Assalammualaikum...
Hai
Setahun menghilang, kini muncul kembali.
Sebenarnya dah lama mencuba dan mencuri-curi masa untuk berblog ni. tapi...macam biasa, lupe password.hahahah
Ok, harini nak cerita pasal aktiviti yang boleh dibuat dengan anak-anak kalau kite ke Genting Highland. Ye, memang kalau pegi sana budak-budak akan seronok main indoor games dengan masuk Snow World tu. Tapi Snow World masuk 30 minit je. In door theme park pulak, kalau dah tengah hari tu, nak beratur punya la panjang. memang budak-budak dengan mak budak sekali boleh meragam. hahaha
So, apa lagi yang boleh main dekat Genting tu?
SENI KOME
korang penah masuk tak Seni Kome tu?
Nak kata menarik sangat tu, tak la. tapi sekurang-kurangnya korang dapatla ajar anak korang main permainan traditional kat dalam tu. Ape ada?
Congkak ada, Dam Haji ada, Teng Teng pelbagai bentuk ada, Gasing ada, Batu Seremban ada..
Maafla, gambar tak banyak.sebab mak pun asyik main congkak.lama tak main kan. Berlawan dengan Musfira. Diorang first time tau main benda-benda ni. memang diorg pun enjoy. dan permainan traditional kita ni pun jenis senang nak belajar kan.. Sekejap je diorang dah tau main. Diorang pulak yang addict lepas tu. dah abis game, repeat balik. abis lagi repeat lagi. sampai perut dah lapar ajak keluar makan, baru diorang nak stop.hahahha
So, lepas ni kalau ke genting, pegila Seni Kome, ajar anak-anak main permainan kite masa kecik-kecik dulu. kalau parent tak reti main, takpe..nanti kakitangan kat situ leh ajarkan..
sebab ramai je tourist masuk, tak tahu main, dia ajar..
Best. cube la
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete