Tuesday, 29 December 2015

Busy Book untuk Musfira

Assalamualaikum..
lama dah simpan entry ni..tapi tak up-up pulak...maapkan ibu ye dik.
busy book ni aku beli kat lazada je. sempena hari jadi Musfira pada 28 October aritu.
macam biasa, ibu tak sempat.beli online je la jawabnye..

Nama pun dah busy book kan, adalah macam-macam aktiviti kat buku tu nak bagi anak-anak membizikan diri diorang tu..
ada pelekat, ada cermin, ada bunyi-bunyi..best la. aku pun excited masa baru beli aritu. Maritza pun excited. lebih excited dari Musfira. jap-jap dia nak baca. mula-mula dia kata nak ajar adik. lepas tu dia pulun bawak lari. baca dan beraktiviti sorang-sorang.
terkulat-kulat musfira..huhu..cian dia.

Busybook Musfira

dekat front page dah ade button sound..suara budak kecik gelak-gelak..comel je. masa sampai kat ofis aku, terkejut kakak receptionist aku, sebab parcel ni gelak-gelak plak..kehkehkeh.
dekat muka surat pertama, ada function bukak tutup zip, mukasurat kedua, ada kereta boleh gerak-gerak dan sound button gak..tiap-tiap muka surat ada macam-macam aktivity..memang seronok. sambil-sambil tu anak-anak kecik boleh belajar.up motor skill diorang kan. sebab kene tekan, kene tarik, rasa macam-macam jenis kain...
insyaAllah ada manfaatnya..
ok la..sampai sini saje..babai & selamat berhujung tahun.
berjumpa di tahun 2016 pulak..insyaAllah

Kabinet Dapur Mainan D.I.Y

Assalamualaikum...
hasil cuti panjang 4 hari, encik yayang sibuk bertukang siang malam nak buatkan dapur untuk anak-anaknya.. untuk isteri takde ke?
ehhehe..
start susun kotak ari jumaat kalau tak silap aku. pagi pagi dia dah selongkar bilik bawah.keluarkan semua kotak. dia susun-susun..
masa tu belum buat ape-ape lagi. tapi maritza dah nampak excited. asik nak main kat situ.
tengah hari tu, ayah dah mula potong-potong kotak tu..
petang, kami ke Mr.DIY..cari barang-barang untuk siapkan kabinet dapur maritza.
balik dari diy..terus ayah stay up malam tu nak siapkan dapur..maritza yang dah masuk bilik, dah berdengkur pun tibe-tibe bole pulak turun bawah balik. sebab excited nak main dapur dia..
asik tanya kat ayah je.."dapur dah siap ke ayah?".. tak lena tido dia mengenangkan ayah nak buat dapur untuk dia..
hehe..lepas ni tak payah la kacau-kacau dapur ibu lagi ek..
ke nak praktis masak ngn basuh pinggan sendiri..esok-esok dah boleh amik alih dapur ibu..ibu leh rehat awal..hahha

Sebelum

Selepas
lepas siap je dapur dia, terus nak masak macam-macam untuk ayah sebagai tanda penghargaan kot..untuk ibu, maritza tak offer pun nak makan ape-ape..huhu
sape-sape nak order dapur boleh roger eh pasni..haha...cost bergantung pada harga kotak..haha
nak kene beli stroller, water heater, air cooler, water filter, potty training, kasut, wallpaper, accessories, pinggan mangkuk..hahhaa..

ok la, dengan adanya dapur ni, lepas ni maritza boleh belajar masak macam-macam ye..kikiki..
main ngan adik elok-elok..lepas guna pinggan, terus basuh.haha
*macam dapat dapur betul je ibu ni pun.haih

Monday, 21 December 2015

Kelas Mengaji Tadika Ilmuwan Kecil

Assalamualaikum...
masuk minggu ni dah minggu ke 3 maritza ke kelas mengaji..
alhamdulillah..ade kelas mengaji dekat dengan rumah. senang sikit nak anta amik dia..
kelas tu selang 11 rumah je dari rumah aku. pegi dan amik dia jalan kaki je..
teringat zaman-zaman aku g ngaji dulu..hehe..
jauh kami berjalan..empat beradik..lalu kawasan berbukit, lalu celah-celah rumah orang..ada satu rumah tu, kalau dengar je suara kami bising-bising, terus dia tutup lampu belakang rumah dia..kalau pikir-pikirkan tak baik nya dia buat gitu. sebab belakang rumah dia tu kawasan bukit.gelap sangat. pastu selalu dengar ada macam-macam kat situ...huhu..
ok ok dah cukup cerita nostalgia. meh sambung cerita mengaji maritza.
kelas mengaji ni dibuka untuk budak-budak 4 tahun ke atas, tapi saje je aku anta dia awal sikit. nak bagi dia belajar bersosial sikit. takde la terkejut dia tahun depan nak masuk sekolah kan.
lagi pun malam-malam dia tak buat ape pun..bagila dia seronok-seronok feeling sekolah.hehe
hari pertama aku hantar dia, aku masuk sama-sama dengan maritza. aku duduk, dia melekat je dengan aku.. sampai ustazah kene panggil dia, umpan dia melukis baru dia pegi kat ustazah tu.
aku tengok dia leka, aku keluar..tunggu kat meja batu luar rumah..dia macam tak perasan aku takde, so senyap-senyap aku balik..
balik rumah, aku tak bukak tudung, terus prepare barang-barang nak masak esok pagi. sambil telefon depan mata. risau ustazah call cakap dia nangis ke ape ke kan..
alhamdulillah sampai pukul 9 dia ok je.. aku pun terus amik musfira..pegi jemput maritza..
dah sampai sana, aku tanya ustazah, camne dia, nak ke dia belajar?
ustazah cakap harini dia belum nak belajar..bagi dia berkenalan tempat baru je..bagi dia tulis-tulis je..hehe..ok.
balik tu aku tanya maritza pulak. ok ke dia pegi kelas tu kan. dia boleh plak jawab "takde kaler-kaler pun.. maritza nak naik atas, kaler-kaler utajah cakap.eeeppp..eeeppp"...hahaha..mesti dia teringat masa open day aritu ade pertandingan kaler-kaler kt rumah tu bahagian atas..hahhaa
esoknya hari kedua..aku hantar dia pukul 8. elok je kami tunggu depan rumah, sebab ustazah belum sampai..dia dok bagi salam..bila ustazah dah sampai, aku suruh dia masuk, dia taknak..nangis-nangis taknak..dah pulak. semalam ok. harini pulak tak ok. awatnye ni.
dia cakap dia nak aku..
ustazah pun pujuk-pujuk dia..bagi marker, ajak dia tulis-tulis kat whiteboard..baru dia ok. aku pun slow-slow keluar,,intai dia dari luar..then balik..
balik-balik, musfira pulak nak susu..terus aku susukan dia sampai dia tertido..jam dah nak pukul 9 ni. camne ek, nak bawak musfira, kesian plak dia tengah sedap-sedap tido. tapi kalau tinggalkan, kang kalau dia bangun aku takde, mau dia menangis nanti..camne ni.
pikir-pikir..g jela..cepat-cepat..sampai tempat mengaji maritza, terus suruh dia salam ustazah.lepas tu balik laju-laju..alhamdulillah Musfira tengah tido lagi..lepas duduk tarik nafas jap,tanya dengan maritza.."arini maritza belajar ape? ibu tak sempat tanya ustazah". dia jawab, "arini main tulis-tulis dengan kawan je.lepastu ustajah bagi mainan"..ok la..dia da pandai nak berkawan tu kira perkembangan positif jugak tu.
hari ke tiga nak anta gi ngaji puas aku nasihat..jangan nangis, masuk kelas, nanti dah abis ngaji ibu amik. jangan nangis-nangis..berkali-kali aku ulang ayat yang sama..dia pun jawab "paham...ibu"
jadi sebab dah pesan banyak kali, sampai-sampai kelas mengaji, dia salam aku, then masuk..aku intai dari luar..masuk-masuk, dia capai marker, then menconteng "1"..kawan datang dan tanya, "awak tulis ape tu?"..maritza jawab, "utajah cakap ni aaaaa"...speechless.. oh, rupa-rupanya dalam menconteng white board tu ustazah ajar dia jugak..walaupun aku tak mengharap sangat dia dah bole catch up sikit-sikit..
balik dari anta maritza aku siap-siap mandi, main dengan musfira jap.pukul 9 g amik dia. tapi arini aku tak terus balik. aku g jumpe ustazah jap. nak tanya jugak perkembangan dia kan..hehe
so ustazah cakap, maritza baru 3 tahun, belum boleh adapt cara belajar dengan duduk setempat..jadi dia cuba ajar dengan kaedah-kaedah lain dulu untuk tarik minat maritza. dia akan guna kaedah tulis di whiteboard, flash card, cari huruf or puzzle huruf..dan satu hari akan ajar satu huruf insyaAllah.
then aku tanya arini belajar huruf apa? ustazah cakap dia mengunakan konsep al-furqan, jadi tak semestinya mula dengan huruf alif. dan dia tak ajar mengenal huruf. dia terus kepada sebutan. macam iqra' jugak.
so semalam start dengan "aa"..arini "ma"..lepas tu borak-borak kosong sikit, then kami balik..
esoknya..hantar lagi maritza, dia dah paham dah.salam ibu..masuk kelas..pukul 9 ibu amik.
aku datang sharp pukul 9 maritza tengah belajar sebutan "ba"..masa tu dia tengah cari huruf "ba" tu dekat timbunan kad..lepas belajar..dia salam ustazah, then balik..
ari jumaat sabtu ahad..off day.so takde kelas mengaji.
Isnin, minggu kedua..kelas kelima..hantar macam biasa, balik aku amik dia.dia dah siap mengaji..tengah main train..so aku masuk jumpa ustazah..
ustazah cakap arini maritza dah mula belajar guna buku..
esoknya..ustazah cakap maritza dah mula join kelas hafazan..
Kelas mengaji ni special sikit. pukul 8-8.30 diorang akan buat kelas hafazan dulu.start 8.30 baru kelas mengaji..ustazah pun ada 2,3 orang..
hari rabu, takde kelas mengaji..dia jemput ustaz luar untuk ajar tajwid..parent pun boleh join..so aku pun join la..disebabkan tu kelas pertama kelas tajwid, maka ustaz ajar cara sebutan huruf-huruf tu.bile sampai tang maritza..dia cabut lari..hahaha..apela anak aku.
secara keseluruhannya, target aku kalau boleh memang nak dia pandai mengaji lah kan..hafazan tu kalau dia mampu..syukur sngat..dan yang penting persediaan untuk masuk little caliph tahun depan ni..takde la dia terkejut pastu taknak sekolah..ha..kalau yang macam tu..mau pening aku nanti..
okla..rasanya tu aje cerita yang aku nak share..bai


