Thursday, 17 July 2014

Pengalaman mengunakan baby cot

Assalammualaikum...
sejak beli baby cot hari tu aku baru cuba dua kali je untuk tidokan maritza dalam tu. kali pertama aku try malam isnin, lepas balik dari langat. aku pujuk dia dari awal. asal ada masa terluang je aku bagitau dia yang malam ni dia kena tido baby cot. dia siap jawab "ok"..
then malam tu, aku bancuhkan susu dan letakkan dia dalam cot..punya la dia excited. tersenyum-senyum sambil sambut botol susu dari aku. lepas abis 3oz susu, dia berdiri dalam cot tu dan melompat-lompat...ehhh...tak boleh jadi ni. patah nanti. aku pun bukak ABC song dari phone aku, aku bagi dia tengok. buat lali-lali mata. takde la dia melompat-lompat kan.. lama jugak la video tu. ada dekat sejam kot.
lepas bagi maritza phone, aku baring atas tilam, sebelah dia.. memang dia boleh nampak aku la..macam tido sebelah-sebelah, cumanya lain-lain katil je.
lebih kurang dalam 15minit gitu kot...aku terdetik dalam hati,"eh, maritza tak kisah ke tak tido dengan aku? anak aku dah besar ke? anak aku dah tak perlukan aku ke?" serius! aku pulak yang tak senang hati & minda. dok pikir macam-macam sambil aku tenung je maritza yang tengah ralit tengok video favorite dia tu..siap nyanyi-nyanyi lagi.
tiba-tiba, masa vidoe tu lebih kurang tengah dok berphonic huruf U, maritza panggil aku..."Ibuuu...Ibuuuu....amik amik!" sambil mendepakan tangan dia. nak suruh aku amik dia. masa tu aku ada dua perasaan. satu: aku rasa macam....alamak! misi aku gagal malam ni nak ajar dia tido dalam cot". dua: yes! maritza masih perlukan aku :)..hahaha..aku amik dia cepat-cepat, baringkan dia sebelah aku, dan aku peluk sambil cium-cium kepala dia. macam rindu sesangat. hahaha. nampaknya aku yang lebih-lebih tak sanggup pisah tido ngan anak...macam mana ni..? haha. last-last maritza tido la dengan kami sampai ke pagi.
masa bersahur dia bangun, dia minta susu. aku bancuh susu. lepas dapat susu, dia minta aku masukkan dia dalam cot dia..then dia sambung tido sampai la pukul 7.20 pagi.
lepas dari cubaan pertama, aku stop agak lama..sebab maritza mula demam dan dijangkiti herpes gingivitis.
malam tadi malam kedua badan dia tak panas, jadi aku rase baik aku cuba lagi sekali..
tektik yang sama, bagi susu, bagi phone dan masukkan dia dalam cot. tak sampai 15 minit dia nak keluar...nak ngempeng. aku pun amik dia, bagi susu sampai dia lena. dalam pukul 10 lebih macam tu, aku masukkan dia dalam cot.. sedap je nampak dia tido..tapi malangnya, aku yang tak boleh tido-tido lagi.. kalih kiri kejap, kanan kejap...haih! apsal tak boleh tido ni...? anak dalam perut pun sama. tak tido-tido. sampai la pukul 12.30, maritza bangun..mintak susu..dan jugak mintak keluar.
aku keluar kan dia dulu, baru g buat susu. masa tu dia dah nangis-nangis sebab marah kot aku letak dia dalam cot.hehe..dan aku naikkan rail, jadi dia tak bole panjat untuk keluar.hehe
lepas siap susu, aku bagi pada dia, dia taknak. nak susu aku. aku pun bagi la...masa menyusukan maritza barula aku terlelap..sedar-sedar dah pukul 3 lebih. aku angkat dia lagi, masukkan dalam cot lagi..hehehe..cekal betul kan. lepas tu, aku tak boleh tido lagi....uwaaaaaa...rupanya aku yang tak boleh pisah tido ngan anak. serius rasa macam mengantuk. tapi tak boleh nak tido..huhuu...kalih kalih sampai la pukul 4.30. aku surrender. aku bangun, gosok gigi, panaskan lauk bersahur. kejut suami dan makan sahur.
lepas sahur, maritza bangun lagi, suami aku keluarkan dia. aku suspek mesti dia merengek nak keluar macam sebelum ni..ehehe
dah keluar, dia mintak susu. lepas tu geleng-geleng bila aku nak masukkan dalam cot. dia nak baring ngn kami..ok. aku letak kt tilam kami, lepas tu dia tak jadi plak minum susu botol. nak susu aku...dah, 1 keje, aku kene baring gak...baring-baring tertido sampai kul 7..huhuhu
kesimpulannya nampaknya aku belum bersedia berpisah tido dengan maritza. aku yang tak kuat. maka aku hantar gelombang taknak tido dalam cot tu pada maritza..abis, bila waktu sesuai aku nak train dia ni? kata nak misi berjaya sebelum bersalin..huhuhu

No comments:

Post a Comment