Assalamualaikum...
wah...baby belum lahir tapi dah nak buat aqiqah ke?
hehe.. semangat kan..
masa maritza dulu aku buat qiqah waktu maritza dah abis pantang. tapi untuk baby ni aku nak buat masa dalam pantang, jadi kene la aku siap sediakan persiapan untuk majlis tu sebelum aku bersalin..
kan dah banyak keje; nak prepare untuk sambut ahli baru, nak prepare untuk berpantang, nak prepare untuk majlis aqiqah. buat lewat sikit tak bole ke?
ok..bukan tak boleh, tapi sebenarnya aku nak sambut sekali birthday maritza. kan aku dah janji nak celebrate bila dia dah 2 tahun. genap-genap 2 tahun, dapat adik pulak..sekali jalan la..senang ayah dengan ibu..hehe
lagi pun dia dah pandai minta-mintak tiup lilin tau..cian dia. tak sampai ati kalau tak celebrate untuk dia kali ni..
insyaAllah, next year kita buat lagi proper ye...celebrate together-gether ngan adik awak sekali..boleh? hehehhe
ok..ape preparation untuk majlis aqiqah ni?
1. sabtu dan ahad, aku, encik suami gi tawaf gm klang. gi cari barang-barang untuk goodies. goodies untuk orang surau dan goodies untuk birthday maritza..alhamdulillah..bajet kami untuk goodies rm300, tapi kami spend rm227 je..jimat banyak. apa yang ada dalam goodie orang surau? ada air kotak, london swiss roll, dan perfume al-habib..wangiii. goodies untuk birthday maritza? ada air kotak, london swiss roll, jelly, coloring book. ok la tu kan. bajet 100pcs
2. Minggu depan nak g booking catering untuk majlis aqiqah, nak booking khemah, nak cari homestay untuk family suami dari muar.
3. nak tempah rainbow cake dari kawan aku (insyaAllah). makanan untuk majlis harijadi maritza kalau boleh aku nak tempah dari kawan-kawan opis ni je..hehe...laksa ke, pizza bread ke, puding laici ke, cupcake ke...pastu buat la makanan tambahan sikit-sikit. sebab aku ni dalam pantang tak dapat la aku nak kerah tenaga aku sangat..terpaksa la main order-order je..moga Allah permudahkan urusan aku dan suami.
4. kalau boleh, kali ni nak buat kambing golek pulak..nak try cari yang murah dan berbaloi...sape tau? meh rekemen sikit...area hulu langat ye.
5. minggu depan jugak aku nak usulkan pada mak abah tarikh aku nak buat majlis ni..harap-harap takde la clash ngn majlis sape-sape..
setakat ni, tu saje persediaan aku...kalau jadi nanti majlis nya aku update lagi ye..insyaAllah
No comments:
Post a Comment