Wednesday, 19 March 2014

Stop pumping

Assalamualaikum...
akhirnya aku ambil keputusan untuk stop pam susu pada tarikh 19 Mar 2014, betul-betul lepas birthday aku :(
Kalau nak ikut-ikutkan hati memang aku nak sambung pam dan menyusukan maritza sampai 2 tahun, tapi mungkin disebabkan ada ahli baru dalam perut aku, maka production susu aku merudum teruk.
kalau dulu aku boleh bawak balik rumah 10-15oz, tapi sejak  dua menjak ni merudum jadi 4 oz je..
tu ok lagi..
di tambah dengan kesibukan yang non-stop sampaikan nak pam pun tak sempat, maka susu aku makin merudum jadi 2oz je semalam..
sedih kan...
sudah la terkejar-kejar nak pam, dah pam dapat 2oz je total.
memang tak cukup.

aku taknak ke minum ESP ke alfalfa ke bagi banyak balik susu?
aku rasa takpe la..
buat masa ni aku nak ajar maritza minum susu formula.. supaya dia takla kecik hati bila ada adik, dia kene stop minum susu aku tiba-tiba.

buat masa ni, aku slow-slow trained dia minum susu tepung. bermula hari isnin haritu, aku dah hantar 3 botol susu aku, sebotol susu tepung.
kata babysitter, maritza ok je minum susu tepung tu, cuma ada berak-berak sikit. mungkin cuba nak serasikan dangan badan dia kot.

tapi kalau dengan aku, memang mentah-mentah dia tolak susu tu. pelik jugak kan...
tapi kalau betul la macam babysitter tu cakap, Alhamdulillah...sekurang-kurangnya aku tak susah hati, dia nak jugak minum susu tepung tu.
balik rumah minum susu ibu pulak ye..

lepas tu kita belajar minum selang seli ye, kejap susu ibu, kejap susu tepung. boleh ye Maritza...

No comments:

Post a Comment