Tuesday, 27 October 2015

Susu Ibu

Assalamualaikum...
Alhamdulillah esok Musfira dah nak masuk setahun..dan paling syukur skali aku masih dapat menyusukan dia sepenuhnya..walaupun stok susu takde. kais arini untuk esok. kais esok untuk lusa..tapi syukur masih cukup-cukup je untuk si kecik aku tu.
sejak-sejak stok aku rosak aritu, aku memang tak sempat nak stock up. aritu ada buat sikit, adalah dalam 12-15oz je, tapi semua da abis guna sebab susu aku drop satu ketika..
sekarang tengah gigih pam susu untuk bekalan esoknya..
duduk dalam nursing room ni sambil kawan-kawan lain pun pam susu, sambil dengar masing-masing mengetuk pam masing-masing.. awatnye?
hahaha..jangan tak tau. kita-kita yang breastfeed ni memang sangat-sangat berkira bab susu ni kan..
setitik pun kita nak jugak kuarkan dari pam tu. taknak terbuang..taknak terbazir walau setitik pun kan.. berharga sangat-sangat rase. walaupun stok menimbun-nimbun kat rumah, tapi setitik tu tetap diketuk-ketuk bagi masuk jugak dalam botol..hehehe..
orang yang banyak stok pun mengetuk, aku yang kais pagi makan pagi ni ape lagi..ketuk..ketuk
kalini aku berserah je, sampai musfira umur brapa tahun pun.. aku cuba yang terbaik. kalau dapat sampai 2 tahun, syukur... kalau tak dapat pun aku berserah je.. nak buat camne kan. tapi aku usaha la jugak. sekarang aku try minum Nur Cocoa..kot la dapat membantu meningkatkan production aku ke kan..sebab ada kurma ni..kawan-kawan aku kata tamar cocoa bagus.. tapi nur ni pun macam tamar gak, cuma dia ada tambahan bacaan 30-juzuk. kite try je la ek..kalau Allah nak bagi, Dia bagi jugak..kun fa ya kun..
Cumanya kalau dah stop bf mesti badan naik kan nanti? uwaaa...sebab makan..masyaAllah, seram orang lain tengok. pagi nasi lemak, tengah ari nasik (kalah orang laki makan), malam nasi lagi..kudap-kudap jangan cite...ade je..makan macam tu, tapi berat 47kg..esok-esok pas stop breastfeed dapat ke lagi berat camtu? gulp!
So, esok ape plan? stakat ni takde plan lah. cuma cakap ngn encik suami.."jom la kite makan kek baskin robin sempena beday adik..hehhee"..ibu plak yang request, macam la beday ibu kan..hahhaha

Thursday, 22 October 2015

Belajar bersama

Assalamualaikum...
Semalam aku balik keje awal sikit, Musfira pun dah siap-siap makan kat rumah kak Ina..Maritza pun tengah makan roti masa aku amik. jadi perut anak-anak dah kenyang. so boleh la balik rumah tu kite rehat- rehat jap. baring-baring jap kan..
kalau tak tu, macam lipas kudung , kene settle segala benda..tambah-tambah lagi, malam tadi malam rabu..ade cite Lari Mira. aku suke cite tu. tak sangka dapat ikut dari episod pertama..malam ni dah last episod dah..harap-harap dapat tengok.hehe..
So semalam, sambil baring-baring, maritza pun keluarkan papan ABC dia. Musfira tunggu sambil tepuk-tepuk tangan..kenapa dik? hehe
lepas tu maritza mula menyusun nombor-nombor..Musfira macam nak susun jugak, tapi dia tak tau..jadi dia dok pegang je huruf "W" tu.. try acu kat sini tak kena, acu kat sana tak kena..
aku saje je, nak tengok..maritza nak ajar tak? ke dia buat tak tau..
sebab musfira asik "mengacau" dia, dia hilang sabar terus jerit kat adik dia, "hoiiii, jangan la!"
terkejut si adik. terus campak huruf "W" tu, datang kat aku...alalalala..ciannye manje ibu..
Aku pun pujuk maritza "Maritza, ajar la adik. kesian dia tau. dia pun nak pandai macam maritza"
"Adik tu amik W tapi nak letak dekat sini..mana boleh! tak sama!" dia jawab...
Dalam hati aku...oo..pandai gak dia ek, tau plak tak sama
"la..kalau tak sama, tolong la ajar adik, W tu nak kene letak kat mane?"
"Nah adik. ambik ni! letak W kat situ!" Nada marah-marah lagi
Musfira pun  amik papan tu..try acu balik W dia...


Tuesday, 20 October 2015

Mummies lab at UM

Assalamualaikum..
Sabtu aritu kami ke petrosains..saje bawak budak-budak berjalan isi masa lapang, spend quality time anak beranak. hari-hari ayah ibu sibuk. weekend pun kadang sibuk. jadi bile tak sibuk tu, kite buat aktiviti bonding time sikit.
tapi disebabkan budak-budak ni kecik lagi. diorang macam tak berapa nak enjoy lah. masa pun agak singkat, sebab kami sampai pun dah pukul 4 camtu. boleh explore dalam tu sampai pukul 6.30 je..
tu pun sebenarnya bukan plan asal..
asalnya pagi tu kami nak ke UM, nak tengok robot..lepas breakfast, pegi UM pun macam dah lambat..so bila sampai sana, robot pun banyak dah abis bateri. jadi kite buat je la aktiviti yang ada..
daftarkan maritza untuk buat tangan bionik. tapi dia tak berapa nak buat sebab tak kenal instructor tu..jadi dia macam takut-takut sikit. bila ibu yang ajar, baru dia berani nak buat. tapi lambat sikit la..buat tangan bionik ni kalau dah umo 4 tahun camtu ok kot..sebab boleh pegang straw tu, dalam masa yang sama boleh tampal sellotape. aku ni sellotape tu pun tak penah bagi maritza pegang, camne plak tetibe dia nak pandai menampal kan..huhuhuhu...
lepas siap buat tangan bionik, kitorang pegi booth lain pulak. kaler-kaler logo.. lepas kaler, orang tu mintak, then dia jadikan batch pulak..haaaa..bagusnya. boleh simpan jadikan kenangan untuk maritza.. :) then, dia bagi sijil pulak...eeh.. rase cam nak framekan je..boleh tak? hahahha


Creativity Maritza


Assalamualaikum...
Hujung bulan ni, Maritza nak masuk 3 tahun dah...cepat betul rase. tibe-tibe dah nak 3 tahun dah. maklumla, da ada adik ni, keje pun sibuk, lagi la tak sedar masa berlalu. sedar-sedar anak dah besar, dah pandai macam-macam. Tak sedar pun, bile aku ajar ni? ke ayah ajar? ke mama ajar?..ahhaha terukkan?
sebelum-sebelum ni memang ada belikan buku kaler-kaler untuk dia. bagi je dia kaler. tak sempat nak monitor..huhu..cian sayang ibu..
nampak la dia mengaler...comot-comot..pastu koyak-koyakkan buku tu. tapi takpela. koyak aku buang.hahah. settle.
sekali ada satu hari tu, dia kaler pastu tunjuk. "ibu, tengok ni"
wahhh..terpegun ibu. cantik maritza kaler..tak comot..elok ikut garisan. ok nanti ibu beli lagi buku kaler-kaler. 
masa Maritza tunjuk kat ibu, terus ibu snap gambar..hehhe

lepas tu dia kaler..ikut gambar contoh..same ok. wane biru, dia ikut biru, wane merah, dia ikut merah..siap sebut warna kaler tu lagi.. terkejut ibu.. bile pandai kenal kaler ni? ehh..teruknye ibu.
ujung minggu lepas, saje belikan water kaler plak..nak bg skill baru. pegang berus..
mulanya tak sabar-sabar nak kaler gak dalam kedai makan. aku bg je. sanang aku nak makan. dia ada aktiviti kan..tapi ok la, memang hasil tu tak seberapa..sebab dia tak tahu nak kalerkan wane ape...tapi, apa yang aku perhatikan, warna tu tak tumpah kat meja, tangan tak comot, baju langsung tak kene. pandai la kan dia control berus ngan kaler air tu..
sebab tengok hasil bagus. lepas makan terus masuk daiso, cari benda-benda untuk bagi dia kaler..dia suke..ibu lagi suke.
balik rumah, terus aku bentangkan alas then bagi dia sambung kaler.. ada la 3,4 keping lukisan.
lepas siap kaler, dah kering, aku tampal dekat play area dia..nampak gak mula-mula tu muka dia macam bangga. sebab hasil dia aku tampal kat dinding kan..
ni dah abis kaler tu. InsyaAllah weekend nanti kite ajak ayah cari lagi ye sayang..

