Assalammualaikum..
kelmarin, aku tak ada kelas. jadi balik kerja awal-awal.amik anak-anak, makan nasi lemak tapau. lepas tu aku bagi anak-anak buat aktiviti bebas.sambil aku mengadap henfon.
bila maritza menyakat musfira, aku jerit je dari jauh.
bila time mandi, maritza kacau musfira, aku jerit je dari depan. tangan tak lepas telefon.
sampai la kemalam..sebelum nak tido, aku pegang telefon lagi, lepas tu ajak budak-budak tido.
pagi tadi masa nak pergi keje, maritza dok tengah main henset encik yayang.
aku tegur dia, "turun tangga tu elok-elok sikit, jangan asik nak tengok telefon je"
sekali dia jawab, "tadi ibu pun main game je". aku tanya balik,"bile? bile ibu main game?"
"tadi lah. masa kita balik dari work tu, ibu main game je" dia tu semua pun tadi..semalam pun tadi, aritu pun tadi, jadi memang kene recall sendiri la kan..
aku pun pelik, macam dah lame je aku tak main game.
sekali baru teringat, agaknya yang aku ngadap telefon sampai tak hiraukan diorang tu kot..
hmmm...
terus rasa kesal. sebenarnya aku bukan main game. aku berwasap dengan ahli group baru.
tau-tau la kan kalau dah wat master ni, banyak assignment, banyak group. kebetulan group yang aku diskus malam tu sibuk nak kumpul potensi tajuk. jadi aku pun nak sumbang tajuk jugak. taknak la jadi ahli pembonceng je. dah la tool-tools sume bagai aku tak familiar. jadi bab manual la aku leh sumbang idea..
tapi tak sangka, maritza ingat aku main game..huhu..
kesian anak-anak.dah la masa kita makin berkurang kan..time ibu ada depan mata, tapi fikiran ibu pulak takde bersama..huhu..ibu cube perbaiki mana yang boleh ye..
mana yang tak boleh tu, tunggu la lepas ibu abis belajar..sob-sob
kelas baru je minggu ke4. bahangnya sudah mula terasa..tambah-tambah lagi maritza tu memang seorang yang sangat alert.hmm.. kene la aku bijak bahagi masa kan. malam tu jugak dia agak cranky. agaknya cara dia untuk dapatkan perhatian kot. sebab ibu macam layan tak layan je diorang masa tu.
p/s: ari isnin aritu aku pakai stokin lain dari biasa, sebelum dia nak masuk kereta tu, dia terpandang stokin aku, terus cakap "wow! stokin baru!" rasa nak tergelak pun ade masatu. sempat lagi dia menegur sebelum melompat naik..maritza maritza.
No comments:
Post a Comment