Monday, 15 September 2014

Perasan untuk menempuh alam bersalin

Assalamualaikum...
hari rabu ni aku dah nak masuk minggu ke 35. apa yang aku rasa sekarang?
macam -macam....
nampaknya adik ni pun macam kakaknye..asal petang dalam kul 6 tu sampai la pukul 8 kadang pukul 9 dia bagi hint-hint braxton hicks kat ibu.
cuma kalau maritza dulu aku perasan dalam minggu 36 onwards camtu baru dia buat braxton hicks tu. tu pun malam aje..tapi adik ni awal sikit dah bagi penangan dia kat ibu ye..

kawan aku pun ada komen gak, pregnant kali ni aku kurang sikit aktif berbanding masa maritza dulu. gaya aku memang macam orang tak mengandung. aktif lasak, masuk bawah machine, panjat machine semua aku buat. la ni macam tak daya sangat. even solat pun aku request kerusi kat surau opis aku ni.

bukan dibuat-buat. tapi mungkin faktor umur kot...huhuhu...dan faktor berat badan? hehhe...pemakanan pun sama... :(

perasaan nak alami alam bersalin pulak macam mana?
kalau masa maritza dulu lebih kepada excited. nak mencuba benda baru kan...mental macam ready sebab asik fikir bila la baby nak kuar ni..
tapi yang kedua ni aku macam lebih berdebar...sebab kita dah tau macam mana sakit contraction tu, macam mana sakit bersalin tu, macammana sakit berpantang tu kan...

kalau nak ikut-ikutkan, masa maritza dulu, aku jarang sangat kene braxton hicks, sampai la malam aku admit hospital, aku mula start sakit, tu pun setelah diseluk.
lepas tu malam tu, aku alami contraction 5minit selang 15minit...contraction dari pukul 11malam, sampailah pagi tu, kul 8 baru masuk labour room.
sakit contraction agak lama..sakit bersalin macam tak terasa sangat, sebab cepat je tempoh bersalin.
then kene jahit, then aku tido je...
maritza pun memang baik... dia pun tido je, takde nak nangis-nangis buat aku stress.
relax je dia tido dalam cot tu ha..bangun pagi aku leh gi mandi lagi, tinggal dia sensorang...memang budak baik...

aku harap adik dia pun sama,..tapi harapan lebih sikit la..harap sakit contraction kejap je, pastu sakit bersalin pun kejap jugak, lepas tu tak payah kene jahit, sebab tak kene gunting. lepas tu dia baik je, tido berehat dengan ibu...lepas tu boleh kuar spital dan berpantang dengan aman, tak kene kuning...hehhee..boleh tak gitu?
insyaAllah boleh!! baby boleh kan?

nak ikut-ikutkan aku kurang luangkan masa untuk baby dalam perut ni. sebab balik keje aku memang penat, jarang aku bercakap dengan dia...tapi aku selalu suruh maritza "cium" baby, "peluk" baby. dan aku selalu usap-usap dia...harap-harap dia faham keadaan ibu..

so baby, lebih kurang dalam tempoh sebulan lagi insyaAllah kita dapat berjumpa...
ibu tak sabar nak jumpa baby..nak peluk baby..
barang-barang untuk awak pun insyaAllah semua dah complete... :)

No comments:

Post a Comment