Nampak tak mask kat tepi tu? tu hasil pertama guna water color ni. balik rumah terus semangat nak sambung kaler-kaler.adik pun nak tumpang sekaki


Musfira: Tumbuh gigi & Pandai jalan

Assalammualaikum...
Bercerita tentang Musfira...baru tumbuh gigi sebatang..tak silap dalam bulan ni kuar gigi tu..berbekalkan gigi nan sebatang tu la dia gigih makan benda-benda keras..kesian manja ibu..lambat sikit tumbuh gigi ye...hehhee
tapi sekarang dah nampak gigi-gigi lain akan menyusul. sebab dah nampak putih-putih je gusi dia tu.. mesti sakit kan...
tu yang demam kot agaknya gigi nak keluar..
Berjalan? haa...cik adik sorang ni tengah bertatih-tatih.. masa 14/10 aritu first time dia berjalan agak banyak langkahnya...insyaAllah pasni memang berjalan aje la ye. tak nak merangkak lagi..hehe
tapi tengok gaya, Musfira ni pun agak lincah. jadi pasni ibu ngn ayah kene lagi alert. sebab kakak awak, Maritza pun lincah jugak. awak pun lincah..boleh jadi kurus ibu ayah nanti..haahha
kalau ikutkan masa Maritza dulu, ibu sempat rakam video..masa awak ni weekend nanti ibu rakam ek. tunggu ayah balik dari outstation..
Aku perasan musfira ni macam lain macam plak nak masuk setahun... dah pandai marah orang..maritza mmg slalu dah kene marah ngn dia. ibu pun kene jugak. ayah pun dah kene..hehe. nampak lembut tapi garang ye..
selain dari tu, dia dah pandai nak makan sendiri. taknak orang suap... alahai..awak tu kecik lagi la sayang. biarla ibu ayah suapkan. agaknya dia tengok maritza makan sendiri, dia pun nak makan sendiri. sudahnya, terpaksa la aku amik satu lagi bekas ngn sudu, bagi dia pegang, konon-konon suap sendiri.
main kereta taknak share ngan maritza dah, nak main sorang-sorang..cian kakak awak tau. dia beralah je yang ni. tapi yang lain kakak awak taknak beralah..dia jerit lagi ada..hehe..jangan gado-gado ye anak-anak ibu. jadi anak-anak yang baik sesama sendiri. kalau tak, nanti ibu pun same menjerit..hahha
kalau makan calcium tu, dia tau dia punya,jadi tak boleh bagi orang lain..dia pandang je...pastu "bek bek bek bek" hahhahaa..lawak la dik. bahasa ape tu?
Oh, lagi satu, aku prasan dia dah pandai cakap "abu" tau..cepat lah tu..cakap abu, pastu pandang-pandang ibu..hehhe...so clever.
ok dik, 28 haribulan ni awak nak setahun tau. Ibu doakan awak membesar dengan sihat. jadi anak yang bijak. rajin-rajin belajar ABC ye..
hehhe

Tuesday, 1 September 2015

Perkembangan Baru Musfira

Assalamualaikum..
lama tak update, anak kecik aku pun dah semakin membesar. Musfira dah masuk 10 bulan pun..
anak kecik aku yang sorang tu setakat ni dah memapah segala macam benda untuk berjalan.
dia dah memanjat tangga sampai ke atas dah. sekarang grill kat tangga tu kena tutup je. kalau tak ada yang tiba-tiba dah sampai puncak..huhu
gigi belum ada lagi. tapi aku perasan dia macam dah mula gatal gusi.asik mengigit-gigit lidah sendiri. lepas tu nak gigi pipi aku je..macam aku selalu buat kt dia.
keletah dah macam-macam jugak. pandai bergaduh jugak dengan maritza. tapi selalunya dia bergaduh sebab maritza amik barang yang ada kat tangan dia. gaduh jerit je, tapi tak boleh buat apa pun..kakak lagi laju kan.
pandai nak main motor kakak dia. sebelah kaki atas motor, sebelah kaki tolak..macam main skate board dah.
makan masih berselera macam selalu.. :)
minum susu masih banyak jugak. lepas tu suka minum plain water kakak. diam-diam dia pegi amik botol maritza, dia minum..hahaha..lawak la musfira oi.
lagi, nanti aku update ye...ada miting tetibe.
bye

Tadika untuk Maritza

Assalamualaikum..
tahun depan anak aku, Maritza dah nak masuk 4 tahun (walaupun lahir hujung tahun). dia pun macam dah pandai je nak mintak sekolah. kalau ikutkan hati aku ni, aku taknak dia sekolah lagi. tapi sebab dia asyik teman mama (babysitter) gi anta abang haziq pegi sekolah, dia pun dah jadi tak sabar-sabar nak ke sekolah.
dalam bulan 6 kot, aku sempat jugak la survey- survey mana la tadika yang amik budak 4 tahun. yang dekat dengan rumah BS aku.
survey-survey, aku terjumpa Little Caliph kat putra perdana ni. terus aku call tanya silibus la, kelas berapa jam la. amik budak 4 tahun ke?
sekali teacher tu jawab, "nanti open day bulan 10 kami invite puan ye"
owh..kena tunggu open day ke? tak boleh ke nak tau sekarang. sebab aku nak wat comparison ni.
tp sebab teacher tu dah cakap tunggu open day, so aku tunggu je la..
dalam masa yang sama aku dok pikir..kalau aku anta kt LC ni tak berat sangat ke? anak aku tu secara teknikalnya baru je masuk 3 tahun sebenarnya. kecik sangat lagi. apa kata aku cari tadika yang nyanyi-nyanyi, main-main, kawan-kawan je untuk dia.
survey punya survey, aku terjumpa Pasti. Pasti ni kalau ikutkan anak-anak sedara aku, diorang macam rilek-rilek je gi sekolah. hafal doa sikit-sikit. main-main..aku rasa lite-lite je aktiviti dia. so aku macam suka dah. anak aku kecik lagi. aku dok pikir camtu la kan..
lagipun Pasti ni murah sikit. aku pun bukan la berkemapuan sangat oi. huhu..

Rabu lepas, aku dapat message dari LC panggil aku pegi open day..cepat pulakkan..bulan 8 dah panggil..hehe..
jadi sabtu tu, 29 Ogos, aku pun pegi la open day tu bersama encik suami aku dan anak-anak aku..
mula-mula dengan confidentnya kami terus ke PP7. sebab aku dok survey LC kat situ je. tak tau plak dah ada branch. hehe
lepas tengok pintu pagar berkunci bagai, aku panic, tanya encik suami, " abang, arini brape aribulan?" suami jawab "30haribulan". "la..open day tu semalam la 29haribulan"
sekali aku pikir balik, eh..31 Ogos ari isnin..arini la 29.tapi kenapa berkunci ni.. tengok mesej balik..la kat PP5. dia sewa dewan kot. hahha..sengal la
kitorg pun waze alamat yang dimesej kan.. tengok-tengok kat deretan shoplot. ngam-ngam pukul 11, masuk, duduk dan teacher pun memula kan majlis dengan bacaan al-fatihah.
Mula-mula, teacher perkenalkan nama, teacher Hana patner teacher ape ek, aku lupa.
lepas tu teacher bagi tau silibus. buku.
aku tak fokus sangat sebab menjaga 2 orang budak excited dapat kertas ngn pen.
tapi apa yang aku aware, target untuk budak 4 tahun ialah pandai membaca dan pandai solat.
untuk hafazan pulak, akan diajar surah al-fatihah, bacaan sujud dan bacaan rukuk. doa pulak, doa makan, masuk toilet, doa untuk ibu bapa.
setiap rabu ada aktiviti sukan dan aktiviti macam koko tu.
jumaat ada solat dhuha.. lain-lain macam banyak main je untuk budak 4tahun. tak terlalu heavy dan tak terlalu lite. kalau lite sangat aku pun stress kot. bayar boleh tahan mahal weh..huhu.
lepas dah cite pasal silibus, teacher hana edarkan pamplet yuran pulak.
untuk budak 4 tahun, registration dalam RM1552.50. monthly RM370. monthly ni termasuk daycare sampai pukul 6.30ptg. lebih kira OT RM7/hour.
Harga ni actually macam lebih kurang aku anta BS je. kalau aku pikir-pikir anta maritza kat LC (240) pastu nak kena van lagi (50) bs lagi (150) dah lagi tinggi kos tu kan.. tapi kalau anta daycare, kesian plak dua beradik tu kene pisah..aduh..dilema sungguh.
ada jugak aku anta musfira masuk daycare LC nanti kang..hahha
bincang punya bincang ngn encik suami, beliau dah macam OK je ngn LC.. aku je masih berbelah bagi..
aku macam nak survey gak tadika lain. kalau tak pun nak jugak survey Pasti tu. disebabkan taknak melepas LC ni (mana la tau kot-kot terbukak ati anta maritza kat LC kan) kami bayar jugak duit booking RM100. insyaAllah esok aku nak g survey Pasti. tengok la camne pikiran aku-suami..

Friday, 19 June 2015

Puasa tahun 2015

Assalamualaikum...
harini dah hari kedua kita berpuasa kan...dah boleh buat postmortem ke? haha
puasa tahun ni aku macam lembik sikit la.. tak pasti la ape faktor kelembikan aku ni..huhu...sebab dah setahun tak puasa ke? tiba-tiba aku puasa.. ke sebab berpuasa dengan anak dua ke? tapi aku tak jaga diorang pun..aku anta bs. sebab workload keje ke? sebab dah tua ke? sebab umah jauh ke?
sebab apa ni?
aku tak pasti la sebab apa..ke sebab malam pertama nak puasa tu aku tak leh tido. jadi penat sebab tak cukup tido..
tah, nanti weekend ni kita try tido pastu tengok badah letih lagi tak..kan?
tadi aku call ayah aku..alhamdulillah, mak ngan abah aku steady puasa...syukur kan..
risau aku..kalau aku ni letih bagai, keje dok opis je..mak abah aku camne la kan..tapi dah dengar sendiri suara diorang cakap ceria je..sihat dan bertenaga, maka aku pun lega...
okla...selamat berpuasa...

