Tuesday, 1 August 2017

Taklimat Pra-Sekolah 2018

Assalamualaikum..
Dua minggu lepas, kami dapat whatapps inform Maritza layak ke pra-sekolah. punya lah lega hati kami..Syukur. taklimat dibuat pada 29 Julai 2017.
jadi pada tarikh tu memang kami dah reserved nak gi sekolah, perasaan macam-macam ni. excited terutamanya sebab rasa anak dah besar, nak masuk sekolah dah.hahha.. padahal mek tu baru je 4tahun lebih.bulan 10 ni baru nak 5 tahun..haha.sabar lah ye maritza. ibu ni excited nak maritza sekolah, berdikari..hehehe

Pagi-pagi lagi kami dah bersiap. breakfast pun dalam kete je ni. sebab taknak lambat. alhamdulillah ngam-ngam pukul 9 kami sampai di dewan. Orang belum ramai lagi, kami duduk barisan kedua dari depan, bawah kipas.hahhaa..itulah keuntungan orang datang awal. haha padahal bukan la awal mane pun. ngam-ngam je. cume orang lain yang datang lambat.

Agak-agak kehadiran ibu bapa dah ramai, majlis pun dimulakan. setiap keluarga diberikan booklet untuk rujukan kami. kat situ ada lah serba sedikit panduan pakaian ke, silibus, kokurikulum, dan kelas. Maritza dapat kelas pra-sekolah efficient. sesi petang. bile dah sesi petang tu, aku macam tak berapa nak ok. sebab dia ni jenis tido petang. risau pulak dia tak bole nak belajar ke ape nanti kan sebab nak layankan mata mengantuk dia tu. huhuhu. total ada 5 kelas, 3 sesi pagi, 2 sesi petang. setiap kelas ada 25 orang murid, seorang guru kelas dan seorang pembantu kelas.
sesi pagi bermula dari 7.30 sehingga 11.30. sesi petang bermula pukul 1.00 tghari sampai 5.00 petang.

sambil-sambil dengar taklimat, aku dengan encik yayang memikir la camne strategy kami untuk tahun depan ni, kalau maritza sekolah ptg. berkecamuk gak planning aku ni..hmm. buat masa ni kami cuba pikir positif dulu la. bagus sekolah petang, dia dah tak perlu tido siang, jadi malam tido awal sikit, then boleh berlatih..nanti sekolah darjah 1 memang sesi petang dah, tak de la macam aku. culture shock dulu-dulu.sokmo tido dalam kelas.hahahhaha

then masa taklimat tu, cikgu bagitau keputusan rasmi akan keluar online 5hb nanti.dah tu aku ni tak apply online pun. kami anta permohonan terus ke sekolah pada tarikh tutup pulak tu.hehehe. encik yayang plan balik je dari taklimat ni dia terus ni apply online tu la. tapi sayangnya permohonan dah ditutup. jadi next plan kami ialah, kami apply je rayuan nanti, tapi dalam masa yang sama minta cikgu reserve kan la tempat maritza, sebab nama dia dah lulus untuk sekolah tu, cuma bab online ni je..haih.

berdasarkan pemerhatian aku, pra-sekolah ni nampak lebih tersusun, lebih bersistem dan lebih nampak arah tuju dia. cikgu-cikgu tugasnya mengajar. benda lain diuruskan oleh pembantu. mereka pun tak benarkan pembantu dipanggil cikgu, sebab taknak anak-anak confuse nanti. sepatutnya tadika pun kene buat camni la. hanya cikgu sahaja layak dipanggil cikgu atau teacher. mahal title tu. bukan semua boleh senang-senang dapat title tu kan.

budak-budak pun diajar untuk berdikari sendiri. contohnya masuk ke kelas sendiri. dari pagar sekolah nak kekelas..tapi kami boleh la teman untuk minggu pertama. buka dan pakai stokin dan kasut sendiri. simpan alatan sendiri.. diorang macam dilatih untuk bersedia ke alam persekolahan.

so far, setakat ini aku macam suka dengan sistem pra-sekolah ni. cuma kaedah pembelajaran dia dengan hasil dia aku tak boleh nak komen lagi la.. nanti aku tengok dan cuba untuk menilai k.
setakat ni aku puas hati. walaupun dalam 1 kelas tu ade 25 orang pelajar..rase dah banyak tu.. tapi macam aku cakap, untuk persediaan darjah 1. nanti darjah 1 sah-sah sekelas ade 40 orang..aku nak maritza belajar untuk adapt keadaan ni..insyaAllah.. kata guru besar dia, budak-budak pra-sekolah ni confirm akan masuk sekolah ni nanti untuk darjah 1.. :)

Semoga saya dapat masuk sekolah ni...tahun depan adik saya pulak..aamiinnn
💜❤

No comments:

Post a Comment