Assalamualaikum..
tiba-tiba hari ni rasa berkobar-kobar nak anak pandai membaca..
hmm..
macam mana nak anak pandai membaca ni?
first skali rasanya kene betulkan diri sendiri dulu..
ibu dan bapa kene selalu baca. pegang buku. barula anak rase nak ikut. kene kerap tunjukkan buku-buku pada anak.. biar dia kenal buku.
then dah ada koleksi buku banyak-banyak, jangan takut untuk disepahkan.
biarkan anak-anak sepahkan buku tu. bila da sepah, biarkan dia pilih sendiri buku mana yang dia nak baca.
jangan risau kalau dia cuma baca atau pegang sekejap-sekejap buku tu. biarkan..
kat situ kita dah mula memupuk minat membaca dia.
lepas dia dah minat, jangan biarkan dia baca buku tu sorang-sorang. dah la dia belum pandai membaca. kene pulak buat aktiviti tu sorang-sorang. guide la dia. bacakan buku tu untuk dia. atau pun baca bersama-sama dengan dia. tunjuk ayat yang kita baca tu dengan jari. biarkan mata dia ikut jari kita.
dah baca tu jangan la baca macam baca berita..buat nada-nada menarik sikit. kalau terkejut, buat nada terkejut. kalau sedih, kalau hepi..buat expression tu semua. kalau ada dialog, tukar-tukarkan suara tu, mesti dia jadi berminat.
lepas tu, jadikan rutin..at least 1 sesi setiap hari..contohnya kalau orang bekerja macam aku, mungkin ada masa dalam pukul 8.30malam. jadikan rutin membaca bersama anak.
hmm..tu pendapat akula.. aku tak tau cara ni berkesan ke tak. sebab aku baru terfikir harini..hehee
tapi sebelum-sebelum ni memang aku ada banyak buku untuk Maritza, cumenya..keje aku asik nak ngemas buku-buku dia. tak suke tengok bersepah-sepah..so mulai malam ni dah tak payah asik nak susun buku tu. biarkan je... dan dulu-dulu maritza memang sukakan buku.asal nampak buku, dia amik dan bawa kepada aku untuk aku baca kan...tapi dah lama aku tak spend masa untuk baca buku, dia pun dah macam tak berapa minat kt buku...kene betulkan balik ni..
kene curi masa untuk bacakan buku..walau berulang kali buku yang sama..lagi bagus. biar sampai dia hafal..hehe
Maritza, jom bace buku!
Faris pun nak join la mama siti..hihi
ReplyDeletejommmm Faris
Delete