Assalamualaikum..
Bismillahirahmanirahim....
Hari ni topik berkisar tentang ciri-ciri seorang pengasuh. kenapa kene buat entry macam ni?
sebab jumaat lepas, k.izan telah meletakkan jawatan sebagai seorang pengasuh dengan sebulan notis. Dia nak fokus dalam bidang yang baru diceburinya..
dalam pada gembira melihat perubahan k.izan yang bersemangat untuk berbisnes, terasa sedih jugak..mana la nak cari pengasuh baru ni.. alahai..
sejak jumaat, ada jugak aku cari-cari (kat internet je la) pengasuh baru..
hari sabtu tu aku pergi la tengok pengasuh-pengasuh ni...
Kak ina: rumah nampak bersih, anak 2 orang, yang kecik dah 6tahun, setakat ni dia dah ada 2 orang budak, kedua-duanya lelaki. sorang umur 10bulan. sorang 1y1m..baru nak belajar berjalan..
syarat-syarat yang dia letakkan, dia nak aku sediakan makanan untuk maritza. kurang berpengalaman untuk handle EBM. suami berkerja isnin-sabtu. bayaran RM300
Nampak macam ok..cumanya rumah k.ina ni macam jauh kedalam sangat. payah jugak aku pagi-pagi nak ke kerja, kene patah balik lepas hantar maritza..hmmm
Ana: rumah pun nampak bersih, ada seorg anak berumur 8bulan. setakat ni dah menjaga 3 org budak. masuk ank dia dah 4 la kan. bayaran RM250. semua ok..tak ada syarat-syarat. tapi sayangnya dia warga indonesia..huhu..kalau boleh aku nak orang kite jugala yg jaga anak aku..8jam lebih sehari aku tinggalkan anak aku..silap-silap slang bertukar pulak nanti..huhu tak sanggup
K.yati: Seorang nenek yang menjaga cucunya. tinggal agak jauh ke dalam. dari suara dengarnya seperti orang baik-baik. cuma aku tak sempat nak melawat. hari yg dijanjikan telefon dia tak dapat pulak. line tak ok kot..
takpe la. mungkin bukan jodoh nak jumpa ngn k.yati ni kot..redha je la..
Iza: Orangnya masih muda, anak 3, yg kecil baru berumur 10bulan..ketiga-tiganya anak perempuan.
rumahnya simple. tiada sofa, meja makan (cuma meja jepun) dan nampak sepah sedikit dengan mainan anak. tiada syarat-syarat yg dikenakan. cuma mahukan deposit dua bulan.sebab takut ditipu..rumah pun dekat nak compare dengan calon-calon yang lain. pengalaman kerja di nursery dan jugak pernah mengasuh anak orang. Rasenya mungkin setakat ni aku rase Iza adalah calon yg paling ok buat masa ni. cuma aku takut kan bila maritza bergaduh dengan anaknya je nanti..harap-harap ok la diorg. semoga Iza dapat membimbing maritza menjadi anak yg baik tingkah lakunya..amin
Taska? memang bukan pilihan aku buat masa ni. Maritza masih kecil. aku belum bersedia untuk letak dia kat taska..tengok la kalau dah dua tahun lebih..mungkin aku akan cuba ke taska jugak.
buat masa ni aku lebih prefer babysitter.
update: baru semalam (27Jan14) k.izan bagitau dia sebenarnya mengandung..patutla kerap tak sihat..takpe la.mungkin ade hikmah kan. k.izan tak dapat jaga maritza lagi..
korang rasela..antara calon-calon ni mane yang sesuai?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam..sori sangat baru perasan ada komen... maaf ye, pengasuh saya tu nak berpindah ke kuala selangor hujung bulan ni..
Delete