Assalamualaikum.....
Harini nak buat review pasal carseat baby.
disebabkan aku and husband duduk jauh maka aku kene ada carseat baby ni. untuk memudahkan pergerakan aku as a single weekday mommy..cewahhh..
Ok, masa preggy dulu aku agak pening, nak pakai baby carrier ke nak pakai baby carseat.
mula-mula dulu rasa macam nak pakai baby carrier je, sebab:
1: Murah : beli mahal-mahal kalau anak taknak dok dalam tu dah rugi.
2: Mudah : senang nak angkat carrier tu kalau keluar makan ke ape ke kan, baby kan kecik lagi, payah time makan tu nak kene pegang-pengang.
3: Suit: kete aku kecik je, memang sangat practical kalau guna carrier. takde la sampai menghalang penglihatan aku nak tengok side mirror nanti.. eheh
Tapi....fikir punya fikir, akhirnya selepas melahirkan baby, aku decide nak beli carseat..dan carseat pilihan aku adalah Sweet Cherry: CS800 Eternal Carseat.
kenapa aku pilih untuk beli carseat ni? Ini adalah sebab-sebabnya:
- Combination seats which suitable for newborn to 4 years old
- Rear and forward facing position
- 3-height reclining backrest
- Extra infant head support is provided
- 5 point safety harness
selain dari sebab-sebab diatas, aku pilih utk beli carseat ni sebab murah nak compare dangan carseat brand lain. Masa aku beli kat Sogo aritu harga dia RM345 kalau tak silap aku.
Masa promo kat Sogo boleh dapat RM300. murah..
dan lagi anak aku sangat selesa duduk dalam carseat ni. kain pun bukan jenis yang panas. maknanya kalau korang baru balik dari shopping ke, kereta park kat tengah-tengah panas tu, bile nak letak anak dalam tu, takde la anak korang melecur sebab panas.
Setakat 8 bulan lebih aku menggunakan carseat ni alhamdulillah, aku bersyukur maritza ok je duduk dalam tu..takde la membazir beli carseat ni.
petua aku nak bagi anak korang duduk dalam ni ialah latih baby guna carseat ni since dari baru lahir lagi. maknanya asal naik kete je, letak dia dalam carseat. jadi dia dah faham. naik kereta duduk dalam carseat bukan duduk atas pangku ibu. masa nak susu, amik baby, then letak balik.. InsyaAllah, baby akan ok :)
See, selain dari guna dalam kereta..boleh jugak gune kat dalam rumah. :)
jom beli!!
nampak mcm selesa je baby dlm tu
ReplyDeleteAlhamdulillah..stakat ni mmg dia selesa duduk kt carseat ni :)
ReplyDeleteanak u pakai ni dari umur berapa ye??newborn pakai badan dia bengkok x kalau duduk dalam tu.. tgh cari review pasal car seat ni n jumpa ur blog..
ReplyDeletedia pakai dari pantang, sampai sekarang..dah setahun sebulan.
ReplyDeletecarseat ni ade 3 step recline, so untuk newborn boleh recline sampai abis. badan baby xbongkok. nampak selesa