Wednesday, 16 July 2014

Kesihatan yang tidak mengizinkan

Assalammualaikum....
hari ahad aritu, aku terlepas waktu bersahur. aku dah kunci jam macam biasa. tapi disebabkan maritza tak sihat dia nak ngempeng je.taknak lepas-lepas. dan akibatnya sedar-sedar dah pukul 5.27..aku kejut suami aku, amikkan air nak minum. dua gelas air putih aku minum, tapi rasa macam tak cukup je. huhuhu..
dalam pukul 11 pagi, sebelum kuar dari rumah sebab nak pergi klinik pakar kanak-kanak, aku dah mula rasa dahaga. dahaga sangat. rasa macam dehydrated sungguh.
aku cakap dah ngan suami aku, " rasa macam tak larat la, lagipun sakit tekak"
tapi suami aku buat biasa je, aku teruskan jela puasa.
then bila sampai kat klinik, aku memang macam da flat. duduk je, tak tolong jaga maritza langsung. aku harap suami aku paham...huhu
duduk-duduk menunggu giliran sampai aku tertido. mujurla maritza tak merengek-rengek. mujurla dia seronok bermain..hehe
dekat 15minit jugak aku tertido kat sofa klinik tu. sampai badan rasa lega sikit.
lepas jumpa doktor, kami ke ioi puchong, suami nak belanje baju ngn kasut raya untuk aku :)..
tapinya masyaAllah, penuhnya orang, nak parking pun tak boleh. lepas pusing 2 kali untuk cari parking, kitorang decide keluar je dari situ. aku gi bayar parking, suami que untuk keluar.
disebabkan sana sini ramai orang, kami plan g giant equine je la..kebetulan maritza dah tido, dapat la aku berehat-rehat kat belakang sama-sama ngn dia. sampai giant. aku gi solat, sementara suami aku cari tempat makan untuk maritza.
lepas solat aku rasa makin lemah, rasa nak baring je dalam surau tu.tapi nanti kang tertido plak..
aku gagahkan diri cari suami dan anak aku kat foodcourt. jalan memang slow la. lemah je rasa. sampai kat foodcourt aku tengok air-air orang rase macam..aduhhhh..tak tahannya.
lepas maritza makan (makan pun sikit je, 2 suap je kot. sebab sakit mulut kan) bawak dia main-main kat indoor playground. lepastu misi mencari kasut raya aku... setiap kedai yang aku pergi, aku bukan nak cari kasut pun, aku nak cari kerusi. nak duduk. tak larat..
puas suami aku tunjuk macam-macam kasut. aku try je, lepas tu aku mintak dia letakkan balik. then pergi ke kedai lain, pun sama macam tu.
dah jalan sampai ke level atas, aku bagitau suami aku nak berbuka. time tu dah 3.45 ..serius aku tak boleh tahan. aku dah rasa nak pitam.
suami aku pegi carikan air, aku request satu air tin sebab aku rasa nak pengsan, mungkin kurang gula, dan satu lagi air mineral, untuk hilangkan dahaga aku.
masa nak tunggu tu, rasa time-time tu jugak nak tergolek, aku duduk berpaut pada stroller maritza. sampai-sampai je air, aku terus masuk surau dan minum....Ahhhhh..lega..terasa air sejuk tu seakan-akan mengalir kat setiap urat aku tau. serius. sangat dehydrated kot aku ni..habis setin, aku bukak air mineral pulak. then makan sebungkus kit kat.. alhamdulillah, barula rasa lega.
lepas suami aku bersolat, kami keluar dari giant dan terus ke jusco equine pulak. masuk satu kedai je, terus aku decide beli kasut apa.haha
pastu beli sehelai baju maternity nak guna masa raya nanti..
kitorang duduk kat jusco sampai la waktu berbuka. then balik.. hari isnin pun aku rasa lemau lagi, masih rasa tak sihat, aku suspek aku dah berjangkit herpes gingvitis dari maritza ni, tak pun sebab aku pembuka demam, maka aku jadila penutup demam balik...huhu

No comments:

Post a Comment