minggu ni dah mula start study week. so aku yg bekerja ni kene la manfaat kan mase yg ade secoit kat rumah untuk stadi. kebetulan pulak minggu ni encik yayang ada kat rumah, boleh la dia amik alih jaga anak-anak, jaga rumah segala benda tu kan, bagi can kat isteri stadi sikit. sebabnya, nak stadi kat opis ni macam tak sesuai pulak kan, even aku try nak bukak buku time rehat pun tak berapa nak selesa.. tak de port sesuai..nak-nak lagi kawan opis sume tak tau pun aku further stadi, kecuali group aku termasuk bos aku.. total dalam 7 orang je yang tau..
so kene la sorok-sorok sikit.
So malam isnin aritu, memang aku tak buat apa pun. ingat nak stadi pukul 3 pagi.. tapi kedasar laut aku bermimpi..
jadi hari selasa, aku cakap kat anak-anak, bagi can kejap ibu nak stadi ye.. diorang pun ok..ayah layan, so takde la nak mengacau ibu. dapatla dalam 2 jam jugak aku stadi.
pukul 9.30, aku bagi susu kat budak-budak berdua tu, then dah abis susu, encik yayang bawak diorg ke toilet membuang sebelum tido then gosok gigi.
lepas tu, encik yayang ajak anak-anak masuk bilik, dia dah bacakan bedtime story kat budak-budak berdua ni, so aku aspect leh la tido dulu diorang ni. ibu nak pulun siapkan satu exercise ni.
sekali, dalam senyap sunyi malam, dalam pukul 10.15 gitu, aku dengar bunyi orang berjalan dari tingkat atas, turun ke bawah.."sapela pulak tak tido lagi ni?" tengok-tengok si manja aku, Musfira turun bawah, datang ke arah meja tempat aku belajar. dia duduk depan aku dok main kalkulator.
aku biarkan aje...sanggup aku mengira guna handphone aku je.hehe
agak-agak dia dah bosan, dia turun dari kerusi datang kat aku, mintak aku dukung dia, peluk dia..aku pun dok mengelak je la "jap ea dik..jap jap" gitu jela. dia siap tarik-tarik dah tangan aku, mintak aku bangun dari kerusi, nak suruh masuk bilik. dia ni memang tak boleh tido kalau tak beralaskan tangan aku. manja sesangat.camne la nak ubah tabiat dia ni ek..
selagi aku tak baring sebelah dia, memang tak tido lah dia.
kesian pulak aku tengok, jam pun dah pukul 11.15 gitu, aku pun mengalah la..walaupan ada satu lagi step nak siapkan exercise tu, tapi aku tinggal jugak..
naik katil, ngempeng sekejap, tak sampai 5 minit, terus dia tertido..kesian mengantuk dah, tapi tak boleh nak tido ibu takde ye..hmmm
manje benorrr
peneman ibu stadi..tapi tak bertahan lama..sebab mata dia dah berat sangat, then paksa ibu naik tido jugak! :) |
No comments:
Post a Comment