Assalammualikum..
pagi ni masa aku kejutkan maritza mood dia macam tak berapa nak ok. rasanya sebab malam tadi dia tidur lewat kot. so pagi ni macam liat sikit nak bangun. aku kejut masukkan dia dalam bilik air dia nangis tak nak mandi, nak tido katanya..
dah siap mandi, taknak pakai baju sekolah pulak. nak pakai baju lain..
aku paksa pakaikan jugak uniform dia sambil dia nangis menjerit-jerit. sudahnya aku peluk dia kejap-kejap then mintak tolong encik yayang buatkan susu sikit kat maritza.
lepas bagi susu, barula aku boleh bersiap.
dalam kereta, dia sambung menyusu sambil kaki letak kat riba aku. cian musfira, time ni musfira kene mengalah sikit. sebab mood kakak awak kurang baik.
lepas je hantar encik yayang ke ofisnya, aku kene hantar budak-budak berdua ni ke sekolah dan ke rumah babysitter.
untuk pujuk musfira duduk kat carseat dia, aku bagi telefon untuk tengok lagu-lagu.
mulanya dia ok je share tengok dengan maritza. tapi mungkin maritza ada percubaan untuk amik alih telefon tu, makanya musfira rase tak secure nak share lagi telefon dengan kakak dia..
so disinilah bermulanya episod cranky maritza semula.. puas aku pujuk dia tetap menagis..
aku kalau boleh taknak mood dia rosak pagi-pagi. nanti mesti dia rase tak best kat skolah..
so aku pun panggil dia duduk tengah-tengah antara aku dengan musfira..
" maritza..meh sini..nak dengar cerita pasal bulan tak" kebetulan aku nampak bulan besar dan terang sangat pagi tadi..
maritza tak respon ape-ape pun..
jadi aku teruskan je penceritaan dongeng aku...
"pada suatu hari...ada seorang puteri yang suka melihat bulan"
"tuan puteri ke ibu?"
"aah..tuan puteri"
"cantik tak?"
"cantik..nanti ibu cerita ye"
"cantik macam maritza?"
"ye sayang..cantik macam maritza..dah.dengar ibu cerita dulu ye" haa..nampaknya dapat respon baik ni.sambil dia meloncat balik duduk depan, tengah-tengah antara aku dan musfira.
"tuan puteri yang cantik ini suka bermain buaian sambil melihat bulan. satu hari, tuan puteri pergi mengadap raja dan berkata, "ayahanda, anakda sangat suka pada bulan. bolehkah ayahanda hantarkan anakanda ke bulan?" terkejut raja tersebut dengan permintaan anakandanya.. maka tuan puteri pun menyambung,"jikalau ayahanda sayangkan anakanda..hantarlah anakanda ke bulan"
raja pun mengangguk sambil berkata, "baiklah anakanda, jikalau anakanda mahu pergi, siapakan anakanda akan bawa sebagai pengiring?" "ermmm..anakanda nak bawak buaian lah..boleh?"
lagi sekali raja terkejut,," tak boleh anakanda, buaian tu tersangkut di pokok. tak boleh ditanggalkan" "kalau macam tu, anakanda bawak buai dengan pokok sekali lah"
"haaaa..." raja pening sudah...hehehe
disebabkan raja terlalu sayangkan puterinya, raja pun menghantar puteri, pokok dan buai ke bulan.
tinggggg
puteri dah ada kat bulan..
"haa..cube maritza tengok tu..kat bulan tu, nampak kan puteri tengah main buai kat bulan?" aku suruh maritza perhatikan lopak-lopak kat bulan yang macam rupa bentuk pokok tu.
"pokok yang mana satu pergi kat bulan tu ibu?" sambil dia tunjuk pokok-pokok yang bersusun kat tepi jalan.
"bukan pokok ni. pokok ni mana ada buai"
"ooo..pokok lain ye ibu.. maritza pun nak pergi bulan, ibu"
ah..sudah..lain pulak jadinya..errrmmm ape nak jawab ni
"ok, kalau maritza nak pergi bulan, maritza kena belajar pandai-pandai..pastu jadi angkasawan. angkaswan boleh pergi bulan"
"ooo...nak nak..maritza nak jadi angsasawan.."
hehhe..angsasawan pun boleh la maritza..nanti belajar sebut betul-betul ye...
lepas bercerita, mood dia terus bertukar ceria.. pegi sekolah pun happy-happy je...
alhamdulillah...
tapi ingat maritza..ni cerita dongeng rekaan ibu je..hehhe
No comments:
Post a Comment