Sunday, 5 January 2014

Diari Ibu: Setahun 2 bulan

Bismillahirahmanirrahim..

Kenangan menarik keluar berdua dengan Maritza..kami ke Nilai.
pukul 9pagi breakfast dengan ayah, then 9.30 aku ke nilai dengan maritza..
mulanya dia behave je duduk dalam carseat dia, tibe-tibe bila mata dia dah silau kene panahan matahari, dia dah mula cranky. tak nak duduk dalam carseat.. menangis merayu-rayu..alahai..kesiannye dia.
aku amik dia dan mula susukan..tengah-tengah susu, mata dia dah mula layu-layu. eh, tak boleh jadi ni. kang lame plak aku terparking kat tepi jalan ni..

aku bagi signal, masuk semula highway..drive sambil menyusukan anak..haha...
berdoa je semoga kami selamat. biasa la dengan tangan dia yang tak reti dok diam tu. kejenye nak mencapai stereng je..
tak dapat capai dengan tangan, dia nak tendang dengan kaki dia plak.. adeh. melasak plak dia dalam kete comel ibu ni.

elok-elok je kuar dari tol nilai, dia da kenyang. so sementara berhenti kat lampu merah, aku letak balik maritza kat carseat.. sambung perjalanan ke nilai 3. yey..
dia sangat behave sepanjang 4jam kat nilai..haha..bagus! next time bole teman ibu window shopping lagi ye.
semalam aku tak beli ape-ape pun..walaupun geram kat pinggan mangkuk claytan yg discount 50%. kat kain langsir yg dijual harga lelong. tapi aku masih cuba berfikir secara waras lagi..hehe
(waras la sangat, sampai tido malam pun asik berpikir.."alangkah bagus kalau aku beli je set pinggan tu", " ish, beli langsir baru mesti cantik.ade suasana baru" haha!) gile tak lena tido aku. huhu

ok, sebenarnya nak cite perkembangan maritza yg dah berumur setahun 2bulan ni..melalut lak cite pasal nilai.haih!

semenjak semalam aku da merasakan maritza dah besar..dah bukan baby kecik lagi..
kenapa?
sebab dia dah mula faham apa yang kita cakap dengan dia..seronoknye...pasni da bole jadi BFF ibu ye.
sebelum-sebelum ni dia da faham kalau aku sediakan makanan..mesti dia mula menadah tangan nak baca doa..kemudian cakap "duduk" kat diri sendiri..haha..jelas sebutan dia, cuma kadang-kadang dia mcam confuse. bila-bila dia nak cakap "duduk" dia cakap je. tapi sekarang dia mcam dah faham.perkataan duduk digunakan masa bila.

contoh lain, bila aku cakap " maritza, jom mandi" dia akan cakap "jom" lepas tu terus ke bilik air...buka baju, then masuk bilik air. dia dah pandai..lepas mandi dia mesti tunggu aku lilitkn badan dia dengan towel, lepas tu dia landing sendiri atas tilam..haha. semalam ayah mandikan dia..ayah suruh angkat kaki, dia angkat kaki. serius dia dah faham instruction tu..haha.Alhamdulillah.

kalau dia buang air besar pun, dia akan cakap dengan kita.."yak"..good girl. tak payah ibu nak check-check pampers awak lagi maritza.. :)

paling geram.kalau lepas dia menyusu, dia akan cakap "dah", then siap tolong tutupkan baju ibu lagi.hehe..kadang rase nak gelak pun ade. pernah sekali tu, sebab susu dah penuh, aku paksa dia minum ..dia baru stimulate belum minum pun lagi, then dia cakap "dah" sambil tutupkan baju..cis...menitik-nitik susu terbuang camtu aje..heh. kalau dia nak susu pun dia akan cakap "nom" (minum)..setakat ni, byk jugak perkataan-perkataan yg dia dah bole sebut..
"ayah"
"dah"
"nak"
"dap" = sedap
"nom" = minum
"jom"
"amak" = alamak
"auw"
"nyum-nyum" = makan
"duduk"
"za" = maritza :)
'yeow" = kucing
"bird"
"tu" , "ni" = itu, ini
tak banyak sangat, tapi cukup mengembirakan aku..cumanye bile aku ajar cakap "ibu" keluarnye "ayah" jugak.saje dia nak dera aku..takpe-takpe..fine!
time nak susu tau plak nangis-nangis cakap "Aaaaabbbbuuuu" hah!tau pun.

stakat ni aku rase tu je la perkataan yang keluar dari mulut dia dan dia betul-betul faham penggunaan perkataan-perkataan tu.
yang lain-lain ade jugak sikit-sikit. tapi tu lebih kepada main hentam je nak cakap..sebab ajuk ibu ngn ayah cakap.

next time kalau ada update terbaru, aku post lagi..

okbye..assalamualaikum




No comments:

Post a Comment