Bismillahirahmannirrahim....
Assalammualaikum...rasanya harini nak mulakan operasi mengemas barang sikecil la..
nak mula dari mana ye?
rase blur plak..sebab kalau dulu semuanya beli je, kali ni nak kene cari balik mana yang boleh pakai..
kene sorting mana yang elok, mana yang dah lusuh..
cian pulak baby kene pakai yang lusuh-lusuh nanti kan..
rasanya nak kene keluarkan semua lampin, bedung, barut, mitten, booties, towel mandi, towel muka dengan baju-baju dulu..
basuh semua dulu...
lepas tu baru plan untuk cari barang-barang toiletries dia macam lotion, minyak, tungku, pampers, pencuci baju..bedak, sabun dengan pencuci botol boleh je guna maritza punya kan..
lepas da siapkan kelengkapan diri, beralih pada kelengkapan tidur dia pulak, basuh cadar, sarung bantal, selimut dengan beli pelapik getah untuk tukar lampin tu. jemur bantal dan tilam siap-siap.
ok, lepastu baru prepare barang-barang untuk penyusuan dia... basuh dan steril balik breast pam, beli botol dan puting susu baru, beli bekas dadih untuk buat stok susu nanti. dua saiz, kecil dan besar..
hmm.. apa lagi ye untuk kelengkapan si kecil?
kalau dah complete,lepas tu cari set berpantang ibu pulak..hehe..
lepas dah siap, barang-barang berpantang ibu dangan barang-barang baby boleh la hantar ke langat dulu,
then boleh pikir slow-slow berapa banyak barang maritza nak bawak ke langat jugak, berapa banyak barang ayah nak bawak..
hmm... kali ni aku macam serabut sikit nak pikir..patut la ramai je orang nak berpantang kat rumah dia sendiri kan..
kalau ikut kan aku, pun macam nak pantang sendiri je...lagi mudah kan..tapi awal-awal tu takde orang nak tengok-tengokkan pun macam susah jugak kan...
yang lain-lain tu aku rasa takde masalah sangat. setakat nak masak, aku masak je la nasi guna rice cooker tu. pastu aku panggang je la ikan/ayam ke gune magic pan..tapi magic pan nye belum beli lagi..hehe
basuh baju guna mesin basuh, pastu jemur pun depan rumah je, kemas rumah macam tak payah kot. encik suami boleh tolong kemas weekend nanti.
maritza kita hantar kat babysitter dulu..nanti dah kuat, baru takyah anta..bila dah tak hantar, barula kita train untuk free diapers..
nampak macam tak susah pun kan...
mungkin boleh dipertimbangkan lepas sebulan berpantang ke...takpun lepas 2minggu berpantang.
tapi nanti nak anta rekod kt KK tu yang aku pening sikit..
hmm
tengokla camne nanti...kan aku dah kata, kali ni aku serabut sikit. macam tak tau nak plan macam mana untuk pantang kali ni...huhuu
Ya Allah, kau berila petunjuk pada hamba mu ini...
No comments:
Post a Comment