Cara penggunaan slow cooker

Assalamualaikum..
haha..tajuk dah macam manual guide plak kan. actually kalau korang beli slow cooker takde tau cara nak guna ni.. ni yang slow cooker aku pakai la..tak tau la kalau brand lain ade plak..huhu..
ok, aku guna slow cooker ni dari zaman maritza sebenarnya. tapi sebab aku tak rekodkan, last-last aku lupe dah cara nak guna..
nak guna memang senang. on je, tapi sukatan air tu brape banyak? brapa lama nak kene tunggu baru bubur tu masak?
ok..cara aku bersama resepi bubur skali..
supaya senang kalau-kalau encik suami aku yang kene masak bubur ni kan..hihihihi

untuk bahan-bahan bubur:
mula-mula basuh beras 1 pot, lepas tu goreng tanpa minyak sampai beras tu kering..then blend halus..
lepas tu buat cara yang sama untuk ikan bilis juga...
then sediakan la puri buah/sayur/lauk macam biasa..ni semua orang tau la kan

untuk masak bubur:
masukkan dua sudu beras, 1 sudu ikan bilis, 1 kiub puree tomato, 1 kiub puri sayur (carrot ke,bayam ke, brokoli ke), 1 kiub puree ubi (kentang ke, sweet potato ke), 1 kiub lauk (ayam ke daging ke ikan ke) 3 biji kurma (yang dah dikopek kulitnya, dibuang bijinya..dan diracik-racik..)
lepas tu masukkan air 2 cawan. atau pun pastikan paras air tu tak sampai setengah periuk tu. then tutup dan on..kebiasaannya aku start masak kul 9. kul 5 pagi tu dah cantik dia masak..
kalau terkurang masa aku perasan macam berair lebih je..kalau terlebih masa plak, bubur jadi likat..

tapi kalau korang sempat dan rajin, better masak bubur ni atas api...bubur lagi manis, lagi sedap, lagi sebati bahan-bahan dia..
masak guna slow cooker ni bubur macam tak brapa nak sedap je aku rasa..warna pun tak menarik nak compare ngan masak atas api..karen pun jimat..hehe..cuma tula. kalau ada masa...dan kerajinan...hihi..sebab nak masak bubur pagi-pagi ni..nak menunggunya lagi...huhu

k la..resepi dah ada..so pasni harapnya tak lupa lg...bai

Saturday, 9 May 2015

Menu makanan bayi 6 bulan

Assalamualaikum..
sebab masa maritza makan dulu aku tak tulis dalam blog ni, maka bila tiba time musfira, aku macam dah blur balik..aih, tak boleh jadi ni. baru gap 2 tahun..dah lupe..
so untuk mengelakkan aku lupa lagi, menu musfira dan cara pengambilan makanan dia aku tulis kat sini, supaya aku senang nak refer dikemudian hari...
hari pertama:
aku bagi carrot.. 1 kiub, sekali makan sehari. selama 4 hari
hari ke5:
aku bagi apple..1 kiub sekali makan sehari selama 4 hari
hari ke9:
aku bagi labu, 2 kiub untuk makan pagi, 3 kiub untuk makan petang.. (kata kak ina, tak abis dia makan..kene bagi 4x makan)..tengok la sabtu nanti camne
hari ke13:
aku plan nak bagi bayam..sama macam kuantiti labu..sebab dia dah biasa makan banyak kan..
hari ke16:
aku plan nak bagi makan pear..sama macam kuantiti labu jugak..dan siap dalam freezer
hari ke21:
aku plan nak bagi kentang..
hari ke25:
aku plan nak bagi bubur plain..
lepastu, baru nak buat stock ayam..campur2..stock ikan bilis..campur2..
hmmm..kene bagi bubur awal nampaknya musfira ni..dia suka makan.. :)

Friday, 8 May 2015

Kenangan Sedih

Assalamualaikum...
minggu lepas, suami aku kene outstation lagi..3 hari. jadi aku balik rumah mak aku..ulang alik gi keje dari umah mak aku..anak-anak tinggal dengan opahnya..
hari khamis balik rumah, tengok-tengok rumah takde letrik..aku terus ke dapur, bukak fridge. tengok-tengok susu semua da cair..dah bersuhu bilik..
sedihnya...
aku kumpulkan semua susu-susu tu. ada la dalam 2 besin bersaiz sederhana..aku buat siram pokok-pokok belakang rumah...boleh ke ek?
sayang sangat nak buang. sedih weei..

Cuti 4 hari aritu, terhegeh-hegeh aku nak stock up balik..baru ada dalam 15 bekas..
sekarang tengah risau. kalau-kalau jadi lagi trip (sebab petir kuat sangat), apa nak buat ye?
sedih rase..sedangkan setitik pun aku beria-ia nak collect. inikan pulak berbekas-bekas..


Thursday, 7 May 2015

Aktiviti bersama anak

Assalamualaikum...
lama tak update perkembangan maritza kan..dia dah besar..dah jadi kakak besar. umur pun dah 2y6m..
akal jangan cakap.macam-macam..kadang rasa nak gelak.kadang rasa nak marah, kadang rasa geram..betul-betul bercampur baur..
tapi takpe la..asam garam budak nak membesar..gitu la kot gayanya..tambah-tambah lagi ada adik kecik, lagi la dia bermacam ragam..kan..
ok, semalam masa nak masuk tido, maritza sempat grap 2buah buku bawak masuk bilik, naik katil.
sambil aku susukan musfira, ayah bacakan buku bedtime story pada maritza yang jugak sambil minum susu..macam-macam jugak dia tanya ayah..ayah layan je...baik ayah..hehe
lepas dah abis susu, dia capai buku aktiviti dia..dia mula bukak mukasurat pertama.
buku tu aku baru beli isnin lepas..saje ingat nak buat fix time table untuk belajar dengan maritza..sebab dia asik cakap nak gi school..jadi aku nak la dia tau basic-basic dulu. kesian dia kalau masuk school, dia sorang je tak reti pengang pensil betul.
jadi aku beli, then ingat nak buat sama-sama..tapi dia macam tak sabar-sabar. dia dah capai dulu buku tu..dah selak mukasurat pertama..aku pun apa lagi, tengok musfira dah lena, cepat-cepat aku bangun..
duduk sebelah maritza..mula bacakan arahan..dan suruh dia buat..
mula-mula excited..tapi agaknya cara aku ajar tak betul kot. dia macam hilang excited..hmm..
camne ek nak ajar anak?
ni antara hasil kerja semalam:
Ni yang first dia buat..kemain seronok dia buat...maklum la, anak cari emaknya..suke la kan..macam main-main je

Ni plak yang kedua..pun macam excited lagi..tapi lepas dia buat garisan menegak tu banyak sangat dia macam dah bosan..tambah lagi aku asik suruh dia buat elok-elok ikut dot-dot..dia jadi bosan..
lepas tu condong-condong..macam same je ngan yang atas kot. dia dah bertambah bosan..terus taknak buat condong kanan. skip kotak-kotak...tapi dah hilang fokus, buat senget benget. bentuk U bersambung terus ilang mood...huhuu
lepas tu terus nak lukis umbrella, flower, duct, star, apple.. kalau aku tegur je senget, dia cakap "dah betulla tu".."hmmm..ibu buatlah!" huhuhuhu...camne ni nak ajar anak?
Lepas tu kene sambung dot-dot buat abc, lagi dia taknak. tak excited langsung. dia nak sambung-sambung suai padan camni baru dia excited balik.. lepas je siap ni, terus campak pensil. taknak buat dah...ai..camne la nak wat fix time table ni kan


Thursday, 30 April 2015

Makanan pertama Musfira

Assalamualaikum..
Hari berganti hari.cepat je masa berlalu, sedar-sedar Musfira dah pun 6 bulan. mak-mak ni memang tak sabar kan nak tunggu anak masuk 6 bulan. sebab tak sabar nak tengok reaksi anak dapat makan..
hehe..
hari pertama Musfira makan bukan lah tepat pada masa umur dia 6bulan. tapi tercepat 2 hari..heheh...sebab nak pengalaman pertama menyuapkan dia. so kene la makan awal sikit. hari ahad, 26haribulan..
pagi sabtu, kami pulun beli carrot dengan apple. so pagi ahad aku mula mengukus, memblend dan mula bagi musfira makan tengah hari tu.
bukan aku je excited, tapi maritza, kakak aku adik aku mak aku abah aku semua excited lah.. ayah waktu tu outstation lagi.. so dapat tgk gambar je..hehe..
mula-mula dapat makan dia reject. beria-ia dia taknak. keras-keras badan dia. lepas aku campurkan sikit dengan susu aku, dia mula suka. lepas tu dia pulak yang tarik-tarik tangan aku..
tapi tak habis pun 1 kiub tu. first time makan kot kan..slow-slow
esoknya aku tinggalkan anak-anak dekat mak aku.. kemain suka dia makan. mak aku cakap, tak cukup 1 kiub. esok kene tinggalkan 2 kiub.
hari ketiga makan, aku defrost 2 kiub, tapi pun tak cukup jugak. hai, biar betul ni dik..haha
so hari ke empat, aku tetap kekalkan 2 kiub je, sekali makan.. pada aku, biar dia makan sikit-sikit,tapi susu maintain. sebab makanan utama dia tetap susu. solid food ni sekadar makanan pelengkap je..
So hari ni aku dah mula hantar pada kak ina semula, dan harini jugak hari pertama musfira makan apple. tak tau la, ok ke tak.. belum tanya kabar pada kak ina lagi. harapnya dia ok la.. sebab epal pun sedap, manis je..
kalau Maritza dulu, aku start dengan apple. muka macam terkulat-kulat, sebab masam sikit kot. hehee
Ni anak dah mula makan ni, kene la aku study balik menu-menu makanan untuk budak kecik ni.
Kalau tak silap aku, maritza dulu masa 6 bulan semuanya berasaskan buah dan sayur je.
masuk 7 bulan baru aku kenalkan bubur nasi..plus buah dan sayur..8 bulan baru bubur nasi plus ayam dan daging..lepas tu baru ikan..tulah, aku kene recall balik la. lupa dah...
ok, entry pun laju-laju je ni..tak sempat nak mengarang sangat..
k..selamat bercuti panjang...

Monday, 6 April 2015

Dilema ibu bekerja

Assalammualaikum..
zaman sekarang ni rasa dah macam tak valid je kan nak dilema-dilema untuk ibu bekerja ni.
rasa macam benda normal je ibu berkerja. kalau tak berkerja pulak yang rasa macam..wahhh..specialnya.
ok, memang kalau bekerja 5 hari tu aku takde la dilema sangat. yang aku dilemakan sekarang ialah aku kena berkerja sabtu dan ahad..masyaAllah...beratnya dugaan aku ni.
apa harus aku buat?
suami jaga anak-anak ke?
hantar pada babysitter ke?
tak payah gi keje ke? (masalahnya boleh ke tak gi kerje ni?)
so camne ek.
sebelum sebelum ni pun ada je aku kene datang keje sabtu atau ahad. tapi ada 4 orang project engineer, jadi kami rotate untuk weekend coverage. tapi sekarang ni ada project baru dari management baru, jadi dia macam beria-ia nak supervise project ni macam orang lain takde keje lain.huhu..
dia nak project engineer sentiasa ada sepanjang-panjang project tu berjalan. lepas tu dia nak orang tu mesti tahu.faham.boleh explain segala issue untuk project tu. makanya macam nak project owner la yang kene duduk melanguk tengok project tu kan. kalau project tu project aku, makanya aku la yang kene 24/7 ada kat situ kan.
sabtu lepas ada incident. kecik je incident tu, tapi disebabkan management baru ni superexcited dengan project ni, maka incident kecik di besar-besarkan...dan dari situ la aku dapat faham diorang ni nak aku sentiasa ada selagi project ni tak abis.
masalahnya aku ada famili, aku ada suami, aku ada anak-anak..tak kan aku nak biarkan je suami aku jaga anak-anak..takkan aku tak luangkan masa untuk anak-anak aku. takkan aku tak boleh balik kampung jenguk mak ayah aku.
diorang boleh la kan..datang dari negara lain, masuk malaysia sorang-sorang. anak bini tinggal kat sana. so diorang boleh la spend 24/7 kat kerja. nanti amik cuti panjang-panjang dekat sebulan 2 bulan untuk famili. aku boleh ke camtu?
hai la hai..agak-agak la encik-encik bos sekelian!

