Monday, 24 March 2014

Percutian pertama dengan Maritza

Assalamualaikum..
Alhamdulillah percutian pertama dengan Maritza dipermudahkan..

Jumaat lepas, tanpa perancangan, kakak aku ajak kitorang bercuti ke cameron highland. mula- mula rase cam malas je nak pegi. kalau bercuti ni nanti mesti letih kan. pastu dengan aku tak boleh nak handle maritza dalam kereta. memang penat la. tapi bila fikir-fikir balik, best jugak cuti ni, sebab ade sepupu-sepupu dia mesti dia enjoy nanti.. join la.

bermula pagi sabtu, pukul 5 lebih semua dah bangun.. mandi, siap-siap. lepas je solat subuh, terus gerak.
plannya nak nak breakfast kat sungai buluh je. tp tibe-tibe mak ajak makan mee goreng mamak. so kitorang pun berhenti kat pasar ampang tambahan.
lepas makan, dalam pukul 8 kami teruskan perjalanan..
masuk-masuk highway je, aku susukan maritza, sampai dia tido..hehe..preparation nak jalan jauh ni.

kereta banyak, sebab dah mula cuti sekolah kan..
mulanya kami jalan berikut-ikut 2 kereta. sampai je kat RnR Rawang kami berpecah.
so masing-masing teruskan perjalanan sampai ke cameron highland. Alhamdulillah sepanjang mendaki, maritza terus tido.. asal nak bangun je, aku susukan..hehe

sampai-sampai kat pekan Ringlet, husband nak isi minyak. disebabkan kereta berhenti, maka maritza pun bangun. merayu-rayu kat ayah dia supaya amik dia.
aku bagi dia minum air masak, makan roti sikit, pastu bagi coklat kit kat..
haaa....kenyang perut senang hati, tido pun dah cukup, best nak bawak berjalan.

destinasi pertama ladang teh BOH. bawak maritza masuk kilang boh, lepas tu bagi dia minum teh dan makan kek...kemain syok dia main-main dengan kakak-kakak sepupu. kepala terhantuk kat meja pun boleh senyum lagi..hahhaa

lepas tu, kitorang pergi Bee farm..aku dah standby sweater 1, cardigan 2 dalam kete. so just sarungkan cardigan kalau-kalau dia sejuk.. tapi nampaknye mcam tak sejuk pun...

selesai membeli sebotol madu, kitaorg menuju ke tanah rata. sewa apartment 3 bilik.. masing-masing amik bilik, solat jamak qasar, then aku dengan kakak aku g beli nasi bungkus, while somi-somi berehat kejap. budak-budak main bertempiaran dalam rumah tu.. mak pun rehat kejap. lepas makan, siap-siap sarung baju sejuk masing-masing, zupppp terus ke big red strawberry farm. bagi budak-budak kecik merasa petik strawberry sendiri.
lepas tu makan strawberry coklat.. yey!
maritza pun makan strawberry sendiri. sampai comot abis cardigan putih dia...uwaaaa....

agak-agak dalam 2 jam jugakla kat sane, kitorrang terus ke pasar malam dekat brinchang... jalan-jalan sampai nak putus kaki. hehe
takde beli apa pun, beli asam-asam je untuk kakak adik aku kat rumah, beli ubi manis untuk aku n rumah mak aku.then beli makanan untuk buat makan malam... husband belikan bunga utk aku..hiihikk..terima kasih encik suami saye!

pukul 7, kami bergerak balik ke tanah rata.. on the way nak balik, tengok jalan nak ke brinchang jemmmm gileee...sebbaik kitorang dah settle. hhehe.. balik tu, maritza tertido. keletihan..
sampai je apartment, dia bangun. aku mandikan dia,pakaikan jumpsuit, lepas tu pakaikan sweater,  bagi dia makan, bancuh susu..then dia main lagi tak ingat..takpe sekali sekala bagi dia enjoy. Alhamdulillah, nak minum susu botol..nampak dia seronok sangat..
malam tu takde plan nak keluar pun..sejuk dan penat. nak tido je rase.haha
aku pakaikan maritza selimut 2 lapis, tapi dia bukan nak pakai pun. asik tolak-tolak je selimut tu..

esoknya, bangun pagi-pagi lepas je subuh terus berdesup keluar. jalan-jalan tengok kabus pastu carik makan. selesai kami makan, ramai orang datang menyerang medan selera tu. Alhamdulillah terlepas dari kesesakan..sebelum sampai ke kereta, sempat aku belikan sandle strawberry dalam rumah utk maritza..Rm10 je
lepas tu, kami ke Kea Farm..jalan-jalan...cari souvenir untuk anak-anak sedara plak. belikan pensil besar-besar je untuk diorang. sebatang RM1..hehe. jimat...
then kitorang beli pokok halau nyamuk..RM8, kitorg beli 2 dapat RM15.
husband belikan baju, patung utk maritza...puas tunjuk macam-macam patung, tapi patung monyet jugak yg dia nak..haha..
dah puas shopping, dalam kul 10 tu kitorang nak bergerak balik ke apartment. sekali lagi, jalan menghala ke Kea Farm tu jem..Alhamdulillah,terlepas lagi dari kesesakan...syukur!
dalam kereta, maritza tido balik..bagus betul! abang ipar singgah lagi 1 kedai sebelum sampai tanah rata.. husband amik kesempatan belikan 2 bantal strawberry utk maritza.

sampai je kat apartment, mcm biasa budak kecik tu mesti bangun. aku mandikan dia, pakai baju lengan panjang je, sebab da mcam nak tengah ari kan..kurang sejuk, tp still pakaikan stokin. bg dia makan coklat, jajan sikit, coco crunch, biskut.. haa..hambik ko. kemain banyak bekalan kan..kikki...pastu bagi minum susu botol lagi..
untuk bancuh susu, aku bawak air masak, air panas semua siap-siap. tak payah susah-susah nak cari air panas kalau kat luar kan...settlekan maritza siap-siap, encik-encik somi pun take nap sekejap, while mak-mak layan anak sambil makan jajan..sampai kul 12, semua bersiap-siap. kemas beg, mandi-mandi, kemas rumah, tunggu waktu solat je...lepas solat, keluar makan.. tak jauh dari aparment, Restoran Ferm Nyonya Tanah Rata...sedap sangat. portion pun besar-besar. kitorg amik sup sirip, ayam lemon, udang butter, telur dadar, asparagus masak belacan..nasik 7..licin semua..Alhamdulillah...Maritza pun makan banyak. dalam dia marah-marah sebab mengantuk, tapi dia nganga jugak mulut bila nak disuapkan..hihi

lepas makan, salam-salam..sebab sekejap lagi nak berpecah bawah haluan masing-masing. tepat pukul 2 kami bergerak balik..Maritza masuk kete je aku bg susu, tak sampai 5minit. terus tido..hahhaa
sampai rumah pukul 6 dia bangun..Syukur segalanya dipermudahkan...




No comments:

Post a Comment