Friday, 12 September 2014

Ragam anak pertama bile ibu semakin menghampiri due date

Assalammualaikum...
panjang kemain tajuk. sebab rase macam dah ada tajuk anak meragam...hehe..takpe-takpe.abaikan tajuk. yang penting cerita kita hari ni.
harini aku nak kongsikan ragam anak pertama aku, iaitu maritza. sejak dua menjak ni, ragam dia semacam. tapi takla yang menyusahkan kami..cuma buat hati kami (aku dan suami) makin tersentuh...huhuhuhu
aku ceritakan ragam dia bermula dari pagi ye...
bangun pagi. dia bangun sama time dengan kitorang...kul 6.30..dia akan minta aku peluk dia, tak pun tepuk-tepuk dia..lepas tu, nampak ayah kat sebelah, mesti panggil..ayahhhh..dengan nada manja dia...alahai...
ok, bangun pagi..kami bersiap. dia main dalam bilik iron..sambil teman ayah iron baju. lepas tu duduk depan bilik air, tunggu ayah mandi.
sambil tu, tengok ibu dah siap mandi ke belum. kalau ibu dah siap mandi, terus masuk bilik dengan ibu, ibu pakai bedak, dia nak bedak,ibu pakai tudung dia nak tudung...
dah siap, time nak keluar rumah...laju-laju nak jalan dengan ibu. mesti kene pegang tangan dia. tak kira ibu banyak barang nak kene pegang, dia tetap suruh ibu pegang tangan dia...
lepas tu masuk kereta..(ni kalau aku yang hantar ke rumah bs la..biasanya suami aku hantar, kadang-kadang je aku yang hantar)...
ok sambung...masuk kereta duduk sebelah, lepas tu semua dia nak tegur...bird la car la uncle la..hahhaha..becok je.
sampai-sampai je rumah bs, muka sedih..bila aku amik dia, kuarkan dari kereta...terus dia meraung...peluk aku kuat-kuat...aduh....touchingnya....sob sob. rasa cam nak bawak gi keje je...tapi apakan daya.
aku terpaksa lepaskan dia jugak...dia macam tahan-tahan tangis bila iza (bs) dukung dia..
takpe la sayang..kejap je ye. nanti petang kita jumpa...
petang balik keje..kul 5 aku dah berdesup balik. amik maritza, then gi la tapau makanan ke..hehehe
dia kembali becok dan ceria dalam kereta. sampai rumah pun macam-macam la aksi-aksi manja dia, tapi lebih kepada aksi manja dengan ayah...macam dalam entry ni
sampai la waktu nak tido. minta susu kat ayah, lepas tu baring..
baring nak berlapikkan lengan ibu. taknak letak kepala kat bantal.
lepas tu, suruh ibu tepuk pulak... kalau tak tepuk, kene peluk dia pulak..nak tido mesti melekat dengan ibu...alahai..manje bebenor ni..camne nak ade adik.
kalau terjaga malam tengok aku membelakang kan dia, ditariknya aku mengadap dia. ditariknya tangan aku letak bawah kepala dia...
kalau terjaga tengah malam, tengok aku takde, terus menangis kuat-kuat..cepat-cepat aku kene masuk bilik, baring, peluk dia sambil lengan aku jadi bantal dia..hahhaa
begitula sehari-hari kelakuan maritza...orang kata budak nak dapat adik, camtu la..aku harap dia boleh berkongsi kasih dengan adiknya nanti... aku harap dia faham kalau aku terpaksa bagi lebih perhatian pada adiknya nanti...aku akan cuba kekalkan cara tido dengan memeluk dia..harap dia takde la merajuk ke, membawa diri ke macam orang selalu cakapkan...aku harap maritza lain dari budak lain...sepanjang-panjang ni pun, aku memang merasakan maritza lain dari budak lain.. dia macam matang.macam memahami..dan pandai bawak diri...

No comments:

Post a Comment