Friday, 3 April 2015

Memandu bersama anak kecil

Assalammualaikum..
hai, selamat pagi dunia..haha..pagi la sangat kan, dah nak masuk tengahari dah ni. tah-tah siap entry satg dah nak masuk petang.
ok, kali ni nak cerita pengalaman aku memandu kereta bersama dua orang anak kecil aku tu.
sebelum-sebelum ni ada jugak aku drive bertiga dengan maritza dan musfira kalau time ayah gi outstation. tapi tu dari rumah babysitter ke rumah aku je. ada la dalam 30minit ke 45minit.
tapi kelmari aku drive dari rumah babysitter ke rumah mak aku kat langat. lepas checkup musfira, aku amik maritza dan terus balik langat.
Maritza duduk kat tengah-tengah driver and co-pilot. dok berjanji macam-macam:
1. jangan gado-gado ayyan-maritza (sebab diorang memang kuat gado berdua..haha!)
2. main sama-sama semua. kongsi adam, ayyan, maritza, nyanya, shira
3. hormat adik, atuk, opah. behave
4. jangan lari-lari.nanti jatuh. batu keras
5. jangan lompat-lompat
semua benda la dia janji, sebab kalau tak berkelakuan baik, ibu tak bawak balik rumah opah.
lepas berjanji, dia menyanyi..lepas tu ulang-ulang nama-nama orang yang akan ada kat rumah opah.
lepas tu berikrar balik sumpah janji kat atas tu.haha
Musfira pulak, macam lalok-lalok nak tido, tapi sebab maritza macam asik bercakap, dia plak macam nak kene jadi pendengar untuk janji-janji maritza. nak terlelap, cepat-cepat dia bulatkan mata. haha..lawak la anak-anak ibu.
bila dah dekat nak sampai, baru dia nak tido.
So plan nak balik dalam pukul 5, tapi abah mintak aku tunggu dia settle keje-keje dia aritu, jadinya kami pun balik lepas magrib, dalam pukul 8.15 malam.
jadinya ini la yang nak cite ni. memandu untuk tempoh perjalanan yang panjang hampir 2jam, waktu malam, di mana budak-budak dah mula mengantuk, Maritza nak duduk kat tengah-tengah sambil tersengguk-sengguk. musfira nak tido tapi nak kena peluk..
tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan...mulanya memang maritza nak duduk kat tengah-tengah sambil tersengguk-sengguk. tapi aku suruh dia baring kat belakang, dia pun pergi belakang, baring. terus tido tak minta susu pun..padahal aku dah standby dah buat susu. biasanya kalau macam tu, dia memang taknak duduk belakang sorang-sorang, dia sanggup duduk tengah-tengah tu sambil melentukkan kepala kat bahu aku. tapi malam tu, dia nak pulak baring kat belakang.
so settle satu masalah.
Musfira pulak, memang dia rengek-rengek manja dah, nak minta peluk..tapi sebab sebelum bertolak balik aku dah susukan dia kenyang-kenyang, jadi masuk dalam kereta aku just tepuk-tepuk kaki dia then letak je tangan atas kaki dia. jadi dia rasa macam aku peluk dia kot. slowly dia tido..
perjalanan malam tu dengan hujan pulak tu, jadi macam syok la kan..tido terbuai-buai memasing, sampai rumah, parking. aku keluarkan barang-barang dulu. then baru dukung diorang masuk rumah. mulanya dua-dua terjaga bila aku angkat. lepas kunci semua pintu, aku bawak diorang naik katil, bagi susu...sambung tido sampai ke pagi...alhamdulillah.aku berjaya handle dua anak kecikku..heheh

Thursday, 2 April 2015

Check up 5 bulan

Assalamualaikum..
rindunye nak update. hari-hari pikir, bilala aku nak tulis ni..geramnye geramnye..hehe
semalam pergi checkup 5 bulan Musfira. dia baik je macam biasa, tak banyak ragam. tapi mak dia yang meragam, bila doctor skip nombor kami..
orang-orang belakang dapat layanan, kami dok tunggu 3 jam tak dapat layanan lagi. last-last aku g jumpe nurse cakap taknak jumpa doktor la. cucuk je la nurse..
nurse pun serba salah nape doktor buat camtu. katanya nak bagi keutamaan pada ibu mengandung.
abis tak fair la kan.. kami beranak kecik ni, budak dari segar jadi mengantuk,menyusu, tertido, dah bangun, main-main, menyusu, megantuk balik, tertido balik, terbangun balik, menyusu balik..tapi nombor tak naik-naik..hhmmmm..bukan nak mengeluh, tapi doktor, saya penah mengandung, dan saya pernah bawak baby checkup kat kkia presint 3 sana..diorang takde plak buat camni. sape datang dulu dia entertain dulu. ibu mengandung dengan baby yang tak sihat sama je pentingnya.
ceritanya begini. Musfira tiba-tiba selsema 2 hari lepas, then start batuk. aku tetap pergi kk sebab dah amik cuti. sampai-sampai aku bagitau kaunter, anak aku selsema+batuk, boleh cucuk tak? nurse kat kaunter kata tunggu nurse kt bilik decide. so aku tunggu giliran macam biasa. dapat jumpa nurse, timbang, ukur-ukur then aku tanya lagi, anak aku boleh cucuk ke kalau condition camni..nurse kata kene refer doktor. aku pun tunggu la doktor. sampai nak pukul 1, tak kena panggil.sakit la jugak ati aku kan..penat kot tunggu situ dengan berdukung je.
last-last lepas nurse cucuk, nurse suruh aku bawak klinik swasta je. kalau tau gitu nurse, baik nurse cakap awal-awal nurse, takdela saya tunggu 3 jam for nothing.

ok la, takpe la pengajaran untuk aku..

alamak. aku ada banyak lagi nak citer. tapi dah kene panggil pulak. nanti kite story lagi ye..byee

Wednesday, 4 March 2015

Sunatkan anak

Assalamualaikum..
hai arini update pagi-pagi sebelum meeting. biasa pagi-pagi dah serabut. arini kite taknak serabut dulu. on hold sampai lepas meeting. jadi kene siapkan entry cepat-cepat.
daripada Musfira abis pantang aritu aku dan encik yayang (eh..lame tak panggil encik yayang.rindula..hehe) ok ok sambung... dari abis pantang aritu kitorang dah plan nak sunatkan musfira awal-awal.macam yang kitorang buat kat maritza..tapi encik yayang excident la, pindah rumah la, kelam kabut sangat rasa.. so bila dah ok semua, macam dah on track je semua aktiviti, kitorang pulak sibuk ngn kerja masing-masing. balik keje dah dekat kul 7. macam kelam kabut la kan. nak magrib lagi, pastu nanti dah lewat takut anak cranky nak tido dah kan. maritza tu pulak kalau dah ngantuk macam macam perangai yang dia buat..hukhuk.semalam dia gi cakar pipi musfira. sedihnye..tak tau nak marah maritza ke, nak pujuk musfira je ke...aduh! complicated!
jadi disebabkan banyak sangat aktiviti yang menyebabkan rancangan sunatkan musfira ni tertunda, maka minggu ni kami decide ape jadi pun nak kene sunatkan jugak. taknak postpone lagi.
isnin. plan memang nak balik awal, nak gi sunatkan. sekali banyak keje. balik lambat pulak.
cakap ngn asben. esok la..
selasa. dah cun boleh balik kul 5, tapi tunggu asben sampai kul 6.30 jugak. sampai je klinik, doktor baru je kuar..huhuhu...
sebab taknak postpone lagi, kitorang cari klinik lain yang kitorg rase leh percaya untuk sunatkan musfira. 3 klinik. semua doktor lelaki..
hmmm..last-last dah azan magrib. gi makan, solat, pastu asben cakap,"jom kite gi try klinik tadi balik. kot-kot doktor dah balik"..haa..ok. kitorg pun patah balik..gi klinik tadi.
Alhamdulillah, doktor ada. fill up form, tunggu giliran.
masuk-masuk bilik doktor, terus bagitau, nak sunatkan anak.
doktor kunci bilik, aku baringkan musfira..doktor sedia kan gunting dan segala bagai alatan, aku bukak pampers musfira...doktor baca bismillah, aku selawat kat telinga musfira, doktor gunting..
zap...ok dah siap..same-same cakap alhamdulillah.
musfira? dia relax je. tak nangis pun. kuat la adik ni...gambate adik..muaaahh. ibu sayang musfira.
so lepas dah siap. terus balik rumah..dalam kereta budak-budak berdua dah tunjuk aksi-aksi mengantuk masing-masing. balik berdesup...
sekian sahaja...bye

