Bismillahirrahmanirahim.....
Assalamualaikum...
Pertama-tama sekali syukur sebab Maritza sudah pun berusia setahun pada 31 October yang lalu..
celebrate besday? kami tak buat pun, mulanya macam plan nak buat juga, tapi last minute semua yang nak jadi jemputan macam tak available, jadi terus tak buat. takpe lah tunggu dia umur dua tahun la, masa tu dah besar, pandai appreciate dan pandai makan kek.hehe
ok, berbalik pada tajuk harini,
semalam 16 dec 2013 adalah tarikh pertama aku menghantar anak aku ke taska..
kenapa aku hantar?
sebabnya aku kasihankan pengasuh maritza, kak izan...
dia baik, dia jaga maritza macam anak sendiri. anak-anak kak izan semua sayangkan maritza..
aku sangat-sangat selesa anak aku ditinggalkan dengan famili kak izan..
tapi sejak akhir-akhir ni kak izan kerap tak sihat..sakit kepala, sakit urat, sakit belakang..mungkin terlalu letih menjaga budak-budak yang sedang membesar ni..
tambahan lagi maritza tiba-tiba sangat sensitif dan takut sampai menangis-nangis bila jumpa suami kak izan, abang ajaq. sampai buat kak izan stress nak handle benda ni..
takkan aku nak suruh abg ajaq jangan cuti, takkan aku nak suruh abang ajaq jangan duduk rumah...
so kesimpulannya aku kene cari jalan lain..
Jalan pertama yang aku ambil daftarkan maritza ke playgroup..GBOB untuk build keyakinan diri maritza sebelum kami hantar dia ke nursery.
kat sana maritza nampak enjoy semua aktiviti. mungkin sebab aku join sekali aktiviti tu, jadi dia rasa secure.
tibanya hari aku hantar maritza ke nursery ditaman perumahan aku, taska mesra k****.. (tak leh reveal lg nama taska)
pagi-pagi masa hantar, penjaga tu nak sambut maritza, tapi aku cakap,"takpe, biar saya letak dia kat dalam..".aku kenal anak aku, kang dia jerit kang tak pasal terkejut penjaga tu..hehe
aku letak dia elok-elok..dia macam pelik sikit..bila aku bergerak nak letak beg dia da mula menangis..
then seorang penjaga mula dukung maritza. lagi la dia meronta-ronta.
aku ke dapur untuk simpan susu.. terkejut tengok peti ais..alahai, mana aku nak simpan susu ni.
petinya crowded. pastu dah takde divider. kak liza (pengasuh) tu suruh aku letak tempat sejuk beku.."eh?? mana bole, susu ni dah dicairkan. tak boleh letak kat tempat beku kak..", ikut kan apa yang diorang cakap sebelum ni, ada diantara anak-anak kat sini yang minum susu ibu. tapi tak sure la macam mana diorg handle susu tu.. kalau dengan kak izan, memang awal-awal aku dah explain, kak izan pun memang ada pengalaman handle susu. so aku dah tak risau dah.
then mata terpandang pulak pada lauk beku yang baru dikeluarkan dari fridge. dalam hati aku terfikir, agaknya lauk bila la ni ye..mungkin balance lauk hari jumaat lepas kot..hmmm
kemudian aku ke depan semula, aku cekalkan hati, cium maritza kemudian terus ke kereta. dalam kereta aku berdoa panjang semoga maritza selesa, gembira dan ok kat taska tu.
sampai ofis, aku cuba tenangkan hati, sibukkan diri. buat macam-macam kerja to kills the time. tapi memang berat hati.
pukul 8.45 pagi, aku call taska tanya perkembangan maritza. kak liza (pengasuh) bagitau maritza ok. mula-mula nangis, sekarang ok. main dengan kawan-kawan..cuma masa minum susu dia macam sedih balik..
ok, aku rase tenang sikit... then plan memang nak terjah la waktu rehat nanti..
time rehat, aku siap-siap tapau makanan untuk maritza then terus keluar, pecut ke taska.
sampai-sampai je aku terus menjengah ke pintu taska mencari maritza..tapi tak ada. aku tanya dengan pengasuh lagi sorg tu mana maritza, dia cakap kat atas. "eh, kenapa kat atas, kata aritu maritza kene duduk kat bawah" hmm...dia senyap je takde jawapan.
aku minta izin nak tengok maritza kat atas. kak liza cakap dia kene inform kak syida dulu (owner) sbb kak syida yg jaga maritza kat atas.
ok aku sabar tunggu.
then dia turun bawah dia cakap, maritza tengah tido. parents tak boleh naik.
