semalam borak-borak ngan suami...tiba-tiba termasuk bab pusat bersalin berisiko rendah ni..
penah dengar tak? aku dah lama dengar pasal tempat ni. masa tahun 2012. masa tu kakak opis aku nak try bersalin sana. tapi tak diterima sebab dia ada rekod gap lebih dari 5 tahun.
siapa-siapa yang rasa nak bersalin kat sane, buku merah dia mesti sticker putih. kalau sticker hijau tu ada posibility diaorang akan reject. kalau sticker kuning lagi lah takde negotiation langsung. huhuhu..
kalau sticker hijau tu diorang mungkin akan buat saringan sikit la kan. nak pastikan kita ni tak berisiko nak bersalin kat situ, sebab diorang takde kelengkapan macam hospital. doktor pun takda. cuma nurse saja yang akan attend kita waktu bersalin tu.
hari isnin haritu, aku saje-saje call pusat bersalin ni, aku tanya kalau condition aku ni agak-agak diorang terima tak. soalan pertama dia, buku merah puan sticker apa? hahaaa..aku jawab hijau. hijau pun sebab aku ada history of GDM masa kandungan pertama..yang kali kedua ni aku clear..
so dia tanya pulak, dulu bersalin cara ape? aku jawab normal. bayi besar tak? bayi saya 3.42kg.lain-lain semua ok..
so dia cakap, puan datang la sini dulu bila dah rasa sakit. kita buat saringan dulu. kalau tak boleh, kita akan hantar ke hospital..
hmm...nampak macam ada chance nak bersalin kat sane nih..hehe
aku bukan apa. kalau boleh aku nak bersalin kat hopital ampang macam bersalinkan maritza haritu. tapi mana la tau kan, kot-kot aku ni dah tersakit nak bersalin sangat-sangat time aku kat opis ke, tengah malam ke. macam tak sempat nak balik sane je, so kalau boleh bersalin kat tempat risiko rendah tu ok la kan..
sebab kalau pegi hospital putrajaya tu, madang je penuh orang kata.jadi malas la nak gi sana, pastu kene transfer tempat lain pulak..
pusat bersalin risiko rendah ni pun dekat je. kat presint 8. tapi aku pun lom survey-survey lagi..nak ajak encik suami survey bila ada kelapangan nanti..
kalau siapa-siapa yang nak survey, boleh la call dulu nombor ni 03-88924333 takpun terus gi sana..ni alamat dia No P8G 1/3, Blok F, Jalan P8H, Presint 8, putrajaya..
Info sedikit tentang tempat bersalin ni... |
No comments:
Post a Comment