Saturday, 1 March 2014

Peranakan Jatuh?

Bismillahirrahmanirrahim...
semalam, lepas dapatkan referral letter dari klinik. GL letter dari pihak insuran, aku  ke  KPMC.
tujuan utama aku kesana adalah kerana aku sangka peranakan aku jatuh.
mula-mula doktor jumpe aku dia terkejut.
"eh,muda lagi. umur berapa?"
aku jawab" 31"

doktor siap buat muka pelik..
ok, takpe. jom kita check

aku tukar persalinan then baring atas katil. doktor mula sapu gel kat perut aku..
dia scan...
dia explain..
"elok je rahim awak duduk kat situ"
mana yang awak rasa macam jatuh tu?
aku tunjuk apa yang aku rasa..
haha..siyes malu.
perasaan aku kot noh.
haha
sebab beberapa hari sebelum ni aku selsema teruk.
so aku dok asik hembus-hembus nak bagi hingus semua keluar.
kadang sampai nak pekak telinga aku sebab menghembus.

lepas aku da terasa macam peranakan aku jatuh, aku siap cari daun sirih pulak, nak berendam dalam air rebusan daun sireh.
beli pulak pencuci vagina yg baru, sireh emas, kot la...boleh membantu. cari pulak harum malam..
kikiki..
lawak la.
sudahnye dokto kata cuci je pakai air biasa. benda-benda chemical ni bahaya utk tempat-tempat sensitif tu.
harum malam tu plak, rasenye kene simpan je kot sampai ujung tahun ni..
hehe

doktor tu cakap, orang muda-muda cam kita ni kurang ada possibility nak vagina prolapse ni..
orang-orang yang berkemungkinan ade masalah ni diantarannya ialah:
1) perempuan yg dah menopause
2) perempuan yang bersalin ramai anak. contohnya 8 org ke atas
3) perempuan yang pernah ada risiko susah masa bersalin. biasanya anak terlalu besar.

so aku takde pun masalah-masalah ni lagi, dan dia cek pun takde pun simptom-simptom tu.
mungkin apa yang aku rasa adalah kerana perubahan hormon dalam badan aku.
tisu-tisu dan organ-organ kat situ tengah melembut, jadi aku rasa macam nak jatuh. padahal nye tak pun.

so lepas ni kalau terasa macam jatuh tu,jangan kelam kabut. jangan gi cari tukang urut dulu..
pastikan kita tak rasa sakit, boleh jalan dan bergerak dengan selesa.
pastu cek urine dulu, kalau dah yakin, bolehlan set appointment ngan gyne dulu.
tengok nasihat dia. kalau semua ok, then masih nak pergi berurut. takde masalah..
sekian saja coleteh saye.









No comments:

Post a Comment