Friday, 27 February 2015

Kesan beban kerja terhadap anak

Assalammualaikum..
macam dalam entry bawah ni. aku dah bagitahu keja aku sekarang ni tahap macam dah luar kemampuan aku, tapi aku buat je la mana yang terdaya. selagi termampu, aku try support bos baru aku yang agak terkejut, masuk-masuk team aku kejenye makkk aiihhh.. mencabar sungguh!
di suatu pagi, sewaktu perjalanan nak ke tempat keja, aku termenung (boleh termenung, sebab encik suami yang drive), aku termenung sambil tengok anak-anak yang tengah tidur kesejukkan...
sayu hati aku. masa aku kecik-kecik dulu, aku pun tertido dalam kereta,sebab mak nak bukak kedai pukul 6.30..
masa tu mak berniaga, tolong atuk. tapi mak ada masa aku nak naik bas sekolah, mak ada masa aku turun bas. mak ada je..
anak-anak aku nanti macam mana ye?
aku hantar diorang pergi sekolah ke?
aku tunggu diorang naik van sekolah ke?
ataupun diorang babai aku tepi pagar, sebab aku pegi keje dulu, sementara diorang nak tunggu van sekolah diorang datang? hmmm..sedihnye
tu mungkin cerita 3 atau 4 tahun nanti...tapi kalau nak perubahan, aku kene pikir sekarang.
3-4 tahun tu bukannya jauh mana pun..pejam celik pejam celik je sekarang ni.
tambah-tambah time bz ni. memang tak rasa hari demi hari berlalu.
bangun pagi anak-anak masih tido, dah hantar ke rumah orang. amik anak-anak..main-main dalam kereta, sampai rumah banyak lagi urusan rumah dan diri nak kene buat, sedar-sedar dah pukul 9. pukul 9.30 dah ajak anak-anak tido, sebab badan penat, otak penat...
tapi anak-anak macammana? diorang nak kan masa aku..nak kan perhatian aku...ya Allah, sedihnya..
dalam sehari sekejap sangat masa aku untuk diorang...sedangkan diorang la harta dunia akhirat aku..
tu belum kira lagi diorang sepahkan mainan, tumpahkan air, kotorkan meja makan, kacau adik, adik merengek nak tidur...lepas tu aku naik angin. aku marah-marah. aku tak layan anak nak main. aku tak guide anak tampal sticker, aku tak ajar anak mengaji. aku tak betulkan kesalahan bacaan abc, 123, alif ba ta....
aaahhhhhh...semuanya sebab aku penat dengan bebanan kerja. loser sangat aku rasa.
aku kena fikir cara supaya aku dapat spend quality time dengan anak-anak, dengan suami..dalam masa yang sama aku dapat jana pendapatan jugak..
aku kena fikir dari sekarang. bukan 3 atau 4 tahun lagi. sekarang!

Breast pad

Assalamualaikum...
lame tak update, sekali update tajuk dia..hehee..
situasinya sekarang ni. aku sangat-sangat bizi.. masuk keje pagi-pagi dah kene buat itu ini. sepatutnya jadual nursing aku dalam pukul 9 pagi. tapi disebabkan tersangat lah bz, jadual ke laut. hari pertama jadi 10.30. hari kedua jadi 12tghari..
akibat tak pakai breast pad, baju aku basah jugak la..
alhamdulillah sekarang production aku agak memuaskan. sehari boleh bawak balik 18 hingga 20oz.
syukur sangat. rezeki musfira.
tapi tu la.. kalau dah susu banyak, tapi tak sempat nak perah, terbuang gitu je...sob sob..
takde cara lain untuk selamatkan susu, tapi ada cara untuk elakkan baju basah.
masa mengandungkan maritza aku memang ada beli breast pad ni. satu yg reuseable, satu yg pakai buang. tak ingat masa maritza aku kerap pakai yang mana satu. tapi harini aku try pakai yg pakai buang tu..hmmm..macam tak berapa best. agaknya sebab tu tak abis-abis kot ek stok dari mengandungkan maritza..mesti aku pilih pakai yg reuseable tu kan..
hmmm...takpe-takpe, next week kite cube yang reuseable pulak.
tapi harapnya ok la..
minggu depan pun potensi nak kene keje dengan kadar luar kemampuan gak ni..adeh!

Monday, 16 February 2015

Prolonged Jaundis

Assalamualaikum..
hai..lama cerite yang dah hampir 4bulan aku simpan. kenapa aku simpan? sebabnya aku nak tunggu kesudahan cerita ini.
hari kedua musfira dilahirkan, dia dijangkiti kuning. memang la aku tak syok anak aku kene kuning, tapi aku redho. sebab budak sekarang memang tak sah kalau tak kene kuning kan..
selang seminggu, kuning tak hilang lagi.. dua minggu tak hilang lagi. dia bukan kuning yang kuat.tapi mild dan berpanjangan.. rank dalam 10.1-11.4..turun naik turun naik kat situ je.
masuk minggu ke tiga aku dah mula risau. kenapa kuning adik tak hilang-hilang ni..rasa sedih. rasa syg yg menebal sangat kat dia. sebab tiap-tiap minggu kene cucuk kaki.
Doktor refer musfira ke hospital. untuk cek detail darah dia. dan cek air kencing dia.
aku ke hospital ampang untuk buat appoinment. then, hari yang dimaksudkan kami datang..jumpa doktor..doktor cakap pada aku dan suami, anak anda mengidap prolonged jaudice. biasanya tak bahaya. tapi kita kene cek darah untuk mengetahui tahap fungsi hati dia. dan air kencing untuk cek kalau-kalau ada bakteria. nak tak nak kami kene setuju la kan.
genap-genap usia musfira 40hari, hilang segala kuning..bacaan dalam 7 kot. tak ingat. tapi sebab appoinment result lagi seminggu, kami ke hospital juga.
masuk-masuk bilik doctor, doctor bagitahu ada enzim terlebih dalam kandungan darah musfira. itu yang menyebabkan jaundis panjang. enzim terlebih ni boleh jadi terhasil dari hati ataupun dari tulang. then doc bekalkan kami appeton.
dalam hati aku nekad taknak gune appeton tu walaupun doktor banyak kali cakap appeton tu just multivitamin je untuk bayi..tapi aku yakin musfira tak perlukan apa-apa vitamin melainkan susu ibu.
bukan obses.tapi aku yakin musfira tak apa-apa.
selang dua minggu next appoinment untuk cek darah lagi, aku dah macam malas dah. sebab dia dah ok kan..sekali nurse hospital ampang call untuk set balik appoinment.
genap hari ke 100 musfira, dia kene cucuk lagi amik darah..darah je, sebab kes enzim tu. air kencing dah clear, bersih.
so esoknya review result. alhamdulillah. dia dah ok, semua dah normal. then doctor (yang lain dari aritu) tanya.."vitamin untuk anak dah habis?" aku jawab "sebenarnya saya tak bagi pun appeton tu doktor.""good mama.good. pilihan yang bijak!" aku macam..eerrrkk??

Saturday, 14 February 2015

Tangani masalah kutu

Assalamualaikum..
haaa..bace tajuk je mesti dah tau kan..anak ada kutu la tu..
ye betul..
minggu lepas, aku dan suami plan potong rambut maritza. masa tu kami saje je nak potong. sebab tengok panjang rambut tu tak sekata.
lepas 2,3 hari potong tu saje-saje aku nak main rambut dia...sekali selakkkk...uuuhhh..meremang bulu roma aku..banyak gile telur kutu kat certain-certain tempat.. aku pun jerit panggil suami aku...bagitau yang maritza ada kutu.
mula la aku operasi nak cari kutu-kutu dia. tapi dia tak bagi. lari sana lari sini, pusing sana pusing sini..
ish, tak boleh jadi ni. kene beli ubat kutu.
hari sabtu lepas, kitorang plan nak pergi farm in the city kat equine, jadi singgah jusco jap. beli ubat kutu kat watson.
farmasi tu suggest kitorang amik "Lice Clear". ada minyak 70ml dan sekeping sikat warna biru.
kat situ ada instruction sekali. tapi dia still ajar kami cara nak guna..
so balik tu, semangat ayah melumurkan minyak tu kat kepala maritza. lepas tu tunggu 10 minit. lepas 10minit, aku sikat rambut dia...keluar anak-anak kutu dalam 4-5ekor..mak kutu tak keluar pulak. dah kene buang sekali masa potong rambut aritu kot.
lepas da sikat, aku cuci rambut dia..2 kali aku shampu..hehe
lepas kering, aku selak-selak rambut dia...eh, magic! telur kutu semua pun dah takde..bagus-bagus..
lega ibu. maritza dah bebas kutu.. :)

Friday, 13 February 2015

Anak oh Anak

Assalamualaikum...
sorry lama sikit menyepi.. kerja semakin bertambah. nak tengok blog sendiri pun tak sempat. petang ni cuba curi masa sementara tunggu encik suami sampai..
ok, sekarang musfira dah 3bulan++. dah pandai meniarap sendiri masa 2bulan2minggu. sejak masuk 3bulan dia dah mula mengangkat punggung. tapi asik tersembam kedepan, sebab mak dia tak bukakkan stokin..hehe..sorry anak ibu.
aku rasa biarla dulu, kalau bukak stokin sekarang macam awal sangat. takut senang masuk angin pulak.
biar dia belajar golek-golek dulu la kan..
maritza pulak, daripada umur setahun lebih dah kenal abc. sekarang dah kenal 123..alhamdulillah..
pasni nak dia kenal alif ba ta pulak.
sejak-sejak duduk rumah jauh ni, kitorang kerap balik lambat. jadi masa bersama untuk beraktiviti dengan anak-anak agak terbatas. dengan akunye dah penat. nak settlekan susu, basuh pam, basuh baju, kemas beg dan barang-barang untuk esoknya..bila dah settle, nak makan, nak mandi nak solat. lepas tu flat..ajak anak-anak tido..huhuhu...apepuntakboleh. kene start cari makanan supplement untuk kecergasan diri ni. kalau tak kesian anak-anak..
sebenarnya aku ada byk cerita nak update. insyaAllah minggu depan ye...
selamat berhujung minggu...Al-Fatihah atas pemergian Tok Guru...

wasalam

Thursday, 22 January 2015

Pantang berapa hari?

