Assalamualaikum...
weekend lepas, aku dan suami buat spring cleaning kat rumah kami. padahal sabtu sebelum raya macam dah buat spring cleaning dah. tapi rumah tu cepat betul berhabuk. maka kami bergabung tenaga membersihkan rumah...maritza pun tak terkecuali, nak jugak mencurahkan bakti :)
lepas aku dah sapu rumah, suami aku pulak amik tender mop rumah. kebiasaannya kalau suami mop rumah, aku dengan maritza akan duduk diam-diam. aku jaga dia dari berjalan-jalan kat lantai yang licin tu. tapi aritu aku sama busy ngn suami aku, maka kami terlepas pandang pada maritza yang excited nak membantu ayah dia mop rumah.
dia pun jalan laju-laju nak ke tempat ayah dia..tiba-tiba.....DUMMMM..maritza jatuh terlentang, kepala terhantuk pada frame pintu bilik. apa lagi, terus meraung la dia. aku pun menerpa ambil dia, dukung dan pujuk-pujuk...
akhirnya dia diam. dah diam tu, aku letak dia, aku sambung buat keje aku..suami aku sambung keje dia, maritza pun sambung jugak aktiviti dia...sampai la dia rasa mengantuk, dia request susu pada ayah dia, masuk bilik dan terus tido..
lama jugak dia tido, adalah dalam 2jam.. lepas dia bangun, dia senyum senyum kat aku, lepas tu nampak macam mamai. so aku biar je dia sambung tido lagi. aku teruskan lagi sesi mengemas.
tiba-tiba selang 15minit macam tu, dia bangun dan nangis-nangis. aku pujuk dia, aku dukung dia bawak ke ruang tamu, bagi dia tengok tv. tp dia dah takde mood. aku tanya apa pun dia tak jawab. dia bertukar menjadi sangat pasif.
then aku tinggalkan je dia kat atas sofa, terbaring dengan suami aku..tiba-tiba suami bagitau maritza muntah..haa? aku dah panic. terus ajak suami aku siap-siap, nak bawak maritza pergi hospital. plannya nak gi open house member dan makcik aku, so terus la bawak maritza ke KPJ kajang, otw nak ke rumah kawan aku nanti..
dalam pada kami siap-siap tu, maritza muntah lagi. 3x dia muntah. keadaan makin pasif. taknak minum, taknak makan, taknak cakap.
aku memang dah cuak la.
sampai kpj, kami ke emergency then terus register maritza..fillup form, then kene panggil dengan doktor. doktor suggest buat ct scan, tapi kene bagi maritza tido dulu. dia bg ubat tido pada maritza. lepas makan ubat tu dia muntah lagi. tapi dia boleh tido la.
lepas dah tido, nurse bawak dia ke bilik utk scan tu.. dalam perjalanan ok je...
sampai ke kt machine tu, ayah dia angkat dia, dia bangun. taknak baring dalam tu... aduh..kami pujuk-pujuk dia, dia taknak. nak bangun jugak..
ok fine, kita try bagi lagi 2.5ml ubat tido..kot la ubat tadi dah keluar ngan muntah dia.
lepas makan ubat, aku tido kan dia..ok lena lagi. lagi sekali bawak ke bilik tu..ayah angkat..slow-slow, dia masih tido..letak kat atas platform tu, tegakkan sikit kepala..lagi sekali, dia bangun..huhuhuh...
waktu tu jam dah pukul 7, kami anak beranak belum makan lagi. so husband suggest kitorang gi makan dulu, balik makan, solat semua siap-siap then baru scan. ok, kami pun pergi makan. maritza memang mengantuk sangat masa kat kedai makan tu, sikit pun dia tak makan. mujur dalam kereta suami aku bagi dia makan roti dengan minum air kotak sementara nak tunggu aku solat magrib.
lepas makan, kami cuba lagi scan..still sama. letak je kat machine tu dia bangun. macam tau-tau je..sampai dah pukul 10. then nurse bincang dengan doktor, then diorang come out dengan 3 option:
1) admit dulu malam ni, buat scan esok
2) balik dulu, kami observe maritza, kalau ada tanda-tanda pelik, datang segera..tapi suami bagitau, memang maritza dah lain dari kebiasaan..so option balik dah tak valid.
3) drip ubat tido yang lebih kuat.
bincang-bincang suami isteri kami prefer option ke3, tapi kami nak cuba dulu lagi sekali untuk scan tanpa drip. kalau dia bangun jugak, then memang kita terus drip..
dan memang dia bangun..huhuhu....letih, sakit badan, frust, kesian semua ada waktu..
waktu nurse nak cucuk tangan maritza untuk buat inline, aku peluk dia kuat-kuat, aku selawat kat telinga dia...macam aku dapat rasakan kesakitan dia...huhuhu
lepas buat inline, kami baringkan dia dalam machine tu, then mula drip sedikit demi sedikit ubat tido. 0.1ml... dia masih tak tido-tido, sampai kan terpaksa tambah dose ubat. macam-macam kerenah dia nak lawan mata. tunjuk lampu la. nak main sembur-sembur la, suruh orang bukak jarum kat tangan dia la..hai la anak..sampai nurse pun surrender, buat je scanning tu masa dia mamai..tak tido.
lepas scan, aku dukung dia peluk dia..dia pun tido..sementara nak tunggu doktor panggil and review result scan tadi.
Alhamdulillah, pukul 12 doktor panggil dan bagitahu keadaan maritza ok..tiada keretakan, tiada pendarahan..semua ok. mungkin sebab ada gegaran, maka dia pening dan muntah-muntah...Alhamdulillah...syukur Ya Allah. lepas tu kami, tunggu ubat muntah dan ubat demam, then balik langat.
malam tu pun dia tak berapa nak tido. aku tak pasti la kenapa ubat tu buat anak aku lagi susah nak lena pulak..haha. badan maritza pun makin panas..demam.
aku pun tak boleh nak tido.sakit badan-badan sebab mendodoikan dia selama 8jam..serius sakit.
hari ahad, kami cari tukang urut. urut aku yang sakit seluruh badan, dan urut maritza..kot kot la ada sakit urat mana-mana ke yang menyebabkan dia demam..
nanti la, kalau rajin aku update cerita urut-urut kami pula ye...
ok semua, mohon doakan kesihatan berterusan untuk maritza...amin..
bye
No comments:
Post a Comment