Saturday 25 February 2017

Hobi Baru, Aquaponics

Assalammualaikum....
aktivity baru sekeluarga... menunggu hasil yang seterusnya..
sawi, pakchoi, salad dah kene tuai..ni menunggu timun dan tomato pulak :)



Friday 24 February 2017

Kelas Renang, Impetigo dan ditahan ward

Assalamualaikum...
Dah masuk tahun baru dah pun ye..baru teringat nak update. tu pun banyak cerita dah lupa...
huhu...
dari tahun lepas lagi, aku memang plan nak masukkan maritza kelas berenang atau pun tea kwan do. so aku tanya maritza, dan dia pilih untuk belajar berenang.

sebelum aku nak masukkan kelas tu, memang aku tanya macam-macam pada ticer dia tentang coach dia. sebab risau la kan. kot jadi apa-apa..naya je anak aku..Alhamdulillah diajar oleh expert swimmer la. memang certified trainer.
kelas pertama dia bermula pada Januari, 31hb aritu.
lepas kelas pertama, maritza cakap dia taknak join dah..dia kata dia sejuk la, dia penat la.. aku macam pelik jugak. sebab maritza ni memang suka main kolam. kalau dah dapat mandi kolam, payah nak kuar. lupa sejuk, lupa lapar. tapi ni ticer dia bagitau maritza belajar swimming kejap je, sebab dia kata dia sejuk...hmmmm..sesuatu sangat.
So, malam tu maritza cakap lagi dengan aku, dia taknak kelas swimming. dia nak masuk tea kwan do.
aku buat tak dengar je. sebab dah bayar ok.tak kan nak burn je..
kelas pertama dia

Dari maritza taknak taknak gi kelas swimming tu, rupanya ada cerita...
ceritanya begini, Jumaat tu, 3hb aku nampak macam ada blister kat bawah dagu dia. so aku diamkan je..
hari isnin, aku tengok blister tu macam membesar sikit. so petang tu, lepas balik keje, aku bawak maritza jumpa doctor kat klinik. doctor kata maritza kene impetigo. so dia bagi ubat sapu..
hari selasa maritza ada kelas swimming lagi.
hari rabu, 8hb aku tengok blister tu macam dah bertambah..so aku risau sikit la, takut kene hfmd, tapi doctor tak alert ke kan..jadi aku bawak lagi sekali pegi klinik untuk dapatkan referral letter ke paed.
tapi malangnya doctor tak bagi sebab benda kecik je, doctor bagi antibiotik.
selang seminggu makan antibiotik, pagi selasa 14hb aku tengok maritza macam tak ok. merah-merah leher dia. so balik keje, petang tu aku ade kelas, tapi aku curi masa jap bawa dia pegi klinik dan mintak jugak referral letter, sebab impetigo dia tak baik-baik. nampak makin teruk. doctor pun pelik, kenapa tak baik-baik. budak lain 3 hari makan antibiotik terus baik.
appointment dengan pakar dermatologi hari rabu petang, 15hb.
jumpe je doctor, doctor terus decide nak tahan maritza sebab keadaan kulit dia nampak teruk. tapi disebabkan kene tahan dekat hospital yang agak jauh dengan rumah kami, maka kami minta excuse kat doctor untuk balik dulu, packing barang dan akan datang balik lepas bilik ready.
malam tu maritza dah mula menggaru. muka merah tak bermaya. ketiak sakit, pedih gatal.
pukul 9, hospital call untuk check in. lepas masuk bilik, maritza taknak tido. dia taknak kene dukung. katanya ketiak sakit. lepas paksa-paksa dia lelap jugak.
pukul 4 pagi, dia taknak baring. nak tido duduk je, sebab belakang badan pedih. aku pelik jugak.kenapa la dia ni. so aku suruh dia meniarap. baru je meniarap sekejap. dia bangun balik. dia kata dada pun sakit. sudahnya dia tido duduk je bersandar dekat aku.
pagi tu, encik yayang cuba baringkan dia jugak.lena tido sampai pukul 9.30 pagi.
lepas bangun dia tak nak mandi, tapi aku ajak jugak mandi. mandilah dia dengan menangis nangis menahan sakit.. tapi aku mandikan sikit jela. aku pun tak kejam. tau anak sakit. tapi kene mandi untuk bagi dia segar sikit.
lepas mandi, nurse datang sapukan ubat. doc datang buat ujian darah.
petang tu result keluar, doctor cakap darah dia bersih. so jangkitan diparas kulit sahaja.. so lega sikit. doctor suspek dari environment saja..
so kami berkongsi cerita dengan doctor tentang aktiviti terbaru maritza.. dan respon doktor, mungkin kulit maritza sensitif, jadi dia react pada klorin kolam tu.. dan kolam tu pulak, adalah private pool. lps kelas renang tu, ticer dia mandikan gitu-gitu je, tak bersabun, so klorin tu effect seluruh kulit dia..
kesian tau. malam kedua, dia mula sakit kat punggung pulak, taknak baring. nak tido berdiri. tak kesian ke..aduhai..sudahnya aku ajar dia tidur bersujud je. dapat la dia sambung tido malam kedua tu.
malam ketiga, kulit bahagian leher, ketiak mula mengelupas. jadi tempat ni kurang sakit dah.. tempat lain pulak sakit..hari ke empat berkampung kat hospital, akhirnya doktor bagi kami balik.
dah balik pun dia tak ok lagi..kene mc. sebab nak makan ubat, nak sapu ubat, moisturizer sume nak kena sapu. kalau pi sekolah, sape pulak nak buat sume ni kan?
so aku dengan encik yayang gilir-gilir cuti jaga maritza masa kat hospital dengan dekat rumah.
semalam, first day hantar dia dekat sekolah..tu pun actually tak ok lagi kulit dia. masih dalam proses penagelupasan. tapi dah kurang gatal-gatal. so boleh la. MC pun dah abis..huhuhu
disebabkan jadi macam ni, kami sepakat tak hantar dah maritza ke kelas renang tu. burn pun burn la..kesihatan anak lagi mahal wooo
mungkin kami masukkan kelas tea kwan do tu ke nanti..tengoklah macam mana...
Malam pertama...

Malam ke 3 kot..dah kuat ceria sikit

Menunggu Doktor cakap boleh discharge