Assalamualaikum...
harini dah 22Jan2015. kalau ikut-ikutkan harini musfira dah berusia 84hari. tapi aku masih lagi berpantang...pantang makan.
kalau ikut-ikutkan aku tak ada garis panduan betul-betul tentang pantang ni. ada orang pantang 44hari, ada orang 100hari, ada orang tak pantang langsung..hehhe
macam aku ada part by part pantang ni..contohnya
macam bertungku, berbengkung, mandi herba, pakai stokin, aku buat sebulan je. pastu tak larat dah rase. air herba tu pun cukup-cukup sebulan dia abis...herba tu balance masa aku berpantangkan maritza dulu. aku pakai bagi perabis je. tak beli baru pun. tungku pun macam dah malas je, sebab rase macam takde angin je..hehe..rahim pun da kecut. jadi takpe la kot tak tungku lama-lama..tapi kali ni tungku best, sebab aku pakai tungku batu sungai. balut dengan daun betik. tinggal lagi 3 hari nak masuk sebulan baru dapat daun mengkudu.. tu pun best jugak. takde la berbau kuat macam daun betik.
bab makan-makan, lepas je confident jahitan ok, aku makan dah telur dengan ayam. lepas je 44 hari aku dah makan (sikit-sikit) kari, kuah lemak, ikan sardin, ikan kembung semua tu. tapi ada jugak makanan-makanan yang aku masih pantang makan lagi sampai sekarang. rasanya kena pantang 100 hari kot. lepas tu boleh la cuba sikit-sikit makan..contohnya mee, teh, tembikai, ais, aiskrim, kangkung, kacang panjang, pulut. dan macam jambu mak aku kata kene pantang 2 tahun.. tapi memang betul pun. masa maritza dah setahun enam bulan kot, aku try makan..tapi sengal-sengal badan aku. tak selesa rasa, tak tau la kalau disebabkan oleh psikologi ke kan...wallahualam...
lagi satu aku rasa bab pantang ni ikut orang jugak kot. setengah orang boleh setengah orang tak boleh. ikut badan masing-masing.
macam aku boleh je makan bendi, tapi kawan aku tak boleh makan. angin.
macam aku tak boleh bunga kantan, pening. kawan aku ok je..
tapi time pantang bersalin musfira boleh pulak makan bunga kantan..haha...pelikkan..boleh pulak berubah-ubah sistem badan ni. hehe
kalau lepas pantang bersalin maritza aku tak boleh makan fries atau kentang, lenguh gile kaki aku sebab angin. tapi lepas pantang bersalinkan musfira sedap je aku makan, siap buat kentang goreng sendiri lagi..hehe.. kuasa Allah.lain anak, lain ragamnya..
sekian saja cerita pantang saye..hehe

Wednesday, 21 January 2015

Cara untuk anak-anak mudah tidur

Assalamualaikum..
sejak dah dekat nak masuk 3 bulan aku jadi ibu beranak dua ni, aku masih belum dapat atasi masalah aku untuk tidurkan anak-anak.
kalau musfira, senang la..peluk dia, susukan dia, selimutkan dia, lena terus sampai perut dia lapar..masa menyusu pun tak buka mata. lena je ibu tidur. takde gangguan..
masalah aku sekarang ni nak tidurkan maritza pulak. dulu-dulu dia dah biasa tidur berpeluk dengan aku. jadi sekarang dia gelisah sikit tak dapat berpeluk dengan ibu sebelum tidur.
macam-macam cara jugak aku dan suami cuba buat supaya dia mudah tidur. kalau masa kat rumah mak aku, aku masukkan dia dalam buai. bila dia dah lena, kami amik dia tidur sama-sama atas katil. sekarang rumah aku ni mana ada buai. nak tak nak dia kena tidur jugak atas katil.
selalunya bila dah naik katil, dia akan minta susu. ingatkan dia minum susu sampai tertidur, macam dulu-dulu. rupanya susu abis, mata bulat lagi...
lepastu dia golek sana, golek sini..cuit adik, belai adik, kadang-kadang cuit-cuit dia buat musfira pulak terjaga dari tidur. dah aku nak kene tidurkan balik musfira.
kadang tu, kalau kedudukan aku tengah-tengah antara dia dengan musfira, dia kacau aku pulak. ada sampai tahap tendang-tendang dan tarik rambut aku.. sebab dia nak aku mengadap dia. jangan membelakangkan dia. tapi kan aku menyusukan musfira, terpaksala mengiring. jadi terpaksa la membelakang kan dia.
bila dia dah buat camtu, aku minta tolong encik suami la..blok aku dari jadi mangsa serangan maritza. so, anak-anak tido tepi. ibu ayah tido tengah..haha. tapi cara camtu tak jalan. sebab maritza still nak aku..
ada masa sebab taknak bagi dia buat bising sampai adik terjaga, suami bagi dia tengok abc kat phone. tapi aku tak setuju sangat. aku taknak maritza rasa tersisih, then gadget jadi kawan dia. aku taknak macam tu. ayah dia pun tak suka maritza tengok phone gelap-gelap, takut rosak mata dia..
lastly kami ibu-ayah dah sampai tahap pening. camne la nak buat dia tido ni..masuk bilik, baring atas katil, baca doa dan tidur. camne nak buat?
semalam, google-google ternampak bendaalah ni..baby projector. aku dah bincang ngn encik suami. weekend ni kami nak cari. harap-harap benda ni boleh melalikan mata anak-anak..dan tidur lena sampai pagi..

Monday, 19 January 2015

Rancang Kehamilan anda

Assalamualaikum...
tajuk macam tajuk poster kan..haha.
berkenaan tajuk tu, arini aku nak share info pasal rancang kehamilan aku.
ada banyak cara untuk rancang kehamilan kan. contohnya pil, suntikan, implan, iucd, kondom dan banyak lagi kot. tapi yang aku tau tu je, sebab tu je yang ada dalam buku merah kehamilan.hehe
disebabkan aku ni sangat-sangat susah nak makan ubat, (kene on time plak tu) maka aku surrender awal-awal bab makan ubat.
suntikan? lagi aku seriau nak kene cucuk-cucuk ni. lebam tangan tau. implan? lagi ngerikan..jadi aku pilih iucd je. kakak aku tanya, kenapa tak rancang sendiri je?.. boleh memang boleh, tapi dah ada cara yang boleh membantu, gunakan jela..
lagi satu, kenapa aku pilih iucd ni, sebab dia tak mengganggu hormon kita. takde la tibe-tibe jadi gemuk, jerawat, kulit kusam..kan. malas la pulak nak kene cari ubat baru. jadi lebih baik aku mencegah aje..
aku pakai iucd ni pada 15/1/15. aku pasang kat klinik kesihatan je. free. doktor kata iucd yang aku pakai ni bertahan 3-5 tahun..tapi rasenya lepas 3 tahun nak bukak la kot. hehe
pengalaman mengunakan iucd? mula-mula aku kene datang kk (masa tu checkup 2 bulan musfira), aku bagitau  aku nak pakai iucd, so nurse pun cek ada tak stok, then dia booking under nama aku. lepas tu dia set date untuk aku datang pasang iucd tu.
so bila dah dapat date, iaitu 15/1/15, aku datang kaunter, bagitau aku nak buka buku perancang. jadi nurse kat kaunter pun bagi buku wane purple, kita isi details. lepastu, amik nombor dan tunggu giliran...macam biasa la kan. sementara nak jumpa doktor tu, nurse amik berat, tinggi, tekanan darah kita.
bila nombor dah dipanggil, jumpa doktor, doktor pun tanya sejarah kehamilan kita. anak berapa orang? anak paling last umur berapa? sebelum ni ada amik apa-apa perancang tak? sebelum ni kitaran period macam mana? darah banyak tak? ada senggugut tak. ada fibroid tak? lepas tu scan perut. doktor nak tengok rahim. bila semua dah ok, baru doktor prepare untuk pasang iucd tu.
doktor cakap seeloknya pasang masa kita period ataupun 6 minggu lepas bersalin. tapi macam kes aku, baru 2bulan plus plus lepas bersalin pun boleh la..rahim masih lembut.
masa pemasangan tu, amik masa lebih kurang 10-15 minit la.. sakit? hmmm....macam senak masa dia nak tolak rahim tu, lepas tu rasa ngilu masa iucd tu masuk. then ada pendarahan sikit.
aku tanya doktor, kenapa rasa senak? dia cakap sebab kena tolak rahim aku. kalau period rahim dah memang ke atas sikit, so maybe tak rasa senak tu kot. kenapa ngilu? sebab alat tu kene dinding rahim aku, then berdarah sikit. kalau period, rahim mengembang, jadi mungkin tak kene dinding rahim dan takde la rasa ngilu tu kot.
lepas dah siap masukkan, doktor scan lagi perut, nak tengok kedudukan alat tadi.. lepas confirm iucd ada dalam rahim, doktor bagi ubat tahan sakit kot-kot kalau aku sakit. doktor pun ada bagitau, kalau-kalau masa period aku keluar darah yang banyak sampai letih lesu, rasa senggugut yang teruk, so kene cepat datang kk semula.
then keluar dari bilik doktor, set next appointment date (untuk cek benang dan pap smear). appointment dibuat pada masa patient tak period. aku bagitau nurse, kalau ikut pengalaman aku masa maritza dulu aku tak period.. nurse cakap, sebab aku dah pakai iucd, confirm aku akan period.huhuhu..yeke? alahai....ok la, da settle semua, aku pun balik. lepas tu baru teringat doktor lupe nak ajar aku camne nak cek benang tu. next month la jawabnya aku blaja..huhu
balik tu aku rasa macam tak selesa sikit la. badan pun macam nak lemah je. sebab rahim kene tolak kot. darah pun masih ada..esoknya pun macam tu. rase tak selesa kat perut dan berdarah, plus macam ada mukus plak..
bila terserempak dengan kawan opis (pakai iucd jugak) aku tanya pengalaman dia. agak berbeza dengan aku. dia tak sakit apa-apa masa pakai (mungkin sebab period tula) pastu takde berdarah pun. then dia bagitau memang akan heavy period, dan akan ada keputihan.. :(
tak best. huhu
arini dah hari keempat, takde dah rasa tak selesa tu. darah pun takde dah. tapi mukus tu banyak la. tak selesa. benang pun tak jumpe lagi ni..huhuhu..
okla, tu je kot nak share. bye

Monday, 12 January 2015

Perkembangan terkini Musfira

Assalamualaikum...
alhamdulillah, sejak-sejak da pindah rumah ni, belum ada lagi kes terlambat datang ofis.. tetamu datang ziarah kami pun dah ramai..tiap-tiap minggu ada tetamu..alhamdulillah, murah rezeki kami.
mula pindahkan barang-barang pada 30 Dis 2014, tapi mula bermalam (officially pindah masuk) pada 3 Jan 2015 aritu. dan bermula la episod orang datang rumah...seronok.
eh, ape melalut ni? haha..takde, nak cite. semalam ada 3 orang kawan aku (bersama keluarga masing-masing) datang rumah. dua daripadanya ada anak sebaya Musfira. sorang dah lapan bulan, sorang dah tujuh bulan. musfira paling kecik la, baru dua bulan.. tapi kalau ikutkan fizikal, musfira lebih besar dari anak kawan aku yang tujuh bulan tu..hehe..besar sungguh anak ibu.
masa checkup dua bulan aritu berat dia dah 5.8kg.panjang 61cm.. besar tak untuk budak 2bulan? dalam carta buku kanak-kanak dia masih lagi dalam garisan putih. kira normal la kan. tak kisah la besar ke kecik ke, janji anak ibu sihat..kan cayang kan..
semalam masa kawan-kawan aku datang dia behave sangat. sampai semua dok puji-puji..alah, budak 2 bulan, ape je la yang pandai dia nak buat kan.. aku letak dalam rocker tu, dia dok termenung tgk kawan aku, sampai lelap mata. hahahhaa. tak pasal-pasal jadi admirer aunty tu pulak ye musfira.
time orang buat bising ke ape ke, dia lena je.. orang dah balik, ibu dah makan, dah solat, dah basuh segala pinggan mangkuk, baru dia uuuu eeekkkk uuu eeekk. lepas aku mandi, peluk dia sambil susukan dia, tido lena balik.
maritza pun tido awal malam tadi, legaaaa sangat-sangat ibu ngn ayah. hehe.
pagi ni dua-dua liat lagi nak bangun.
harapnya anak-anak ibu kekal jadi budak-budak baik ye cayang-cayang.
ok, pagi ni ibu berazam nak jadi rajin sikit. doakan ibu berjaya ye anak-anak...