apekah? aku nak tengok anak aku pun tak boleh ke? ish.. aku berkeras jugak nak masuk dan tengok maritza. sekali lagi kak liza naik atas minta izin kak syida. kemudian baru diorg benarkan aku masuk. aku masuk, berlari naik atas......
sedih...itula perkataan pertama bila aku tengok maritza...
dia letak maritza dalam baby coat. pegang dan nyonyot botol susu yang dah kosong..
maritza tak tidur! mata terkebil-kebil tapi tak berani menguit sikit pun.
dia tau aku datang, dia dengar suara aku, tapi dia tak berani untuk menoleh pada aku.. kenapa? aku confuse kat situ.
kenapa maritza secara drastik jadi camtu? tak berani menoleh. tak berani menguit, atau pun membuang botol kosong tu?... macam-macam dalam fikiran.
aku kirimkan nasi maritza, lepas tu aku balik ofis. aku cuba habiskan masa lagi. aku tak mampu nak fokus pada kerja.
jam 5 petang aku balik terus ke taska..
lagi sekali sedih hati aku tengok maritza terbaring sorang-sorang. sedangkan budak-budak lain tengah seronok bermain. kesian anak aku..
Tah
dia kene marah ke tak tau la, tapi biasanya dia aktif ke sane sini, tak pernah dalam
hidup dia terbaring macam tu takde sebab.
Bile aku sampai, kak syida tu terus rampas mainan dari tangan maritza, then dukung
dia..maritza nmpak pasrah je.
Pastu
bile dia nmpk aku, dia terus tersedu-sedu macam org mula nak nangis. Mesti dia
marah aku kan, knape hantar dia kat situ sorg2..
Luruh ati aku tgk dia camtu.
Pastu, bile org tu pas kt aku,
Maritza peluk aku kuat-kuat. Sampaikan time aku nak letakkan dia dalam car seat pun dia taknk
lepaskan aku.
Pastu,
bile dah gerak kereta, aku perasan beg dia kempis je, rupa-rupanye towel dengan toiletries dia takde dalam beg. So aku patah
balik.. sampai je kat depan taska tu, dia nangis balik, dia igt aku nk anta
dia kat sane kot..
Balik
tu dia menyusu lama..sambil menyusu sambil tepuk-tepuk aku. agaknya lepaskan marah kot sebab aku hantar dia kat sana...
lepas menyusu, aku ajak suami aku makan kat luar, bawak maritza jalan-jalan untuk tebus balik rase sedih dia tu. aku peluk, aku cium maritza semahu hati aku..tak sanggup tengok dia susah hati macam tu lagi.
maritza jangan marah ibu ye..ibu cube buat yang terbaik untuk kite semua.. ibu nak maritza membesar tanpa susuhkan orang.. tapi ibu pun tak sampai hati tengok maritza kat taska tu..
mungkin satu hari nanti, bila maritza dah besar, dah pandai bercakap. kita cuba lagi kat taska yang lain ye sayang..
hari ni aku kembali hantar maritza pada kak izan...
walaupun kak izan sakit-sakit, tapi kak izan masih yang terbaik untuk maritza..
mungkin aku kene invest sikit untuk kesihatan kak izan? supaya dia sihat untuk menjaga anak aku..
tebayang betapa setiap kali bila aku nak amik maritza kat rumah kak izan, mesti time tu maritza atas dukungan kak izan... anak-anak kak izan yg menyayangi maritza..
mungkin sebenarnya memang macam tu style taska, cuma aku yang over reaction ke..tak sure.
mungkin jugak aku sebenarnya belum bersedia..wallahualam..
tapi harapan aku sekiranya memang benar jodoh maritza dengan kak izan tak panjang, aku mengharapkan aku dapat bertemu dengan pengasuh sebaik kak izan..
yang menjaga maritza ibarat anak sendiri.. dapat mendidik maritza seperti anak sendiri...
Ct...sedihnyaaa aku...hopefully k.izan cpt sembuh n blh jaga bambam smpi besar..risaunya nk ltl kat nursery skrg :( -ej comel
ReplyDeleteTQ ej comel...kite same2 doakan kesihatan kak izan & kesejahteraan anak2 kecik ok :)
DeleteSabar yer mama siti.....in Sha Allah semoga dipermudahkn segala urusan....yg you ckp tuk contribute to keshtn k.izan tu I rase ok...sbb k.izan pun jnis x bekira...take good care of maritza kn...so x slh klu you tlg2 blikn suppliment tuk dia...bg dia lbih energy tuk jge maritza n family dia sekali
ReplyDeletetula, lepas ni nak research produk yg bersesuaian dengan kesihatan kak izan... thanks for ur opinion Im =)
Delete