Monday, 20 January 2014

KKIA Presint 3

Assalamualaikum..
pagi ni aku mendail no telefon KKIA Presint 3 sebab nak kene postpone check up Maritza.
disebabkan aku tak simpan no klinik ni terpaksa la aku menggoogle. Alhamdulillah jumpe..ni nombornye 03-88880241. disebabkan nak cari nombor klinik ni, maka aku pun membaca keseluruhan entry seorang blogger ni..kemain marah dia kat klinik ni. pastu diikuti dengan komen-komen yang panas-panas dari reader-reader. ish ish ish..marah bebenor ni..

Mengikut pengalaman aku check up kat sana, memang la lambat..sebab orang ramai. kita pun boleh nampak ramai ibu-ibu yang menunggu giliran. siap ada yang kene tunggu kat luar klinik lagi. misi-misi pun aku tengok semua buat keje. takde yg melepak-lepak. jadi memang betulla kalau lambat sikit...pastu pulak, kalau misi da bagi appointment kul 9 ke 10 ke, datang la waktu yang da diberi tu. kalau tak, memang letih kita menunggu. sebab dia akan utamakan orang-orang mengikut range waktu pelawat/pesakit.

Mengikut pengalaman aku arini pulak..alhamdulillah..
mula menggoogle kul 11.30am, abis baca entry, terus dail no klinik, dapat bercakap dengan JM Shakila tak sampai 2 deringan..
dimulakan dengan " Selamat pagi, KKIA Presint 3"
aku pun memulakan bicara. "Assalamualaikum misi...saya nak postpone appointment saya 30hb ni bole? sebab esoknya CNY. saya tak dapat cuti.semuaorg nak cuti.."
misi : " appointment untuk apa ya puan?, bila tarikh sesuai utk appointment puan"
aku: "appointment check up anak setahun 3bulan..kalau bagi saya tarikh untuk minggu yang seterusnya boleh?"
misi: " boleh puan, saya setkan 11hb Feb, pukul 9am ye.. puan letak dekat buku 'tukar temujanji pada tarikh 11/2 @9am, direct call JM Shakila..boleh saya tau nama anak puan...bla bla bla"
aku: " Maritza binti..... bla bla bla.."
misi: " ok, terima kasih, selamat pagi"

Alhamdulillah... smooth dan ok je kan..
aku rasa kesimpulannya, mungkin kadang-kadang kita tak bernasib baik..atau kadang-kadang mungkin cara kita kurang menghormati cara orang lain bekerja..maka jadilah salah faham..apa-apa pun kritikan memang bagus untuk improvement.

sekian sahaja...assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment