Friday, 29 August 2014

Berurut Lepas Bersalin

Assalamualaikum...
sekarang da masuk minggu ke32, minggu yang sesuai untuk booking tukang urut bersalin.
banyak benda sebenarnya nak kene consider sebelum kita pilih tukang urut ni.
kat sini aku nak listkan apa yang menjadi pertimbangan aku..

Cik Midah
1. Urut 3kali
2. Harga best price (sebab kawan lama mak)
3. urutan thai - guna minyak aromatherapi , tungku kukus
4. rumah agak jauh, nak amik susah sikit..
5. pakej hanya urut dan tungku sahaja
6. jarang available-sebab selalu ikut anak-anak berjalan, tak pun balik thai
7. dah macam tukang urut famili

Cik Tipah
1. Urut 5 kali
2. harga RM400
3. urutan bidan kampung - minyak buatan sendiri (macam minyak masak tu di campurkan daun-daun)
4. rumah dekat, tapi still nak kene amik
5. pakej - urut, tungku, bengkung, urut anak, mandikan anak
6. available bulan 10 -kalau nak kene booking cepat
7. aritu ade try skali masa maritza jatuh tu, urut boleh tahan sedap, tapi bau minyak tu aku tak suke. takkan aku nak bertahan sampai ke petang dengan bau minyak tu nanti.

Kak Su
1. Minumum Urut 3
2. harga kalau basic urut saje RM100/day
3. urutan bidan kampung, turun temurun
4. rumah dekat, tapi pun kene amik jugak
5. pakej -terpulang kat kita nak pilih camne.. nanti dia charge je
6. available
7. tak pernah cuba lagi, orang kata tak berapa umphh....huhu

so nampak macam pilihan aku samaada cik midah atau pun cik tipah...

No comments:

Post a Comment