul jugak la kan.
satu dua tiga pun dia dah mula menghafal. tapi belum kenal lagi..
dan juga alif ba ta..
mungkin sebab kitorang selalu biarkan dia asik dengan abjad, kurang dedahkan dengan nombor dan huruf jawi..
takpe la, insyaAllah..pelan-pelan..
dia kecik lagi..belum pun 2tahun..
tapi takdela setiap masa kitorang bagi dia main phone. kitorang masih lagi belikan dia block-block mainan...huruf-huruf abc supaya dia tak terlalu bergantung pada gadget.. sikit-sikit je..
pada pandangan aku gadget ni tak salah..cuma cara kita sebagai ibubapa ni kene pandai-pandai hadkan penggunaan dan pantau ape yang budak-budak ni tengok.
mungkin aku pun belum layak nak cerita panjang bab ni sebab anak aku kecik lagi, belum pandai godek youtube sendiri..tapi harapan aku, biarlah gadget ni kekal sebagai alat bantuan mengajar untuk parent yang agak sibuk seperti kami..
No comments:
Post a Comment