assalammualaikum....
hai semua.. apa khabar? puasa ok? sihat? anak-anak ok?
zaman sekarang ni macam-macam penyakit kan.. yang kesiannya kalau menyakit tu melanda anak-anak kecil kita..
baru- baru ni maritza demam, demam panas bermula hari khamis, aku memang dah standby ubat. sebab sebelum tu aku demam, lepas tu ayah dia. so aku dapat rasakan maritza mesti jangkit jugak demam dari aku.. tapi malangnya demam maritza lebih teruk dari kami. dia demam berserta dijangkiti virus herpes gingivitis..sejenis penyakit gusi/pecah-pecah mulut..orang cakap mata ikan.
mulanya aku cuma bawak jumpa doktor biasa, doktor pun cakap sebab badan dia terlalu panas, maka jadila mata ikan ni.. bagi dia minum air banyak-banyak.
tapi masalahnya, esoknye bertambah lagi, dan lagi dan lagi...hampir penuh mulut dia. lidah, bibir, gusi, tepi-tepi bibir pun ada blister jugak..
disebabkan rasa risau, malam sabtu lepas waktu berbuka, aku dan suami bawak maritza pergi klinik pakar kanak-kanak..tapi klinik tutup pulak. so esoknya pagi-pagi kami pergi lagi..sejam menunggu kat klinik tu, sampai aku tertido-tido. maritza pulak syok main..hehe..ayah amik alih jaga anak sepenuhnya.
bila turn kami jumpa doktor, aku terangkan pada doktor keadaan maritza.. terus doktor bagitahu, maritza bukan demam biasa, tapi dijangkiti virus, dan mesti makan antivirus untuk bunuh virus tu.
herpes gingivitis ni dia macam chicken pox jugak, tapi dia versi dalam mulut je. dan dia boleh berjangkit melalui air liur dan ciuman.
keadaan mulut dia dah agak teruk, sebab tu kurang berselera nak makan nak minum. kuat meragam..kesian sangat.kalau kita pun tak tahan even satu mata ikan pun..inikan pulak budak belum 2tahun..yang mana mulutnya penuh dengan mata ikan dari bibir sampai ke tekak.
nasihat aku pada korang, kalau agak-agak anak taknak makan, taknak minum, taknak gosok gigi, cek la jugak mulut dia, kalau ada mata ikan, dan lebih dari satu, jangan berlengah macam aku..terus jumpa pakar. dapatkan nasihat pakar. sekurang-kurangnya dapat bunuh virus tu awal-awal sebelum dia merebak..
dan paling malang, benda ni boleh jugak berjangkit pada orang dewasa. aku pun macam dah mula ada ulser kat lidah, sakit gusi..semuanya sebab aku share makanan maritza. biasalah orang ngandung ni antibodi rendah sikit..huhu..
apa-apa pun doakan maritza cepat sembuh ye semua......
No comments:
Post a Comment