Tuesday 3 December 2019

Anak dah besar

Assalamualaikum..hihi tajuk tah pape jekan.
Actually tadi nk menulis kt fb je. Tapi bile pikir-pikir balik, nanti orang pikir tah pape je benda camni pun nak post,terus rase ermmm tulis kat blog la.kat blog senang nak cari balik. Bila-bila nak bace scroll je satu-satu..semua kenangan ni.
Okay lah,panjang pulak mukadimah kan.sebenarnya nak cerita pasal budak-budak berdua ni.dah besar dah diorang.sorang dah 7tahun, sorang lagi dah 5tahun. Cuti-cuti sekolah ni aku hantar dua-dua pegi kem solat dekat sekolah agama maritza tu. Separuh hari je kem tu.separuh hari lagi,duduk la diorang dekat transit tu sampai pukul 5 lebih sikit.
Biasanya dalam pukul 5 setengah macam tu, aku amik diorang then terus balik rumah. Macam tadi singgah beli roti canai kejap.sebab maritza nak makan roti canai. Aku suruh dia je beli.aku tunggu dalam kereta.dah boleh diharap dah beli roti canai sendiri sejak dari umur 4 tahun lagi. Survival level dia ni tinggi sikit..cuma mood dia je macam gempa bumi..susah betul nak predict and control. Haha
Sampai je dekat rumah,musfira mengadu lapar. Jadi aku sediakan untuk dia makan, aku ajak maritza sekali.dia buat tak dengar je.malas nak tunggu lama,aku dengan Musfira makan dulu. Yang Maritza sibuk dengan game dekat phone (hmm..addict game ni macam aku dulu.huhu)..
Bateri dah habis barulah dia terasa nak makan.masa ni aku dah siap kemas meja dah.sori la ye, ibu memang tak suke menunggu..siapa lambat,dia tinggal. Di sebabkan meja da berkemas,roti dan kuah dah berbungkus balik, maritza ni sediakan sendiri,letak roti dalam pinggan,kuah dalam mangkuk,then makan sorang-sorang senyap-senyap... Dah habis makan dia buang semua sampah-sampah dalam plastik sampah.pinggan mangkuk semua dia basuh. Roti canai 2 keping dia makan sorang-sorang..dah besar kan anak aku.hahaha
Tu cerita maritza..kalau musfira pulak, dia lebih bertanggungjawab. Beg dia mesti siap kemas, tak perlu aku nak kene remind. Baju pun elok berlipat dalam beg.takde la nak sumbat gitu je.makan kalau tumpah,mesti lap balik. Mainan lepas main,mesti kemas balik..so far tak bagi masalah sangat dia ni. Makan susah sikit, suka makan buah-buahan je..favorite dia buah-buah masam. Oren,anggur,kiwi,strawberry,mangga,epal..hmm sume buah lah.
Kadang walaupun depan mata,sedar tak sedar, anak dah besar..esok-esok tiba-tiba dah abis sekolah..tiba-tiba masuk u..tinggalkan ibu..tiba-tiba mintak nak kawen..huhuhu

Tuesday 15 October 2019

Pasture Junior J-95 Mask - N 95 for Kids

Assalammualaikum...

Baru-baru ni negara kita dilanda jerebu lagi seperti tahun-tahun yang lepas.
Tapi kali ni jerebu dia memang agak teruk la kan.
Bila dah jerebu, kite pun mula la risau, pakat-pakat cari face mask untuk sendiri dan juga untuk anak-anak.

Masa tu pulak, harga face mask ni mula la melambung naik. RM6 sekeping kan.
lepas tu pergi dari satu farmasi ke satu farmasi yang lain, semuanya habis...huhu
nak tak nak, terpaksa la paksa anak-anak pakai face mask kain yang comel-comel beli masa kat Korea ke Taiwan aritu ye. mak pun dah lupe. hehe

Tapi tak lama, seminggu lepas tu, ternampak iklan J-N9 kat FB. spec sama dengan N95 untuk PM2.5.
Alhamdulillah.. budak-budak pun suka pakai. sebab selesa, ngam-ngam dengan muka diorang. Sebelum tu bagi diorang pakai N95 yang standard dewasa tu, diorang tak selesa. bila tak selesa, dia on-off pakai. yela, dah kejenye asik nak tutup mata sekali dah kenapa kan..

So inilah dia superhero untuk kanak-kanak di musim jerebu. Junior mask. tak ambil pulak gambar diorang masa pakai mask ni. tapi okla, memang ngam dengan muka diorang. RM20 kalau tak silap, ada 5 keping dalam satu packet ni. Sekarang dah takde jerebu, alhamdulillah. tapi kita keep la dalam ni untuk rujukan masa akan datang. insyaAllah..
ok bai

Permainan Traditional di Genting

Assalammualaikum...
Hai

Setahun menghilang, kini muncul kembali.
Sebenarnya dah lama mencuba dan mencuri-curi masa untuk berblog ni. tapi...macam biasa, lupe password.hahahah

Ok, harini nak cerita pasal aktiviti yang boleh dibuat dengan anak-anak kalau kite ke Genting Highland. Ye, memang kalau pegi sana budak-budak akan seronok main indoor games dengan masuk Snow World tu. Tapi Snow World masuk 30 minit je. In door theme park pulak, kalau dah tengah hari tu, nak beratur punya la panjang. memang budak-budak dengan mak budak sekali boleh meragam. hahaha

So, apa lagi yang boleh main dekat Genting tu?
SENI KOME
korang penah masuk tak Seni Kome tu?
Nak kata menarik sangat tu, tak la. tapi sekurang-kurangnya korang dapatla ajar anak korang main permainan traditional kat dalam tu. Ape ada?
Congkak ada, Dam Haji ada, Teng Teng pelbagai bentuk ada, Gasing ada, Batu Seremban ada..



Maafla, gambar tak banyak.sebab mak pun asyik main congkak.lama tak main kan. Berlawan dengan Musfira. Diorang first time tau main benda-benda ni. memang diorg pun enjoy. dan permainan traditional kita ni pun jenis senang nak belajar kan.. Sekejap je diorang dah tau main. Diorang pulak yang addict lepas tu. dah abis game, repeat balik. abis lagi repeat lagi. sampai perut dah lapar ajak keluar makan, baru diorang nak stop.hahahha

So, lepas ni kalau ke genting, pegila Seni Kome, ajar anak-anak main permainan kite masa kecik-kecik dulu. kalau parent tak reti main, takpe..nanti kakitangan kat situ leh ajarkan..
sebab ramai je tourist masuk, tak tahu main, dia ajar..
Best. cube la