Saturday, 10 January 2015

Indahnya mengandung & melahirkan

Assalamualaikum..
pagi ni tiba-tiba nak baca pengalaman orang mengandung..dan dan teringat momen-momen mengandung dan melahirkan maritza dan musfira.. ni ape kes? musfira baru je 2bulan tau.
haha
serius rasa indahnya waktu mengandung tu. lagi indah saat-saat selepas kelahiran tu. peluk anak masa dia kecut-kecut lagi..biru-biru lagi. lembik melepek atas badan kita..alahai. lepas dibersihkan, dipakaikan baju...then letak sebelah kita.. mata ni memang nak tengok ke dia je.. yela sebelum ni dok dalam perut. la ni dah kuarkan..hehe..
berdasarkan pengalaman aku, sakit contraction anak pertama agak lama dan agak sakit. tapi proses nak melahirkan tu tak sakit sangat. mungkin sebab sempat request pain killer. then diorang ada buat guntingan. maka takde la sakit sangat nak meneran. compare anak kedua ni. contraction tak rase pun mula-mula. tapi lepas diorang drip ubat (induce gak kot).. terus sakit sampai mengeletar badan. proses nak bersalin pun terasa sangat sakit dia. sebab diorang nak kita bersalin tanpa episiotomi.
memang sampai sesak nafas gakla nak meneran nak keluarkan kepala dia. then teran lagi nak keluarkan badan dia..at least dpt keluarkan bahu dia, pastu doc tolong tarikkan baby, dah lega dah..
teringat saat-saat seketul je rasa masa dia keluar tu...then panas je rasa. sebab keluar sekali ngn sisa-sisa air ketuban tu..
maritza keluar-keluar memang nangis..same macam drama-drama..tapi musfira keluar relax je muka dia. tak nangis pun.haha..mata je melilau-lilau. pelik tengok terang-terang kot. dok dalam perut best je gelap-gelap kotnye..haha
aaa..bestnye rase saat-saat tu... apsal dah rindu plak ni..adoi. baru je 2 bulan bersalin weh..sabar sikit ibu oit.
lagi satu, aku nak betul-betul feel lagi sekali saat-saat musfira masa baby ni..
masa maritza memang aku bleh feel. yela, masa tu aku berdua je dengan dia. ayah jauh lagi masa tu.
aku banyak gile masa dengan maritza masa dia baby. memang aku layan dia sepenuh ati masa tu.
dengan musfira ni pun aku nak feel betul-betul masa dia baby ni. saat-saat diorg bergelar baby ni sekejap je. aku taknak sia-siakan. nak selalu peluk cium..hehe. macam maritza sekarang dah susah sesangat nak peluk dia. nak cium apatah lagi. betul-betul macam orang dah besar tau dia sekarang ni...geram je..

Maritza

Musfira
same tak muke budak-budak berdua ni, saat-saat selepas dilahirkan? :)

Friday, 9 January 2015

Cabaran Ibu beranak dua

Assalamualaikum..
harini aku nak ceritakan pengalaman aku sebagai ibu beranak dua..
macam aku, maritza ngam-ngam 2 tahun, dia dah dapat adik. kiranya maritza boleh diketagorikan sebabagai kecik lagi la. dia belum pandai sangat berdikari. nak tido pun nak bertepuk, berpeluk lagi..
jadi cabaran bagi aku sambil nak menyusukan musfira, sambil nak tepuk maritza. bukan suami aku taknak tolong. tapi maritza memang nak aku yang tepukkan dia. tapi tu cerita masa aku dalam pantang. sekarang dah boleh dah. ayah yang peluk dia. kadang tido sebantal dengan ayah. manjer tau.
bab nak minum susu. nampak je adik minum susu, dia pun minta susu. time suami aku ada, dia la buatkan susu untuk maritza. time dia takde, kelam kabut jugak aku..cian kat sikecik aku dua-dua orang ni.
lagi satu, dah naik keje ni memang banyak la jugak masa aku nak berehat (kat opis takde la hectic sangat macam kat rumah rasenya) tapi once balik je, kelam kabut dari jejak rumah sampai esoknya nak keluar rumah balik.
dalam perjalanan balik rumah tu dah start kene pikir plan camne nak uruskan rumahtangga ni. contoh; sampai-sampai je rumah terus keluarkan baju kotor budak-budak.kalau perlu basuh, masukkan terus dalam washing machine dan basuh. lepastu keluarkan susu, letak dalam fridge dulu. masak nasik, panaskan minyak - goreng-goreng. pastu prepare nak masak satu lagi hidangan. pastu terus settlekan botol-botol susu. sambil tengok lauk atas api.
dah masak, tutup api, settlekan susu pulak. pastu naik atas, mandi solat. turun, makan..kemas dapur..kemas meja..settlekan jemur baju, lipat baju, then kemas beg untuk anak-anak. solat. sedia untuk tido. itu plan je la.. tapi hakikatnye susah nak follow. sebab tengah kita nak masak sediakan/basuh lauk, musfira nak susu.. dah dok menyusu lama.. pastu maritza nak itu ini. pastu maritza sepahkan mainan/tumpahkan air/kaco adik..uwaaaa.. sudahnya memang tak dapat follow plan tu. tapi takpe. at least ada plan camne nak uruskan rumah dan anak-anak.
aku ni masih fasa nak menyesuaikan diri dengan anak dua. kalau masa pantang ada mak/adik beradik aku tolong. so takde la rase kelam kabut sangat. bab masak mak masak. nak mandi, adik/kakak aku leh tengokkan musfira. bab makan adik/kakak aku leh tolong suapkan maritza. tapi ni dah duduk sendiri, kena la independent.. takpe, insyaAllah semua under control. aku ada suami yang ringan tulang. aku ada anak-anak yang baik mendengar kata. insyaAllah aku boleh handle semua keadaan kelam kabut ni dengan jayanya tak lama lagi..
walaupun kelam kabut, tapi aku sangat-sangat bahagia. memiliki 3M dalam hidup aku.. kejap je kelam kabut ni..

Thursday, 8 January 2015

Pengasuh lagi..

Assalamualaikum...
hai..aku dah mula bekerja sejak 5 jan 2015 aritu, tapi tula...baru sempat nak update..hihi..
sekarang belum bz sangat. jadi boleh la kita kumpul segala cerita himpun kat entry ni..

sebelum aku bersalin aritu, aku plan macam nak anta maritza dan musfira kat taska je, sebab macam malas nak layan kerenah pengasuh kan..
tapi tiba-tiba kak izan (pengasuh pertama maritza) offer nak jaga dua beradik ni. jadi aku tanya asben aku, dia setuju.. dah deal, skali asben kak izan macam tak brape setuju, sebab diorang pun ada baby.. kang tak terkejar kak izan..cian kat dua-dua baby.tambah lagi maritza pun dah mula melasak.
so sebab kak izan tak jadi jaga maritza dan musfira, dia rekemen kawan dia, kak ida..
kak ida ni aku kenal.. selalu jugak borak-borak ngn dia time kak izan jaga maritza dulu.
so aku pun dah deal dengan kak ida.
satu hari, aku mgs kak ida, nak test anta anak-anak aku sebelum aku betul-betul hantar 5hb nanti.
tapi kak ida tak boleh, sebab dia plan nak balik kampung, nak tengok kampung dia yang teruk dilanda banjir. kesian jugak kat kak ida..kusut dan serabut. yelah, siapa tak serabutkan kalau mak ayah kita kat sana dengan rumah tinggal atap je. makan camne, tido camne. dah la dah tua..aku faham..
esoknya tiba-tiba kak izan msg aku offer kak ina untuk jadi pengasuh anak-anak aku memandangkan kak ida macam tak boleh nak fokus. aku ok je, sebab aku pun kenal kak ina.. orangnye baik sangat-sangat. lembut..ish, sape nak tolak dapat pengasuh baik camtu. bayaran pun murah kalau nak compare kan dengan harga taska. aku rasa kalau anta rumah orang lain pun tak dapat kot bayaran camni.. untung aku, sebab kak ina baru je resign. dia nak fokus kat anak dia nak UPSR dengan pra-sekolah..
baguskan..pengorbanan seorang ibu.. aku pun rasa bersyukur sangat dapat kenal dengan kak izan ni..
kawan-kawan dia baik-baik.. semuanya penyayang..menjaga silaturrahim...

setakat 4hari aku dah hantar anak-anak, tak ade komen negatif pun dari kak ina..dia cuba layan kerenah maritza. musfira baby sangat, tak banyak meragam. cuma kurang nak tido kata kak ina..
maritza, asik minta mandi, tak nak makan.. tapi kak ina pujuk baik-baik je..alhamdulillah.
susu pun kak ina pandai handle. dia google sendiri pengendalian susu ibu. baguskan..
syukurlah dapat pengasuh macam kak ina.. walaupun aku dah pindah jauh dan terpaksa berpatah balik untuk ke tempat kerja, tapi aku tak ralat, kalau dapat orang baik-baik camni yang mengasuh anak-anak aku.
harapnya satu hari nanti, anak-anak aku pun akan jadi lembut-lembut je macam anak-anak kak ina.. :)