Tuesday, 25 March 2014

Mengandung kali pertama vs kali kedua

Assalamualaikum...
sebelum ni dengar-dengar orang cakap pengalaman mengandung tak sama untuk setiap anak..
semua ni rezeki masing-masing. ada orang tiap kali mengandung ok je... ada orang tiap kali mengandung tak ok je..ada orang ade yg ok, ada yg tak ok..hah..kan dah.macam rojak ayat ni.

Contoh macam aku, masa aku mengandungkan Maritza boleh dikata kan ok je. cumanya bila petang-petang tu aku sakit kepala sangat-sangat. kene tidur jugak dalam keadaan gelap dan senyap.
lepastu tiap-tiap minggu nak makan laksa pasarmalam putrajaya. dengan suke sangat tembikai.
naik kereta tak boleh terhentak-hentak. time-time tu jugak rasa macam nak marah. kalau kene panas, terus migraine..haa..tu dia..ok kan..hihi

Time mengandung kali kedua ni, setakat yang aku perasan aku dah mula mual-mual. tak kene cuaca je aku mula la rase tak sedap tekak, tak sedap perut. rasa mcam loya je. selera rase nak makan masin-masin. manis-manis kurang kena kat tekak ni.
asik terbayang-bayang makan megi. megi kan masin. tak pun ayam kfc, yang original. kan masin.
try jugak makan asam. tapi macam tak lagi memenuhi citarasa.
pelik kan. bukan buat-buat. tapi tah.. macam nak yg tu..huhu

makan ok, cuma tak selera nak makan sayur hijau. kalau makan je, dan-dan time tu jugak terasa pahit dan nak uwek kat situ jugak..kesian kawan-kawan yg makan semeja dengan aku..maap ye kawan-kawan.
dari segi tenaga plak, aku masih bertenaga. cuma ikut hari, kalau ari isnin tu, memang dari dulu asal balik keje je aku rase letih terlebih. hari-hari lain insyaAllah ok.. setakat ni pun macam tu.
alahan takde, harapnye berterusan la takde alahan..

kalau dulu aku bukak buku merah masa kandungan 12minggu. yang ni pun nak tunggu 12 minggu la. pastu nak ajak encik suami teman. nanti leh tengok baby lompat same-same.haha

setakat ni, tu je la yang aku rase..mungkin masih terlalu awal..baru 8minggu, takde benda nak update sangat..
Alhamdulillah aku tak mengalami morning sickness yg melampau...
setakat rase bergelora dalam perut, rase ada benda nak kuar kat tekak. rase macam tak boleh perut kosong..tu jela..harapnye cepat la rase-rase tu berlalu...

dikesempatan ini, aku nak ucapkan takziah & al-fatihah pada krew & penumpang Islam MH370 yang dah disahkan berakhir di lautan hindi...semoga roh mereka dicucuri rahmat..Amin

No comments:

Post a Comment