Assalamualaikum....
panjang sikit berehat kali ni, sebab cuti panjang, naik cuti sibuk yang amat. sampaikan semua benda nak tulis kat dalam blog pun berterbangan tah ke mana..
kali ni nak cerita pasal perut mengeras..
perut korang mula mengeras waktu minggu ke berapa?
selalunya dia mengeras waktu bila?
macam aku perut aku mengeras agak awal. dalam minggu ke 26++ macam tu kot. tupun sebab maritza selalu lanyak aku..huhu. mungkin baby nak protect diri dia sendiri kot.. cian dia.
tapi yang aku perasan asal petang, dekat nak maghrib tu sampaila dekat-dekat kul 10 tu..dia mengeras je..memang serba tak kena kalau dia mengeras. duduk tak ok, baring tak ok. kene berjalan, berdiri je kot..huhu
masa cuti weekend aritu aku balik langat, mak aku macam risau tengok aku macam menahan sakit sebab baby mengeras. terus dia tanya " sejak bila anak kamu mula mengeras ni"
sebab mengeras tukan salah satu tanda nak bersalin.. tapi ni bukan mengeras nak bersalin. insyaAllah setakat ni aku bole bezakan..
tapi bangun pagi tadi rasa kurang sedap. perut mengeras, lepas tu, siap aku termuntah, then rasa macam terteran sikit..eh?? seram pulak. lepastu rasa macam kurang selesa sikit kat miss v.
agaknya baby masuk laluan ke? tapi tak macam awal sangat ke? baru je 33 minggu.
tak kisah la baby dah masuk laluan lagi bagus, cepat ibu dapat cuti..hehe
cumanya kekerapan mengeras tu memang boleh buat aku penat. kadang tu kesian kt suami ngan anak aku. sebab aku ni sibuk melayan perut sampaikan maritza ngn ayah dia terabai..serius kesian..
maafkan ibu ye yayang-yayang ibu.. :)
No comments:
Post a Comment